Individu Muslim sebagai anggota masyarakat hendaklah sentiasa tajamkan pendengaran terhadap hak orang ramai iaitu ambil berat perkara berlaku dalam masyarakat. Bertindak segera dan sesuai dengan ehwal yang terjadi jika yang sakit hendaklah ziarahi, jika berlaku kematian takziah dan iringi ziarah nya hingga ke kubur. Sebaliknya tutuplah telinga terhadap perkara yang tidak berguna di kalangan mereka lancar lidah untuk bercakap dan membincang mengenai hak orang ramai.
Berwaspada agar tidak bersahabat dengan sebarang kebanyakan orang kerana sebahagian besar dari manusia tidak tahu memaafkan kesilapan. Malah dikutipnya semua perkara buruk orang lain untuk didedah tidak berusaha melindungi keaiban individu lain.
Sabda Nabi SAW:
“Hendaklah berbuat baik dalam bergaul terhadap orang yang berjiran dengan mu jika begitu kamu dikira seorang Muslim”
Tanggungjawab jiran dalam Islam sangat besar tidak terdapat dalam ajaran lain. Hatta tamadun Barat yang didakwa canggih bagaikan suatu agama itu pun tiada ajaran kejiranan. Bagi mereka berada dalam masyarakat hanya jaga diri sendiri, rumah orang lain ada penjaganya masing-masing. Bagi mereka berada dalam masyarakat hanya jaga diri sendiri, rumah orang lain ada penjaganya masing-masing. Jika sakit hantar ke rumah sakit ada doktor yang merawatnya. Hidup dan mati susah serta senang tanggungjawab sendiri. Itulah cara hidup bagi orang yang tidak mengamalkan Islam.
Tidak dinafikan dalam amalan harian sebahagian masyarakat Islam semakin pudar semangat beragama. Selain daripada persoalan ibadah terdapat juga dalam soal kemasyarakatan iaitu hak jiran (huququl jiwar), kian luntur dan terabai sama ada terhadap Muslim atau selainnya. Islam mengajar agar bercermat dalam hal jiran, berdasarkan riwayat Nabi SAW mengajar menghadapi jiran perangai buruk secara bijaksana dan berhikmah.
Orang berada dalam masyarakat hendaklah pandai bergaul semasa anggota masyarakat dalam melaksana ihsan. Kewujudan setiap anggota masyarakat sebagai saling menyumbang kepada keharmonian. Setiap orang sewajarnya datangkan manfaat kepada anggota masyarakat yang lain. Seorang merasa bertuhan jadi jiran kepada orang yang baik pekertinya begitu juga sebaliknya saling berusaha membuat kebaikan kepada jirannya. Demikianlah orang yang berpegang dengan sabda Nabi SAW, hanya dengan cara begitu seseorang bergelar Muslim yang sejati.
Sabda Rasulullah SAW:
“Sentiasa Jibrail berpesan kepada ku, berbuat baiklah kamu kepada jiran. Lantaran kerap nya wasiat Jibrail itu hingga aku menyangka jiran boleh mempesakai”
“Sesiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia memuliakan jirannya”
Hadis tersebut dikemukakan oleh Imam Ghazali untuk memudahkan umat Islam buat kajian diri sendiri, juga mengasuh dan mendidik ahli keluarganya serta masyarakat seluruhnya. Sesungguhnya memuliakan jiran itu sebagai bukti seseorang itu beriman dengan Allah SWT dan hari akhirat.
Satu dari cara memuliakan jiran ialah tidak menjenguk ke dalam raga jirannya yang baru balik dari kedai. Satu contoh kecil yang diberi oleh Al-Ghazali mengenai hormat dan memuliakan jiran. Kadangkala benda dalam bakul yang mampu dibeli jiran kita hanya sepadan dengan dirinya sebagai orang miskin. Apabila terlalu ambil tahu apa yang dibeli oleh jiran, perbuatan itu boleh memalukan dirinya sebagai orang miskin yang kurang mampu dalam berbelanja. Memalukan bererti tidak menghormati dirinya.
No comments:
Post a Comment