Psikologi merupakan bidang
pengajian dan aplikasi yang melibatkan kajian saintifik tentang fungsi mental
dan tingkah laku manusia.
Matlamat utama dalam bidang psikologi adalah untuk
memahami individu dan kumpulan melalui prinsip-prinsip umum berdasarkan teori
dan kajian saintifik bagi memberi faedah kepada manusia sejagat.
Pakar
psikologi juga boleh dikenali sebagai saintis sosial, saintis tingkah laku atau
saintis kognitif kerana mereka cuba memahami peranan dan fungsi mental dan
tingkah laku sosial individu tatkala meneroka proses fisiologi dan neurobiologi
yang menjadi asas kepada fungsi kognitif dan tingkah laku individu.
Antara
konsep-konsep penting yang mendapat perhatian ahli psikologi adalah persepsi,
kognisi, tumpuan perhatian, emosi, motivasi, fenomenologi, fungsi otak,
personaliti, tingkah laku dan hubungan inter personal.
Konsep-konsep ini banyak
dikaji melalui kajian empirikal yang menyiasat hubungan antara konsep atau
pembolehubah-pembolehubah psikologi ini. Bidang psikologi ini banyak memberi
manfaat kepada penyelesaian masalah di peringkat individu, organisasi dan
masyarakat.
Kepentingan psikologi industri dan organisasi dalam pembangunan sumber
manusia
Psikologi organisasi turut dikenali sebagai psikologi industri dan
organisasi. Ia merupakan aplikasi prinsip-prinsip psikologi, teori psikologi,
dan hasil-hasil penyelidikan psikologi di tempat kerja. Menurut Persatuan
Psikologi Industri dan Organisasi
(‘Society for Industrial and Organizational Psychology’), ahli psikologi
industri dan organisasi adalah mereka yang memperakui hubungan kebergantungan
dan interaksi di antara individu, organisasi dan masyarakat. Mereka juga
memperakui impak faktor pengaruh agensi kerajaan, kesedaran pelanggan yang
semakin meningkat, kekurangan kemahiran dan perubahan ciri dalam pasaran sumber
manusia ke atas organisasi dan masyarakat.
Pemilihan dan
Penempatan
|
Pembentukan ujian, pengesahan ujian, analisis kandungan tugas,
pengenalpastian potensi pengurusan, justifikasi ujian dalam konteks
perundangan
|
Latihan dan
Pembangunan
|
Pengenalpastian keperluan latihan dan pembangunan, pembentukan,
perlaksanaan dan penilaian program latihan, perancangan kerjaya
|
Pembangunan
Organisasi
|
Analisis struktur organisasi, memaksima kepuasan dan keberkesanan
personel, pengurusan perubahan organisasi
|
Pengukuran Prestasi
|
Pembangunan pengukuran prestasi, pengukuran faedah ekonomi berdasarkan
prestasi, penilaian sistem prestasi kerja
|
Kualiti Kehidupan
Bekerja
|
Faktor kepuasan kerja, pengurangan stres di tempat kerja, penilaian
dan pembentukan semula rekabentuk kerja dan tugas
|
Kejuruteraan
psikologi
|
Pembentukan persekitaran kerja, keberkesanan individu-mesin secara
optimum, keselamatan persekitaran tempat kerja
|
No comments:
Post a Comment