Tuesday, 8 November 2022

BAHASA JEPUN



Kemampuan berbahasa Inggeris warga Jepun secara umum adalah minimal. Ini antara keunikan bangsa Jepun. Mereka sangat maju teknologi dan pengetahuan melalui pengangkatan martabat bahasanya sebagai ilmu. Antara kelebihan apabila sesuatu negara itu mengangkat martabat bahasa ibundanya ialah perkembangan ilmu pengetahuan itu dapat dirasai dan sampai segenap lapisan masyarakat. Berbanding sekiranya menggunakan bahasa asing sebagai bahasa utama, maka informasi/maklumat dan ilmu pengetahuan itu hanya diakses oleh segolongan yang menguasai bahasa asing tersebut. Inilah yang berlaku di negara yang menjunjung tinggi bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantara seperti di Filipina di mana standard bahasa Inggeris adalah tinggi tetapi mereka hanya sekadar pengesksport tenaga kerja tidak mahir sentero dunia dan keadaan ekonomi serta tahap pendidikan yang tidak seimbang.
Rasulullah SAW bersabda :
"Sebahagian daripada bahasa yang disampaikan dengan baik itu boleh menarik laksana sihir."

Kajian UNESCO, bahasa ibunda paling berjaya dalam pelajaran dan pendidikan sesuatu bangsa dan umat. Menggayakan berbagai ilmu kepada sesuatu bangsa pula diterjemahkan ke dalam bahasa ibundanya supaya dapat memberi ilmu kepada seramai-ramainya di kalangan bangsa itu. Tamadun Islam terbukti, bukan dengan cara seluruh umat Islam mempelajari bahasa asing, hanya beberapa orang sahaja yang dipilih oleh Rasulullah SAW dan para Khalifah selepasnya mempelajari bahasa asing untuk mengambil ilmu yang bermanfaat daripada berbagai bangsa yang bertamadun di seluruh dunia walaupun tidak berasas kepada hidayah, tetapi diambil ilmu bermanfaat sahaja. Seterusnya, menterjemahkan ilmu itu ke dalam bahasa Arab, bahasa rasmi umat Islam berpandukan hidayah Allah daripada Al-Quran dan Sunnah yang menjadi mukjizat ilmu.

No comments: