Tuesday, 8 November 2022

SIFAT LELAKI PEMBURU


Apa yang berlaku: Anda dan si dia berkenalan secara atas talian menerusi media sosial tetapi tidak pernah berjumpa depan-depan dan apabila diajak, dia akan cuba mengelat.

Fikiran anda: Dia mungkin seorang lelaki yang sopan dan terlalu takut untuk berhadapan dengan perempuan. Mungkin juga dia belum sanggup untuk menunjukkan komitmen sebenar serta belum bersedia bertemu dengan perempuan yang dirasanya cukup sempurna seperti anda.

Maksud sebenar: Dia tidak mahu berjumpa dengan anda kerana langsung tidak tertarik dengan anda secara fizikal. Anda mungkin cuma tempatnya untuk melepaskan rasa bosan dan keseorangan…. bukannya untuk bercinta secara serius.

Apa yang berlaku: Anda berbicara menerusi atas talian selama ini dan dalam masa yang sama selalu juga berjumpa. Tetapi tiada langsung unsur-unsur romantik yang berlaku antara anda dan dia.

Fikiran anda: Dia cintakan saya tetapi luka hatinya daripada perhubungannya sebelum ini masih belum sembuh. Oleh itu saya akan cuba perlahan-lahan mendekatinya tanpa memaksa dia. Dari situ, mungkin dia akan faham yang saya sayangkannya.

Maksud sebenar: Anda memang kawan yang baik dan dia memang selesa dengan anda tetapi anda bukanlah teman wanitanya. Dia menganggap anda tidak lebih daripada seorang kawan.

Setiap kali berbual di telefon atau chat selalu mengajaknya untuk bertemu. Dan setiap kali itu jugalah ada sahaja alasan yang diberikan olehnya. Sibuk dengan kelas, famili atau aktiviti sukan. Ada sahaja alasan yang diberikan padahal ajak berjumpa untuk seketika sahaja. Kalau beginilah cara, lebih baik angkat kaki lebih awal. Jangan nanti hati semakin terluka disebabkan orang yang tak hargai kita.

Masalahnya bagi sesetengah lelaki ini mereka memberikan mix signal yang sukar untuk dibaca oleh orang perempuan. Kadang-kadang apa yang terucap di bibirnya tidak diterjemahkan selari dengan perbuatan. Jika si dia tidak ada inisiatif atau usaha untuk menghubungi anda, lebih baik segera pergi. Buat apa curahkan kasih pada orang yang tidak acuh?

Awal perkenalan dia okay sahaja dengan kamu. Kalau berbual pun pasti ada banyak subjek yang sama-sama enjoy untuk dijadikan topik. Tapi jika dia bersikap dingin inilah masanya untuk kamu lupakan si dia. Itu petanda jelas dia sudah tidak menaruh minat pada kamu.

So girls, janganlah terlalu ‘mendewakan’ seorang lelaki semata-mata kerana dia mempunyai ciri-ciri lelaki idaman. Ketahuilah bahawa teman istimewa mempunyai maksud lebih daripada sifat fizikal sahaja.

Janganlah kerana crush boleh memperbodohkan diri sendiri melakukan perkara yang bukan-bukan. Sentiasa ingat, lelaki sifatnya memburu. Dia akan berusaha memburu dan memikat hati wanita yang diminati. Jika dia tiada kesungguhan, inilah masa terbaik untuk menilai semula perhubungan anda. Si dia hanya membalas dua perenggan ayat anda dengan jawapan pendek dan tidak teruja untuk bercerita lanjut tentang harinya. Lebih menyedihkan jika hanya emoticon sebagai ganti. Anda menjadi orang pertama memulakan perbualan atau menghantar ucapan selamat menerusi aplikasi whatsapp.

No comments: