Thursday, 15 September 2022

ADAB BERJIRAN


Adab berjiran dalam Islam tidak hanya terpakai pada perumahan semata, tapi termasuk juga masjid, rumah ibadat, markas dakwah dan yang seumpama dengannya.

Nas agama menunjukkan jiran ada tiga jenis:

1.  Jiran yang memiliki tiga hak, iaitu jiran yang muslim dari kalangan keluarga. Mereka memiliki hak sebagai jiran, sebagai muslim dan sebagai keluarga.

2.  Jiran yang memiliki dua hak, iaitu jiran yang muslim. Mereka memiliki hak sebagai jiran dan sebagai muslim.

3.  Jiran yang memiliki satu hak, iaitu jiran bukan Islam. Mereka memiliki hak kejiranan yang sangat dituntut.

Ada AJK masjid yang sering menyakiti jiran tetangganya dengan menyaringkan suara ceramah atau bacaan menerusi pembesar suara luar.

Ada jiran tetangga yang sering menghalang rumah jirannya dengan memarkir kereta di hadapan rumahnya.

Ada pula yang sengaja bela lepas kucingnya sampai sering mengganggu jirannya dengan najis yang merata.

Ada macam-macam kedengaran kerenah luar biasa kejiranan yang membuatkan jirannya selalu tidak merasa tenteram. 

Sedangkan Rasulullah ﷺ pernah memberikan ancaman yang sangat keras:

 لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ لَا يَأْمَنُ جَارُهُ بَوَائِقَهُ

"Tidak masuk syurga sesiapa yang jirannya tidak berasa aman kerana kejahatannya" [hadis riwayat Muslim].

No comments: