Tuesday, 8 November 2022

DUNIA PERSAINGAN


Hari ini kita sedang menghadapi persaingan pelbagai aspek antaranya ekonimi, pemikiran, politik, agama teknologi, pendidikan dan sebagainya.
Persaingan pemikiran yang amat menakutkan kita kerana pelbagai bentuk pemikiran yang wujud hari ini untuk memenangi hati masyarakat. Pemikiran liberal, sosialis, neo-sosialis, kapitalis, libertarian, atheist dan banyak lagi yang boleh mempengaruhi umat Islam.
Umat Islam telah dikelirukan dengan pelbagai cipta ideologi dan teori disandarkan kepada Islam. Caranya mengambil titik persamaan konsep secara umum tanpa dilihat dasar dan objektifnya yang berbeza, seperti diperkenalkan konsep Islam baharu dengan menyebut Islam Sekular, Sosialisma Islam, Islam Liberal, Islam Demokrasi, dibahagikan Islam Politik dan tidak politik, sehinggalah diadakan mazhab baru dalam Islam seperti Ortodok, Konservatif, Modenisasi, Reformasi, Moderat sehinggalah Teroris dan ada lagi yang akan dimunculkan di atas nama ijtihad dalam perkara yang tidak diizinkan berijtihad.
Dunia moden telah mengangkat hak asasi manusia berlebih-lebihan. Tuntutan demi tuntutan dibuat. Fenomena LGBT, perkahwinan sejenis, pelacuran, pornografi dan sebagainya. Banyak negara maju telah meluluskan tuntutan mereka. Ramai pejuang hak asasi manusia sangat tegar memperjuangkan hak asasi manusia tanpa melihat kepada syariat dan akidah.
Gerakan LGBT paling berpengaruh walaupun mereka minoriti. Sebab apa?. Menurut Profesor Jasser Auda gerakan ini mempunyai dana yang banyak, menguasai media massa dan paling penting jaringan yang mantap di seluruh dunia.

No comments: