Monday 14 June 2021

WANITA BOLEH DIBELI



Kata Allah SWT:
A026

Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduh orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga). [An-Anur:26]

Lelaki boleh membeli wanita. Hanya menunjukkan harta, pangkat dan kekayaan yang dimiliki. Kerjaya hebat seperti Engineer, Businessman, Doctor, Architect dan pegawai besar. Kebanyakkan wanita memandang kerjaya hebat dan membiarkan saja sikap, agama (lelaki). Lagi mudah mendapatkan wanita cantik jika mempunyai title Dato', Tan Sri, Raja. Lelaki melihat wanita kerana cantik, pendidikan, status dalam masyarakat, pangkat dan sifat kewanitaan seperti lembut dan comel.

Kalau wanita itu cantik, kita boleh beli dengan duit, wanita baik perlu beli nilai diri sendiri. Murah harga seorang wanita cantik jika mudah dibeli. Manakala wanita yang mahal harga diri disebabkan nilai agama yang tinggi. Bergantung kepada wanita untuk menjadi mahal atau murah.

Kadang-kadang lelaki menjadikan wanita sekadar skandal, kesunyian dan cinta monyet. Malang sekali. Kekadang rasa rugi melihat perempuan yang rupa cantik, pakaian sopan, cakap lemah lembut, tetapi... mudah untuk melayan lelaki. Mudah untuk whatsapp lelaki sana sini. Senang senang untuk rapat dengan ramai lelaki. Mudah untuk keluarkan kata-kata manja atau alunan suara manja pada lelaki. 

Wanita sempurna adalah yang cantik, berpangkat, kerjaya, akhlak baik, beragama dan cekap menguruskan hal-hal rumahtangga. Bagaimana nak dapat wanita seperti ini, lelaki perlu tunjukkan kejujuran, sikap dan nilai yang baik dalam diri. Lelaki baik untuk wanita baik. 

No comments: