Saturday, 1 January 2022

SETELAH UMUR 40 TAHUN

Doa Agar Dimudahkan Melunasi Utang


A015
(I- PERINTAH) Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; (2-SEBAB) ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. (3- BERBAKTI KEDUA IBUBAPA) Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: (4-KEMUNCAK USIA 40 TAHUN) "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan (5- DOA/KETAATAN/KESOLEHAN KELUARGA) supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". (Al-Ahqaaf 46:15)


A028
"Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!"(Nuh 71:28) 
A024
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."(Al-Israa' 17:24)

1) Allah SWT telah memerintahkan manusia untuk berbuat baik kepada kedua ibubapanya. Disebut ibu dahulu kemudian bapa kerana merujuk kepada ibu yang melahirkan anak. Jika ingin berinteraksi utamakan ibu dahulu. 

Kita sebagai anak, perlu faham pengorbanan seorang ibu yang ketika melahirkan diri kita dengan mengumpulkan seluruh tenaganya untuk bersalin. Ketika mengandungkan diri kita, ibu tidak berselera makan minum, membawa kandungan yang berkilo-kilo, dan sakit proses melahirkan diri kita yang memakan masa lebih sehari. 

Islam adalah sebuah agama yang sangat menitik beratkan soal berbuat baik kepada kedua ibubapa. Bahkan amalan birr al-walidayn (berbuat baik kepada kedua ibubapa) merupakan antara ibadah yang paling besar selepas tauhid kepada Allah S.W.T. 
Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W: ‘’Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya ?’’. Maka Rasulullah S.A.W. menjawab: Maksudnya: Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamuRiwayat Muslim (2548)
2) Hubungan 2 ayat yang mengaitkan wanita boleh melahirkan anak dalam masa 6 bulan(kadar terendah melahirkan anak). 

30 bulan (mengandung) - 24 (2 tahun menyusukan anak) = 6 bulan

3) Ketika menginjak umur 40 tahun perlu lebih berbuat ehsan kepada ibubapa. Anak perlulah berbakti kepada kedua ibubapa semenjak kecil sehingga dewasa (sehingga tahap kematangannya). Ibu bapa perlu ajar anak berakhlak dengan ibu bapa, ajarkan mereka doa-doa. 
A038
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan". (A-li'Imraan 3:38)

A040
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (Ibrahim 14:40
A041
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" (Ibrahim 14:41
A100
"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!" (As-Saaffaat 37:100)

Usia 40 tahun telah menandakan matang akal dan fizikal. Proses kearah kematangan bermula ada usia 30 hingga 40 tahun. Sebagai renunganlah, usia 40 tahun banyak memikirkan mengenai masalah kerja yang tidak pernah habis, jika dibuang kerja apa akan berlaku nanti untuk membayar hutang, besar anak, kedudukan kewangan yang tidak kukuh dan pelbagai masalah.

Sebenarnya, usia 40 tahun ini apa yang patut kita fikir dan laksanakan?. Syukur NIKMAT yang Allah SWT berikan diri kita dan ibubapa kita sayangi itu. Persoalannya, bagaimana untuk mensyukuri nikmat ibubapa?. Nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita adalah berbuat baik kepada ibubapa. Terima kasih kepada Allah SWT yang mengurniakan nikmat dapat berbakti kepada ibubapa kita. Nikmat Allah SWT berikan kepada ibu bapa kita adalah, menundukkan diri kita untuk mampu berbakti dengan menunjukkan kebaikan, ketaatan, kasih sayang kita kepada ibubapa. Itulah kenikmatan kepada ibu bapa.

4) Cabaran kehidupan bermula kemuncak bermula usia 40 tahun. Waktu itu, kemuncak kerjaya, dinaikkan pangkat, sibuk dengan keluarga, ingin membina keluarga dan sebagainya.

Sebenarnya, usia 40 tahun telah mencapai kematangan fizikal dan intelektual iaitu dapat menilai baik dan buruk, kerjaya yang lebih baik, kewangan yang kukuh dan sebagainya. Cabaran menanti usia 40 tahun apabila perlu berbakti kepada ibubapa yang telah menjadi warga emas dan kerap memerlukan perhatian kita seperti tempat mengadu dan peneman. Perubahan sikap dan perangai ibubapa yang kearah ke anak-anakan. Maka, anak bersabarlah. Usia 40 juga merupakan reflect ke atas diri kita iaitu suatu hari tindakan menjadi warga emas apa yang anak-anak akan lakukan.

Pesanan, jangan pernah sedikit pun luput untuk berbakti kepada kedua ibu bapa. Wanita yang mempunyai suami atau isteri bersama-sama mengingatkan untuk berbuat baik kepada ibu bapa, jangan melarang. Dalam Al-Quran dan As-Sunnah tidak pernah melarang wanita yang sudah bergelar isteri diberi pengecualian tidak berbakti kepada ibubapanya.

Tingkatkan lagi kebaikan kepada ibu bapa dengan berdoa kepada Allah SWT.

5) Ibadah usia 40 tahun lebih ikhlas kepada Allah SWT. Kita diminta untuk mendoakan kepada Allah SWT untuk mengilhamkan kepada kita untuk melakukan ketaatan dan beramal soleh dimana dahulunya kita banyak terarah kepada pandangan manusia (untuk mendapatkan pujian, kedudukan, kewangan). Usia 40 tahun juga perlu serius untuk belajar bagi menambahkan pemahaman mengenai agama. IKHLAS tujuan ibadah kepada Allah SWT.

Kita perlu menyedari bahawa usia 40 tahun baki umur yang sudah tidak panjang lagi. Rata-rata manusia akan hidup usia 70-80 tahun. Sekiranya, masih terleka dan lalai di dunia buatlah berubahan. Semoga baki usia yang ada ini dapat menambahkan ketaatan dan sangat berharap semoga Allah SWT memberatkan timbangan amal kita. Beramal dengan ikhlas. 

Kebaikan Melebihi Keburukan - Allah SWT selamatkan melalui titian sirat
Keburukan Sama dengan Ketaatan - Ditempatkan di Al-A'raf
Keburukan Melebihi Kebaikan - Jatuh ke Neraka.


A008
Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan, (Al-Insyiqaaq 84:8

A009
Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita. (Al-Insyiqaaq 84:9)

A010
Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya, (Al-Insyiqaaq 84:10

A011
Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya, (Al-Insyiqaaq 84:11)


A012
Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang. (Al-Insyiqaaq 84:12

A037
Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan". (Faatir 35:37

Hadis

“Seorang hamba jika ia berada pada jalan yang baik dalam ibadah, kemudian ia sakit, maka dikatakan pada malaikat yang bertugas mencatat amalan, “Tulislah padanya sama seperti yang ia biasa amalkan (rutin) sampai Aku melepasnya atau sampai Aku mencabut nyawanya.” (HR. Ahmad, 2/203 – Syaikh Syu’aib Al-Arnauth menyatakan bahwa hadis ini sahih, sedangkan sanad hadis ini hasan)

Kesimpulannya, 3 hala pemikiran di usia 40 tahun ini adalah memberikan khidmat terbaik kepada ibubapa, membaiki diri menjadi lebih baik dan membimbing anak-anak teguh dengan Islam. Fikiran terbukan untuk menerima teguran. 


No comments: