Tuesday 1 June 2021

ASMAA' AL-HUSNA: AL-WAARITH


Al-warith dalam bentuk jamak, 3x disebut dalam Al-Quran.

1. Surah al-Hijr ayat 23.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَإِنَّا لَنَحْنُ نُحْىِۦ وَنُمِيتُ وَنَحْنُ الْوٰرِثُونَ

"Dan sesungguhnya kami, pastilah Kamilah sahaja, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Kamilah yang kekal memiliki segala-galanya."

(QS. Al-Hijr 15

نَحْنُ sepatutnya tak perlu sebut dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu tak ada. Dalam bahasa Arab disebut, ada sebab. Pasti kami hanyalah kami, yang menghidupkan. Kuasa mutlak Allah. Hebat mana manusia tak boleh hidupkan walaupun pokok mati, semut mati. Kamilah yang akan mewarisi. semua yang ada kat dunia ni tak akan menjadi harta manusia. Banyak mana harta manusia semasa didunia semua akan jadi milik Allah. 

2. Al-Anbiyak 89.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَزَكَرِيَّآ إِذْ نَادٰى رَبَّهُۥ رَبِّ لَا تَذَرْنِى فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوٰرِثِينَ

"Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi."

(QS. Al-Anbiya 21: Ayat 89)

Doa Nabi Zakaria supaya dia tak mati dan tak ada yang mewarisinya. Dia minta pada Allah yang boleh beri waris. Kebanyakan manusia nak ada waris tapi warisi harta, nama, kedudukan, duniawi. Nabi Zakaria nak warisi agama yang mereka bawa. Contoh ibu bapa yang berjiwa besar. Kalau tak kita tak ada beza dengan bukan islam. Saya tak suka harta banyak diwarisi oleh anak. Saya nak anak-anak saya mewarisi yang lebih besar iaitu ilmu tadabbur saya. 

3. Surah Al-Qasas, ayat 58.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَكَمْ أَهْلَكْنَا مِنْ قَرْيَةٍۢ بَطِرَتْ مَعِيشَتَهَا  ۖ فَتِلْكَ مَسٰكِنُهُمْ لَمْ تُسْكَنْ مِّنۢ بَعْدِهِمْ إِلَّا قَلِيلًا  ۖ وَكُنَّا نَحْنُ الْوٰرِثِينَ

"Dan berapa banyak Kami binasakan negeri-negeri yang penduduknya telah berlaku sombong dan tidak bersyukur dalam kehidupannya (yang serba mewah dan senang lenang). Maka itulah dia tempat-tempat tinggal mereka terbiar (kosong) tidak didiami orang sesudah mereka (dibinasakan), kecuali sedikit sahaja dan sesungguhnya Kamilah yang mewarisi mereka."

(QS. Al-Qasas 28: Ayat 58)

Allah nak bagitau, mana-mana yang hebat, Allah juga yang mewarisinya. Bukti jelas, Allah memiliki secara mutlak.

Itu disebut dalam bentuk isim. Ada juga disebut dalam bentuk kata perbuatan. Fe'el mudhari'. 

Surah Maryam ayat 40.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

إِنَّا نَحْنُ نَرِثُ الْأَرْضَ وَمَنْ عَلَيْهَا وَإِلَيْنَا يُرْجَعُونَ

"Sesungguhnya kami, hanya kami, yang mewarisi bumi dan segala makhluk yang ada di atasnya; dan kepada Kamilah mereka akan dikembalikan."

(QS. Maryam 19: Ayat 40)

Bumi, bukan tanah berjuta ekar. Bukan itu sahaja, semua makhluk akan mati dan semua kembali kepada kami. Buktinya apa? Allah sebut dalam surah al-Rahman, ayat 26-27.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ

"Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:"

(QS. Ar-Rahman 55: Ayat 26)

فَانٍ. Fanaa'. Binasa.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَيَبْقٰى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلٰلِ وَالْإِكْرَامِ

"Dan akan kekal-lah wajah Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:"

(QS. Ar-Rahman 55: Ayat 27)

Kenapa sebut wajah? Ini bukan takwil. Tengok bahasa Arab, ada ayat-ayat tertentu wajah bermaksud satu badan. Wajjahtu dalam doa iftitah maksudnya dada, hati bukan wajah. Bila dada kita hadap kiblat, satu badan hadap. Aku hadapkan wajahku maknanya satu badan. 

Tak ada hadis sebut nama Allah al-Warith. 

Point yang kedua, apa makna al-Warith?

Setiap yang kekal setelah perginya sesuatu. Contoh, bapa dah pergi, bapanya jadi waris. Bahasa, Isim yang menunjukkan pelaku.

Warith dari segi hak Allah, al-Tabari kata, maksud nahnu al-waarithin dalam surah al-Qasas, Allah akan mewarisi bumi dengan semua yang ada atas muka bumi, dengan Allah berkata Allah matikan semua di dunia ini bila sampai ajalnya. Yang kekal hanya kami. 

Al-Khattabi, yang kekal selepas hancur semua makhluk. Yang mengambil semua harta-harta semua makhluk selepas kematian mereka. Allah sentiasa kekal sebagai pemilik semua yang hancur. Allah boleh wariskan kepada semua yang Dia kehendaki, dan tarik semua yang dia kehendaki. 

Apa kesan keimanan dalam hati dan dalam kehidupan kita? 

1. Kita yang beriman dengan nama Allah, al-Warith, akan sentiasa berusaha untuk dekat pada Allah sebab semua akhirnya akan jadi hak milik mutlak Allah. 

Contoh, kalau bapa kita dah tua ada banyak harta, kita akan semakin dekat dengannya. Mungkin kita berpura2. Tapi dengan Allah tak boleh berpura2. Allah akan sediakan untuk kita mewarisi syurga yang lebih kekal. 

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

تِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِى نُورِثُ مِنْ عِبَادِنَا مَنْ كَانَ تَقِيًّا

"Itulah taman Syurga yang Kami akan berikan sebagai warisan pusaka kepada orang-orang. yang bertaqwa dari hamba-hamba Kami."

(QS. Maryam 19: Ayat 63)

Dunia ni pewarisnya. Syurga pewarisnya Allah, tapi Allah akhirnya akan wariskan kepada orang beriman. Jadi kita akan berusaha buat amal soleh sebanyak-banyaknya, dekatkan diri pada Allah dan buat amal sebaik mungkin, seikhlas mungkin untuk mendapatkannya. Allah wariskan kepada orang yang bertakwa. Sifat orang beriman ialah ulul albab, sentiasa cerdik. Dunia tak kekal, kadang seronok, kadang sedih, seronok, sedih. Kita orang beriman, kena banyak bagi masa tenaga wang ringgit untuk buat untuk dapat syurga. 

Kalau dia tak buat amal soleh, solat cincai, solat lambat dia tak percaya sifat Allah al-Warith.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

أُولٰٓئِكَ هُمُ الْوٰرِثُونَ

"Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -"

(QS. Al-Mu'minun 23: Ayat 10)

Ciri-ciri orang bertakwa yang layak untuk dapat syurga. Al-mukminun. 1. Asas yang pertama jadilah orang beriman. 2. Solat khusyuk. Kalau tak khusyuk tak layak dapat syurga. 3. Tak buat dosa. Orang yang solat khusyuk tak buat dosa. Kalau buat terus bertaubat. Benda lagho pun dia tinggal. Biasanya lidah. Sembang kosong, termenung. 4. Zakat, bukan wajib sahaja tapi suka bersedekah. 5. Jaga kemaluan. Hadis, benda yang paling susah dijaga, lidah & kemaluan atau nafsu. 6. Menepati janji. Janji dengan Allah, janji dengan manusia. Sebab tu Nabi digelar al-amin. 7. Jaga solat. Apa beza solat khusyuk dan jaga solat? Ayat 2 dengan ayat 9? Ayat 2, dia solat dengan khusyuk, ikut Nabi. Ayat 9, kesemua 5 waktu dia jaga, solat awal waktu. Kadang subuh khusyuk, zohor tak khusyuk. Kadang subuh awal, asar lambat. Kena lengkap. Orang beriman semua dia solat awal dan khusyuk. Allah wariskan syurga hanya kepada orang mukmin. Yang ada 7 sifat ni orang layak untuk mewarisi syurga Firdaus, paling tinggi. Boleh tak orang macam kita dapat syurga firdaus? Boleh, dalilnya ayat ini. Bukan ulama atau sahabat sahaja. 

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى صَدَقَنَا وَعْدَهُۥ وَأَوْرَثَنَا الْأَرْضَ نَتَبَوَّأُ مِنَ الْجَنَّةِ حَيْثُ نَشَآءُ  ۖ فَنِعْمَ أَجْرُ الْعٰمِلِينَ

"Serta mereka berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menepati janjiNya kepada kami, dan yang menjadikan kami mewarisi bumi Syurga ini dengan sebebas-bebasnya, kami boleh mengambil tempat dari Syurga ini di mana sahaja kami sukai; maka pemberian yang demikian ialah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal."

(QS. Az-Zumar 39: Ayat 74)

Ya Allah bahagianya, seronoknya faham ayat ni dan bagi keluarga kita faham ayat ini dan dapat buat perubahan dalam kehidupan. 

Tadi kita bincang persiapan nak masuk syurga. Yang layak masuk dan setelah masuk syurga apa ucapan mereka? Alhamdulillah. Yang telah membenarkan janjinya. Solat 5 waktu dapat istana, zikir ni dapat pokok di syurga, ada sungai dibawahnya, syurga. Allah mewariskan bumi kat syurga yang baunya wangi.

Kami boleh tinggal di mana saja kami nak. Allah bagi peluang untuk kita pilih tingkat mana dekat dengan Nabi. Tapi pilih kat dunia. Yang terbaik syurga dekat dengan Nabi. Apa sahaja yang kita buat. Ramai orang terlelap pandang dia tak terfikir dia sedang berusaha untuk menempah tempat dalam syurga. Sebab itu solat dia buat cincai. Berbeza buat kerja dunia, untuk tempah tempat terbaik di dunia walaupun penat macam mana dia sanggup buat. Beli rumah, kereta, berjalan. Cara dia berfikir jadikan dia berusaha sungguh-sungguh.

Malangnya bila dia beribadah dia tak terfikir. Sedangkan amalan dia buat lagi banyak, lagi khusyuk, lagi besar ganjaran dia dapat di syurga dan dekat dengan Allah. 

Jadi ayat ni ahli syurga bersyukur pada Allah yang telah menepati janjinya kemudian memberikan pilihan kepada kita syurga mana yang kita nak. 

2. Tak akan gerun tertipu dengan kekuatan musuh, kehebata, konspirasi musuh. Semua akan hancur. Sepatutnya kita fokus ibadah kepada Allah. Musuh tak boleh buat apa sebab pewarisnya ialah Allah.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

قَالَ مُوسٰى لِقَوْمِهِ اسْتَعِينُوا بِاللَّهِ وَاصْبِرُوٓا  ۖ إِنَّ الْأَرْضَ لِلَّهِ يُورِثُهَا مَنْ يَشَآءُ مِنْ عِبَادِهِۦ  ۖ وَالْعٰقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ

"(Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa."

(QS. Al-A'raf 7: Ayat 128)

Kalau ada tekanan daripada musuh minta bantuan pada Allah sebab Allah pewaris. Kedua, sabar. Kaumnya tak ada kekuatan apa-apa. Bangsa yang dijadikan hamba. Musa kata jangan takut. Sebab bumi ini milik Allah. Allah nak wariskan kepada siapa yang dikehendakinya.Contoh, Allah wariskan Mesir kepada bani Israel. Walaupun firaun hebat, mengusai mesir sekian lama, bala tentera hebat. Kesudahannya bukan untuk orang yang zalim tapi untuk orang bertaqwa. 

Tak faham kenapa orang bangkitkan pandemik, covid19, sop, who. Bagi saya peduli apa rancangan Yahudi? Rancangan musuh sejak Nabi Adam tak pernah berhenti siang malam. Allah pesan,mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Allah bersama orang yang bersabar. 

Kamu kena pastikan kamu beriman kentak. Kalau kamu tak beriman, musuh tak rancang pun kamu ada masalah. Kalau kamu bertaqwa, perancangan musuh hebat macam mana pun musuhbakan kalah. Kesudahan akan dimenangi oleh orang bertakwa. Kelam kabut lah berapa ramai orang tak bertaqwa, tak solat, tak sabar dengan ujian. Musuh tak akan kalahkan kita kalau kita sabar kita bertaqwa kepada Allah. 

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِى الزَّبُورِ مِنۢ بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِىَ الصّٰلِحُونَ

"Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh."

(QS. Al-Anbiya 21: Ayat 105)

Inilah Al-Quran dipanggil syifa' pada setiap ayat. Bukan satu surah. 

Apa maksud ayat ni? Bumi ni Allah akan wariskan kepada orang yang soleh. (Jangan tertipu dan gerun dengan musuh.) Ini janji Allah. Pasti benar. Tak mungkin tak benar. Tapi sekarang ada tak orang soleh perintah dunia? Jawapannya tak ada. Jadi, adakah janji Allah tak betul? Turki, itu hanya persepsi kita. Ada isu, kerjasama dengan Israel dan sebagainya. 

Kata Sheikh Soleh al-Uthaimin, kenapa negara Arab tak dikuasai oleh orang soleh. Allah tak kata bumi ini akan diwarisi oleh orang Arab. Sebab negara Arab pun maksiat penuh. Bergaduh sesama sendiri. Tak soleh. Tak layak. Brunei pun tak. 

Point kita, jangan takut pada musuh. Kamu tak menang bukan sebab musuh kuat tapi sebab kamu tak soleh. Sepatutnya fokus kepada umat Islam. Garapkan semua orang supaya jadi soleh. Kat luar sana berapa ramai orang tak soleh. 85% orang tak solat. 

Sahabat tak soleh, kalah dalam perang. Bukan sebab konspirasi musuh. Perang badar, rasa bangga. Perang uhud, riak. Rasa kagum dengan bilangan ramai, Jadi kenapa kita nak fokus konspirasi musuh? Sedangkan kalau kita  soleh Allah akan wariskan bumi ini. Bila Soleh, sami'na wa ato'na. 

3. Kita tak akan tertipu dengan dunia dan condong kepada dunia. Sebab nama Allah al-Warith. Baik aku takut dan berharap kepada Allah. Hadis, anak Adam selalu dakwa, Ini harta aku, ini harta aku. Ini orang yang tertipu dengan dunia. Wahai anak Adam, harta kamu tak ada. Harta kamu apa yang kamu makan, buang. Yang kamu pakai, lusuh, buang. Yang kamu bagi sedekah. 2 tak kekal. 1 saja kekal, sedekah. Jangan suka dakwa ini rumah saya, ini kereta saya. 

4. Kita hanya akan sentiasa bergantung dan bertawakal pada Allah yang Maha Esa. Sebab Allah saja pewaris. Semua akan mati. Kesan, kita hanya bergantung pada Allah sebab Dia sahaja yang kekal. 

5. Kita tak bergantung pada kekuatan dan daya kita untuk cari harta. Allah suruh usaha tapi tak boleh bergantung kepada usaha kita. Contoh, kita keluar bekerja, jangan yakin dengan usaha kita kita dapat rezeki. Sebab tenaga kita akan habis. Aku hanya menjalankan perintah Allah, aku dapat rezeki bukan sebab aku usaha. Berapa ramai yang usaha, kalau Allah tak bagi tetap tak dapat. Berapa ramai yang tak usaha, tapi kalau Allah bagi, dia tetap akan dapat. 

6. Mudah sedekah sebab dia fikir hanya Allah sahaja yang kekal. Apa yang dia sedekahkan, Allah akan tukar dan wariskan kepadanya syurga di akhirat kelak. 

-Tamat-

1. Kalau semua soleh corona boleh hilang ke? Nabi Ayub jadi soleh sebab penyakit tu. Sebab dengan penyakit tu dia semakin sabar. Mungkin lepas corona  hilang akan ada ujian lebih besar. Bila kita jadi soleh kita akan jadi soleh sampai bila-bila. 

2. Takdir,yang tak ada pilihan. Lelaki, Melayu. Undang-undang Allah kalau tak buat berdosa. 

Ada orang miskin muka senyum tenang je.

Syarat nak bahagia beriman bukan duit banyak. 

3. Hutang kereta, rumah tak ada masalah untuk bersedekah sebab dah ditetapkan masa untuk dibayar. 

4. Kita warisi harta bapa, sementara. Kita mati, harta kita diwarisi oleh anak. 

5. Selagi mana tak bercanggah dengan agama,kena ikut undang-undang pemerintah. 

6. Infaq. Zakat anak yatim tak layak dapat sebab ada anak yatim yang kaya. 

7. Tawassul dengan asmaulhusna. Ya Razzaq, minta rezeki. Minta rahmat, ya Rahman. 

8. Rajin beribadah tapi tak ikut sunnah. Hadis, mana-mana yang bukan daripada aku ia tertolak. Ikut Nabi dapat cinta Allah. Ikut ulama tak ada dalil.

9. Definisi miskin, perbelanjaan lebih daripada pendapatan. Fakir, tak ada pendapatan tetap. Jual cakoi 8-6 dapat 30 ringgit 1 hari. 

10. Sedekah terbaik pada keluarga. Lepas tu bagi pada orang lain. 

11. Nabi ada tinggal perisai kat Yahudi. Yang lebih penting, Nabi wariskan ilmu. Hadis, adalah lebih baik kamu tinggalkan anak-anak kamu dengan harta daripada mereka meminta.

No comments: