Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi. (Ar-Ruum 30:20)
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.(Ar-Ruum 30:21)
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan. (Ar-Ruum 30:22)
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kemurahannya dan kasih sayangNya ialah tidurnya kamu pada waktu malam dan pada siang hari, dan usaha kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya (pada kedua-dua waktu itu). Sesungguhnya keadaan yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran). (Ar-Ruum 30:23)
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kebesaranNya dan kekuasaanNya, Ia memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia menurunkan hujan dari langit, lalu Ia hidupkan bumi sesudah matinya dengan hujan itu. Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang menggunakan akal untuk memahamiNya.
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan keluasan ilmuNya dan kekuasaanNya, ialah terdirinya langit dan bumi (dalam keadaan yang menakjubkan itu) dengan perintah dan penentuan takdirNya; akhirnya apabila Ia menyeru kamu dengan satu seruan (supaya kamu bangkit hidup semula) dari bumi, kamu dengan serta merta keluar (dari kubur masing-masing).(Ar-Ruum 30:25)
___________________________
Surah Ar-Rum ayat 20-25 dimulakan dengan kebesaran ciptaan Allah SWT untuk manusia berfikir dan salah satu kehebatan hubungan suami isteri. Ia sebagai jalan bahagia untuk mencapai reda Allah SWT melalui ketaatan suami.
Mengapa ada kehebatan hubungan suami isteri hebat?
a) Perkahwinan adalah ciptaan Allah. Buktinya, perkahwinan mesti mengikut acuan Allah SWT iaitu melengkapkan rukun nikah (Ijab, qabul, bakal pengantin lelaki, bakal pengantin perempuna, saksi). Talaq juga ditentukan oleh Allah SWT ada jenis 3 talak. Institusi perkahwinan yang direka cipta Allah SWT. Apabila Allah ciptakan perkahwinan maka ada sebab tertentu.
b) Perkahwinan ada lubuk pahala dan lebih indah. Contohnya, suami yang suapkan isteri makan dapat pahala, mencari nafkah dapat pahala sedekah, tenung suami isteri, solat jemaah bersama dan sebagainya.
c) Perkahwinan ada talian hayat.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: (Smat tag wanita)
Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan ta'at kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki”. [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith (4163), 471/9]
Syurga ada 8 pintu. Syurga ar rayyan untuk ahli puasa, syurga pintu solat, syurga syuhada, syurga haji dan umrah, syurga pintu zakat sedekah infak, syurga zikir dan majlis ilmu....
__________________
Perkahwinan adalah hadiah Allah SWT dan ada amanah. Perkahwinan merupakan tugasan yang diberi oleh Allah SWT. Buat yang terbaik seperti mana kehendak Allah SWT. Apa tugasan itu:
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.(Ar-Ruum 30:21)
Tugasan itu adalah seperti berikut:
a) Sakinah (litaskunu)
-pilih pasangan kerana Allah SWT
-hidup sudah berdua dan ada 2 keluarla. Jaga seperti kuarga Kita sendiri
- ikatannya hati atau jiwa dengan iman kepada Allah SWT. Takqa dan keimanan kepada Allah SWT
- cenderung/fokus keutamaan keluarga iaitu tanggungjawab keluarga suami dan isteri
- tenteram dan tenang (komunikasi dan interaksi)
b) Mawaddah - cinta dan harapan
- nyawa perkahwinan (ada perkahwinan wujudlah nyawa)
- cinta yang menggebu (gurauan, usik mengusik, pujuk memujuk, rajuk merajuk, tukar hadiah)
- beri hadiah
- ayat Cinta (Kata Indah, lembut, penuh kasih sayang dan pengikat kasih sayang)
- hubungan intim dengan penuh hormat. Solat sunat dahulu sebelum melakukan hubungan intim.
c) Rahmah - kasih sayang dan ada tanggungjawab, hak.
-Peranan, hak dan suami ialah menyediakan keperluan (provide)
-Peranan isteri ialah mengurus (manage)
Kunci Utama Untuk Reda Suami dan Kebahagia
Isteri bahagia kerana ketaatan kepada suami dan suami berpuas hati kerana dapat layanan isterinya.
1) Peranan isteri perlu berjuang untuk reda apa yang kita ada iaitu menerima sepenuh hati kehadiran suami. Perjuangan reda merupakan perjuang in diri sendiri. Jangan sebut menyesal berkahwin dengan suami.
__________________
Perkahwinan adalah hadiah Allah SWT dan ada amanah. Perkahwinan merupakan tugasan yang diberi oleh Allah SWT. Buat yang terbaik seperti mana kehendak Allah SWT. Apa tugasan itu:
Tugasan itu adalah seperti berikut:
a) Sakinah (litaskunu)
-pilih pasangan kerana Allah SWT
-hidup sudah berdua dan ada 2 keluarla. Jaga seperti kuarga Kita sendiri
- ikatannya hati atau jiwa dengan iman kepada Allah SWT. Takqa dan keimanan kepada Allah SWT
- cenderung/fokus keutamaan keluarga iaitu tanggungjawab keluarga suami dan isteri
- tenteram dan tenang (komunikasi dan interaksi)
b) Mawaddah - cinta dan harapan
- nyawa perkahwinan (ada perkahwinan wujudlah nyawa)
- cinta yang menggebu (gurauan, usik mengusik, pujuk memujuk, rajuk merajuk, tukar hadiah)
- beri hadiah
- ayat Cinta (Kata Indah, lembut, penuh kasih sayang dan pengikat kasih sayang)
- hubungan intim dengan penuh hormat. Solat sunat dahulu sebelum melakukan hubungan intim.
c) Rahmah - kasih sayang dan ada tanggungjawab, hak.
-Peranan, hak dan suami ialah menyediakan keperluan (provide)
-Peranan isteri ialah mengurus (manage)
Kunci Utama Untuk Reda Suami dan Kebahagia
Isteri bahagia kerana ketaatan kepada suami dan suami berpuas hati kerana dapat layanan isterinya.
1) Peranan isteri perlu berjuang untuk reda apa yang kita ada iaitu menerima sepenuh hati kehadiran suami. Perjuangan reda merupakan perjuang in diri sendiri. Jangan sebut menyesal berkahwin dengan suami.
No comments:
Post a Comment