Friday, 31 August 2018

KETUA NEGARA MESTI ISLAM

Image result for NUR FAZURA
Rasulullah SAW telah bertindak sebagai ketua negara memandangkan jawatan itu mempunyai kedudukan yang penting dalam negara Islam. Para ulama telah menggariskan beberapa syarat penting jawatan kepimpinan berdasarkan kepada AlQuran dan Hadis. Antaranya:

Islam - Syarat penting kerana orang bukan Islam tidak layak memegang jawatan ini. Firman Allah SWT:


Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.(A-li'Imraan 3:28)

(Mereka yang munafik itu ialah) orang-orang yang sentiasa menunggu-nunggu (berlakunya sesuatu) kepada kamu; maka kalau kamu mendapat kemenangan dari Allah (dalam sesuatu peperangan), berkatalah mereka (kepada kamu): "Bukankah kami turut berjuang bersama-sama kamu? (Oleh itu kami juga berhak menerima bahagian dari harta rampasan perang)". Dan jika orang-orang kafir pula mendapat bahagian (yang menguntungkan dalam peperangan), berkatalah mereka (kepada orang-orang kafir itu): "Bukankah kami turut membantu kamu dan mempertahankan kamu dari (serang balas) orang-orang yang beriman (dengan mendedahkan rahsia perpaduannya)?" Maka Allah akan menghakimi di antara kamu semua pada hari kiamat; dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman. (An-Nisaa' 4:141)

Orang yang memegang jawatan ini mestilah orang yang beriman kepada keseluruhan ajaran Islam. Dan sememangnya telah menjadi adat kepada mana-mana negara iaitu tidak melantik orang-orang yang tidak menganut ideologi negaranya sebagai pemimpin.

Dunia hari ini, ramai orang tidak kisah melantik pemimpin itu Islam atau tidak asalkan baik dan integriti. Ada juga yang tamak jawatan pemimpin tanpa menghitung ia adalah amanah di dunia dan akhirat.

Orang melayu dan penduduk bukan melayu perlu tahu, pemimpin dilantik adalah majoriti penduduk negara ini dan mesti Islam.

No comments: