“Menyendiri lagi, menyediri lagi, menyediri lagi”. Lirik kumpulan Dadali Disaatku Aku Mencintaimu. Best lagu ni, sangat jiwang. Suatu hari nanti kita akan menyendiri. Itu pasti!. Suatu alam yang pasti berlaku iaitu mati. Tinggal di dalam kubur sorang-sorang. Apa agaknya nasib kita di sana. Baik atau buruk. Semuanya bergantung pada amal seseorang di dunia.
Hari ini hari lahir saya ( 21 Disember ). Cepatnya masa berlalu rasanya baru semalam menyambutnya. Tiba-tiba hatiku jadi sebak, melihat kalendar yang dipangkah-pangkah memikirkan apa yang aku telah dilakukan sepanjang hari yang lalu. Sedihnya memikirkan tiada apa kebaikan amalan yang dibuat. “Ya Allah, sedihnya hatiku. Engkau beri pelbagai nikmat kepadaku, tapi aku leka. Ampunilah dosa-dosaku”. Aku sunyi melakukan kebaikan dan meriahnya melakukan keburukan. Bila di congak balik, banyaknya dosa mengumpat, mengata orang, dengki, buang masa, leka, tidak membantu masyarakat, menyakitkan hati rakan & jiran dan banyak lagi. huhuhu
Adakah kita akan berakhir dengan kebaikan atau keburukan. Nehi nehi nehi!! ( ku pusing kiri dan kanan sambil menutup mukaku dengan bantal). Bila mendengar tazkirah ustaz mengenai mati dan neraka, hatiku menangis. Entah kenapa? Aku rasa takut sekali untuk menghadap Allah SWT. Aku tidak sedia lagi, belum cukup amalan lagi. Tetapi bila nak cukup?. Hakikatnya bersedia atau tidak bila tiba masanya kita akan merasai mati dan bertemu Malaikat Mungkar & Nangkir . Apakah aku dapat menjawabnya? Kalau tidak jawab macam mana? Siapa nak tolong aku? Mana mak ayah? Mana kawan-kawan? Mana harta ku?. Mereka semua tinggalkan aku. Aku keseorangan. Aku dipukul. Aku tak dapat jawab? Amalan aku tak ada? Tolong!, aku sakit, aku tak mampu menerima azabMu. “Ya Allah, ampunkanlah dosaku”, rintihku yang tidak didengari oleh semua manusia termasuk jin.
Tahukah anda sekalian, Allah sangat menyayangi kita semua. Allah sangat sayang pada kita. Tetapi kita tidak mengendahkan nasihatNya malah dengan gagah berani melakukan maksiat.
Dengarlah firman Allah SWT Surat At-Takāthur :
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh) -(102:1)
Sehingga kamu masuk kubur. - (102:2)
Tersentak seketika bila membaca surah At-Takathur. Merenung kembali, solat semakin tidak khusyuk…solat di awal waktu semakin lama semakin jarang dibuat…solat jemaah di masjid jarang-jarang dan kadang-kadang. Bila solat, ingatan kita pada assignment dan masalah kerja yang bertimbun. Itu je yang kita bimbangkan. Tetapi kita tidak bimbang kepada solat dan ibadah yang tidak buat bersungguh-sungguh seperti mana hal dunia. Nikmat dan rezeki yang dikurniakan Allah S.W.T kepada hambaNya yang menjadikan hambaNya semakin dekat denganNya tetapi sebaliknya.
Semakin tinggi jawatan, tinggi taraf pendidikan, semakin kaya, hidup bahagia bersama keluarga…makin kita lupa pada pemberiNya. hurmmm
Semakin tinggi jawatan, tinggi taraf pendidikan, semakin kaya, hidup bahagia bersama keluarga…makin kita lupa pada pemberiNya. hurmmm
No comments:
Post a Comment