Monday 19 October 2020

QALBUN SALEEM

 



A087
"Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -(Asy-Syu'araa' 26:87)
- Merasakan hari kebangkitan itu, manusia ada potensi untuk dihina oleh Allah. 
A088
"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, (Asy-Syu'araa' 26:88
A089
"Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); (Asy-Syu'araa' 26:89)

A118

Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan), dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadaNya; kemudian Allah (memberi taufiq serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. (At-Taubah 9:118

A083

Dan sesungguhnya di antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim. (As-Saaffaat 37:83)


A084
Ketika ia mematuhi perintah tuhannya dengan hati yang suci murni.(As-Saaffaat 37:84)

Qalbun Saleem (QS)

-Penyebab tidak menjadi QS kerana ada serangan penyakit, virus,. Penyakit ini diserang sangat berbahaya di dalam qalbun dan kesan kepada jasad. 
5 Jenis penyakit hati :
a) Syirik - tauhid
b) Bidaah - Ittibak Rasulullah
c) Hawa (ajak manusia tidak ikhlas) - Ikhlas (Qalbun Mukhlas)
d) Syahwat (tidak mahu bertakwa dan menjalani perintah Allah) - Takwa
d) Lalai (harta, pangkat) - Zikirullah

-Kewaspadaan dengan pengetahuan dan pemahaman (wahyu dan alam semesta).

- Keselamatan. (Tauhid, Ittibak Nabi SAW, Ikhlas, Takwa, Zikir)

A023
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. (Al-Hasy-r 59:23)

- Kesan QS. Iman, hidayah, ketenangan, teguh, tenteram, tunduk, khusyuk, takut, gementar, takwa, tamak disisi Allah.

MENGAPA PENTINGNYA QALBUN SALEEM?
  • Mendapat manfaat di akhirat ketika manusia dibangkitkan. Kita perlukan QS. Manusia takut mati sebab tiada persediaan. Jika bergerak aktif QS, Allah akan memberi ketenangan.
  • Akhirat. Mudah berjalan diatas sirat seolah-olah masa berlalu cepat kerana selesa/tenang. Qalbun munib.
  • Mampu berdepan masalah hidup. Masalah hidup penuh dengan ujian. Kerana gagal kerjaya, keluarga kesan penyakit axiety akhirnya membunuh diri
CARA MENDAPAT QALBUN SALEEM?

1) KEIMANAN

Punca mendapat QS dengan AlQuran

A001

Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata, -(Al-Bayyinah 98:1

A002

Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan (kepada mereka) Lembaran-lembaran Suci,(Al-Bayyinah 98:2)

A003

Terkandung di dalamnya pelajaran-pelajaran dan hukum-hukum yang benar.(Al-Bayyinah 98:3

A004

Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas nyata.(Al-Bayyinah 98:4)


A051

Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid, dan Kami adalah mengetahui akan halnya. (Al-Anbiyaa' 21:51

2) KEYAKINAN

Ilmu dan hikmah 

A083

"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh; (Asy-Syu'araa' 26:83

A084

"Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;(Asy-Syu'araa' 26:84)

Ayat Alam Semesta

A075

Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin. (Al-An'aam 6:75)

A260

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Baqarah 2:260)

3) INGAT AKHIRAT

A046

Sesungguhnya Kami telah jadikan mereka suci bersih dengan sebab satu sifat mereka yang murni, iaitu sifat sentiasa memperingati negeri akhirat. (Saad 38:46)


Dari Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi ” (Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah) Status: Hadis Sahih

ٱتْلُ مَآ أُوحِىَ إِلَيْكَ مِنَ ٱلْكِتَٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ ۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ ٱللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ 

Terjemah Arti: Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. Tafsir Quran Surat Al-‘Ankabut Ayat 45

CIRI-CIRI QOLBUN SALIM

1. Al Inabah 

Qaf ayat 33:

(Yaitu) orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat. 

Takut hendak bermaksiat kerana takut kan azab Allah walaupun dia tahu Allah itu Ar Rahman. 

2. Al Khusyu' 

Al-Hadid ayat 16

Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik. 

Tunduk bukan ketika solat sahaja. Tetapi ketundukan kepada Allah di dalam segala keadaan, seperti Nabi Ibrahim as. 

Sad ayat 46

Sesungguhnya Kami telah mensucikan mereka dengan (menganugerahkan kepada mereka) akhlak yang tinggi yaitu selalu mengingatkan (manusia) kepada negeri akhirat. 

3. Al Ikhbat 

Al-Hajj ayat 54

Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus. 

Jika Khusyu' tunduk kepada Allah kerana takut kepada azab Nya.  

Al Ikhbat pula tunduk kerana cinta dan ketenangan. 

Tunduk kerana ittiba' bukan kerana taksub. 

4. Al Taqwa 

Al-Hajj ayat 32

Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syi´ar-syi´ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati. 

Perintah sembelih ketika pergi haji. Allah pandang adalah hati mereka bukan sembelihan itu. 

Mereka menjaga aturan Allah kerana takut kepada azab Allah sudah punya makrifah. Berpunca dari makrifah. Sudah kenal Allah. 

5. Al Wajl 

Al-Hajj ayat 34

Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah). 

Al-Hajj ayat 35

(yaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menafkahkan sebagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka. 

Gementar, lemah tidak berdaya ketika mendengar ayat Al Quran dibacakan. 

Dibacakan ayat dari surah At Taghabun ayat 14 tentang memaafkan.

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (At-Taghaabun 64:14) 

Andainya, ketika di bacakan kita malah marah, itu tandanya Qolbun maridh. Qolbun yang sakit. Padahal setiap hari ada syurga dalam rumah kita, apabila memaafkan, melupakan, menutupi dan berbuat kepada anak anak. 

Jangan kata mulut jahat hati baik. Ini bercanggah dengan konteks Al Quran. Lazimnya, mulut jahat it menandakan hatinya sakit. 

6. Huda (petunjuk) 

At-Tagabun ayat 11

Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan ijin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. 

Qolbun Salim juga tempat letaknya hidayah, ketika bersabar dan bersangka baik terhadap segala takdir Allah. 

Petunjuk keimanan dan hikmah. 

7. Iman 

Al-Hujurat ayat 14

Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah ´kami telah tunduk´, karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". 

Letaknya keimanan. Yang menyelamatkan dari kemusyrikan. 

8. Al Robtu/ Al Robithah. 

Al-Qasas ayat 10

Dan menjadi kosonglah hati ibu Musa. Sesungguhnya hampir saja ia menyatakan rahasia tentang Musa, seandainya tidak Kami teguhkan hatinya, supaya ia termasuk orang-orang yang percaya (kepada janji Allah). 

Tempat letaknya keteguhan. Peneguhan. Tetap teguh pada kesabaran dan tidak memilih jalan kemasiatan. Sama seperti kisah Ibunda Nabi Musa a.s yang hampir hampir memberi tahu siapa Musa. Namun memilih tetap teguh menunggu janji Allah. 

9. Al Tumakninah 

Ar-Ra'd ayat 28

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. 

Ketenangan. Yang boleh kesan Sadr dan Fuad kerana Qolbu ibarat pintu. Pintu yang harus jernih dan bening, kerana ia laluan sadr ke fuad, juga Fuad ke sadru. Pintu harus selamat untuk dilalui. 

10. Al Sakeenah. 

Al-Fath ayat 4

Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, 

Ketenangan yang sangat sangat. Yang tidak mampu diusik dan dibengkok lagi. Ini adalah kurnia Allah. Mashaa Allah. 

………………… 

Kata Ustazah, masalah masalah yang Allah hadirkan kerana mahu kita kembali kepada Al Quran. Walau kadang kita ingat, kadang kita lupa. Satu petanda Qolbun Maridh, Qolbu yang sakit 3 serangkai. 

Jangan sedih kerana ada ubatnya.  

Memang pada awalnya, kita kembali kepada Al Quran kerana mencari ubat. Lama lama, kita jatuh cinta dan menjadikan Al Quran suatu bentuk prevention. Antibiotic dalam diri kita. 

Tapi jangan pula hanya mahu tips, dan amalkan surah surah tertentu sahaja. Tidak mengambil Al Quran secara seluruhnya. Kerana dikhuatiri kita hanya menggunakan Al Quran untuk kepentingan jasad kita sahaja. 

Sedangkan jasad itulah kunci awal menuju Rohani. Jangan sampai, tujuan nya jasad, dunia sahaja. Tiada tujuan akhirat. 





No comments: