Renungan apabila kita makan, Allah SWT mentadbirkan segalanya.
(Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya):('Abasa 80:24)
Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan.('Abasa 80:25)
Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(Al-Hadiid 57:1)
Dia lah sahaja yang menguasai dan memiliki langit dan bumi; Ia menghidupkan dan mematikan; dan Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Hadiid 57:2)
Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Hadiid 57:3)
Untuk mencari reda Allah SWT, kita mesti reda ketentuan atas takdir diri sendiri dan orang lain. Tidak rasa dengki pemberian nikmat Allah SWT kepada orang lain kerana Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
No comments:
Post a Comment