Pengajaran ayat lepas, adab dengan Rasulullah. Bagi ruang kepada orang yang mempunyai kedudukan ilmu. Bila kita lapangkan orang lain, Allah akan lapangkan hidup kita. Bila orang minta kita beredar kita beredar.
Adab dengan Rasulullah, bila nak tanya, pada peringkat awal, kena bagi sedekah. Sedekah bukan untuk Nabi tapi untuk fakir miskin. Sebab kena bagi sedekah? 1, untuk kurangkan beban Nabi banyaknya soalan yang ditanya. 2, untuk tapis siapa yang ikhlas menuntut ilmu. Orang munafik kedekut, tak akan keluarkan duit. Tapi hukumnya dibatalkan oleh ayat 13. Yang lebih penting, sahabat lebih menghormati Rasulullah. Meninggikan martabat dan kedudukan Nabi.
Untuk orang beriman, teruskan zakat dan solat dan taat pada Allah dan Rasul sepanjang masa. Sebab Allah maha mengetahui apa yang kamu lakukan. Pengajaran untuk kita, ikhlaskan diri menuntut ilmu betul-betul kerana Allah bukan sebab suka pada guru, dll. supaya akhirnya dapat sampaikan kepada orang lain.
Adab dengan guru, jangan tanya soalan yang kita tak nak amalkan.
Ayat hari ini dedah sifat buruk munafik. Orang munafik sentiasa berlegar di kalangan masyarakat islam Madinah. Jadi Nabi dan sahabat sentiasa dalam keadaan berwaspada. Kita tadabbur.
-Mula-
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ تَوَلَّوْا قَوْمًا غَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ
Kenapa nak cerita pasal orang munafik, penting ke? Kafir lebih ringan, sebab akidah mereka jelas. Ada 1 puak yang bertembung dalam keadaan sembunyi. Rupa macam Islam tapi bukan Islam. Sangat bahaya sampai Allah turunkan ayat yang lengkap, dan panjang iaitu surah al-Munafiqun. Ayat tentang orang kafir pendek je, surah Al-Kafirun. Kenapa panjang? Sebab mereka sebenarnya lebih bahaya daripada kafir.
Dalam surah Al-Baqarah, Allah cerita tentang muttaqin, kafir, munafik. Tentang orang muttaqin 5 ayat, tentang orang kafir 2 ayat, tentang orang munafik lebih daripada 10 ayat. Pengajaran, jangan hanya tuding senjata pada kafir sahaja, tapi pada munafik. Mereka solat, puasa, haji sama macam orang Islam. Kadang solatnya lebih banyak daripada kita.
أَلَمْ - istifham inkari ijabi
1. Soalan untuk ingkari orang kafir.
2. Allah nak lahirkan rasa pelik sangat tentang sifat orang munafik.
3. Nak mencela orang munafik.
Orang munafik betul-betul duduk depan Nabi. Menunjukkan Islam tidak aman, kena sentiasa berhati-hati. Musuh dalam selimut. Gunting dalam lipatan. Inilah keadaan Nabi. Bukan mereka berseronok.
Bodohnya kaum munafik. Munafik lantik orang yang Allah murka iaitu Yahudi. Contoh, kita berkawan dengan perompak, penzina. Tak ada akal. Bila pilih kawan, dia tak pilih yang bagi manfaat. Yahudi tak bagi manfaat apa-apa lebih-lebih lagi di akhirat.
غَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ - ,Yahudi orang yang dimurkai
Surah Al-Fatihah.
Orang yang diberi nikmat.. أنعمت عليهم
Nikmat apa? Nikmat Al-Quran - nikmat ilmu dan iman. Setelah dia ada ilmu dan dia amalkan. Jadi sangat tak betul bila seseorang minta hidayat tapi tak belajar Al-Quran.
Maksud jalan orang yang dimurkai ialah dia ada ilmu tapi tak amalkan.
Tak ada ilmu tak ada amal. - ولا الضلين
Kenapa sesat? Bila malas belajar, dia tak ada ilmu, maka dia akan sesat.
-
مَّا هُمْ مِّنْكُمْ وَلَا مِنْهُمْ
"Tidakkah engkau melihat (bagaimana jahatnya) orang-orang yang bersahabat karib dengan kaum yang telah dimurkai Allah (dengan sebab kekufuran dan khianatnya)?
Mereka itu bukanlah dari golongan kamu dan bukan pula dari golongan kaum yang tersebut itu (kerana mereka ialah golongan munafik)
Yang kamu lantik bukan dikalangan mereka dan bukan dikalangan kamu. Ada 3 golongan.
1. Orang beriman
2. Munafik
3. Yahudi
Yahudi bangsa asal dia ialah Bani Israel. Munafik bodoh sebab apa? 1,bukan seagama dengan mereka. Yahudi dia tak syirik tapi dia kata Allah ada 2,3.
2,bangsa pun tak sama. Inilah bodohnya orang munafik.
Muzabzabin-tak tetap. Kepada orang Yahudi pun tak, orang beriman pun tak. Soalan, kalau munafik tak ambil pemimpin sebangsa, seagama, ada faedah tak bagi mereka? Apa dia nak sebenarnya?
Dia nak hancurkan orang beriman. Tapi dia juga tak setuju dengan Yahudi. Jawapan, 1, dia nak menumpang kekayaan Yahudi. Nak ambil peluang. 2, dia buat kerjasama bila ada kepentingan bersama. Apa dia? Nak hancurkan Islam.
Walaupun berbeza fahaman, tapi menentang orang Islam mereka bersatu. Macam sekarang. Orang kafir sesama mereka tak setuju tapi menentang Islam dia bersatu.
Kenapa dia berpura-pura jadi orang islam? Kalau tak masuk Islam hartanya akan dirampas dan dia akan diperangi. Masuk Islam bila pergi berperang dapat harta rampasan. Opportunist. Bulan lepas parti lain, bulan ni parti lain.
وَيَحْلِفُونَ عَلَى الْكَذِبِ وَهُمْ يَعْلَمُونَ
dan lagi mereka selalu bersumpah dengan dusta, sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta)."
Mereka bersumpah atas pendustaan. Macam mana tu? Bila dia pergi bersama orang beriman, dia kata wallahi kami tak pernah bersama Yahudi. Dengan Yahudi, kamu dah berjanji dengan kami, wallahi, kami tak pernah bersama orang beriman.
Jadi, sifat utama munafik, penakut. Dia bohong sebab dia penakut. Jadi bila dia penakut, kita jangan takut.
وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Mereka mengetahui.
Sifat buruk bila dia berbohong dalam keadaan dia sedar dia berbohong. Menipu diri sendiri. Mana lebih dahsyat. Ada tak orang yang tak sedar dia berbohong. Dia dapat maklumat, dia tak tahu maklumat tu bohong, dia share dengan orang lain. Dia berbohong ke tak? Bohong. Walaupun dia tak tahu. Sebab dalam hadis ada sebut,
كفى بالمرء كذبا أن يحدث بكل ما سمع
Cukuplah seseorang itu dikira berbohong apabila dia bercerita apa sahaja yang dia dengar.
2,berbohong,kita bercakap sesuatu yang tak sama dengan hakikat. Walaupun tanpa niat. Ramai yang jenis macam ni. Cakap on the way, padahal kat rumah lagi. Nak pertahankan maruah. Bila lambat sampai kata ada roadblocks walaupun tak ada.
Munafik ada 2 jenis:
النفق
1. اعتقاد - hati tak percaya pada Allah walaupun solat puasa haji
2. عمل - beriman kepada Allah tapi bercakap bila bercakap dia bohong, mungkir janji, khianat amanah, melampau bila bergaduh.
Khianat amanah. Tak jaga kesihatan, tak jaga isteri, anak.
Hadis, sambung dalam riwayat Muslim. Walaupun dia berpuasa, solat 5 waktu. Dia menyangka dia Muslim. Ramai tak orang yang sifat macam ni? Ramai.
Soalan, kalau dia ada semua sifat ni, dia munafik iktikad ke menafik amal?
Anak Nabi Yaakob as. Berbohong dengan bapa, mungkir janji bawa Nabi Yusof bermain, khianat amanah. Dia munafik amal. Masih islam.
5 sifat buruk orang munafik.
