Baca 3 kali pagi dan 3 kali petang. Setiap hari membaca/amal untuk mengelak semua bala.
Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".(Al-Anbiyaa' 21:87)
Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).(Al-Anbiyaa' 21:88)
Keadaan sekarang ini, jaga IMAN. Hati, lidah dan anggota. Niat kerana Allah SWT dan buat pun kerana Allah SWT.
Surah di bawah ini sangat penting untuk difahami
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; (A-li'Imraan 3:133)
Apa beza orang muttaqim dan muslim?. Bezanya TAHAP. Orang muttaqim adalah orang yang kekal dengan muslim yang betul-betul beriman.
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; (A-li'Imraan 3:134)
Dalam keadaan sekarang, tolong menolong orang lain seperti doa, maklumat-maklumat dan sebagainya.
Merujuk ayat A-li'Imraan 3:134 "mendermakan hartanya pada masa senang dan susah" Allah SWT tidak menjelaskan apa bentuk derma. Ini menunjukkan, Allah SWT memberi kebebasan apakah bentuk-bentuk derma itu yang boleh membawa untung akhirat. Tetapi, apabila merujuk ayat Al-Baqarah 2:261 menjelaskan 'derma'.
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.(Al-Baqarah 2:261)
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).(A-li'Imraan 3:135)
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.(A-li'Imraan 3:136)
No comments:
Post a Comment