Tuesday 6 June 2017

LOVE MARRIAGE


Konsep Perkahwinan merujuk kepada satu bentuk hubungan secara realtifnya setabil antara seorang lelaki dengan seorang perempuan, yang dibenarkan (sahkan) oleh masyarakat.

Pembentuk unit terkecil masyarakat ialah individu, dan kelompok asas yang terdekat ialah keluarga. Keluarga amat penting kerana ianya merupakan kontak terawal, pengaruh yang kuat dalam pembentukan personaliti. Sebab itu, sistem keluarga masyarakat perlu kukuh.

Fungsi keluarga meliputi oleh Keperluan biologi, Keperluan kasih sayang, Keperluan mendapatkan zuriat dan Keperluan ekonomi. Kesemua keperluan itu boleh berlaku dengan berkahwin.

Walau bagaimanapun, era moden ini terdapat banyak perubahan dalam institusi perkahwinan akibat daripada 
a)          Fungsi famili semakin lemah 
b)         Famili luasan semakin berkurangan (lebih kepada nuklear famili) - 
c)         Pemilihan jodoh lebih bersifat eksogami 
d)       Love marriage dan bukan arrange marriage lebih dominasi
e)       Wanita lebih menumpu kepada kerjaya dan bukan perkahwinan (nilai berubah).

Peningkatan masalah perkahwinan amat membimbangkan. Antara sebabnya adalah:
a)        Pengikatan fahaman individualistik.
b)     Cinta romatik menurun
c)     Wanita kurang bergantung kepada lelaki - wanita berkerjaya
d)     Banyak masa di luar rumah – hidup lebih menekan kos hidup
e)     Perceraian menjadi lebih lumrah – diterima sosial
f)     Prosedur cerai mudah, melalui undang-undang
g)     Keganasan famili sudah menjadi urusan negara bukan lagi peribadi (dalam rumah               tangga).

Masa kini banyak alternatif dalam pembentukan keluarga:
a)   Sudah ramai ibu/bapa tunggal
b)   Meningkatnya fenomena lelaki dan perempuan tinggal bersama -bersedudukan                   (cohabitation)
c)   Meningkatnya homaseksual (gays dan lesbian)
d)    Ramai yang tidak mahu berkahwin.

Kesimpulan, berkahwin dan mengharapkan jodoh itu sehingga hayat. Teruskan tingkat ilmu kasih sayang. Walaupun cabaran mendatang, banyak sabar dan berbincanglah.

Sekian...:)

No comments: