Kelebihan manusia adalah kerana manusia dikurniakan akal. Dengan
penggunaan akal yang bijak manusia dapat membuat Proses Penaakulan Memberikan
sebab(reasoning) kenapa sesuatu itu berlaku.
Membentuk konsep: Berdasarkan cerapan dan kajian,
pengetahuan baru akan dirumuskan sebagai konsep dan teori. Memahami fenomena
yang diperhatikan Hasil daripada pemerhatian keadaan yang berlaku di sekeliling
kita.
Kebijaksanaan seseorang juga dikaitkan dgn hati. Seseorang
yang bijak akan menggunakan akal dan hati untuk menghasilkan idea yg bernas. Keputusan
hasil penggunaan kemahiran berfikir harus memberi natijah yg positif kepada
diri sendiri serta orang lain.
Kita juga dapat menggunakan pengetahuan yang telah
dipelajari dgn lebih produktif. Penting
kita dapat menggunakan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang terurus dalam
kehidupan.
Socrates: menekankan keberkesanan soalan untuk menilai dan
meningkatkan kebolehan seseorang untuk menjana idea yang bernas. Untuk
menggalakkan seseorang berfikir, soalan “aras tinggi” harus digunakan.
Soalan “aras tinggi” digunakan untuk mencapai jawapan yang
bernas :-
Mengapa
Kenapa
Bagaimana
Soalan “aras rendah” :-
Siapa nama awak?
Bila
Siapa
No comments:
Post a Comment