Friday, 4 June 2021

PEREMPUAN KETENANGAN LELAKI

 

Fenomena Wanita Hari ini

Sifat wanita cenderung menyukai keindahan dan kecantikan fizikal kerana kefahaman tidak mengetahui hakikat keindahan dan kecantikan yang sebenar.  Ini kerana wanita rela untuk mendedahkan dan mempamerkan sebahagian tubuh, kecantikan dan perhiasan mereka secara berlebih-lebihan kepada tontonan umum.

Selain itu, kecenderungan pada visi penampilan dan amat menyukai pujian sehigga  pada gerak-geriknya terdapat unsur mencari perhatian. Lantas, pelabagai gaya fesyen mengikut keadaan sosial, politik dan kebudayaan sesuatu tempat. Kita dapat lihat bahawa fesyen menurut keadaan sosial masa kini ialah dengan cara kita berpakaian ketika berada dalam golongan masyarakat.

Wanita juga suka pada harta benda, sehingga cenderung mengejar lelaki yang mempunyai kekayaan dan kedudukan

Tidak merasa cukup dengan nafkah suami, sehingga keluar rumah  mencari pekerjaan sendiri atas nama kebebasan dan rasa ingin memiliki harta sendiri.

Banyak bicara, suka meleter dan membicarakan hal orang lain. Apabila ingin membuat keputusan, cenderung pada mazhab rasa tatkala  antara emosi dan rasional saling bertembung.

Siapakah Wanita Itu?

Adakah untuk mendefinisikan makna wanita hanya cukup dengan melihat jantinanya  semata? atau dengan melihat fakta-fakta yang berlaku pada wanita hari ini?. Ternyata, fakta wanita hari ini tidak sama  dengan fakta wanita  dalam Al-Quran. 

Ternyata, wanita merupakan makhluk yang secara fisiologinya adalah lemah,  bahkan secara secara psikologi adalah lebih cenderung pada emosi tatakala emosi dan  rasional saling bertembung. Lalu, berpaksikan pada fisiologi dan psikologi, ternyata wanita ditakdirkan untuk menjalani kehidupannya  sebagai seorang anak kepada seorang ibu yang telah melahirkannya, sebagai  seorang isteri kepada seorang lelaki yang menikahinya, sebagai seorang  perempuan terhormat yang berkerjaya, sebagai seorang ibu yang melahirkan  dan menyusui anaknya. Begitulah tugas wanita ketika dia berperanan  sebagai anak, isteri, perempuan dan ibu.

Apakah Tugas Saya Sebagai Isteri?

Tugas saya sebagai isteri adalah: 

1) Memberi Ketenangan Kepada Suami (7:189, 10:67)

Apabila berlaku goncangan lelaki memerlukan  seorang wanita yang boleh memberi sakinah.

Seksual (30:21)

Melayan seksual suami. Lelaki tidak stabil sekiranya tidak dapat sentuhan wanita

Emosional (2:228)

Memiliki emosi kasih sayang kepada lelaki dan sifat yang lemah lembut

 2) Taat Di Atas Kepimpinan Suami (4:34)

Ketaatan perlu diberikan kepada usaha suami mencari nafkah seperti menyediakan rumah, makan minum dan pakaian isteri. Maka, sebagai balasan isteri perlu menghargai suaminya. 

3) Menjaga Jenis Keturunan Manusia

Haid (2:222)

Hamil (7:189)

Bersalin (3:36)

Menyusui dan pendidikan anak (2:233)

Tugas rumahtangga perlu dilaksanakan bersama suami isteri dan ada sifat timbang rasa. Sekiranya ada masalah, perlu berhadapan dan berterus terang.

Mengapa Suami Perlu Mendapat Ketenangan?

Lelaki memiliki kecenderungan pada rasional yang sangat tinggi kerana lelaki ada potensi untuk menjadi  pemimpin bagi wanita. Sedangkan wanita memiliki kecenderungan pada emosi yang sangat tinggi, kerananya dia ada potensi mengurus rumah tangga dengan penuh cinta, kasih, dan kelembutan. Ternyata, pada kelemahan fisiologi wanita tersimpan kelembutan yang membawa pada ketenangan. Dan pada kekuatan fisiologi lelaki tersimpan kepemimpinan yang membawa pada perlindungan. Subhanallah, sungguh paduan yang sangat serasih!

Akar Isteri Terbaik Untuk Suami

Boleh jadi, jika Nabi menceraikan kamu, Tuhannya akan menggantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu, - yang menurut perintah, yang ikhlas imannya, yang taat, yang bertaubat, yang tetap beribadat, yang berpuasa, - (meliputi) yang janda dan yang anak dara. (At-Tahriim 66:5)

Merujuk kepada surah At-Tahrim ayat 5, akar kepada isteri solehah adalah seperti berikut:

Muslimat (yang menurut perintah) - Tunduk ayat-ayat Allah SWT. Keperluan untuk terus menerus Tadabbur, Tazakkur dan Tafakkur

Mukminat (yang ikhlas imannya) Tunduk ayat-ayat Allah SWT. Keperluan untuk terus menerus Tadabbur, Tazakkur dan Tafakkur. Keyakinan keimanan.

Qonitat  (yang taat) - Taat dan sabar

Toibat (yang taubat) - Seorang yang pemaaf, suka bertaubat dan tidak ego

Abidat (yang tetap beribadah) - Ingat Allah, mengenali sifat-sifat Allah, dan kenal Allah SWT

Sahihat (yang berpuasa) - Tahan marah dan tahan nafsu

Kesimpulannya 

Sebagai perempuan yang berperanan sebagai seorang isteri, tentu saya tidak akan dapat menjalankan tugas-tugas isteri dengan baik apabila saya tidak mampu menjalankan tugas-tugas kehambaanNya dengan baik, menjalinkan tali perhubungan dengan Allah SWT yang menjadi sendi hubungan suami isteri. Sekaligus, penyelamat bahtera rumah tangga.




 




No comments: