Tentang
HATI. Ketika
ini, baru tahu HATI ada beberapa lapis iaitu:
Adanya
SADRU
Adanya
QALBU
Adanya
FU'AD
Adanya
LUBB.
Orang
yang suka diberi peringatan itu tanda hatinya lembut dan hidup, dan yang tidak
suka diberi peringatan itu tanda hatinya mati. Hati
yang lembut dan hidup dipenuhi rasa takutkan azab Allah di akhirat sehingga
mudah menerima nasihat untuk berada di atas jalan yang lurus.
Sebaliknya hati
yang keras dan mati tiada padanya rasa ketakutan akan azab Allah di akhirat
sehingga begitu susahnya menerima nasihat, bahkan begitu sensitif dengan
kebenaran yang disampaikan oleh para penasihat. Pernahkah
kita berdepan dengan orang jenis ini? Suka atau tidak? Jika tidak suka, maka
belajarlah menghargai nasihat orang walaupun terasa pahit kerana mengusik
keselesaan kita.
Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah 2:74)
Sungguh,
besi hanya dapat ditajamkan dengan besi, maka manusia pun dapat ditajamkan
dengan manusia. Jika besi dapat ditajamkan dengan besi melalui api, maka
manusia dapat ditajamkan dengan manusia melalui emosi.
Saat
ini kita tidak akan terlepas dari berdepan dengan jenis orang di atas. Lalu,
sikap kita bagaimana? Maka, bersabarlah.
..............
Israf,
itu sikap menolak dan berpaling selepas jelas kebenaran dan kesahihan ayat-ayat
Allah itu sebagai hujah yang mematahkan logika - teori yang batil namun
dibanggakan dan dikomersialkan.
Apakah
punca sikap israf itu?. Iaitu keselesaan di sebalik kejahilan dan keegoaan di
sebalik kealiman sebab ittibak syubhat dan prinsip hawa nafsu. Hujungnya,
segala bentuk penolakan dan pendebatan terhadap ayat-ayat itu tidak lain dan
tidak bukan adalah pendustaan terhadap wahyu dan meragui hakikat-hakikat
sebenar daripada kepalsuan-kepalsuan teori dan logika yang dibawa.
Dulu,orang sebut sebut tentang KEJARLAH AKHIRAT, DUNIA
AKAN MENGEJAR MU. Atau apakah
makna takwa itu. Orang yang bertaqwa adalah orang yang akan dapat bertemu
Allah SWT di Syurga kelak. Malah, lebih mendalam apa itu:
Tentang
adanya MUHSININ.
Tentang
MUKHLASIN.
Tentang
adanya MUTTAQIN.
Seterusnya, apa
itu istiqomah?. Kadang mampu buat sesuatu
kebaikan dan kadang tidak
mampu buat kebaikan itu. Semuanya bicara soal hati.
Maka, bermula bermula membaca dan menuntut ilmu. Itu antara gerbang awal ilmu yang perlu dilalui. Setiap orang berbeza pengfungsian ke atas potensi mata, telinga dan hati. Dan akurlah bahawa perbezaan itu sebentuk rahmat Allah ke atas makhluk-Nya manusia.
No comments:
Post a Comment