1. Dia pilih kawan yang paling tercela. Jadi nak pilih kawan, pilih kawan yang baik.
2. Dia pilih bukan dari kalangan mereka. Bangsa lain, agama pun lain. Contoh sekarang, negara Arab buat kerjasama dengan negara bukan Islam.
3. Suka berdusta. Bila bercakap je dusta, cakap je dusta. Saya dah pergi semua negara. Turki pernah pergi? Turki belum.
4. Cakap bohong tapi nak buktikan dia benar dia bersumpah dengan nama Allah. Wallahi. Dia ambil perkataan yang orang susah nak tolak.
5. Mereka berbohong dalam keadaan sedar.
6. Sifat ke 6, diazab dengan pedih.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ عَذَابًا شَدِيدًا ۖ إِنَّهُمْ سَآءَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
"Allah telah menyediakan bagi mereka azab seksa yang berat; sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan."
(QS. Al-Mujadilah 58: Ayat 15)
Hadis, المرء مع من أحب. Seseorang itu akan bersama orang yang dicintainya. Jadi pilih kawan yang beriman supaya bila mereka ke syurga kita dapat bersamanya.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
اتَّخَذُوٓا أَيْمٰنَهُمْ جُنَّةً
"Mereka menjadikan sumpahnya sebagai perisai (untuk menyelamatkan diri dan harta bendanya daripada dirampas atau dibunuh),
جُنَّةً
1. Jannah - syurga
2. Junnah - perisai, atau apa-apa yang boleh jadi penahan daripada bahaya
3. Jinnah - jin
Hadis, الصيام جنة - puasa adalah perisai. Apa maksud perisai? Perisai daripada buat maksiat. Asal berkataan جن jim-nun, tertutup, terlindung. Nampak tak syurga? Tak nampak. Sebab tu dipanggil jannah. Puasa sebagai perisai. Nampak tak perisai tu macam mana? Tak nampak. Jin, nampak tak? Tak nampak. Satu lagi perkataan janin, bermaksud dalam perut. Nampak tak? Tak nampak.
Orang kafir buat sumpah sebagai perisai daripada bahaya. Siap cakap wallahi. Itulah perisai dia. Jadi, senjata munafik daripada dituduh jahat, pengkhianat, ialah wallahi. Nak bagi nampak elok lagi, pergi bersumpah kat masjid.
فَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ
Selain itu dia juga menghalang orang daripada masuk islam. Wallahi, aku dah dalam islam tapi tak ada apa yang aku dapat. Yang paling aktif, menghalang orang masuk Islam adalah orang islam sendiri. Ulama kata hampir semua sahabat masuk islam sebab akhlak Nabi. Bukan sebab ceramah.
فَلَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ
Azab yang hina. Kenapa azab yang hina? Masalah besar munafik dan kebanyakan manusia. Orang munafik bergantung pada orang Yahudi sebab ekonomi. Masalah besar, bergantung pada orang. Bila bergantung pada orang, manusia akan jadi hina. Orang beriman bergantung kepada Allah.
Hadis, syarat dalam cinta Allah. Zuhudlah Allah akan cinta kamu. Selagi kita cinta dunia kita tak akan dapat cinta Allah.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
لَّنْ تُغْنِىَ عَنْهُمْ أَمْوٰلُهُمْ وَلَآ أَوْلٰدُهُمْ مِّنَ اللَّهِ شَيْئًا ۚ أُولٰٓئِكَ أَصْحٰبُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خٰلِدُونَ
"harta benda mereka dan anak pinak mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkan (memberikan sebarang pertolongan kepada) mereka dari azab Allah. Merekalah ahli neraka, mereka tetap kekal di dalamnya."
(QS. Al-Mujadilah 58: Ayat 17)
Siapa yang bergantung pada orang, pada duit, sedikit pun tak akan dapat bantu kamu walaupun satu sen. Siapa? Berbangga dan bergantung dengan harta dan anak-anak. Mereka dalam neraka dan kekal di dalamnya.
-Tamat-
Syarah Bulughul Maram, kitab al-solah, bab azan. Hadis 177.
Uthman b. Abi al-'As minta jawatan. Minta jawatan pemimpin dilarang tapi dia minta jadi imam. Nabi, setuju. Tapi raikan orang paling lemah. Yang paling tua ada masalah, umur 90, raikan dia. Baca ayat sesuai. Sebab Islam menjaga daripada fitnah. Islam meraikan semua keadaan manusia.
Lantik orang yang jadi muazzin yang tak ambil. Upah. Dilarang. Kata ulama', kalau dia tak ada kerja lain boleh ambil.
Orang Thaif yang beriman, Uthman b. Abi Al-'As. Kuasa lantik imam, kuasa pemerintah. Imam tak ada kuasa, tapi pemimpin ada kuasa.
Dulu siapa pemimpin dialah imam solat. Imam kena raikan jemaah. Imam pilih sendiri muazzin. Sebaiknya imam pilih muazzin yang melaungkan azan suka rela.
Hasan al-Basri, aku bimbang muazzin ambil upah, solatnya tak ikhlas.
Imam Syafie, tak suka muazzin yang mengambil upah. Pemerintah tak boleh pilih muazzin bergaji.
Tapi kalau tak ada yang nak laungkan azan sukarela, boleh lantik muazzin yang bergaji.
Pengajaran, harus minta jawaatan untuk ummah.
2. Syarat kelayakan utama imam, banyak tahu Al-Quran dan hukum hakam agama.
3. Raikan jemaah.
4. Lantik muazzin yang hanya harap ganjaran pahala.
5. Makruh upah kepada muazzin. Mazhab Syafie.
6. Kewajipan
7. Harus bagi upah kepada muazzin yang diambil daripada baitulmal dll.
-Tamat-
Soal/jawab
1. Solat ghaib bila tidak ada sesiapapun yang solatkannya. Zaman Nabi, dapat raja yang beriman iaitu Raja Najasyi mati, Nabi solat jenazah. Ada pendapat kata boleh, yang mati tu pemimpin, ada jasa yang besar. Yang lebih penting doa kepada si mati.
2. Munafik dan pengamal bid'ah tak sama. Ahli bid'ah tak ada sifat munafik.
3. Amalan jadi pahala bila ikhlas dan sama dengan Nabi.
4. Azan tak betul, salah orang yang memilih.
5. Jangan terlalu sibuk orang bukan Islam murtadkan Melayu. Orang Melayu pun ada memurtadkan orang Melayu sendiri. Contoh, percaya bomoh. Anak solat pun boleh jadi murtad. Jaga agama kita, jaga akidah anak kita. Yang kita tak boleh buat serah pada pihak berkuasa.
6. Zuhud, ramai orang ada fahaman yang salah, iaitu belajar ilmu agama sahaja. Makna zuhud yang sebenarnya, 1,tak mengharamkan yang halal. 2,tak membazirkan harta. Kalau kita beli kereta mahal sekalipun tapi ia berguna pada kita, itu juga zuhud.
Abdurrahman b. Auf kadang sedekah 40 ribu dinar, dirham. Tapi hartanya bukan dihati, hanya ditangan.
Zuhud boleh belajar akademik tak ada masalah.
7. Imam Ahmad disiksa kerana pendapatnya Al-Quran bukan makhluk.
8. Beza orang beriman, saling mempercayai. Tak ada keperluan untuk bersumpah.
9. Apa usaha kita buat supaya akidah umat Islam tak goyah. Tak ada dakwah yang menyeluruh.
10. Tinggal puasa sebab sakit tak ada harapan sembuh, pendapat paling kuat bayar fidyah sahaja tak perlu ganti puasa. Kalau malas, kena ganti puasa dan kena bayar fidyah.
11. Nak jadi muazzin dan imam belum baligh, boleh. Pasti kan dia tahu Al-Quran, hukum hakam solat.
12. Solat sunat syukur tak ada. Sujud syukur sahaja ada.
13. Bersedekah tanpa pengetahuan suami. Kalau duit sendiri tak perlu tanya.
14. Ibu bapa meninggal, barang-barang yang tidak ada nilai, bincang adik beradik nak jual sekali dengan rumah atau bagaimana.
15. Bacaan imam tak betul tajwid, selagi mana tak ubah makna ayat, solat sah.
16. Ajar anak di rumah ok. Tapi berhenti sekolah kerajaan tapi tak ajar anak di rumah adalah fahaman zuhud yang salah.
No comments:
Post a Comment