Tuesday, 17 March 2020

SALAH PILIH KAWAN

Image result for nur fazura bertudung

A032
(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.(An-Najm 53:32)

A033
Adakah engkau mengetahui (keburukan) orang yang berpaling (dari menurut kebenaran kerana ia dihasut)?(An-Najm 53:33)

-Pada mulanya orang Quraisy ingin peluk Islam, tetapi diasuk oleh seorang rakan untuk kekal agama lamanya. Bahaya berkawan dengan orang yang tidak baik. Yang banyak godaan dunia.

A034
Dan setelah ia memberi sedikit pemberiannya, ia memutuskannya (kerana menurut hawa nafsunya)?(An-Najm 53:34)

-Boleh sedikit projek dunia, tinggalkan Islam. Pak saudara Nabi SAW Abu Talib, Hamzah dan Abbas, dan Abu Lahab.
- Semasa Abu Talib bertemu ajal, Abu Talib tidak mahu peluk Islam kerana rakan Abu Lahab.
-Rosak dunia sebab salah pilih kawan. Sekarang fikir bersama dengan kawan siapa. Adakah kawan bawa akhirat ke atau dunia.
-Jangan beri pahala kepada orang yang kita benci sepatutnya beri pahala kepada orang yang kita sayang.

A035
Adakah ia mempunyai pengetahuan mengenai perkara yang ghaib sehingga ia dapat mengetahui (bahawa orang lain boleh menghalang gantinya dari apa yang akan menimpanya pada hari akhirat)?(An-Najm 53:35)

-Boleh pulak kawan berjanji bahawa kita boleh selamat diakhirat. Hanya syafaat Nabi SAW boleh selamat akhirat.

A036
Atau belumkah ia diberitahu akan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab Nabi Musa -(An-Najm 53:36

A037
Dan juga (dalam Kitab-kitab) Nabi Ibrahim yang memenuhi dengan sempurnanya (segala yang diperintahkan kepadanya)?(An-Najm 53:37

Apakah isi kandungan kitab sebelumnya. Quran sifat Muhaimin (penawar). 
-Kitab Nabi Musa akan segala perintah. 
A038
(Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);(An-Najm 53:38

-Setiap

A039
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;(An-Najm 53:39)

Dosa sendiri dan dosa bersifat.

A040
Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);(An-Najm 53:40)

A041
Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;(An-Najm 53:41


A042
Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara);(An-Najm 53:42


No comments: