Sunday 13 June 2021

BUTA MATA HATI




Assalamualaikum WBT

Mari kita bersama-sama membaca surah Al-Hajj ayat 42-46. Perhatikan highlight berwarna kuning. Penekanan dan perhatian.

A042
Dan jika mereka (yang kafir itu) mendustakanmu (wahai Muhammad), maka (yang demikian tidaklah pelik) kerana sesungguhnya sebelum mereka: Kaum Nabi Nuh, dan Aad (kaum Nabi Hud), serta Thamud (kaum Nabi Soleh) telah juga mendustakan Rasul masing-masing; (Al-Hajj 22:42)
A043
Dan (demikian juga) kaum Nabi Ibrahim dan kaum Nabi Lut;(Al-Hajj 22:43)

A044
Dan juga penduduk Madyan; dan Nabi Musa juga telah didustakan; maka Aku memberi tempoh kepada orang-orang kafir itu, kemudian Aku menimpakan mereka dengan azab seksa. Dengan yang demikian perhatikanlah bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu. (Al-Hajj 22:44)
A045
Maka bukan sedikit negeri-negeri yang Kami binasakan dengan sebab kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah bangunan-bangunannya; dan bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar, dan istana yang tersergam (telah kosong, ditinggalkan).(Al-Hajj 22:45)

A046
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.(Al-Hajj 22:46

Kita baca lagi surah Al-Mutaffifiin untuk menjelaskan apa itu buta mata hati.

A012
Dan tiada yang mendustakannya melainkan tiap-tiap orang yang melampaui batas (kebenaran), lagi amat derhaka!(Al-Mutaffifiin 83:12)

A013
(Sehingga) apabila ia dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata:" Ini ialah dongeng orang-orang dahulu kala!"(Al-Mutaffifiin 83:13

A014
Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.(Al-Mutaffifiin 83:14)

Tafsir Surah Al-Mutaffifiin ayat 14 menerangkan makna buta mata hati dengan Nabi SAW bersabda:
          إِنَّ العَبْدَ إِذَا أَخْطَأَ خَطِيئَةً نُكِتَتْ فِي قَلْبِهِ نُكْتَةٌ سَوْدَاءُ ، فَإِذَا هُوَ نَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ وَتَابَ سُقِلَ قَلْبُهُ ، وَإِنْ عَادَ زِيدَ فِيهَا حَتَّى تَعْلُوَ قَلْبَهُ ، وَهُوَ الرَّانُ الَّذِي ذَكَرَ اللَّهُ " كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ”
”Sesungguhnya seorang hamba jika ia melakukan kesalahan, maka akan tercemari hatinya dengan satu bercak hitam. Jika ia menghentikan kesalahannya dan beristighfar (memohon ampun) serta bertaubat, maka hatinya menjadi bersih lagi. Jika ia melakukan kesalahan lagi, dan menambahnya maka hatinya lama-kelamaan akan menjadi hitam pekat. Inilah maksud dari ”al-Raan” (penutup hati) yang disebut Allah  Al-Muthoffifin: 14]

Apabila kita membaca ayat diatas, mereka bukanlah seorang buta mata, pekak telinga dan akalnya cacat. Mereka sempurna. Tetapi mereka enggan menyakini dan melawan. Sebab apa? Mereka buta hati.

Mereka berjalan, melihat dan ada pengetahuan mengenai kesan-kesan kemusnahan. Tetapi tidak mahu beriman. 

Anologi beginilah, rumah kita dekat dengan masjid atau surau. Setiap hari kita mendengar azan memanggil-manggil diri kita untuk solat berjemaah. Telinga dengar azan. Ada pengetahuan sekiranya solat berjemaah dapat pelbagai kebaikan. Mata boleh melihat dan tahu masjid di mana. Tapi, mampu tak menunaikan solat?. Jawapan tidak mampu. Sebab apa? Buta hati.

Berapa lama boleh jadi buta hati? Sehari boleh menjadi buta hati. Jawapannya tidak, bertahun-tahun lamanya. Berikut di bawa gambar love. Bukan love cinta tetapi gambaran hati di dalam dada kita itu. Sabda Rasulullah: “Setiap bayi yang dilahirkan adalah suci fitrahnya. Ibubapalah yang menjadikan mereka Yahudi, Nasrani mahupun Majusi.” - (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Anak kita yang kecil kecil itu hatinya bersih. Ibu bapalah yang mendidik anak. Pendidikan anak-anak ini kita kena serius dan jangan buat main-main. Kita seharusnya mendidik dan membentuk akidah anak dengan baik. Cabaran diluar sana sangat mencabar dan boleh menggugat iman.

Macamana anak boleh tergugat iman, padahal menghantar anak saya sekolah agama dan mengaji?. Begini, ibu bapa menyediakan kemudahan didalam rumah seperti televisyen. Kita nak selesa lagi menonton, kita tambah siaran Astro. Sudah berapa jumlah siaran televisyen?. Banyakkan. Pelbagai siaran. Anak kita tu ada kemampuan ke beli televisyen dan masukkan siaran Astro. Jawapannya tidak. Ibu bapalahkan. Siaran televisyen tu macam-macam. Ibu bapa pantau tak pengisian siaran anak-anak tu?. Jawapannya ada atau tidak ada. Maka, anak kita setiap hari menonton televiyen. Macam-macam la pengisian siaran itu. Siaran yang berunsur maksiat tu, kita telah berjaya melukis titik titik hitam dalam hati anak-anak. Setiap hari. Dari kecil hinggalah remaja. Tambahlah hitam hati. Ibubapa ada ajar tak macamana cara untuk bertaubat dengan Allah SWT. Jawapannya ada dan tidak ada.
Image result for love picture images png

Ingin jelaskan lagi buta hati, kita buat cara Taksonomi Bloom Peringkat-peringkat Perasaan Dosa: Bentuk asal tu seperti dibawah:
Image result for taksonomi bloom png
Peringkat-peringkat Perasaan Dosa:
5) Murtad - akhirnya murtad. Nak jadi murtad boleh ambil masa sehari ke?. Jawapannya bertahun-tahun lamanya. Apabila lemahnya iman, mulalah dakwah agama lain.
4) Pertahankan Dosa - bila orang beri nasihat dan dakwah kita pertahankan dosa  kita jawab ini "hak asasi manusialah", "kubur lain lain lah"
3) Lali - apabila rasa seronok dah jadi lali
2) Seronok - setiap hari melakukan dosa, perasaan rasa seronok
1) Bersalah - bila kita melakukan dosa, terdetik hati rasa bersalah

Seterusnya, mari kita bersama-sama membaca surah Asy-Syams ayat 8-10

A008
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -(Asy-Syams 91:8)

A009
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),(Asy-Syams 91:9)

A010
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).(Asy-Syams 91:10)

Allah SWT menyediakan jalan takwa dan kejahatan. Boleh pilih. Maka, beruntunglah mereka yang melalui jalan Allah SWT.




No comments: