Friday 29 March 2019

DOA JODOH



Cari Jodoh  


Ayat 36 (Surah Yassin) bermula “Subhanal lazi ……….’ (baca ditapak tangan dan tiup sapu ke muka sebanyak 3x). 

Suami tak cari lain


Surah Ali Imran (Ayat 200) bermula ‘Ya ayuhal lazi …..’ baca dan tiup kepada suami, nescaya tak cari yg lain. 

Nak hilangkan jeragat


Baca Surah Yusof ayat 3 & 4 sapu ke muka dengan air asam jawa. 

Untuk Kanser & Mandul


Surah Yassin ayat 82 baca 100x, 41 malam tiup dalam air dan minum selama 41 pagi. 

Nak Cantikkan Muka, kena baca pantun dulu.

          Air setitik dlm syurga

          Aku nak basuh

          Bintang Kamal Bintang Bercahaya

          Cahaya Allah Cahaya Baginda Rasulullah

          ‘La Ilahhailallah Muhamadarasulullah’         

basuhlah muka ratakan biar ia kering amalkan selalu.

Bila orang selalu melemparkan kata-kata yg buruk kpd. kita bacalah ayat 29 Surah Yassin.

Sakit Kepala


Al-Fatihah 7x atau 21 x sapu di kepala


Sakit Perut


Tadah air hujan malam Jumaat baca Al-Fatihah 3x dan besoknya berpuasa, bila berbuka minum air tersebut.


Orang tak balik


Tulis ‘La Ilahhailallah – kirim (beri pd. org yg tak balik melalui kawan) potong dua, Muhamadarasulullah – kita simpan.


Sakit Urat / terseliuh


Tumbuk-tumbuk di tempat sakit jangan kuat sangat nanti lagi sakit, baca Surah Yassin ayat 78-79.


Untuk Buat Air Penawar (untuk penyakit atau lain-lain) diniatkan dng ikhlas terlebih dahulu sebelum memulakannya.

1.             Ayat Shifa

2.            Doa Surah Al-Kahfi ayat 10 bermula ‘Rabana……….dibaca 3x atau 7x atau 10x.

3.            Sesudah baca hembus – di air habis nafas

4.            Al-Fatihah - dibaca 3x atau 7x atau 10x.

5.            Ayat Kursyi dibaca 3x atau 7x atau 10x.

6.            Ayat 13 surah al-Kahfi bermula ‘Inahumfidyatun…..

7.            Ayat 14                                Ala kulu bihim…….

8.             Ayat 17                               ‘Man yah…diLahhu

9.            Ayat 24                                ‘Wazkurabaka …..

10.         Ayat 27                               ‘Walantajida min dunihi…….’

Ingatan:

Baca Yassin jangan terlalu dekat dengan orang yg meninggal dunia.


Selalu baca Selawat Nabi asalkan Ikhlas.


Bila kita berkeadaan berduka cita tersangat sedih bacalah Lafaz ‘Ina Lillah Wa Ina Lillahirojiun’.

Kalau nak ganti puasa jangan buat selepas Nisfu Shaaban.


Bila kasut rosak jangan pakai sebelah kaki saja, buka kedua-duanya. (ibarat berjalan spt. Syaitan)


Baca ayatulkursyi nak pergi ke mana-mana.  InsyaAllah selamat.


Berpuasalah di bulan-bulan putih iaitu 13, 14 dan 15 tengok kalendar bulan Melayu bukannya bulan orang putih.

Bila melihat bulan bacalah doa:  Aku beriman akan yg telah menjadikan engkau wahai bulan, ya Allah’.

JADIKAN AMALAN HARIAN

Syukur ada 4 macam pada waktu pagi



1.             Alhamdulillah segala puji yang menerangkan hati dengan Nur Hidayah.

2.            Segala puji jadikan aku umat Nabi Muhammad.

3.            Segala puji dari Allah tidak jadikan rezeki ditangan orang lain.

4.            Segala puji bagi Allah telah menutupi kejelekan kami



Laris Berniaga


Baca Surah Al-Fathir ayat 29-30.


Hilang Barang


Baca Salawat banyak-banyak


Dikejar anjing

Assalamualaika Ya Katemir (temukan ibu jari dan jari manis - makrifat)

Orang Tak Solat


Baca Ayat 40 Surah Ibrahim setiap kali selepas Sembahyang.

Doa Untuk Mata (Tidak Rabun)

Bila dengar azan sampai ke Ashaduallah…………muhamadarasulullah, temukakan kedua-dua ibu jari baca ayat 22 surah qaaf sebanyak 7x, sapu kedua-dua jari (kuku) di mata (dari tepi batang hidung ke luar).


22. Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini, maka Kami singkapkan daripadamu tutup (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu sangat tajam.


Menjadi kaya


Baca surah al-waqiah

Doa Murah Rezeki


Ya Allah, sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia, dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.  Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia; jika ia sedikit, banyakkanlah ia; dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami mudahkanlah ia, serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu, wahai Yang Maha Pengasihi diantara yang pengasih.

Murah Rezeki


Baca ayat ini semasa membuka pintu / tingkap atau tempat perniagaan.

Doa Ketika Sujud


Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah
satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.


"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."




