Friday, 31 August 2018

BUDAYA ILMU DAN MEMBACA

Sesuatu amalan akan menjadi budaya sekiranya ia diamalkan secara konsisten/istiqamah oleh sebahagian masyarakat, organisasi dan keluarga dalam tempoh yang lama atau berterusan. Proses membudayaan mengambil masa dan ia perlu berlaku semula jadi tanpa ada paksaan atau kerahan. Oleh itu, masyarakat, organisasi dan keluarga perlu diberi pengetahuan, pemahaman dan seterusnya boleh meresap dalam diri disamping faktor motivasi, kepimpinan dan sebagainya menjadi penyumbang sesuatu budaya itu.


Menurut Alvin Toffler, untuk menguasai dunia/meluaskan kuasa memerlukan ilmu, teknologi, wealth dan violence. Sebab itu, banyak jurnal penyelidikan berkualiti tinggi diterbitkan di negara maju dan termasuk negara China. Sangat banyak jurnal ditemui dari negara China dalam pelbagai bidang. Ilmu yang ada telah dikembangkan menerusi ilmiah seperti penyelidikan, aktiviti inteklektual, inovasi, perkembangan sains dan teknologi.

Budaya ilmu menjadi asas kepada amalan bijak politik. Bijak memilih pemimpin dan parti memerintah. Ahli politik negara maju memperjuangkan idealisme mereka dan politik bukanlah satu batu lonjatan untuk mengaut kekayaan kerana mereka sentiasa dinilai oleh rakyat. Rakyat berilmu bijak memilih kerajaan untuk kesejahteraan dan kebaikan. Islam telah mengajar umatnya bagaimana cara memilih pemimpin seperti surah ali Imran ayat 28; Al Anfal ayat 60; al Qasas 28 dan banyak lagi.

No comments: