Friday 4 January 2019

APA AGAKNYA ORANG LAIN MENYEBUT TENTANG KITA?

Related image

Wanita solehah dambaan orang. Wanita solehah adalah mereka yang mempunyai akhlak yang baik dan berilmu. Tanpa ilmu, sukar wanita menjadi wanita solehah. Kesungguhan dan kerajinan menuntut ilmu adalah sangat dituntut supaya diri wanita tidak menjadi jahil tetapi bijak dalam tindakan dan pilihan demi keuntungan dunia akhirat. 

Semua manusia akan mati. Mati itu pasti. Sekiranya kita mati, jenazah kita diusung ke masjid dan imam akan bertanya kepada para jemaah selepas solat jenazah. Iman bertanya,"apa yang hendak dikatakan kepada jenazah ni?"..Tiba-tiba terfikir juga, muhasabah diri jadinya. Apa agaknya kebaikan yang akan diperkatakan orang?, Adakah aku ini cukup baik? Amalannya bagaimana?. Contohnya, apa ilmu yang aku kongsikan dengan keluargaku dan masyarakat yang boleh dijadikan jariah kita nanti. Amalan yang berpanjangan. Contoh-contoh akhlak atau teladan kepada orang lain....Adui 

Bercita-cita untuk menjadi baik ini, boleh kita pelajari pengajaran dari surah AlKahfi. Pemuda yang beriman mempertahankan imannya. Pemuda yang mempunyai tujuan hidup yang jelas dengan mempertahankan prinsip syahadanya iaitu menjadi hamba Allah SWT dan hidup untuk Allah SWT. Untuk memperkukuhkan prinsip syahadah, umat Islam wajib untuk solat dan melaksanakan solat 5 kali sehari umat Islam menjadi ingat purpose of life.

Antara akhlak wanita yang perlu ada antara seorang yang boleh mempengaruhi pasangan, keluarga dan masyarakat perkara-perkara yang baik-baik. Tetapi tidak dapat dinafikan wanit juga mudah dipengaruhi oleh orang lain dan boleh merosakkan jiwa serta akhlak wanita itu. Berhati-hati.

Selain itu, wanita juga seorang yang kreatif dan sentiasa menceriakan keadaan antara menghias rumah, menyediakan hidangan dan sebagainya. Peranan wanita juga penting apabila sentiasa mengingati mati untuk diri sendiri, keluarga, kawan dan masyarakat sebagai persediaan kita untuk membawa bekalan amalan yang sebanyak-banyaknya. Peringatan ini amat penting agar diri tidak tergelincir. Maklumlah cabara dunia hari ini. Zaman fitnah dan jahil ilmu agama.

Wanita juga hendaklah sentiasa bersyukur kepada Allah SWT apa-apa sahaja pemberiannya yang sikit atau banyak. Ini kerana Allah SWT sangat mengetahui keperluan manusia dan sentiasa cukup. SubhanaAllah. Selain itu, sifat tenang juga perlu ada supaya kita tidak menjadi seorang yang gelojoh dan terburu-buru. Ketenangan kita mudah berfikir dan hati sentiasa tenang.

Sifat paling teruk sekali ialah ego. Kurangkan sifat ego kepada semua orang dan berlapang dada menerima nasihat dari keluarga dan sahabat-sahabat yang ikhlas untuk kita menjadi diri lebih baik. Sentiasa sebutkan ucapan terima kasih.

Wanita yang selehah adalah wanita yang bijak menguruskan hartas suaminya, mengeratkan silaturrahim keluarga dan pandai menguruskan anak menjadi soleh/solehah. Semua akhlak itu, perlu kita mencari pengetahuan, melaksanakan ilmu yang diketahui dan untuk dapat reda Allah SWT. 

Kesimpulannya, untuk berjaya kita mesti ada goal, khusyuk/fokus dan bersungguh-sungguh melakukan azam.







No comments: