Proses mengumpul maklumat untuk dijadikan berita
melibatkan:-
1. WAWANCARA
Wawancara merupakan kaedah menemu bual sumber untuk
mmendapatkan maklumat. Wawancara terbahagi kepada tiga iaitu:-
a. Wawancara pendapat
Dibuat terhadap orang ramai untuk mendapat
pandangan mereka tentang sesuatu isu.
b. Wawancara maklumat
Berupa wawancara dengan tokoh-tokoh atau pakar bagi maklumat
mengenai sesuatu isu dengan lebih tepat.
c. Wawancara personaliti
untuk memperkenalkan seseorang, latar belakang, pandangannya
mengenai dirinya sendiri.
d. Wawancara eksklusif
Wawancara yang dilakukan oleh wartawan dari satu media
yang khusus dengan sumber yang penting tentang isu-isu semasa.
2. PEMERHATIAN
Pemerhatian adalah satu teknik mendapatkan berita dengan
pergi ke lokasi kejadian agar informasi yang diperolehi benar-benar sahih. Ada
dua teknik pemerhatian:-
a. Secara langsung
wartawan akan tinggal bersama dengan sumber dan merasai apa
yang dialami oleh sumber.
b. Secara tak langsung
wartawan akan melantik seorang perantara yang akan
menyalurkan maklumat kepada wartawan.
3. PENYIASATAN
Merupakan kaedah saintifik mencari pengetahuan yang
melibatkan kaedah mengenalpasti dan formula untuk mendedahkan tingkah laku
seseorang yang tidak diketahui umum
4. PENYELIDIKAN
adalah satu kaedah pengujian untuk menjelaskan realiti bagi
meningkatkan pemahaman sesuatu fenomena. Ia dilakukan dengan merujuk kepada
sumber sekunder iaitu sumber kedua seperti fail, rekod, laporan, dokumen.
5. AGENSI BERITA
Adalah pembekal berita yang menghantar laporan berita secara
elektronik. Cth: Associated Press (AP), United Press International (UPI),
Agense France Presse (AFP), Reuters, International Islamic Agencies (IINA), DPA
(Jerman), Agensi Berita Antara (Indonesia), BERNAMA.
No comments:
Post a Comment