Thursday, 27 June 2019

SIMPLE JE MAJLIS KAHWIN

Related image

Perkahwinan dalam undang-undang Islam ialah sesuatu kontrak sivil. Namun, oleh kerana ia adalah suatu perbuatan yang dianjurkan oleh ajaran Islam maka ia juga adalah satu ibadat. Perkahwinan boleh diadakan tanpa apa-apa istiadat.

Setelah selesai melangsungkan akad nikah, maka suatu walimah (upacara kenduri kahwin) akan diadakan. Kenduri kahwin (Walimah al-'Urus) adalah suatu tuntutan Syari'ah. Ia adalah jamuan yang menjadi tuntutan agama dan bukannya sekadar suatu upacara, adat atau budaya semata-mata. Sebahagian ulama berpendapat hukum mengadakannya adalah wajib, sementara sebilangan yang lain menyatakan hukumnya adalah sunat muakkad berdasarkan

Hadith Nabi S.A.W berikut: "Hendaklah kamu mengadakan walimah walaupun dengan seekor kambing."

Mengadakan walimah hukumnya sunat bukannya wajib kerana walimah itu adalah jamuan makan lantaran mendapat kegembiraan seperti mengadakan majlis-majlis lain juga. Maka anjuran Nabi dalam hadith tersebut. Hendaklah dilakukan secara sederhana sebagaimana yang disebut dalam sabda Rasul S.A.W di atas tadi iaitu sunat mengadakan walimah walau dengan seekor kambing. Hadith tersebut juga menegaskan bahawa setiap perkahwinan yang akan dilangsungkan hendaklah diadakan kenduri kahwin yang dibuat secara sederhana tidak sampai ke tahap bergolok gadai dan berhutang di sekeliling pinggang kerana ia adalah suatu pembaziran yang amat dikeji oleh Islam. Perbuatan tersebut juga jelas akan memberati dan membebankan pasangan berkenaan serta keluarga kedua belah pihak pada masa hadapan.

Firman Allah S.W.T: " Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau" Surah al-Isra' (17) : 26

Justeru apa yang dituntut oleh Islam ialah berbelanja mengikut kemampuan yang ada pada keluarga tersebut dan bukan dengan tujuan untuk bermegah-megah di antara jiran sekampung. Maka dengan mematuhi konsep di atas pasangan berkenaan akan berpeluang membuat penumpuan bagi memikirkan masa hadapan dengan tenang dan selesa. Keadaan ini akan memberi kesan dan impak yang amat baik dalam menjalani kehidupan berumahtangga. 

No comments: