Monday 1 March 2021

Bentuk Kekurangan Adab Di Dalam Majlis Ilmu



1)Mencelah dan memotong percakapan guru. 

2)Tidak fokus, bermain fon, bercakap dan sebagainya. 

3)Membantah pandangan guru atau menuntut guru untuk memberikan rujukan/dalil TANPA adab. 

4)Menjawab soalan yang ditanyakan kepada guru sebelum dia di izinkan atau diminta. 

5)Mensyaratkan kepada guru syarat-syarat yang batil dan tidak beradab. Contohnya "kalau kelas ini kena hafal apa-apa maka saya tak mahu join lah

6)Bertanya kepada guru dengan kurang adab. Contohnya:

"Kenapa ust kata hukum ni sekian-sekian eh, bukan sepatutnya lain ke, sekejap kata macam ini sekejap kata macam tu". 

7)Tidak menghormati masa guru.

8)Malas ulangkaji pelajaran kemudian datang ke kelas dengan otak kosong.

9)Waktu kelas online di zoom atau fb live contohnya, pelajar penuhkan ruang chat dengan perkara yang tak berkaitan dengan kelas sedangkan guru tengah mengajar.

10)Bila diminta buka mic atau video untuk kelas online, pelajar tiada di hadapan komputer/laptop. Tengah sibuk bancuh kopi ke atau buat benda lain guru pun tak tahu.

11)Tidak menjaga nada apabila bercakap dengan guru

12)Berdialog dan berdiskusi ilmiah dengan guru bukan pada tempatnya. Tiba-tiba dalam kelas nyatakan bahawa dia tidak bersetuju dengan pendapat guru dan minta guru untuk layan dan ulas pandangannya. 

13)Kalau mengantuk atau bosan tak cuba untuk cover di hadapan guru, bahkan menguap depan guru sampaikan ada yang komen di chat zoom yang mengatakan dia bosan. 

P.S: Ini semua akhlak tercela yang ada pada penuntut ilmu. Jika diteruskan maka dia akan berjaya menjadi pelajar yang tidak mendapat berkat dari ilmu yang dipelajari dan majlis yang dihadirinya. Maka usah ditanya kenapa hadir majlis-majlis ilmu bertahun tetapi tiada perubahan pada iman atau ilmu diri sendiri.

No comments: