Monday 4 February 2019

AKHLAK BAIK DAN BERBUAT BAIK

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, berdiri dan dalaman

A002
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);(Al-Mulk 67:2)

Setiap orang melalui ujian yang berbeza-beza. Allah SWT melihat siapakan yang terbaik bukan baik je tetapi terbaik, cemerlang.Bagaimana kita berakhlak apabila ditimpa ujian? Berakhlak dengan Allah SWT ialah bersabar. 

Wanita mesti menanam dalam diri untuk menjadi wanita berakhlak baik. Seorang wanita yang cemerlang dan terbaik seperti Siti Khadijah, Aishah, Fatimah dan Asiah. Wanita-wanita yang memiliki keperibadian yang mulia dan bertakwa.

Wanita muslimah itu baik dan berperangai mulia, ramah dan merendahkan diri, lembut ketika bercakap dan pandai menarik hati orang."Orang yang paling baik ialah yang paling baik pada orang lain".

Rasulullah SAW berulangkali memberitahu para sahabat mengenai kesan berbudi pekerti mulia yang membentuk keperibadian Muslim dan meninggikan darjat seseorang disisi Allah SWT dan manusia lain. Baginda SAW bersabda: "Yang terbaik diantara kamu ialah yang terbaik sikapnya pada orang lain".

"Orang yang paling aku cintai dan paling dekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Dan yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang berceloteh, suka bercakap besar dan al-mutafaihiqun." Para sahabat bertanya, "Hai Rasulullah, kami tahu siapa yang suka berceloteh dan suka bercakap besar, tetapi siapakah al-mutafaihiqun? Baginda berkata, "Yang sombong dan bangga."

Para pembaca sekalian, amalan mendapat timbangan lebih berat pada kiamat adalah akhlak mulia. Rasulullah SAW bersabda: "Tidak ada yang timbangannya lebih berat ke atas hamba yang mukmin pada hari kiamat selain daripada akhlak mulia. Sesungguhnya Allah benci orang yang mengucapkan kata-kata laknat dan mencarut"

Islam telah menjadikan akhlak mulia kepada sesama insan sebagai sebahagian daripada iman dan barangsiapa berakhlak mulia terhadap orang lain sesungguhnya dia telah beriman. Rasulullah SAW bersabda: "Yang paling sempurna imannya diantara orang-orang mukmin ialah orang yang paling baik akhlaknya".

Orang yang paling baik akhlaknya itu adalah orang yang paling dicintai Allah SWT kerana berbuat baik kepada orang itu merupakan sifat terpuji menurut hukum Islam dan ia merupakan sifat terpuji menurut hukum Islam dan ia merupakan amalan yang dapat menyelamatkan seseorang pada hari kiamat. Ia sama dengan berpuasa dan solat iaitu dua amalan yang terbesar sebagai dasar Islam. Rasulullah SAW bersabda;"Tidak ada amalan lebih besar yang berat pada timbangan selain dari akhlak mulia. Berakhlak mulia akan membawa seseorang itu sama dengan tingkat berpuasa dan solat".

Antara doa mohon untuk mendapat akhlak baik seperti berikut:
Image result for doa cermin

Image result for doa akhlak mulia




























No comments: