Bismillah...
Perkahwinan dalam Islam menenangkan jiwa dan menjadi ketenangan untuk hati agar lelaki dan wanita memiliki suasana cinta, belas kasihani, toleransi dan menjadi asas bagi melahirkan keluarga Muslim dalam suasana yang baik dan terdidik.
Dalam Islam, wanita solehah dianggap sebagai perhiasan Dunia ini iaitu Baik agamanya, baik akhlaknya dan mengamal hidup Cara Islam.
Islam menekankan betapa pentingnya rumahtangga itu di bina atas asas yang kukuh, memiliki pertimbangan keperluan emosi, rohani, mental dan fizikal. Hanya lelaki yang terpimpin dengan syariat Allah tidak mudah terpesona dengan wanita-wanita cantik dan buruk akhlaknya.
Untuk mendapat calon soleh dan solehah, lelaki dan perempuan perlu Sama Sama baiki diri menjadi lebih baik.Surah Ghafir ayat 40 menyebut lelaki dan perempuan perlu menjaga akhlak untuk mendapat Reda Allah
"Sesiapa yang mengerjakan sesuatu perbuatan jahat maka ia tidak dibalas melainkan dengan kejahatan yang sebanding dengannya; dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh - dari lelaki atau perempuan - sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga; mereka beroleh rezeki di dalam Syurga itu dengan tidak dihitung.(Ghaafir 40:40)
Ayat di bawah latarbelakang kisah akhlak Saidina Abu Bakar RA
Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa, -(Al-Lail 92:17)
Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya,(Al-Lail 92:18
Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas,(Al-Lail 92:19)
Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;(Al-Lail 92:20
Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya).(Al-Lail 92:21)
Bagi wanita pula, mudah untuk masuk syurga hanya menjaga mulut dan tingkahlaku yang baik untuk mendapat reda Allah SWT.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan ta'at kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki”.
No comments:
Post a Comment