Sesungguhnya hidup ini merupakan satu perjalanan, tiba destinasinya ia akan berhenti walaupun apa pun usaha untuk menegah nya daripada berhenti. Syukur kepada Allah SWT ia masih belum berhenti sehingga ke saat ini membenarkan kita menambahkan amalan-amalan baik sebagai bekalan akhirat nanti.
Perkara paling penting dalam hidup ini ialah takwa. Takwa tidak hadir melainkan dengan hidayah. Dan hidayah hanya tumpah ke dalam hati dengan izin Allah SWT. Hati yang mendapat hidayah akan memandu anggota untuk melakukan kebaikan. Kaki akan dipandu untuk ke masjid, lidah akan dipandu untuk membaca al-Quran, tangan akan dipandu untuk bersedekah dan begitulah anggota-anggota yang lain.
Hidayah ialah benda yang tidak diajar dalam sekular, komunis, kapitalis mahupun sosialis. Sayangnya umat Islam dipengaruhi oleh ideologi-ideologi ini hanya menyentuh soal lahiriah. Inilah silapnya pemikiran kebanyakan masyarakat pada hari ini sedangkan hidayah ialah satu nikmat daripada Allah SWT. Di dalam surah al-Fatihah yang wajib dibaca di dalam setiap kali solat, kita diminta untuk membaca di dalam setiap kali solat, kita diminta untuk membaca dalam setiap kali solat, kita diminta untuk membawa permohonan mendapatkan hidayah atau jalan yang lurus.
Firman Allah SWT bermaksud:
“Tunjuklah kami jalan yang luruh…” (Surah al-Fatihah:6)
Sekiranya hidayah ialah persoalan yang tidak penting maka apa perlunya untuk dipohon di dalam solat? Apa perlunya untuk sentiasa diangkat permohonan ini kepada Allah SWT berbelas-belas kali dalam sehari? Jawabnya hidup ini tidak akan bererti melainkan dengan hidayah Allah SWT. Justeru, mereka yang mendapat hidayah dianggap orang-orang yang mendapat nikmat yang besar.
Firman Allah SWT bermaksud: “…(Iaitu) jalan orang-orang yang telah engkau beri nikmat kepada mereka; buka (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.” – (Surah al-Fatihah:7)
Dan siapa pula orang yang mendapat nikmat tersebut?. Mereka bukan semestinya orang-orang yang kaya, berpangkat dan berpengaruh yang pada hari ini dipandang mulia di hadapan manusia kerana kekayaan, jawatan dan pengaruhnya.
Mereka ialah orang-orang yang tersebut oleh Allah SWT bermaksud:
“Dan barang siapa yang mentaati Allah dan RasulNya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerah nikmat oleh Allah , iaitu: Nabi-nabi, para shiddiqiin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya…” – (Surah an-Nisa’:69)
Selain memohon untuk diberikan hidayah, semarakkan lah dengan bacaan al-Quran sebanyak-banyaknya. Selain itu membaca, fahami makna dan beramal lah dengan kandungannya. Al-Quran ialah manual yang diturunkan Allah SWT untuk manusia menjalani kehidupan di muka bumi ini. Ini kerana bumi ini diciptakan oleh Allah SWT dan manual penggunaannya hanya dikeluarkan oleh Allah SWT.
Memahami Al-Quran membawa kita mengenali di antara dosa dan pahala, syurga dan neraka. Ia umpama lampu suluh yang menyuluh gelap pekat jahiliah. Sebagaimana kita aka mencari lampu suluh untuk menyuluh laluan pada saat malam pekat, demikian juga laluan hidup perlu disuluh agar bercahaya. Lampu suluh kehidupan ialah al-Quran.
Inilah penyuluh yang akan menerangi laluan di dunia, alam kubur bahkan apabila di bangkit di akhirat nanti. Mereka yang menolak al-Quran hakikatnya menolak lampu suluh yang disediakan oleh Allah SWT. Mereka perlu bersedia untuk menghadapi kegelapan di alam kubur dan kegelapan di hadapan Allah SWT kelak. Bahayanya masyakat yang hidup tanpa lampu suluh ini sangat besar.
Ditambahkan pula dengan para ulama yang tidak mahu turun ke medan menegakkan pemerintahan yang berlandaskan Islam, sedikit demi sedikit nilai Islam akan dicabut. Apabila ia berjaya dicabut, ia akan mengambil masa yang lama untuk disemai semula. Justeru, semarakkan lah Al-Quran agar masyarakat Islam dapat kembali menghayati al-Quran dalam kehidupan
No comments:
Post a Comment