Otak Cergas



Baca alam nas rah, letakkan tangan di dahi dan baca Ya-Allah Ya-Shadid sebanyak 21x untuk cerdaskan otak anak-anak.






Khasiat Al-Fatihah



1.       Sembuh Penyakit - Baca Al-Fatihah 7x dan pegang tempat yang sakit, dan berdoa “Ya-Allah Ya Tuhanku Sembuhkan Penyakit ini, kemudian baca Salawat”.





2.       Baca Al-Fatihah sebanyak 7X (di waktu pagi ) di tapak tangan dan hembus, sapu ke muka dan perut (orang tak nampak kita dan perut tak lapar).




3.       Dibaca setiap hari dan malam – hindarkan penyakit malas.




4.       Air tadahan wuduk dibacakan Al-Fatihah sebanyak 41 x dan dimandikan pada budak yang sangat nakal.




5.       Dibaca Al-Fatihah dan Suratul Al-Ikhlas bila masuk ke rumah dihindari dari menjadi fakir, papa dan mendapat kebaikan dalam rumah.




6.       Dibaca dan dihembus pada orang yang sakit sebanyak 41x.




7.       Bagi menyimpan barang-barang yang berharga bacakan Al-Fatihah.




8.       Sunat dibaca Al-Fatihah bila memasuki masjid dan keluar masjid.




9.       Jika ada anak-anak yang tak mahu tidur atau diganggu tulis bismillah sebanyak 21 dan letak di bawah bantal.




10.     Baca Al-Fatihah 1x dan Surah Al-Ikhlas 3x dan beri salam baru masuk ke dalam rumah (hindar dari kepapaan dan jiran suka pada kita).




11.      Tiap2 hari baca Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 3x dapat menghindar dari kesusahan.






Doa Perlindungan Untuk Anak-anak





Aku berlindung dengan berkat kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari setiap syaitan dan yang mengganggukan juga dari setiap penglihatan yang membahayakan.




Doa pelindung diri ketika berdepan dengan musuh (terancam) baca surah Yassin ayat 9, kita dilindungi musuh tidak nampak.




Baca setiap hari surah altaubah ayat 128:










hareesun AAalaykum bialmumineena raoofun raheemun








Fain tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huwa AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAatheemi




Terjemahannya:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."




Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.

2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.

3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.

4. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.



Ayat hasbiya Allahu la ilaha (di atas) baca sampai habis pagi dan petang Allah mencukupkan apa yang tak cukup dalam hidup kita. Contoh duit gaji walaupun sedikit dia membawa berkat cukup saja untuk menampung sekeluarga.




DOA KETIKA KESULITAN


DALAM KERJA-KERJA YG DILAKUKAN




Ya Allah! Tiada Tuhan Yang Mudah Kecuali Apa Yang Engkau Jadikan Mudah dan Engkau Telah Jadikan Tanah Keras dan Gersang itu Gembur dan Subur.






DOA ANGIN AHMAR – BACA SELEPAS SETIAP SOLAT


Aku berlindung dengan Allah dari penyakit angin ahmar dan penyakit yang besar dan berat dari menimpa atas diri dan roh darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat sarafku.  Maha suci engkau, apabila engkau menghendaki sesuatu maka hanya engkau mengatakan jadilah maka jadilah ia.


Awet Muda




Sekadar berkongsi ilmu yg baik utk diamalkan bersama. Pada kaum bapa panjangkan ilmu ini kepada kaum ibu yg dirumah.

Ustazah Fatima Az zahrah menurunkan petua untuk menjaga kepemperempuanan kita supaya sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat dalam Surah al-Waqiah.

("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh perempuan untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri kita & utk kebahagiaan rumahtangga kita.




Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.



Dan…




1.             Sentiasa mengukir senyuman (merupakan sedekah)


2.            Amalkan solat sunat pada waktu malam


3.            Banyakakan baca quran dan zikir selepas solat


4.            Digalakan makan buah kurma, tetapi bukan yg diimport dari negara barat (ada campuran lain)


5.            Makan nasi jangan berulam air




Persiapan sebelum pergi menunaikan umrah


  1. Perbanyakkan solat taubat


Ketika keluar dari rumah menuju airport


Baca doa:        Ya Allah tutup keaibanku jangan aku dipermalukan.


Ketika dalam kapal terbang


  1. Sahadah - dari mulut dan meresap kehati
  2. Istighfar (ulang banyak kali)
  3. Salawat Nabi
  4. Talbiah (Labaikallah…….. aku sahut seruanMu ya Allah)



Pasang niat di Miqat


Pasang niat dengan bercakap dengan Allah (Ya Allah aku datang nak menunaikan umrah aku haramkan atas diriku perkara yang halal semata-mata kerana Mu  Ya Allah sekiranya umrah aku terhalang, aku jadi orang yang halal). 
Jika datang haid (baca tabadyada…..)


Ya Allah, aku pohon padaMu berhentikan haidku supaya aku dapat mengerjakan umrah dengan sempurna ya Allah.  Aku berazam sekiranya haidku segera berhenti wajib atasku tunaikan nazar contoh nazar - tawaf sunat @ baca al-quran @ solat surat 2 rakaat @ sedekah (apa-apa nazar pilih salah satu).

semoga mendapat manfaat...  banyak lagi doa2 lain…….


No comments: