Tuesday 3 September 2019

BERMULA DENGAN PASANGAN BERKAT



Bukti kuasaNya Allah SWT:

A021
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Ar-Ruum 30:21

- Ingin bahagia hendaklah kreatif dan berfikir
- Ketenangan kurniaan Allah. Mohon dariNya

Doa Keberkatan Pengantin dan Anak Baru Lahir

Image result for doa pengantin baru

Image result for doa anak lahir


Doa Keberkatan dan Rezeki Halal

A029
"Dan berdoalah dengan berkata: ` Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat ' "(Al-Mu'minuun 23:29)

Image result for rezeki halal

Cari rezeki halal untuk mentaati perintah Allah SWT. Allah SWT menguji manusia depan mata kita rezeki syubhah dan haram. 

Mendidik ahli keluarga untuk tidak mencintai dunia dan tidak memberi kemewahan kepada anak supaya hati anak tidak keras, kelalaian dan suka berhibur. Oleh itu, anak akan mula liar dan tidak mendengar kata untuk ketaatan kepada Allah SWT. Muhasabah diri indeks ketaatan diri sendiri, keluarga dan anak-anak.

Solat. Tanggungjawab mak ayah.
A001
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, (Al-Mu'minuun 23:1)

A002
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; (Al-Mu'minuun 23:2)

Pertama membiasakan mak ayah solat supaya anak solat.
Kedua melatih anak solat dari wuduk hingga perbuatan
Ketiga mengajar anak rukun Qauli (bacaan), Qalbi (hati) dan Fi'li (perbuatan)
Keempat menyempurna pemahaman anak untuk solat dengan khusyuk supaya anak-anak jadi pendinding dari maksiat
Kelima pemantauan anak solat. Pasti anak solat, melihat anak solat. Pantau dan nilai solat
Keenam beri nasihat dan terus nasihat, tegur, menghukum tidak anak solat. 
Ketujuh mendoakan anak

Allah SWT sibukan ibu bapa melaksanakan anak dengan tanggungjawab dan amanah mendidik anak menjadi baik pada masa akan datang. Semua akan ditanya oleh Allah SWT.

No comments: