Showing posts with label 2021. Show all posts
Showing posts with label 2021. Show all posts

Tuesday, 8 November 2022

SURAT LAMARAN



Kepada Calon Suamiku,


Calon suami saya, 
calon bapa anak-anak saya,
calon menantu Ibu dan bapa saya
serta calon buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum WBT dan Selamat Sejahtera,

Mohon maaf kalau awak tidak berkenan. Tapi saya memohon bacalah surat ini sehingga akhir. Kemudian sila abaikan, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya merayu! 

Saya, yang bernama Nur Furay'ah menginginkan awak sebagai Calon Suami Saya (maafkan saya berterus terang). Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya insan biasa. Datang bukan dari keluarga berada tapi biasa-biasa sahaja. Untuk pengetahuan awak, ketika ini saya bekerja di Wilayah Persekutuan. Saya mempunyai sedikit pendidikan tapi tidaklah tinggi mana.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan awak untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. InshaAllah.

Kerana saya hanya manusia biasa maka cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu. Saya menginginkan awak supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu masa hadapan, apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sebaik mungkin menjadi isteri dan ibu yang baik. InshaAllah.

Kenapa saya memilih awak? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih awak. Tapi apa yang saya nampak masa depan saya hanya di mata awak. Saya juga rasa penyebab hati saya memilih awak kerana komitmen menjadi lebih baik, seorang yang berusaha beramal agama, seorang jujur, bertanggungjawab, tidak hipokrit dan harapnya akhlak juga baik. Saya menyukai awak kerana mungkin awak juga seorang bapa yang baik dan penyayang.

Saya sudah solat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin yakin memilih awak. Yang saya tahu, Saya memilih awak kerana Allah. Dan yang pasti, saya ingin menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah saw.

Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon awak solat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa untuk menjawab, semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb.

Nur Furay'ah

RUSUK KIRI KU BERGETAR

 





Ada seorang lelaki bertanya, 

"'Ustaz, kenapa setiap kali apabila saya terpandang perempuan yang bertudung dan cantik maka rusuk kiri saya akan bergetar? Ada apa-apa maknakah?:

Al-jawab,

Itu tandanya anggota badan kita marah kerana tidak menundukkan pandangan. Boleh jadi juga itu petanda bahawa ajal kita sudah dekat, jadi banyak-banyaklah bertaubat. 

Lagipun hanya lelaki yang tidak matang dan cetek pengalaman hidup akan terpedaya oleh kecantikan luaran. Lihatlah P. Ramlee dalam cerita "Musang Berjanggut" bagaimana beliau berjaya membezakan di antara perempuan dan betina melalui pengembaraan, ujian dan pengalaman.

Sabda Nabi salallahualaihiwassalam ;

“Aku tidak meninggalkan satu godaan pun yang lebih membahayakan para lelaki selain fitnah wanita.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Cantiknya wanita pada luaran itu mungkin kerana mahalnya baju yang dipakai, kadang-kadang kerana lamanya bersiap di depan cermin membuat ikatan tudung atau 'make-up' yang menghilangkan jerawat dan keburukan. Seterika baju mungkin sejam, cari pasangan tudung dan kain yang 'matching colour' pula sejam, tambah aksesori seperti shawl dan barang kemas pula sejam. 

Namun saat dihabiskan untuk membaca alQuran? Mungkin cuma 15 minit, solat dan berdoa? 10 minit. Mempelajari kewajipan agama? Mungkin 30 minit.

Menyantuni orang tua, menolong ibubapa, adik-beradik dan kaum keluarga mungkin seminit-dua....Waktu lain dihabiskan kepada 'selfie' dan bergambar serta menjadi model syok sendiri....Itu belum lagi 'marathon' melayan filem Korea, orang putih atau movie cinta dan drama bersiri, berjam-jam!

Itukah bakal pilihan hati? Gadis seperti itukah yang mampu menggegarkan rusuk kiri? Sungguh naif dan menyedihkan hati.

Nanti apabila telah bernikah barulah ketahuan bahawa rupa paras yang sering menggoda akan tamat tempohnya. Bahasa mudah, 'Expired'. Bangun awal pagi memasak sarapan untuk suami memerlukan kesabaran, bukan kecantikan. Membasuh baju dan pakaian kotor yang busuk serta menguruskan rumahtangga memerlukan ketabahan bukan kemahiran memetik gitar sambil menyanyikan lagu Kun Anta.

Menguruskan emosi seharian sebagai isteri memerlukan kekuatan jiwa, mengekalkan cinta dan kebahagiaan rumahtangga memerlukan kesabaran dan kefahaman tentang erti perkahwinan dan ketabahan hati. Ianya tak diperolehi daripada selfie, juga tak dapat dari asyik melayan 'movie' tetapi daripada pengalaman mengasuh adik-adik dan menolong keluarga dalam rumahtangga. 

Petua memasukkan serai, bunga kantan dan daun kari dalam masakan bukan sekadar daripada buku resepi tetapi daripada pengalaman di dapur bersama ibu. Cara menyiang ikan, membuang perut ayam, menyukat nasi untuk dimasak semuanya datang dari pengalaman hidup bukannya buku. 

Lelaki umumnya adalah bodoh apabila berdepan dengan wanita yang cantik. Nafsu kita akan menutupi akal sehingga pertimbangan kita menjadi terpesong. Lautan sanggup direnangi, gunung sanggup didaki, sedangkan hakikatnya kebahagiaan hidup kita bukanlah berada pada pelukan gadis jelita tetapi dalam dakapan ibu dan doanya pada kita. 

Hati yang tenang, bebas daripada dosa, kehidupan yang berlandaskan ilmu, keputusan yang dibuat pastinya menguntungkan dunia dan akhirat.

Berhati-hatilah teman, janganlah terpedaya pada luaran. 

Biarkan rusukmu bergetar tanda takut kepada Tuhan!

PERKAHWINAN BUKAN PERMAINAN


Cinta untuk berkahwin.

Untuk berkahwin, kita perlu mencari calon pasangan. Lelaki dan perempuan mempunyai hak untuk memilih. Masing-masing ada kriteria masing-masing. 

Terdidiknya seorang isteri. Apabila solehnya seorang suami. Mencari yang soleh itu penting kerana suami yang membimbing isterinya. Dalam perkahwinan banyakkan bacaan ayat Allah SWT dan Sunnah Rasulullah SAW / tadabur Quran bersama-sama suami/isteri/anak-anak seperti diminta dalam surah Al-Ahzaab ayat 34:

Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirNya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.

Perkahwinan bukan permainan, betul kan niat dan tujuan sebenar perkahwinan itu.

Jangan jadikan perkahwinan sebagai trend. Jangan kalut untuk berkahwin hanya kerana kawan-kawan, sepupu sepapat semua sudah berkahwin. 

Perasaan cinta semata tidak cukup jika tanpa ilmu dan persediaan. Seolah-olah menempah kegagalan.

Perkahwinan, perkara yang besar. Ianya lebih besar dari cinta. Ianya lebih besar dari keseronokan.


CINTA BIARKAN PERGI



Jika ada cinta, pasti ada rindu. Jika ada rindu pasti ada keinginan – ingin bertemu, berbual, bermesra dan sebagainya. Tetapi jika semua itu tiada, mungkin cinta itu sudah tidak ada!
Apa yang kita ada sering dilupakan, apa yang tiada sering diidamkan. Kita kadang-kadang terlupa nikmat jasmani dan nikmat rohani termasuk soal cinta. Jika ada yang sudi, kita biarkan pergi. Kita masih tercari-cari.
Tidak akan diketahui kecintaan seseorang sehingga tiba saat berpisah. Setelah hasrat diluahkan untuk berpisah, baru terasa dunia ini gelap. Tiba-tiba tersedar akan kebaikan, ketampanan dan kesediaan lebih terasa.
“Ya Allah! Perpisahan ini amat memedihkan”.
Bukakah terlalu dekat menjadikan kita buta? Ramai orang tidak menghargai semasa bersama, hati masih bergelora mencari. Bila si dia pergi, menangis sayu kerana rindu dan cinta padanya.
Walaupun kita tahu menguji itu Allah, Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang. Sedikit sebanyak hati kita “berontak” juga. Allah Maha Mengetahui, kita lemah. Amat sakit akan perpisahan ini.
Percayalah kekadang Allah menghilangkan seketika mentari, kemudian DIA datangkan guruh dan kilat. Puas kita meratap di mana serinya mentari… rupa-rupanya Allah ingin mengurniakan pelangi yang indah. Oh, itu rupanya hikmah berpisah. Cinta akan menjadi lebih indah!

HATI (MATA HATI) KERAS




Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah 2:74)

Kehidupan manusia bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kain kapan. Kita hidup yang beria-ria sangat tetapi akhirnya dibaluti kain kapan dan hanyalah persembahan hati kepada Allah SWT. Muhasabah...

Kadang-kadang kita bergaduh dengan orang sehingga menjadi hati kita keras. Maka, marilah kita amalkan doa seperti dibawah untuk mendapat kebenaran.

Hati ini boleh menjadi keras dan keras hingga lebih menjadi batu. Bagaimana mahu hati menjadi lembut, mohon doa kepada Allah SWT untuk menjadi hati lembut. Faktor hati menjadi keras kerana

a) Berpaling kepada kebenaran. Melihat kebenaran seperti salah. Baik nampak jahat dan jahat nampak baik;

b) Mengetuai kebatilan dan memperindahkan ketidakbenaran. Contoh promosi Apps SugarBook. Setengah pandangan kata itu hak asasi manusia tetapi ada setengah orang promosi Apps itu merosakkan menjatuhkan maruah wanita;

Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka),(Maryam 19:59

- Meninggalkan solat atau sekadar solat gitu-gitu hubungan dengan Allah
-Penasihat hawa nafsu dan syaitan dalam hidup. Sepatutnya menjadikan nasihat AlQuran dan AsSunnah. 

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (Al-Kahfi 18:28)

Hati kita mesti tunduk kepada kebenaran. Jalan lurus. Nafsu jahat dari dalam diri kita sendiri. Banyakkan doa dari bisikan syaitan dan desakan nafsu.

c) Orang yang hanyut dan larut dalam lautan kelalaian. Masa sedang berjalan padahal kita tidak perasan diri ini sedang lalai. Tapi, kita tidak perasaan. Hanyut maksiat. Umur semakin habis. Allahuakbar!.

Untuk mengatasi diri lalai, kalau tidak habis umur dengan sia-sia.

1) Perbaharuilah wuduk dan solat sunat Wuduk mohon cahaya

Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya sesempurna mungkin, maka keluarlah kesalahan-kesalahannya sehingga keluarnya itu sampai dari bawah kuku-kukunya.” (Riwayat Muslim)

Doa Mohon Cahaya Selepas Solat Wuduk


2) Banyak berjalan ke masjid. Fikir banyak langkah kemana?. Mungkin kita banyak langkah ke tempat lain dari ke masjid.
Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Sesiapa yang membersihkan dirinya (berwuduk) di rumahnya kemudian dia berjalan kaki menuju ke satu rumah dari rumah-rumah Allah untuk dia menunaikan satu kefardhuan dari kefardhuan-kefardhuan kepada Allah, maka setiap langkahnya itu salah satunya memadamkan dosa dan selangkah lagi mengangkat darjatnya.
Solat sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat yang dilakukan ketika mana masuk ke dalam masjid.Ia adalah solat yang sentiasa dilazimi oleh Nabi SAW. Daripada Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW bersabda :” Jika salah seorang daripada kalian masuk ke dalam masjid maka solatlah sebanyak dua rakaat sebelum dia duduk.”
3) Hatinya terikat untuk solat dan menunggu solat. Hatinya suka solat dan cinta solat
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sentiasalah sseorang kamu dianggap dalam sembahyangnya, selama menahan sembahyang tidak ada yang menghalangnya untuk kembali menemui ahli keluarganya melainkan kerana ia menunggu waktu sembahyang yang berikut”. Orang yang sanggup menunggu waktu sembahyang yang berikutnya setelah ia selesai sembahyang, di mana ia tidak membuat perkara-perkara lain seperti balik untuk menemui ahli keluarganya akan mendapat pahala sama dengan ia menunaikan sembahyang-sembahyang tersebut. Sentiasa untuk membaharui solat lebih baik dan baik. 
Tambahan pula, Nabi SAW pernah mewasiatkan kepada Abu Hurairah RA akan melazimi solat sunat witir ini sebelum beliau melelapkan mata. Ini dinyatakan sendiri oleh Abu Hurairah RA:“Kekasihku (iaitu Muhammad SAW) mengingatkanku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat Dhuha dan melakukan solat Witir sebelum tidur”.
Antara perkara yang sunat dilakukan selepas solat sunat witir adalah mengucapkan sebanyak tiga kali. Ini kerana ia dilakukan oleh Rasulullah SAW dan terdapat penambahan di dalam satu riwayat bahawa Nabi SAW meninggikan suaranya pada kali yang ketiga. Setelah itu, Baginda SAW berdoa: 
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami, aku berlindung dengan redha-Mu daripada kemarahan-Mu, aku berlindung dengan kesejahteraan-Mu daripada hukuman-Mu dan aku berlindung dengan-Mu daripada tindakan-Mu, tiada daya aku ini untuk menghitung pujian kepada-Mu, Engkau itu wahai Allah sepertimana yang Engkau puji diri-Mu ”. 
4) Solat malam dan membaca Quran

Ingat Allah SWT, ketaatan, amanah dan tanggungjawab. Jika kita lalai, kita tidak rasa bersalah kepada Allah SWT. Allah SWT akan alihkan atau tutup hati, telinga, lidah, mata dan pemikiran. Maka, kita mohon kepada Allah SWT untuk tidak lalai atau hati jadi batu.

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. (Al-Hajj 22:46)

Hati yang terhijab adalah orangnya munafik (Sumuah, riak, dengki, ujub, iri hati) [Jauh wabak dan jangan berkongsi sifat munafik]

Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang). (An-Nisaa' 4:142

Ibadah orang munafik suka dipertontonkan kepada orang lain bukan buat kerana Allah SWT. Daripada Jundub RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang beramal kerana sum’ah (membuat sesuatu agar orang mendengarnya) maka Allah SWT akan menjadikannya (amalan) sebagai sum’ah dan barangsiapa yang beramal kerana riyak (membuat sesuatu amalan agar orang bercakap mengenainya) maka Allah SWT menjadikannya (amalan) sebagai riyak”.
Menjauhi amalan kita daripada sikap atau sifat riyak, sum’ah, ujub dan lain-lain lagi. Niat  ikhlas kerana Allah SWT agar amalan tersebut diterima oleh Allah SWT dan diletakkan amalan tersebut pada timbangan atau neraca kebaikan di Akhirat kelak.
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. (Al-Baqarah 2:264)

Amalkan doakan masthurat:


Kita tidak seharusnya dengki atau iri hati pemberian Allah SWT kepada manusia lain. Berdoa dan jauhkan sifat-sifat yang buruk yang menyebabkan hati kita menjadi batu.


Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Al-An'aam 6:165) 




RINGKASNYA KAHWIN!



Alam kehidupan yang dikehendaki oleh ajaran Islam adalah alam yang bersifat rabbani dan insani. Tidak boleh ditinggalkan salah satu di antaranya. Sekiranya ditinggalkan maka akan berlaku kepincangan. Rabbani di sini bermaksud setiap aspek kehidupan itu diambil daripada arahan dan hukum Allah S.W.T dan menuju kepada Allah dengan seluruh perasaan dan amalannya. Insani pula bermaksud ia merangkumi segala jenis kemanusiaan di bawah lembayung akidah. Tiada bezanya di antara seseorang manusia kecuali ketinggian iman dan taqwa yang merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan institusi perkahwinan dan kekeluargaan sebagai asas utama pembentukan masyarakat sejagat agar bersifat rabbani dan insani.

Ini memperlihatkan bahawa institusi perkahwinan dalam agama dan falsafah Islam merupakan asas dan dasar utama dalam melahirkan insan-insan rabbani dari kecil. Inilah yang akan terus mempastikan pembangunan negara dan bangsa umat Melayu yang kekal dan beriman.

Prinsip Pemilihan Pasangan dalam Islam
Agama Islam amat menitik beratkan kesejahteraan sesebuah perkahwinan yang bakal dibina. Justeru, pemilihan pasangan adalah sangat penting sebagai pola asas membentuk sistem kekeluargaan gemilang. Sesungguhnya di dalam Islam telah menetapkan ciri-ciri pasangan yang akan dipilih samada lelaki ataupun wanita.

Firman Allah S.W.T bermaksud : Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenalkenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). Surah al-Hujurat (49):13

Ayat di atas menerangkan bahawa pemilihan pasangan hidup ataupun jodoh dalam Islam adalah berasaskan sifat ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Jelas pemilihan pasangan dalam Islam bukanlah hanya bersandarkan kepada harta kekayaan, mulianya keturunan atau tingginya pangkat dan darjat semata-mata tetapi lebih daripada itu, iaitu beriman dan bertaqwa kepada Allah S.W.T.

Sebagaimana hadith Rasulullah S.A.W mafhumnya bermaksud : "Wanita dikahwini kerana empat perkara iaitu; Hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka agama adalah lebih baik"

Justeru dalam Islam disarankan memilih wanita yang bertaqwa dan solehah iaitu yang dimaksudkan wanita yang beragama. Ini kerana wanita tersebut mampu menenangkan hati apabila memandangnya, banyak mengetahui hal ehwal agama, menggalakkan kepada sifat-sifat yang baik, mampu mendidik anak-anak serta menguruskan rumahtangga dengan sempurna. Selaras fungsi isteri iaitu untuk menenangkan suami, untuk disukai, berkongsi hidup, membina rumahtangganya, ibu kepada anak-anaknya dan sebagainya.


BAKI HIDUP KITA




Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Oleh itu jadilah kita orang yang paling bahagia dan membahagiakan. Orang yang ceria dan menceriakan. 

Jadilah ibu yang menjadi kedamaian pada anak-anak.

Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yang memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami kita. 

Jika kita menjadi sahabat jadilah sahabat yang mendamaikan

Jika kita menjadi anak jadilah anak yang menyejukkan kedua ibubapa

Kerna hidup ini hanya seketika.

Siapa duga dan sangka saat kudrat dengan kesihatan yang baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa di sangka. Pengajaran untuk kita betapa rapuhnya hidup kita. Kematian itu tidak mengira masa dan usia. Muda mahu pun tua.

Jangan bertangguh untuk menjadi anak yang baik.

Jangan bertangguh untuk menjadi isteri yang baik

Jangan bertangguh untuk menjadi suami yang baik

Jangan bertangguh menjadi ibu yang baik

Jangan bertangguh menjadi sahabat yang baik

Jangan bertangguh menjadi pekerja yang baik

Jangan bertangguh menjadi majikan yang baik

Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih. 

Maaf kan sahaja. Jadilah orang yang memberi manfaat pada orang lain. 

Kerana kematian itu sangat rapuh. Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan. Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah. Orang yang kita sayang pasti kita akan tinggalkan. Dan perpisahan itu adalah dengan sebuah kematian. 


MEMIKAT DAN MENGURAT




Tertarik dan Terpikat. Pilihlah Kerana Akhirat. 

Antara perkara penting yang perlu kita ambil perduli adalah seperti berikut:

a) Menilai kecantikan itu bukan hanya pada rupa paras, bahkan melihat cantik itu pada budi pekerti, tutur bicara dan akhlak wanita yang ingin dikahwininya.

b) Kenapa perlu kepada penghayatan agama? Kerana adanya ada kekayaan akhlak. Wanita pula jangan terlalu ‘daring’ dalam usaha memikat bakal suami. Jangan mudah tidak manis. Biar keluarga lelaki yang bekerja keras memikat kita. Di situlah mahalnya harga diri seorang wanita yang Allah perintahkan dilindungi oleh bapanya dan keluarganya.

c) Jangan terlalu berani berani mengangkat suara, bertempik-tempik dan mengangkat mata (pandangan tajam) bila bercakap dengan lelaki. Lelaki tidak berminat dengan perempuan begini kerana melambangkan keangkuhan. Tegas dan tegap biarlah bertempat.

d) Jalan yang terbaik mengungkap hati yang sudah terpikat dan mengharapkan terus diikat oleh jejaka pilihan, perkemaskan munajat dengan Allah, perbanyakkan bangunkan malam dan minta Allah berikan petunjuk dalam urusan jodoh. (Ustaz pesan supaya laksanakan solat malam setiap hari).

e) Membuat risikan terlebih dahulu dan jangan tergesa-gesa untuk mudah terpikat pada seseorang lelaki.

Wanita seharusnya memiliki ahklak dan pegangan agama yang teguh dan kukuh. Jangan memurahkan diri dan merendahkan martabat kewanitaan kita walaupun kita “memang syok gila” dengan si lelaki itu. 

Usaha bersederhana, jika tanda positif Alhamdulillah tapi tiada kita beredar. Ini kerana sekiranya berusaha juga mungkin si lelaki itu jauh meninggalkan kita akhirnya kita sedih dan kecewa. Tidak salah mencuba, tetapi sekiranya orang tidak sudi mengapa mesti memujuk diri kepada si lelaki itu.

Kita mesti sentiasa bersedia menerima jodoh dengan sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan molek kerana pandangan pertama itu penting sebab melalui penampilan luaran orang boleh menekanya. Bak kata perpatah barat “your dreess is your address

SEMBUNYIKAN CINTA





Cari cinta berjumpa insan yang dusta dan permainkan perasaan. Sakitnya di hati. Hanya Allah SWT mengetahui betapa sakitnya perasaan ini.


A044
"(Kiranya kamu tetap berdegil sekarang) maka kamu sudah tentu akan mengetahui kebenaran apa yang aku katakan kepada kamu; dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya".  (Ghaafir 40:44)

Perasaan cinta itu yang tidak dapat dimiliki, dan ia juga merupakan ujian dari Allah S.W.T. Perlu difahami bahawa kecintaan, kasih sayang dan rasa tertarik pada sesuatu yang indah itu bukan suatu yang tercela, tetapi cinta yang mendorong ke arah maksiat itulah cinta yang terlarang. Contohnya mengajak maksiat, tunjukkan kemaluan sendiri.

Cinta itu bukanlah suatu yang tercela apabila kita mengikut lunas-lunas Islam. Budaya couple adalah budaya barat dan bukan budaya Islam. Banyak rancangan dan drama-drama tv yang membawa kisah-kisah tentang percintaan yang bermula dengan pertemuan, bercintaan selama bertahun-tahun yang terlalu banyak ranjaunya sehingga akhirnya berkahwin. Ini bukan gambaran cinta yang sebenar dalam Islam.

Gambaran cinta dalam Islam ialah, apabila telah bernikah, pasangan itu saling berusaha untuk menjalankan tanggungjawabnya di dalam rumahtangga. Setelah berkahwin, tiada halangan lagi untuk menzahirkan cinta kerana di sanalah tempat yang selayaknya. Orang yang telah merasa manisnya bercinta dahulu tidak akan dapat merasakan kemesraan dan cinta setelah berkahwin. Sebab itu banyak berlaku penceraian kerana telah hilangnya kemanisan cinta di dalam rumahtangga yang dibina.

Sembunyikan Cinta
Imam Muhammad Ibnu Daud Az-Zahri berkata bersandar kepada hadis Nabi saw bahawa: “Barang siapa yang jatuh cinta kemudian dia mampu menyembunyikannya, menjaganya dan bersabar, maka Allah akan mengampuni orang tersebut dan memasukkannye ke dalam syurga.”

Apabila seseorang itu jatuh cinta, janganlah ia dengan mudah meluahkan perasaannya kepada wanita yang dicintai. Kerana ia akan mengganggu emosi wanita tersebut. Andainya ditakdirkan ketika itu wanita tersebut telah pun mempunyai pilihan hati, emosinya akan mula terganggu. Kerana pernah terjadi di mana seorang wanita yang hampir berkahwin, tiba-tiba jatuh hati kepada seorang lelaki lantas menjalinkan hubungan cinta bersama lelaki tersebut. Ketika di hari pernikahan, lelaki tersebut berasa dipermainkan lantas membunuh wanita itu.

Sebab itu, apabila timbul rasa cinta di dalam hati terhadap seseorang hendaklah disampaikan kepada orang yang amanah, yang dapat membantu proses seterusnya seperti merisik keadaan insan pilihan itu. Andainya ia menolak, terimalah dengan hati yang terbuka bahawa berkemungkinan dia masih tidak bersedia untuk berkahwin, atau tiada jodoh. Sekiranya dia menerima lamaran itu, hendaklah diatur urusan seterusnya melalui orang tengah atau terus kepada pihak keluarganya. Dengan cara ini, barulah perkahwinan itu ada kemanisan dan keberkatannya.

Hadis Nabi saw: ”Barang siapa yang jatuh cinta kemudian dia tetap menjaga diri dan menyimpannya dengan baik dan bersabar, lalu meninggal, maka matinya orang tersebut dikira mati syahid”.

Pernah seorang Tabi’in jatuh cinta kepada seorang wanita. Beliau mengetahui bahawa wanita itu akan berkahwin dengan sahabatnya sendiri, lalu beliau memendamkan perasaanya sehinggalah akhir beliau jatuh sakit dan meninggal dunia. Imam Ibnu Hazam telah berkata, bersandarkan kepada kisah seorang lelaki yang telah datang berjumpa dengan Saidina Umar Al Khattab r.a, katanya: “Aku telah melihat seorang wanita kemudian aku jatuh cinta kepadanya, kemudian Umar r.a menjawab, “Itu adalah termasuk suatu perkara yang tidak dapat dimiliki. "

Pihak Ketiga

Dari Jabir r.a, bersabda Nabi S.A.W,: “ Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat,jangan sekali-kali dia berdua-duaan di dalam tempat sepi dengan seorang wanita, sedang dia dengan wanita tersebut tidak memiliki hubungan keluarga (mahram), kerana yang ketiga dari mereka adalah syaitan”.

Kita dilarang untuk melakukan pertemuan-pertemuan ‘tidak rasmi’ di antara lelaki dan wanita. Sebagai contoh, tidak boleh seorang lelaki menyuarakan hasrat kepada seorang wanita secara berdua-duaan di satu meja, sekalipun terdapat ramai orang lain disekelilingnya. Ini kerana di sana tetap ada ‘yang ketiga’ iaitu syaitan. Mungkin ramai yang menganggap pertemuan begini tidak mengapa kerana berbincang dikhalayak ramai. Tetapi siapa yang tahu sekiranya bertemu berdua, perbualannya mungkin diselitkan unsur-unsur lain yang menimbulkan syahwat. Kiranya ada orang lain datang, topik perbualan tadi segera ditukar supaya orang tidak mengetahuinya. Begitulah sebenarnya syaitan cuba mengganggu hati manusia. Sebab itu Islam melarang seorang lelaki dan seorang perempuan yang bukan mahram untuk ‘dating’ berdua-duaan.



MEMILIH PASANGAN



R
asa untuk memiliki dan di miliki adalah fitrah manusia. Maka untuk memilih pasangan  ada panduannya. 

Terdapat 3 perkara besar dan penting dalam hidup manusia iaitu kelahiran, perkahwinan dan kematian. Kelahiran dan kematian  ialah 2 perkara yang berlaku tanpa iradat manusia yang dilakukan oleh Allah SWT. Tetapi bagi perkahwinan adalah sebaliknya. Meski pun jodoh itu ditentukan oleh Allah SWT namun manusia diberi peluang untuk memilih atau menentukan pilihan pasangan terbaik untuknya. Kebijaksanaan dan keperihatinan dalam memilih pasangan akan menentukan arah tuju sebuah rumahtangga sekiranya diabaikan maka kemungkinan mempunyai masalah dikemudian hari.

Kebahagian bergantung kepada kebijaksanaan memilih pasangan. Maka, pemilihan pasangan hendaklah dilakukan secara sedar dan tidak dipengaruhi oleh perasaan yang melulu atau berkepentingan bersifat sementara seperti bosan, sepi dan sebagainya. Asas kepada pemilihan hendaklah berdasarkan asas yang kekal dan sentiasa kukuh sepanjang zaman. Ini kerana, perkahwinan memberi kesan yang sangat mendalam, berkekalan dan tanggungjawab. Oleh itu, strategi dan langkah-langkah yang diambil mestilah betul-betul dan merasakan pasangan yang dipilih mampu mencapai tujuan perkahwinan iaitu berasa tenang bersama-sama.

A021
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Ar-Ruum 30:21)

Allah mengingatkan dalam ayat 32 Surah Al-Isra':
A032
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).(Al-Israa' 17:32)

Dalam hal ini, Rasulullah SAW telah memberi garis panduan tentang asas-asas pemilihan pasangan dengan sabdanya "Wanita itu dikahwini kerana 4 perkara kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya, maka utamalah agamanya kerana akan memperoleh kebahagiaanya"

Allah berfirman surah AlBaqarah ayat 221

A221
Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekali pun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).(Al-Baqarah 2:221)

Kenapa wanita dipilih kerana agamanya? Sebab seseorang wanita yang mempunyai asas agama berkemungkinan mempunyai asas fardu ain baik dan akhlaknya juga baik. Untuk menjadi seorang pasangan baik memerlukan akhlak baik manakala pemimpin berakhlak pula dapat menambah pengikut dan dapat menawan negara. Akhlak ibubapa nanti akan menjadi contoh kepada anak-anak dan mempengaruhi nilai-nilai murni dalam pekerjaan anak itu kelak. 

Jika kita memilih pasangan sebab nafas yang sejuk (roh) maka Alhamdulillah tetapi jika dari nafas yang panas (nafsu) maka kembalilah kepada asal/Islam. Justeru itu, cubalah untuk menyelesaikan bujang kerana ianya berkemungkinan boleh mengurangkan ketakwaan kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda " perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang menolak sunnahku maka dia bukanlah dari golonganku"

Abdullah Ibn Mas'ud pernah berkata "Seandainya umurku tinggal 10 hari pun aku akan berkahwin supaya aku tidak menemui Allah SWT dalam keadaan bujang" 

Cara mencapai matlamat perkahwinan yang perlu ada sifat-sifat yang dikehendaki diri pasangan iaitu penghayatan agama dan akhlak yang baik. Ini kerana agama terus kukuh bersama-sama peredaran zaman. Akhlak pula akan terus mantap bersama hari-hari yang berlalu disamping pengalaman hidup. Apabila pasangan menjadikan agama dan akhlak sebagai asas pemilihan, ia lebih menjamin kelangsungan cinta dan kasih sayang yang berkekalan.

Perkara lain turut dipertimbangkan dalam pemilihan iaitu faktor keturunan dan kecantikan. Kecantikan bergantung kepada standard seseorang iaitu tahap cantik dimatanya. Tujuan pemilihan keturunan baik-baik pula adalah untuk melahirkan pergaulan yang baik-baik. Apabila dicintai, dia memuliakan pasangannya dan tidak berlaku zalim ketika marah.


Pertimbangan seterusnya pasangan yang sekufu. Sekufu bermaksud persamaan taraf lelaki dan perempuan pada kedudukan sama ada dalam masyarakat, akhlak dan kekayaan. 

Uthman bin Abi al-'As al-Thaqafi memberi nasihat kepada anaknya "Wahai anak-anakku, orang yang bernikah itu umpama orang yang bercucuk tanam, seseorang perlu meneliti dimana dia mencucuk tanamannya. Baka keturunan yang tidak baik jarang mempunyai anak, jadi pilih pilihlah walau sehingga bila masa pun".

Pemilihan pasangan sekufu yang mempunyai cara hidup tidak berbeza dan boleh diterima. Justeru itu, seorang daripadanya tidak terpaksa mengubah kebiasaanya kerana mereka mempunyai persamaan. Antara sekufu agama dan kesolehan serta tahap pekerjaan pasangan.

Wali sunat mencadangkan perempuan jagaannya berkahwin dengan lelaki soleh dan bertakwa dengan mencontohi sifat Nabi Syuib AS:

A026
Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah".(Al-Qasas 28:26)

A027

Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): "Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama delapan tahun; dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku Insya Allah, dari orang-orang yang baik layanannya".(Al-Qasas 28:27

A028

Musa menjawab: "Perjanjian itu adalah antaraku denganmu (tetap dihormati bersama); yang mana sahaja dari dua tempoh itu yang aku tunaikan, maka janganlah hendaknya aku disalahkan. Dan Allah jualah menjadi Pengawas terhadap apa yang kita katakan itu". (Al-Qasas 28:28)

Wahai Perempuan!, Ingatlah Perkara-perkara Yang Perlu Dijauhi 

Masyarakat yang jauh dari penghayatan Islam, lelaki bergaul mesra dengan tujuan untuk mengenali akhlak dan tingkahlaku pasangan tetapi sebenarnya kita yakin tidak mampu menyingkap akhlak pasangan itu sebenarnya. Selalunya, lelaki akan berpura-pura dihadapan perempuan sebagai jejaka idaman dari sudut kemuliaan, timbang rasa dan keelokkan, maka perempuan juga akan melakukan lebih daripada itu. Perempuan cuba untuk menunjukkan  dirinya sebagai gadis idaman dari sudut kelembutan, sifat keperempuanan, perasaan, adab, akhlak dan tingkahlakunya. Perbuatan mesra adalah haram seperti sabda Rasulullah:

"Janganlah sama sekali lelaki dan perempuan bersunyi-sunyian melainkan ada mahram bersama-sama mereka"

Perempuan yang cerdik akan menjauhkan bermesra-mesraan kerana ada risikonya iaitu kemungkinan lelaki lain tidak meminangnya dan menjemput dosa-dosa yang dimurkai Allah SWT.

Percintaan lelaki yang sudah berkahwin, kecenderungan untuk ditinggalkan itu adalah tinggi kerana mereka telah mempunyai komitmen terhadap keluarga sendiri. Kebiasaannya lelaki sangat menjaga hati dan perasaan isterinya. 

Kesimpulannya, kita mahu sebuah perkahwinan yang berkat dan baik untuk dunia akhirat.


Thursday, 15 September 2022

ADAB BERJIRAN


Adab berjiran dalam Islam tidak hanya terpakai pada perumahan semata, tapi termasuk juga masjid, rumah ibadat, markas dakwah dan yang seumpama dengannya.

Nas agama menunjukkan jiran ada tiga jenis:

1.  Jiran yang memiliki tiga hak, iaitu jiran yang muslim dari kalangan keluarga. Mereka memiliki hak sebagai jiran, sebagai muslim dan sebagai keluarga.

2.  Jiran yang memiliki dua hak, iaitu jiran yang muslim. Mereka memiliki hak sebagai jiran dan sebagai muslim.

3.  Jiran yang memiliki satu hak, iaitu jiran bukan Islam. Mereka memiliki hak kejiranan yang sangat dituntut.

Ada AJK masjid yang sering menyakiti jiran tetangganya dengan menyaringkan suara ceramah atau bacaan menerusi pembesar suara luar.

Ada jiran tetangga yang sering menghalang rumah jirannya dengan memarkir kereta di hadapan rumahnya.

Ada pula yang sengaja bela lepas kucingnya sampai sering mengganggu jirannya dengan najis yang merata.

Ada macam-macam kedengaran kerenah luar biasa kejiranan yang membuatkan jirannya selalu tidak merasa tenteram. 

Sedangkan Rasulullah ﷺ pernah memberikan ancaman yang sangat keras:

 لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ لَا يَأْمَنُ جَارُهُ بَوَائِقَهُ

"Tidak masuk syurga sesiapa yang jirannya tidak berasa aman kerana kejahatannya" [hadis riwayat Muslim].

Wednesday, 24 August 2022

TADABBUR SURAH AT TAKWIR


بِسمِ اللَّهِ الرَّحمَنِ الرَّحِيمِ

إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ، نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِينُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَتُوبُ إِلَيْهِ، ونعوذُ باللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا، ومِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلَا مُضِلَّ لَهُ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلَا هَادِيَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، لَا نَبِيَّ بَعْدَهُ,

Tadabbur Juzuk Amma dan surah baru  dan kita baru habis surah yang lepas iaitu Surah Al Infitar ,Hari ini kita masuk Surah At Takwir.

 

Pengenalan Surah At Takwir

 

Kebiasaan nama Surah diambil didalam surah tersebut seperti Surah Quraisy diambil dari Quraisy, Surah Al Baqarah ianya diambil dalam perkataan Baqarah tapi pada Surah At Takwir, Surah Insyiqaq yg tidak diambil dari perkataan dalam surah ,  tetapi di ambil dari maksud dan yang ada dalam Surah At Takwir diambil dari At Takwir ialah  كُوِّرَتْ .Jadi surah ini perkataan Takwir tidak ada ,yang ada ialah كُوِّرَتْ ialah maksud perkataan.

 

Kalau كُوِّرَتْ fael madhi mabni majhul tetapi nama surah diambil dari perkataan masdarnya kata terbitnya sama juga seperti Surah Al Infitar yg ada dalam Surah ialah wa izaunshatrats Infitar tidak ada tetapi diambil dalam perkataan masdarnya fatarat iaitu infitar.

 

Sama juga Surah Al Inshiqaq, perkataan dalam Surah Inshiqaq tidak ada dalam surah inshiqaq tetapi yg ada ialah izas shama unshaq qat.(Terbelah)iaitu dalam bentuk fael tetapi nama surah diambil dalam perkataan Masdar.,Inshiqaq jadi maksudnya lebih kurang.

 

Surah At Takwir tidak ada hadis-hadis yang shahih menunjukkan kelebihan surah At Takwir, Cuma secara umum ada satu hadis riwayat At Tirmizi dan Ahmad dan kata Imam Ahmad hadis ini darjatnya hasan lagi gharib tetapi disahihkan oleh Asha Al Bani.

Kata Nabi SAW, Siapa yang menggembirakannya untuk memerhati pada hari Kiamat seolah Hari Kiamat itu berlaku Kiamat depan mata dia sendiri bukan dia dengar cerita tapi betul-betul berlaku didepan matanya maka bacalah

 

1) Surah at Takwir

2) Surah Infitar dan

3) Surah Inshiqaq.

 

Jadi 3 surah yang dua kita dah lepas sudah tadabbur dan ini adalah yang ke tiga (3). Jadi ketiga-tiga surah ni bercerita tentang hari kiamat. Tengok pada hadis Nabi SAW sesiapa tengok dan memerhati, siapa yg gembira utk memerhati utk hari kiamat seolah dinampak berlaku didepan mata nya Yanzura adalah memerhati, Nabi tidak menyatakan yushahid ataupun menonton/menyaksikan. Kenapa Nabi kata gembira memerhatikan suasana hari Kiamat bah kan Nabi kata seolah dia melihat dengan mata kepalanya sedangan Nabi kata baca…sebabnya baca dengan tengok adalah dua benda yang berbeza.

 

Soalan pertama kenapa gembira sedangkan suasana hari kiamat itu menakutkan??

 

1)  Sebenarnya punca manusia bahagia ialah apabila dia yakin ada kehidupan selepas kematian dan hari kiamat itu adalah satu proses untuk berpindah daripada kehidupan akhirat. Sebab bila dia yakin dengan adanya kehidupan dia akan membuat persiapan dan sebaliknya jika sesorang itu tidak yakin pada kehidupan akhirat, cerita tentang kiamat ,cerita tentang akhirat dia tidak tahu maka sebenarnya dia tidak ada punca utk gembira ataupun utk bahagia sebabnya dia tidak membuat persiapan berita menakutkan tapi membolehkan kita bahagia.

 

Contohnya, orang memperkenalkan sifat harimau, bila kita tidak kenal amat bahaya sebab kita ingat biasa sahaja tetapi bahaya..tetapi bila diceritakan sifat harimau bahayanya sekian2 maka akhirnya kita akan tahu dan kita dapat mengelakkan…itu lah berita gembira.

 

Kemudian Nabi kata nak Yanzhur, maknanya ialah memikirkan maka kena baca dan bila baca …seolah dia Nampak dengan mata kepala dia sendiri.

 

Nak tanya, Antara kita baca berita atau kita melihat yang mana lebih menyakinkan ?? Tapi kenapa Nabi kata siapa yang nak seolah melihat hari kiamat suasana Kiamat seolah dia Nampak depan mata maka Nabi kata Baca….bukan tengok,Baca dengan melihat mana lebih menyakin kan??

 

Saya bagi satu analogi, Satu gempa bumi berlaku, siapa yang yang Nampak suasana gempa bumi seolah dia Nampak depan mata, baca berita..ataupun saya kata bacalah filem,Yang mana lebih menyakinkan jadi kena Nabi kata Baca?? Baca Al Quran, sebenarnya bila kata2 daripada Allah adalah lebih menyakinkan dari apa yang kita nampak. Kadang-kadang kita nampak betul-betul peristiwa berlaku depan mata tapi mata kita kelabu tidak jelas tapi walaupun tidak nampak jika Allah yang cakap kita yakin 100% mesti benar tak mungkin salah.

 

Jadi Nabi nak ajar kita,benda yang paling menyakinkan kita bukan nampak tapi yang kita dengar daripada Allah sebab Allah adalah tuhan yang tahu apa yang berlaku yang  sedang yang besar yang kecil yang tersembunyi semuanya Allah tahu bila Allah cerita pasti akan berlaku dan pasti tepat

 

Sebab itu bila orang baca Al Quran dia bole berubah 180 darjah, Sebab yang bercakap itu adalah Allah tapi jika kita dengar kata-kata manusia dan kita berubah itu tertipu sebabnya manusia ada kelemahan mungkin betuk mungkin salah,mungkin hari ini betul,minggu depan salah.Tapi jika Allah yang bercakp betul adalah untuk selama-lamanya.

 

Jadi sekarang kita akan tengok suasana hari kiamat seolah kita nampak depan mata dengan cara kita mentadabbur 3 Surah ini dan 2 surah telah pun kita mentadabburnya. iaitu Surah Al Inshiqaq dan Al Infitar dan ini Surah yang ke3 menceritakan tentag hari Kiamat.

 

< < < M U L A > > >

 

Surah ini dalah Surah Makkiyyah dengan sebanyak 29 ayat bermakna surah yang turun sebelum hijrah. Seperti yang dimaklumkan surah Makkiyyah banyak menceritakan tentang hari kiamat dan pasal Akidah dan ada pendapat mengatakan Surah ini diturunkan selepas Surah Al Bashad.

 

إِذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ

 

Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap); (At-Takwir - 1)

 

Kata Ibnu Abbas, Allah menceritakan pasal hari akhirat dalam surah At Takwir dalam 12 ayat, 6 ayat pertama iaitu akhir kehidupan dunia iaitu ayat 1 hingga ayat ke6,kemudian ayat 7 hingga 12 cerita awal selepas kebangkitan.Jadi 6 ayat cerita akhir tentang kehidupan dunia dan 6 ayat selepas itu cerita tentang awal permulaan kehidupan tentang akhirat.

 

Dan Allah cerita dengan bermulanya perkataan َإِذَا semua dengan وَإِذَا apabila, kemudian Allah sebut  كُوِّرَتْ digulung ataupun dilipat sebagaimana kita melilit kepala kita dengan serban.

 

Apa maksud dengan Allah menceritakan matahari dilipat atau digulung, Ia menunjukkan cahaya, bermakna jika matahari digulung tidak ada cahaya pada hari itu.Seperti kita kita lipat lampu ada cahaya tak??tak ada kan..

 

1)  Allah nak beritahu yang cahaya matahari telah tiada.

 

2)  Allah nak beritahu kebesaran dan kebesaran Allah yang boleh gulung matahari yang matahari fizikalnya lebih besar daripada bumi. Kita bukan nak lipat rumah, kereta jadi kadang-kadang nak lipat meja pun ambil masa, Jadi Allah nak beritahu kehebatan dan kebesaran Allah, matahari yang besar daripada bumi senang sahaja bagi Allah tak perlu pembantu dan tak perlukan masa utk melakukannya.

 

Maka apabila matahari dilipat, maka hilanglah cahayanya, suasana akan menjadi gelap, Jika rumah kita terang tiba-tiba cahaya tak ada cahaya bagaimana keadaan kita waktu itu??Lepas kita tengok diluar rumah masih lagi gelap tapi ada lagi bulan,Jadi waktu ini matahari dilipat semuanya tidak ada…

 

Bahasa Al Quran yg Allah sebut matahari terlebih dulu yang Allah boleh sebut             “Apabila DiGulung Matahari” كُوِّرَتْ diawal matahari kemudian ,dalam Bahasa Arab berbeza bila sebut isim dahulu dan kemudian baru Fael dengan kita sebut Fael dulu  إِذَا كُوِّرَتْ الشَّمْسُ  apa beza nya?? dengan matahari digulung dengan digulung matahari ,Beza tak Bahasa tu??jika dengan Bahasa melayu bebeza tak??ada tak Bahasa melayu datangkan ayat dengan perbuatan??bahasa melayu bermula dengan isim dan berbeza dengan Bahasa Arab…ada dua satu bermula dengan isim dan yang kedua bermula dengan perbuatan ( Fael ) dan keduannya ada maksud yang tersendiri.

 

Jadi Allah boleh sahaja buat ayat macam ni الشَّمْسُ كُوِّرَتْ إِذَا  apabila digulung matahari dua2 struktur ayat ini betul tapi maknanya tak sama dengan  ذَا الشَّمْسُ كُوِّرَتْ ,sebenarnya Allah nakkan kita benar2 terkejut dan lebih gempar kerana disebutkan matahari sebelum digulung ,jika sebut digulung mungkin sebut gulung tikar.akan tetapi bila di sebut matahari maka kita akan melihat matahari yg amat besar beri cahaya beri faedah tiba2 ayat digulung lagi menakutkan,bermakna Allah nak focus pada benda yang digulung iaitu matahari ia menunjukkan sesuatu yang menakutkan dan itu Tadabbur.

 

Bila gelap ada sedikit lagi cahaya2 yg keluar selain matahari iaitu bulan, bintang .Allah nak beritahu cahaya yang paling terang matahari pun dah tidak ada mungkin ada lagi bulan dan bintang dan allah sebut seterusnya…

 

وَإِذَا النُّجُومُ انكَدَرَتْ

 

Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak; (At-Takwir - 2)

 

Apabila bintang-bintang yang ada saki baki cahaya pun berguguran ,Jadi keadaan menjadi semakin gelap , lagi suasana menakutkan kemudian

 

وَإِذَا الْجِبَالُ سُيِّرَتْ

 

Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu); (At-Takwir - 3)

 

Kenapa Allah sebut gunung ???Mulanya Allah sebut diudara kemudian Allah sebut pula keadaan dibumi dalam banyak-banyak kenapa Allah sebut gunung???Sebabnya bila disebutkan Gunung itu hancur bermakna bumi semua sekali hancur.

 

1)  Sebabnya bumi ni boleh duduk diam nampak tak bergerak kitab oleh berjalan, boleh tidur boleh pergi kemana-mana dengan tenang walaupun bumi itu berpusing tapi tak nampak bergoyang sebabnya Gunung …Bila gunung yang memasak bumi telah hancur maka  bumi pun akan turut hancur.

 

2)  Allah nak beritahu kebesaran Allah gunung yang paling kukuh, paling keras Allah boleh hancur dengan Kun Faya Kun..Kan Allah sebutkan dalam surah yang lain ,Allah nak gambarkan Gunung yang paling kuat ,yng paling kukuh dan keras bukan Allah nak hancur kan macam tu sahaja .

 

الْقَارِعَةُ

 

Hari yang menggemparkan, (Al-Qari'a - 1)

مَا الْقَارِعَةُ

 

Apa dia hari yang menggemparkan itu? (Al-Qari'a - 2)

 

وَتَكُونُ الْجِبَالُ كَالْعِهْنِ الْمَنفُوشِ

 

Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan. (Al-Qari'a - 5)

 

فَأَمَّا مَن ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ

 

Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, - (Al-Qari'a - 6)

 

وَسُيِّرَتِ الْجِبَالُ فَكَانَتْ سَرَابًا

 

Dan gunung-ganang - setelah dihancurkan - diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir. (An-Nabaa - 20)

 

Sama dengan ayat tadi, Gunung di hancurkan maka فَكَانَتْ سَرَابًا  apa maknanya?? سَرَابًا seperti fatamorgana nampak macam ada tapi sebenarnya tiada. Bermakna gunung yang besar dan jelas yang kuat dan yang kukuh bila Allah hancurkan nampak macam fatamergana sahaja tak ada macam ada, tapi semuanya dah hancur.

 

Kemudian Allah nak beritahu dan Nabi kata jika kita nak tengok suasana hari kiamat macam kita melihatnya depan mata kita bacalah surah ni kan, Mula-mula matahari dah dilipat, cahaya pun hilang dan gelap kemudian ada sedikit lagi cahaya daripada bintang itu pun berguguran gelap lagi gelap kemudian gunung pula hancur bumi pun hancur.

 

Cuba bayangkan suasana sangat-sangat gelap tak nanpak apa tiba-tiba bumi pula bergoyang dan gunung pula hancur bagaimana kah keadaan kita pada masa itu?? Katalah berlaku gempa bumi diwaktu malam rumah kita semua hancur bagai mana perasaan kita dalam rumah hancur tapi tidak nampak apa-apa, menakutkan dan kemudian masa itu kita cari apa??cari tak waktu itu Talipon, kita pergi tengok tak kereta BMW kita dekat luar??Tak…kenapa???sebab masa itu harta yang paling mahal dan yang paling kita saying yang kita cari 30 tahun ,50 tahun semua tidak ada nilai.

 

Kemudian Allah kata lagi….

 

وَإِذَا الْعِشَارُ عُطِّلَتْ

 

Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar; (At-Takwir - 4)

 

Dan apabila Unta betina yang mengandung 10 bulan, ditinggalkan. Dalam suasana yang gelap dan hancur paling orang Arab sayang pada waktu itu semua tidak ada nilai, kebiasaan orang Arab pada masa itu Harta benda yang paling dia jaga dan sayang ialah Unta betina yg mengandung 10 bulan ,sebabnya ialah dia akan melahirkan Unta yang lain ,kadang-kadang Unta ini lebih dijaga daripada anaknya sebab anaknya belum tentu ada hasil akan tetapi ini dah tentu dapat hasil.

 

Lagi satu orang Arab ni yang dia boleh jaga sebab nilainya boleh mencecah puluhan ribu nilainya. Tapi waktu itu ,Allah kata satu sen pun tidak ada nilai.Jika berlaku kiamat…kereta yang kita basu setiap hari dan yang kita beli sejuta yang setiap kali tutup dengan sarung dia tu tapi bila berlaku kiamat kita buat apa dengan kereta tu,semua tu hilang.Jadi Allah nak beritahu yang paling kamu saying tidak ada nilai satu sen pun.

 

Pengajarannya ialah jangan banyak buang masa utk simpan benda yang buang masa bila berlaku kiamat sebab bila sampai satu masa ianya tidak akan bernilai utk kamu pun.

 

وَإِذَا الْوُحُوشُ حُشِرَتْ

 

Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan; (At-Takwir - 5)

 

Allah kata cerita pasal Firaun, 

 

فَحَشَرَ فَنَادى

 

Jamak, Firaun kumpul tukang2 utk berlawan dengan Musa lalu diseru

 

فَحَشَر adalah makna dikumpul.

 

Apa maksud binatang-binatang dikumpul.

 

1)  Binatang buas binasa, mati.

 

2)  Binatang buas berkumpul.

 

Apa maksud bila binatang-binatang buas berkumpul,?? perjumpaan ataupun perhimpunan binatang2 buas ada tak??tak ada kan…Apa maksudnya??Binatang buas tidak memakan binatang yang biasa sebabnya keadaan pada hari itu amat menakutkan.Jika sekarang kalau dekat dunia harimau akan terkam pada kancil tetapi suasana yang menjadikan ia berkumpul duduk disitu sahaja dia tidak makan dan terkam.

 

 

 

Jadi waktu ini jika tengok binatang buas tidak perlu lari sebab dia tidak akan terkam kita.

 

وَإِذَا الْبِحَارُ سُجِّرَتْ

 

Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur; (At-Takwir - 6)

 

اَلبِحَر bermaksud satu الْبِحَارُ bermakna banyak,

 

Ada laut merah, laut cina selatan. Jika sebelum ni kita jumpa dalam surah infitar.

 

وَإِذَا ٱلۡبِحَارُ فُجِّرَتۡ

 

dan apabila lautan menjadikan meluap,

 

فُجِرَتْ daripada فجر laut2 akan memancar dan melimpah daripada banyak menjadi satu laut.

 

Dan kita tahu laut dengan tanah mana lebih banyak..3/4% adalah laut dan 1/4% adalah tanah ataupun bumi. Jika berlaku kiamat semua laut-laut akan melimpah kebumi sampai semuanya tenggelam. Kemudian سُجِّرَتْ dinyalakan, bagaimana laut boleh menyalakan api..kan air yang memadamkan api ini air pula yang mengeluarkan api..

 

Ada orang buat kajian dalam dasar laut ada api, jadi api boleh duduk di dalam air. Sebagai mana di akhirat besok dalam api boleh tumbuh tumbuhan yang orang kafir kata Muhammad sudah gila mana dalam api keluar pokok Sajaratul Zarkum, Jadi tak mustahil dalam api neraka boleh terdapat tumbuh-tumbuhan maka tidak mustahil waktu dekat dunia terdapat dalam air ada sumber api yg paling dibawah sekali dan akhirnya bila berlaku kiamat semuanya akan terbakar.Dan semua akan menjadi kering bila dibakar.

 

Dan 6 ayat diatas menceritakan hal keadaan akhirnya dunia yang hampir dekat dengan hari kiamat. Kemudian 6 ayat selepas ini akan menceritakan tentang mulanya hari kebangkitan. Orang islam pun sudah tidak ada ketika ini dan kita pun tidak ada dan tidak sempat waktu sebabnya Imam Mahadi dan,Nabi Isa pun belum turun lagi.Dajjal pun tak datang lagi ,Jadi kita akan mati sebelum suasana Kiamat .Jadi soalnya kenapa??

 

Jadi apa faedahnya ketika perkara ini berlaku dan waktu itu pun kita dah tiada..sebenarnya Allah boleh tak nak menjadikan kiamat tanpa langit pecah ,tanpa langit terbelah , boleh sahaja, sekarang tanpa berlaku kiamat kamu semua mati dan kamu akan pergi ke akhirat boleh sahaja jika Allah nak buat…tapi kenapa Allah hancurkan??apa faedah Allah ceritakan tentang hari kiamat dan hari akhirat dalam masa selama 13tahun??Nabi menceritakan setiap hari 13 tahun .Untuk orang bukan islam memang jelas sebabnya mereka tidak percaya dengan hari akhirat untuk mereka dan untuk kita ialah supaya Allah nak cerita benda yang menakutkan dan kita tidak ada ketika ini dan Allah nak kita buat persiapan kepada sesuatu yang menakutkan,jika suasana sebelum pun dah menakutkan tambahan pula pada hari kiamat maka lagilah beribu kali dahsyat sebabnya masa kiamat tiada hisab tiada balasan yang Allah nak ialah hari pembalasan dengan Allah menceritakan suasana ini jika suasana ini dah menakutkan cuba kamu bayangkan matahari bukan dilipat tapi ia berada diatas kepala manusia.Ketika itu tidak ada apa-apa dalam keadaan bogel rumah pun tak ada ,anak isteri pun cabut lari dan selautan manusia denga nada yang memandikan peluh dan ada yang sampai paras leher ,ada yang paras perut ,buku lali jadi bermakna suasana selepas kiamat kagi menakutan .

 

Jadi Allah ceritakan sebagai permulaan suasana menakutkan dan suasana selepas kiamat pun Allah akan ceritakan lagi menakutkan maka buatlah persiapan walaupun yang ini kamu tidak sempat tapi dengan suasana yang menkutkan bayangkan suasana selepas hari kiamat lagi menakutkan maka buat persiapan utk menghadapi suasana yang lagi dahsyat daripada suasana kiamat, apa dia ??iaitu dengan berbuat soleh.

 

Tidak mungkin manusia akan beramal soleh dengn tidak ada rasa takut, ramai yang tidak solat, buka aurat sebab apa?? Sebab tidak rasa takut. Sebab itu Nabi kata siapa nak gembira utk nak melihat suasana kiamat seolah dia Nampak dengan mata dia sendiri, Maka bacalah surah ini,kenapa???dengan kamu rasa ketakutan ini dan selepas kiamat lagi menakutkan kamu lagi buat persiapan itu kegembiraan bagi kamu.

 

Berapa ramai yang leka dan tidak yakin dengan hari ini langsung tidak buat persiapan, bila betul-betul berlaku terkejut…Orang Kelantan kata “terkejut Beruk ka”…

 

وَإِذَا النُّفُوسُ زُوِّجَتْ

 

Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya; (At-Takwir - 7)

 

Cuba tadabbur ayat ini dengan Allah nak merakam dan menceritakan tentang Jahiliah Mekah macam mana perasaan mereka kepada anak mereka. Bila dikhabarkan berita gembira tentang kelahiran anak perempuan, Maka sikapnya dengan terus berubah mukanya dalam keadaan marah dan dia menyembunyikan daripada kaumnya daripada keburukan apa yang diberi kegembiraan padanya iaitu anak perempuan sebenarnya padanya ialah berita buruk,maka dari sebab itu dia pun mengelak daripada orang ramai sebab bagi mereka anak perempuan sial.

 

Kemudian, adakah dia akan terus menjaga anak perempuan dalam keadaan dia dihina oleh masyarakat, Pada masyarakat Jahiliah dan dia bela anak tersebut maka adalah satu penghinaan. Kemudian Si Bapa akan berfikir, Adakah dia kan terus menjaga anak perempuan atau dalam keadaan dia dihina oleh masyarakat ataupun dia tanam hidup-hidup. Dalam dilemma.

 

Kenapa Dia nak malu???kan dia sendiri dilahirkan dari Perempuan???Kenapa???Sebabnya orang kafir dia hanya fikir nak hidup nak harta jadi siapa yang paling banyak membantu ibubapa untuk mendapatkan harta, mendapatkan kemuliaan ialah anak lelaki,Anak perempuan nanti susah nak cari makan dengan keadaan lemah,lembik mudah dizalimi ,Jika berlaku perperangan anak lelaki yang akan membantu ,jadi pada mereka anak perempuan akan menenimbulkan banyak masalah.

 

Dalam surah Isra ,sehingga ayat melarang mereka membunuh

 

وَلَا تَقۡتُلُوٓاْ أَوۡلَٰدَكُمۡ خَشۡيَةَ إِمۡلَٰقٖۖ نَّحۡنُ نَرۡزُقُهُمۡ وَإِيَّاكُمۡۚ إِنَّ قَتۡلَهُمۡ كَانَ خِطۡ‍ٔٗا كَبِيرٗا

 

Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar. (Al Isra’:31)

 

Jangan kamu bunuh anak-anak kamu hanya kerana kamu takut fakir kami yang beri rezeki pada anak itu bukan kamu bahkan bukan kami rezeki pada anak yang kamu risau tapi kepada kamu pun kami beri, tengok Allaha nak betulkan cara berfikir...

 

Ramai tak cara orang jahiliah berfikir dizaman sekarang??maka Allah kata, Kamu boleh hidup sampai sekarang sebabnya Allah bagi rezeki bukan gaji kamu…Tapi jika Allah bagi rezeki pada kamu kenapa nak takut rezeki yag Allah nak beri pada anak kamu.

 

Kemudian berbalik pada ayat ini, Bila berlaku hari kebangkitan antara benda yang Allah sebut yang paling besar ialah iaitu apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup diSOAL…Sebenarnya siapa yang bersalah Bapa yang menanam anak ataupun Anak yang ditanam??Sepatut yang di soal siapa??Ibubapa…tapi sekarang kenapa anak pula yang di tanya dan dibunuh semasa dia kecil…

 

Ada beberapa riwayat yang menyatakan orang musyrikin bagaimana mereka bunuh anak kalau anaknya perempuan.

 

1)  Bila saat nak melahirkan anak, dia akan menggali lubang siap-siap dan bila sahaja dapati anak perempuan maka dia akan terus dia campak kelubang dan kambus bayi tersebut.

 

2)  Dia tunggu sehingga anak itu besar sampai mumaiyiz, bermain dan bila dah mencapai umur 5 ke 6 tahun maka dia akan membawa anaknya kepadang pasir dan menggali lubang kadang-kadang pasir yang melekat pada janggutnya anaknya akan buang dan bersihkan pasir tu, kemudian setelah siap menggali lubang dibawa anaknya ketepi, sedang anaknya bermain lalu ditolak dan di kambus anak tersebut. Jadi inilah dipanggil الْمَوْءُودَةُ  ditanam hidup-hidup. Maknanya ialah, Allah nak beritahu khususnya orang kafir jahiliah masa mula Nabi diutuskan dah tak ada rahmat langsung dan jika tak ada rahmat pada anak maka apatah lagi kepada orang lain. Cuba perhatikan pada binatang buas, Harimau dia makan anak binatang lain anaknya dia tak makan,Harimau pijak anak binatang lain tapi anaknya dia tidak pijak.

 

Tetapi orang musyirikin tanam anak hidup-hidup yang dia tanam bukan anak orang lain tapi anak dia sendiri bermakna rahmat pada orang jahiliah pada ketika itu dah zero, dahsyat ketika itu. Maka Allah kata, Anak perempuan yang ditanam hidup-hidup ditanya,Yang sepatutnya ditanya ialah bapa itu??

 

Perhatikan dalam surah ini, kesemua 12 ayat semuanya bermula dengan إِذَا ,Allah boleh buat ayat macam ni Dan apabila matahari dilipat,bintang-bintang berguguran ,gunung dihancur ,Unta-unta betina diabaikan tanpa وَإِذَا boleh sahaja ,bagaimana Bahasa melayukereta dah hancur ,kereta telah rosak tapi apabila kereta telah hancur ,apabila rumah telah rosak ,apabila anak2 berguguran ,apabila kipas jatuh semua ada apabila-apabila…berbeza.

 

Seolah Allah nak beritahu setiap perkara yang berlaku ini, berlaku dengan berasingan. Jika tanpa وَإِذَا seolah berlaku sekali gus, kurang menakutkan ,maka setiap ayat Allah gunakan وَإِذَا.

 

Ulama berkata ianya berlaku dalam satu hari tapi berlaku dengan berturutan, sebab itu Allah kata orang yang betul-betul mentadabbur Al Quran, Allah kata jika Al Quran diturunkan diatas gunung dan ianya akan pecah bila dia faham dan mentadabbur. Dan jika manusia yang baca dan faham Al Quran, Manusia boleh hatinya rasa takut dan gementar dan mesti bertambah iman, jika dia mentadabbur satu persatu ayat demi ayat, tapi jika dia tidak tadabbur dia bukan terkejut dan pengsan tapi dia tertidur…

 

Apabila Jiwa-jiwa dipasang  زُوِّجَتْ ada dua maksud didalam tafsir,

 

1)  Apabila ditiup sangka kala, badan manusia semuanya sudah hancur kemudian diturunkan hujan dan ia akan menimpakan satu tulang yang kecil tu dia akan menumbuhkan badan manusia kemudian ruh akan masuk kedalam jasad setiap manusia.(Ruh berjumpa Jasad) زُوِّجَتْ.Barulah dia boleh bangkit dari kubur dan berjalan di Padang Mahsyar.Ruh manusia masuk kedalam jasad masing-masing.Mungkin kah ketika itu berlakunya pertukaran jasad dan ruh orang lain???Subhanallah…

 

2)  Setiap manusia dipasangkan yang baik Bersama dengan yang baik dan yang jahat Bersama yang jahat diasingkan mereka ini dengan menakutkan. Bagaimana boleh menakukan???pertama kita akan tahu sama ada kita tergolng kedalam orang yang baik ataupun sebaliknya. kedua tengok-tengok suami dan anak tidak ada dan duduk didalam kumpulan yang lain.

 

وَٱمۡتَٰزُواْ ٱلۡيَوۡمَ أَيُّهَا ٱلۡمُجۡرِمُونَ

 

Dan (dikatakan kepada orang-orang kafir): "Berpisahlah kamu (dari orang-orang mukmin) pada hari ini, hai orang-orang yang berbuat jahat.

 

Ketika itu Allah kata asingkan diri kamu (Orang-orang Kafir) Jangan kamu duduk Bersama-sama orang-orang beriman,Bermakna dia tahu tak kemana dia selepas itu..Dan orang beriman tahu tak dia kemana.??Jika kita faham amat menakutkan ,bila orang yang kita sayang tidak ada Bersama-sama kita.

 

وَإِذَا الْمَوْءُودَةُ سُئِلَتْ

 

Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, -(At-Takwir - 8)

 

وَأَدَ makna tanam, الْمَوْءُودَةُanak perempuan yang di tanam hidup-hidup jika Bahasa Arab ialah wadulbanat (tanam anak perempuan hidup-hidup )

 

وَإِذَا بُشِّرَ أَحَدُهُم بِٱلۡأُنثَىٰ ظَلَّ وَجۡهُهُۥ مُسۡوَدّٗا وَهُوَ كَظِيمٞ

 

Dan apabila seseorang dari mereka diberi kabar dengan (kelahiran) anak perempuan, hitamlah (merah padamlah) mukanya, dan dia sangat marah. (An Nahl:58)

 

يَتَوَٰرَىٰ مِنَ ٱلۡقَوۡمِ مِن سُوٓءِ مَا بُشِّرَ بِهِۦٓۚ أَيُمۡسِكُهُۥ عَلَىٰ هُونٍ أَمۡ يَدُسُّهُۥ فِي ٱلتُّرَابِۗ أَلَا سَآءَ مَا يَحۡكُمُونَ

 

Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak, disebabkan buruknya berita yang disampaikan kepadanya. Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)?. Ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu. (An Nahl:59)

 

Jika pencuri masuk rumah polis tanya pencuri atahupun tanya kita???Tanya pencuri kan, Kamu tuan rumah yang pencuri masukkan,datang kebalai saya nak tanya…Encik dah tangkap ke pencuri tu ,Polis jawab ,tak…saya nak tanya kamu sahaja….pelikkan…

 

Jadi kenapa kah anak itu yang ditanya???Apa kah soalan yg ditanya??

 

بِأَيِّ ذَنبٍ قُتِلَتْ

 

Dengan dosa apakah (At-Takwir - 9)

 

Bermakna budak ini dalam keadaan dia kecil Allah tanya depan bapa dia, yang bapa dia tanam,Sebenarnya soalan itu adalah satu penghinaan kepada bapa itu…bapa akan rasa budak kecil mana ada dosa kemudian dia sebagai bapa sepatutnya dia pelihara dengan kasih sayang tiba-tiba Allah tanya budak kecil itu depan bapanya dan sebenarnya Allah nak menghinaa bapa ,bertapa jahatnya kamu ,betapa kerasnya hati kamu dengan budak yang tidak berdosa tiba-tiba kamu bunuh dan dia adalah anak kamu sendiri.

 

Jadi soalan ini adalah sebagai satu penghinaan kepada bapa yang menanam itu. Selain dari soalan tadi jika ditanya kepada bapa sudah tentu dia tidak akan mengaku. Jadi jika ditanya kepada budak kecil ini apa jawapannya??Wahai tuhan aku tidak ada dosa, “itu satu penghinaan”

 

Ulama mengatakan, sebenarnya, orang akan bertanya kenapa dosa ini sahaja yang ditanya…kenapa Allah (highlightkan). Sebenarnya Allah hendak beritahu, Budak kecil ini telah dizalimi maka Allah nak beritahu sebagai isyarat sesiapa sahaja yang zalim kepada seseorang atau kepada anak,isteri ,ibubapa ,kawan ataupun jiran beginilah soalan yang akan ditanya bukan soal orang menanam anak hidup-hidup sahaja tetapi sesiapa yang berbuat zalim pada orang dia akan ditanya satu persatu.

 

Ulama kata termasuklah siapa yang membunuh anak, ada tak sekarang orang yang bunuh anak??dia akan ditanya…itu yang bunuh anak ketika anak itu hidup…dan juga akan dia tanya sebelum anak itu keluar seperti mengugurkan anak kamu., semua akan disoal.

 

Bahkan Ulama kata, Ada orang yang membesarkan anak tapi dia tidak bunuh tetapi dia bunuh agama anak itu dan dia pun akan disoal, kenapa kamu tidak beri didikan agama kepada anak kamu??kamu tidak memberi didikan agama kepada anak kamu sebenarnya kamu bunuh anak kamu.Bila dia jahil dalam agama kemana dia???Ke Neraka kan.Ibu dan Bapa akan disoal kenapa kamu tak ada masa untuk mengajar agama kepada anak Kamu??kenapa kamu tak ada masa untuk mengajar anak kamu solat., kamu ada masa pagi petang siang malam berpuluh tahun utk bagi dunia kepada anak kamu tetepi sekali seminggu pun kamu tidak ada masa utk mengajar anak kamu..ini akan ditanya.

 

Sekarang lebih teruk lagi sebab apa yang dia buat itu menyebabkan anaknya masuk neraka, Dan yang lagi satu, apa yang dia buat menyebabkan anaknya masuk syurga yang anak masuk syurga pun anak akan disoal sebabnya ialah Dosa. Akan tetapi walaupun dia tidak membunuh anaknya tapi dia menyebabkan anaknya masuk neraka ini double.,..satu dosa dia dan yg kedua ialah dosa tidak mendidik anak menyebabkan anak masuk neraka.

 

Jadi walaupun soalan ini khusus kepada soalan yang anak dibunuh tapi sebenarnya umum. Pemimpin akan disoal kenapa biarkan rakyat dalam masalah PKP.kenapa tak bagi bantuan,berapa ramai yang gulung tikar yang tak boleh makan dan mungkin ada yang kebuluran…maka pemimpin akan ditanya. Nampak satu soalan kecil tetapi dia boleh menghuraikan kepada yang lebih besar lagi.

 

Berapa ramai Ibubapa yang sangat peduli tentang kesihatan dan keselamatan anak tapi berapa ramai ibubapa yang tidak peduli tentang agama anak yang penting anak dia selamat, yang penting anak dia sihat, yang penting anak dia jauh dari pada COVID19, tapi anak dia tak solat,buka aurat ,tidak reti baca Al Quran tak faham Al Quran dia biarkan maka Ibubapa ini akan disoal tidak satu pun terlepas. ”Semua kamu adalah bertanggung jawab dan akan ditanya berkenaan orang dibawahnya”

Jika kita faham ayat ini menakutkan tak???Jika kita tidak faham kita akan kata ini cerita pasal Jahiliah, dia tanam anaknya hidup-hidup Makai a sangat berkait dengan kita.

 

 

<<<<<<<<<<<<<<<<<< 

 

Surah ini adalah surah Makkiyyah dan kebiasaannya Surah Makkiyyah banyak penekanan tentang akidah, khususnya tentang mentauhidkan Allah dan juga beriman kepada hari akhirat. 

 

Jadi cerita Surah At Takwir ini ialah banyak menceritakan tentang daripada Ayat 1 sehngga ayat yang ke 9 dan beberapa juga ayat hari ini cerita tentang hari kiamat. Ayat 1 sehingga ayat 6, Allah cerita tentang suasana apabila berlaku kiamat iaitu

1)  Apa bila matahari telah dilipat di gulung

2)  Apa bila bintang-bintang jatuh 

3)  Apa bila gunung perjalankan, dihancurkan dan berterbangan seperti bulu kapas.

4)  Apa bila ketika itu barang yang paling mahal kepada manusia diabaikan begitu sahaja seolah barang yang mahal itu tidak ada nilai satu sen pun

5)  Apa bila binatang buas dikumpulkan dan tidak ada lagi yang memakan binatang yang lain.

6)  Apa bila diperingakat awal laut di satukan  فُجِّرَتۡ kemudian laut itu dinyalakan menjadi api سُجِّرَتۡ dan peringkat ke tiga ,laut itu menjadi kering.

Itu adalah enam perkara yang berlaku suasana ketika kiamat,

 

Kemudian yang ke 7 selepas itu Allah cerita pula suasana yang berlaku setelah berlakunya kebangkitan setelah ditiup sangkakala yang kedua manusia dibangkitkan dari dalam kubur yang pertama berlaku dalam ayat yang ke 7.

 

1)            Apa bila ruh dimasukkan di gabungkan semula kedalam jasad masing-masing ataupun زُوِّجَتۡ bermakna ,Apabila orang-orang yang jahat dikumpulkan bersama-sama orang yang jahat ,orang kafir bersama orang kafir,orang munafik sesama orang munafik dan orang-orang yang beriman bersama dengan orang-orang yang beriman,itu juga bermakna زُوِّجَتۡ dan ada juga makna زُوِّجَتۡ pasangan dengan pasangan masing-masing.,sama-sama beriman suami dan isteri bertemu begitu juga suami isteri yang tidak beriman dipertemukan.

 

2)            Apa bila anak kecil yang di bunuh hidup-hidup ditanya, apa soalannya?? Dosa apakah kamu dibunuh atau sebab apakah kamu dibunuh. Kita berhenti sampai disitukan, Jadi antara pengajaran ayat yang lepas ialah, Allah nak beritahu dihujung tu, bila anak kecil yag dibunuh dengan kejam ditanya. Budak kecil ada yang dibunh masa baru lahir terus dikambus. Ada yang bunuh ketika umur 5 dan 6 tahun, di bawa di tengah padang pasir kemudian bapanya menggali lubang, ketika tengah anak itu bermain, ditolak dan dikambus hidup-hidup. Jadi pengajaran yang paling besar apadia??Apakah yang Allah hendak beritahu pada kita??Kalau anak kecil pun tanya tentang apa dosa dia di bunuh, dan yang bertanya ini siapa??Allah yang maha hebat, Tuhan yang maha perkasa tanya budak kecil yang tidak tahu apa-apa, apakah maksud itu??Apakah pengajaran yang paling besar??Biasanya orang yang hebat tanyalah pada orang yang hebat tiba-tiba tuhan yang perkasa tanya budak kecil yang tidak tahu apa-apa.

 

Sebenarnya apakah massage yang Allah nak beritahu??Sebenarnya Allah nak bagi tahu yang Allah itu adil tidak ada satu pun yang dizalimi melainkan akan diadil akan dihukum,kalau budak kecil yang tidak tahu apa-apa tak ada dosa bahkan belum lagi berakal belum mumaiyiz pun Allah bagi hak dia sampai Allah akan pulangkan kenapa dia dizalimi Allah akan tuntut siapa yang melakukan kezaliman kepada  budak kecil ini, dan itu sebaai isyarat apa sahaja perbuatan kezaliman besar atau kecil Allah akan tuntut, Allah akan pulangkan kepada tuan punyanya .

 

Pengajaran untuk kita ialah bila kita buat zalim ataupun kita ambil hak orang walaupun sekecil mana bertaubatlah dan pulangkan kalau tidak,kita akan naya dan kita akan disoal kita akan dituntut haknya dan kita nak bayar dengan apa??kalau dituntut sekarang kita boleh bayar kitab oleh minta maaf ,tapi kalau kita dituntut dibayar diakhirat besok dengan apa kita nak bayar tidak ada apa-apa kecuali dengan amal soleh kita ,itu kalau ada kalau tidak ada kita akan menanggung dosa orang yang kita zalimi.Jadi ayat ini sangat-sangat menakut =kan bagi siapa yang suka melakukan kezaliman walau sekecil mana pun.

 

Kemudian Ayat yg ke 10 kita sambung tadabbur…ayat ke10 ini adalah suasana setelah berlakunya hari kebangkitan, kalau 6 ayat di awal ialah menceritakan suasana ketika berlaku kiamat dan 7 ayat kemudian suasana ketika berlakunya hari kebangkitan.

 

 وَإِذَا ٱلصُّحُفُ نُشِرَتۡ

dan apabila catatan-catatan (amal perbuatan manusia) dibuka, ( At Takwir : 10 )

 

Jadi kadang-kadang Allah guna ٱلصُّحُفُ, kadang-kadang Allah guna kitab. Itu tidak penting, yang pentingnya ialah bila seseorang itu akan dapat rekod amalan dia ,saat itulah yang paling-paling menakutkannya,bentuk apa rekod apa amalannya ,dalam bentuk kertas ke,dalam whiteboard ke ,dalam bentuk digital ke itu tidak penting Allah tidak sebut ,sebab itu kadang-kadang Allah guna kitab ,kadang-kadang Allah guna ٱلصُّحُفُ yang penting adalah apa yang terkandung didalam kitab itu.

 

Sebab itulah bila diberikan rekod amalan ni apa Allah kata apa sikap manusia?

 

وَوُضِعَ ٱلۡكِتَٰبُ فَتَرَى ٱلۡمُجۡرِمِينَ مُشۡفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَٰوَيۡلَتَنَا مَالِ هَٰذَا ٱلۡكِتَٰبِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةٗ وَلَا كَبِيرَةً إِلَّآ أَحۡصَىٰهَاۚ وَوَجَدُواْ مَا عَمِلُواْ حَاضِرٗاۗ وَلَا يَظۡلِمُ رَبُّكَ أَحَدٗا

 

Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: "Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun". ( Al Kahf : 49 )

 

وَوُضِعَ menterjemahkan perkataan نُشِرَتۡ ataupun ia menterjemahkan perkataan وَوُضِعَ dan setelah diberi dibuka kita rekod amalan, apa berlaku??itu yang penting ..bukan nama kitab itu..kitab ke suhuf ke tak penting ,yang pentingnya ialah ,apa yang ada di dalam tu,sebab itulah Allah kata ,” فَتَرَى ٱلۡمُجۡرِمِينenkau melihat orang-orang yang berdosa مُشۡفِقِينَ takut مِمَّا فِيه apa yang ada dalam kitab itu ,bukan bentuk kitab ,tapi isi yang terkandung didalam kitab itu.

 

وَيَقُولُونَ يَٰوَيۡلَتَنَا mereka berkata, alangkah celakalah kami,dia mula menyumpah diri sendiri ,jika di didunia ,biasa orang menyumpah orang lain tapi di akhirat semua orang menyumpah diri sendiri.

 

مَالِ هَٰذَا ٱلۡكِتَٰب apa jenis kitab ni?? لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةtidak meninggalkan apa yang kecil وَلَا كَبِيرَة apatah lagi yang besar. Dosa kecil pun dicatit yang mungkin kita dah lupa dah,banyak kita buat dosa kita lupa bukan yang 10 tahun yang lepas kadang-kadang yang minggu lepas pun kita sudah lupa ,Dosa besar atau pun dosa kecil. 

 

Tapi bila tengok-tengok dalam kitab tu لَا يُغَادِر tidak pernah meninggalkan walaupun dosa yang kecil, kadang -kadang apa yang kecil ?? seperti buang sampah, kita makan cokelat kita pembalut dia kita campak keluar kereta kita,itu pun dicatit.Kadang-kadang kita pergi masjid kita pijak selipar orang kita kueskan selipar orang kita letakkan selipar kita .

 

Kadang-kadang kita dengki pada orang cuma dalam hati sahaja, kadang-kadang kita gelak ..pun dicatit ..sebab Allah kata:

 

مَّا يَلۡفِظُ مِن قَوۡلٍ إِلَّا لَدَيۡهِ رَقِيبٌ عَتِيدٞ

Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir. ( Qaf : 18 )

 

Dan pernah kita sebut sebelum ini sewaktu Imam Ahmad sedang sakit dan dia mengeluh, maka di beritahu padanya, yang mengeluh pun akan di catit. Jadi ayat ini nak beritahu pada kita, bila hendak cakap berfikir sepuluh kali. Bila nak berfikir, fikir lagi sepuluh kali.

 

Sabda Nabi SAW berkata: Tanda cantik indahnya Islam sseorang ialah dia tinggal benda yang tiada faedah., benda itu tidak haram tapi tiada faedah, dia bercakap, gelak ataupun buat benda yang tiada faedah,,,termenung sahaja bukan dosa pun, kadng-kadang duduk tepi jalan tengok kereta,buat apa tu …saja tengok kereta mana model baru,itu pun sia-sia.

 

Benda yang tidak penting dia tinggalkan, ini, minta maaf saya ada hal..ini bukan haram ni,tak apalah..ada benda besar yang lebih penting yang bole saya lakukkan.

Dan Sabda Nabi SAW sebutkan lagi:

 

Sesiapa yang betul-betul beriman dengan hari akhirat dan yaking dengan hari akhirat bahawa semua yang diucap akan dicatit, hendaklah dia berkata hanyalah benda yang baik ataupun diam, jadi diam itu adalah kebaikan.

 

 

Dosa yang paling banyak datangnya daripada lidah, lagi banyak kita bercakap lagi banyak salah sebab kita cakap tak keluar ayat Al Quran pun satu hari berapa ayat yang keluar, tak keluar hadis pun jadi bila bercakap biasanya ikut nafsu, lagi banyak kita bercakap lagi banyak salah lagi banyak dosa lagi banyak kita terkejut sebab ini ٱلۡكِتَٰبِ semua tercatit.,

Dan Nabi juga berpesan dalam satu Hadis, Siapa yang dapat menjamin dua perkara ini, aku jamin dia akan masuk syurga.

 

1)  Lidah – Benda yang paling susah, Jadi ramai yang tak boleh nak control lidah, bila dah tak boleh nak control lidah, maka tiada jaminan dia dapat masuk syurga. tapi Nabi kata, jika siapa boleh control lidah dia ,nak cakap ja fikir,nak cakap ja tahan,

2)  Jaga kemaluan, maka dia di jamin ahli syurga, insha Allah.

Kemudian   

 

إِلَّآ أَحۡصَىٰهَاۚ Kecuali semuanya, apa makna dalam Bahasa Arab أَحۡصَىٰiaitu di hitung dengan detail,pukul  berapa kita buat,dimana kita keluar , berapa perkataan keluar, perkataan baik atau tidak , detail itu makna perkataan أَحۡصَىٰ .

 

Kita pun sudah lupa ada mungkin satu juta perkataan yang dah kita lupa lansung tengok-tengok semu ada tertulis ,siap dengan waktunya ,minitnya perkataan apanya 

وَوَجَدُواْ مَا عَمِلُواْ حَاضِرٗاۗ وَلَا يَظۡلِمُ رَبُّكَ أَحَدٗا dan mereka dapati yang mereka lakukan semuanya ada, tidak ada sesuatu pun yang terlepas kecuali yang telah kita bertaubat nasuha.JIka kita sudah bertaubat perbuatan. Perkataan kalau kita sudah ambil melibatkan hak orang dan kita pulangkan hak itu ataupun kita minta maaf dngan dia maka itu tidak ada, terpadam

 

Kemudian 

وَإِذَا ٱلسَّمَآءُ كُشِطَتۡ

dan apabila langit dilenyapkan, ( At Takwir : 11 )

 

Apa makna كُشِطَت  dalam Bahasa Arab kita panggil lapah kulit كُشِطَت ,Jadi apabila langit telah dilapah, Allah sebut dalam Surah Az Zumar;67

Allah sebut وَٱلسَّمَٰوَٰتُ مَطۡوِيَّٰتُۢ بِيَمِينِهِۦۚ sama juga  كُشِطَت 

 

Langit-langit dilipat dengan tangan kanannya, maha suci Allah daripada menyerupai makhluk. ( Az Zumar : 67 )

 

Jika kita baca surah At Takwir ayat yang pertama إِذَا ٱلشَّمۡسُ كُوِّرَتۡ dan sebelum ini إِذَا ٱلسَّمَآءُ ٱنفَطَرَتۡ telah hancur,tapi ini bila langit dilipat dan ia berlaku waktu bila??Ayat 1 6 ia berlaku masa kiamat ,itu semua masa kiamat dan bila masuk ayat yang ke 7 وَإِذَا ٱلنُّفُوسُ زُوِّجَتۡ itu cerita bila sudah dibangkitkan manusia bukan masa kiamat masa di ditiup sangkala yang kedua masa manusia keluar daripada kubur dan pergi kepadang mahsyar, Jadi sekarang langit dilipat , digulung masa bukan masa kiamat di padang mahsyar dan berapa kali langit digulung ??masa kiamat langit pecah digulung hancur kemudian ditukar langit yang baru .dalam surah Ibrahim Allah sebut 

يَوۡمَ تُبَدَّلُ ٱلۡأَرۡضُ

 (Yaitu) pada hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain dan (demikian pula) langit. ( Ibrahim : 48 )

 

Jadi ini langit yang lain da padang mahsyar dan langit ini  juga dilipat atau juga dihilangkan waktu di hilang langit ketika itu akan nampak arash Allah dan ketika itu kita nampak arash Allah lebih besar daripada langit dan langit pula lebih besar daripada bumi.

 

Bahkan Nabi kata, perandingan antara arash dengan langit ialah ,perumpamaannya bagaimana sebentuk cincin di campak kebumi maka cincin itu umpama bumi dan bumi itu umpama arash .Jadi arash Allah itu terlalu besar. كُشِطَتۡ apabila langit di hilang kan.

وَإِذَا ٱلۡجَحِيمُ سُعِّرَتۡ

dan apabila neraka Jahim dinyalakan, ( At Takwir : 12 )

 

Dalam Bahasa arab ٱلۡجَحِيمُ bermakna dalam dan gelap lebih kurang makna Jahannam,di nyalakan.Neraka sebenarnya sudah ada ataupun belum?? وَإِذَا Sudah dinyalakan ataupun belum??  Bagaimana kita hendak faham ?Sekarang Neraka sudah ada dinyalakan ,tiba-tiba dinyalakan lagi bermakna sekarang Neraka memang sudah ada dan dalilnya ialah,

فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ وَلَن تَفۡعَلُواْ فَٱتَّقُواْ ٱلنَّارَ ٱلَّتِي وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُۖ أُعِدَّتۡ لِلۡكَٰفِرِينَ

Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) -- dan pasti kamu tidak akan dapat membuat(nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir. (Al Baqarah : 24 )

 

Bermakna neraka itu sudah ada ,dan Allah sebut dalam

 

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارٗا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ عَلَيۡهَا مَلَٰٓئِكَةٌ غِلَاظٞ شِدَادٞ لَّا يَعۡصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمۡ وَيَفۡعَلُونَ مَا يُؤۡمَرُونَ

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. ( At Tahrim : 6 )

 

Jadi Neraka, Ulama sepakat memang sudah ada dan memang telah dinyalakan jadi dalam ayat ini Allah nak beritahu dinyalakan dan ditambahkan lagi. Jika di dunia nak nyalakan api bahannya adalah  kayu, minyak, gas dan daun kayu ,tapi di akhirat Allah nyalakan Api Neraka itu dengan batu dan batang tubuh orang-orang kafir dan juga orang islam yang berdosa. 

 

وَإِذَا ٱلۡجَنَّةُ أُزۡلِفَتۡ

dan apabila surga didekatkan, ( At Takwir : 13 )

 

Apa makna أُزۡلِفَتۡ dari perkataan زُلفَ apabila syurga didekat kepada orang-orang bertakwa

وَأُزۡلِفَتِ ٱلۡجَنَّةُ لِلۡمُتَّقِينَ غَيۡرَ بَعِيدٍ

Dan didekatkanlah surga itu kepada orang-orang yang bertakwa pada tempat yang tiada jauh (dari mereka). ( Qaf : 31 )

 

هَٰذَا مَا تُوعَدُونَ لِكُلِّ أَوَّابٍ حَفِيظٖ

Inilah yang dijanjikan kepadamu, (yaitu) kepada setiap hamba yang selalu kembali (kepada Allah) lagi memelihara (semua peraturan-peraturan-Nya) ( Qaf :32 )

 

Allah kata Syurga di dekatkan khas untuk orang yang bertakwa sahaja ,dan tidak jauh..Jika kita nak pergi ke Alor Star ,jaraknya pun dah jauh inikan jarak ke syurga lagi la jauh..tiba-tiba Allah dekatkan,Apa Allah nak beritahu pada kita?Sebab kamu orang mulia Allah bawa syurga kepada kamu tidak payah merentas daerah atau pun negeri tidak perlu surat polis.

 

Kemudian pula untuk orang bertakwa…siapakah pula orang yang bertakwa ?? هَٰذَا مَا تُوعَدُونَ ini syurga yang didekat kan kepada orang yang bertakwa ialah kamu yang dijanjikan waktu di dunia. لِكُلِّ أَوَّابٍ ke faham makna sifat inibarulah boleh berangan-angan untuk minta syurga, jika tidak ada sifat ini maka tangguhkan dulu. 

 

لِكُلِّ أَوَّابٍ iaitu selalu kembali pada Allah, iaitu kembali dengan amal soleh ,selalu kembali dengan berzikir ,bila buat dosa terus dia bertaubat itu makna أَوَّابٍ selalu kembali dan حَفِيظٖ orang selalu menjaga perintah Allah dan larangan Dia jaga dah perintah dalarangan tiba-tiba dia tersasar dan dia tidak tangguh dan terus dia kembali pada Allah (bertaubat ) tidak dia tangguhkan.bermakna jika dia berbuat dosa dan dia terus kekal dala dosa maka ..dia tidak termasuk.

 

Kemudian apa lagi sifat orang bertakwa yang Allah dekat syurga kepadanya 

 

مَّنۡ خَشِيَ ٱلرَّحۡمَٰنَ بِٱلۡغَيۡبِ وَجَآءَ بِقَلۡبٖ مُّنِيبٍ

(Yaitu) orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat, ( Qaf : 33 )

 

مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ

Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu. ( Ad Duha : 3 )

1)  Tapi sebelum Allah nak beritah benda besar Allah bersumpah , وَٱلضُّحَى وَٱلَّيۡلِ إِذَا سَجَىٰ

Di sini Allah bersumpah …

1)  فَلَآ أُقۡسِمُ بِٱلۡخُنَّسِ

2)  ٱلۡجَوَارِ ٱلۡكُنَّسِ

3)  وَٱلَّيۡلِ إِذَا عَسۡعَسَ

4)  وَٱلصُّبۡحِ إِذَا تَنَفَّسَ

Apa Allah nak beritahu ???tentang

إِنَّهُۥ لَقَوۡلُ رَسُولٖ كَرِيمٖ

sesungguhnya Al Quran itu benar-benar firman (Allah yang dibawa oleh) utusan yang mulia (Jibril), ( At Takwir : 19 )

Sesungguhnya Al Quran pasti kata-kata (Rasul) Utusan ( Jibril ) ,sebenarnya utusan itu kata-kata Allah atau kata-jibril tapi ,kenapa Allah kata, kata-kata Rasul iaitu Jibril;

Tapi cakaplah, kata-kata Allah yang dibawa oleh rasul, bila dia kata-kata Rasul macam dia kata Al Quran itu kata-kata Jibril.

 

Kaedah nya ialah, kata-kata Allah dibawa oleh Jibril dan maka Allah sandarkan seolah kata-kata Jibril sebab itu dalam ayat lain Allah kata, َقَوۡلُ رَسُولٖ كَرِيمٖ kata-kata Rasulullah tapi sebab Nabi yang bawa tapi olah kata-kata Nabi.

Sama juga Allah kata, kami yang baca Al Quran, tapi yang baca ialah Jibril pada Nabi, tapi Alah sandarkan kepada dirinya, kami baca ,sebenar Jibril yang baca dengan arahan Allah seolah ,Allah yang baca.

 

Allah nak beritahu setelah Allah bersumpah adalah kata-kata utusan yang muila.

ذِي قُوَّةٍ عِندَ ذِي ٱلۡعَرۡشِ مَكِينٖ

yang mempunyai kekuatan, yang mempunyai kedudukan tinggi di sisi Allah yang mempunyai 'Arsy, ( At Takwir : 20 )

مُّطَاعٖ ثَمَّ أَمِينٖ

yang ditaati di sana (di alam malaikat) lagi dipercaya. ( At Takwir : 21 )

 

Sifat Jibril yang mempunyai kekuatan ,kuatan disisi yang mempunyai Arash kemudian mempunyai kedudukan, Sifat Jibril iaitu

1)  كَرِيمٖ

2)  قُوَّةٍ

3)  مَكِينٖ kedudukan yang tinggi,bermakna malaikat ramai dan Jibril adalah no satu dikalangan malaikat.,Allah yang melantiknya menjadi no satu.

4)  مُّطَاعٖ bermakna ,sebenarnya Allah nak sebu kemmuliaan Jibril ialah Allah nak sebut ,hebatnya Jibril dia ditaati ,semua para mailaikat mentaati Jibril ,Jadi Allah nak beritahu bahawa Jibril itu hebat menjadikan semua para malaikat taatinya.

5)  أَمِينٖ Amanah ,Apa yang Allah perintah semua di laksanakan

 

Kata Ulama, amanahnya Jibril

1)  Terhadap wahyu, Sampaikan wahyu tepat pada masa. ( MASA )

2)  Amanah dengan wahyu yang disampaikan ,tidak dia tinggal walaupun satu ayat tertinggal atau ditambah ayat…( ISI AL QURAN ,TIDAK DITAMBAH DAN TIDAK PULA DIKURANG )

3)   Wahyu hanya disampaikan kepada Nabi Muhammad sahaja tidak kepada orang lain., Amanahnya hanya pada Nabi wahyu disampaikan.( Kan orang syiah mendakwa Jibril tidak amanah ,Allah kata Jibril adalah أَمِينٖ ) (TEPAT PADA ORANGNYA )

Sebenar apa yang Allah nak beritahu ??sehingga Allah bersumpah dengan bintang, dengan malam dengan waktu subuh …apa yang Allah hendak beritahu??Sebenarnya, benda  yang besar ialah Al Quran.

 

Tapi sekarang Allah cerita Al Quran atau cerita Jibril?? Sebenarnya Allah nak cerita besar nya Al Quran (Subhanallah) tengok tadabbur..Allah nak cerita kehebatan Al Quran tapi cerita melalui hebatnya orang yang membawa Al Quran,kalau orang yang membawa Al Quran hebat tapi barang yang dubawa bukan sembarangan ….Orang yang hebat hanya membawa barang yang hebat,Benda yang hebat hanya dibawa oleh orang yang hebat.

 

Kita kadang-kadang cerita benda itu hebat tapi dibawa oleh orang kampung bawa, jadi benda yang hebat tidak jadi hebat…kan, Kalau surat daripada Yang Di Pertuan Agong, posman biasakah yang bawa ?

 

Disini Allah nak beritahu ciptaannya seperti bintang, dengan jumlahnya berapa juta berapa billion, lepas itu Allah boleh control ada waktu dia muncul ada waktu dia tenggelam, ada waktu dia muncul disini ada waktu dia muncul ditempat lain, ada waktu kadang-kadang malam tidak ada bintang ,siapa yang mampu buat??hanya Allah.Jadi Allah nak beritahu kehebatan nya.

Kemudian Allah bersumpah lagi, Dan…

وَٱلَّيۡلِ إِذَا عَسۡعَسَ

demi malam apabila telah hampir meninggalkan gelapnya, ( At Takwir : 17 )

Dalam tafsir لا pendapat 

 

1)  bermakna tidak/nafi , terjemahannya ialah ,maka aku tidak akan bersumpah.Jadi kenapa Allah beritahu aku tidak akan bersumpah sebab bukti kebesaran Allah terlalu besar dan banyak dan jelas ,sebenarnya aku tidak perlu bersumpah pun itu makna لا.

 

2)  Jika mengikut Sheikh Saleh Ushaimin dan Tafsir yang lain لا disini bukan bermakna Nafi tetapi ia lebih kepada Penegasan, bila Penegasan terjemahannya ialah, Sesungguhnya aku bersumpah ,dan pendapat yang mengatakan لا ini adalah huruf Pengasan lebih kuatkenapa ??? Sebab kalau Allah menafikan, kenapa Allah nak menafikan sedangkan dia bersumpah juga ,Aku tak nak bersumpah tapi bersumpah juga…  

لَآ أُقۡسِمُ بِيَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِ

Aku bersumpah demi hari kiamat, ( Al Qiyamah : 1 )

Kenapa Allah perlu bagitahu…

 

Jadi لَآ disini ialah harfu taukid ialah penegasan, terjemahannya ialah Aku pasti bersumpah

 

Kemudian Allah bersumpah lagi ,

وَٱلَّيۡلِ إِذَا عَسۡعَسَ

demi malam apabila telah hampir meninggalkan gelapnya, ( At Takwir : 17 )

 

عَسۡعَسَ Dalam Tafsir ada terjemah hampir pergi, ada terjemah datang dan ada yang terjemah pergi dan datang. Sebenarnya lebih tepat malam ini pergi dan datang.,bukan pergi sahaja,bermakna kiamat la itu.

 

عَسۡعَسَ Demi malam, apabila pergi dan datang, bermakan kehebatan Allah dan dia boleh mendatangkan siang dan malam tepat pada waktunya.

 

Dan ada ayat kalau Allah jadikan malam itu, kekal selama-lama malam dan Allah pun tanya, Siapakah yang boleh bawa datangkan siang hari??dan juga Allah tanya, kalau Allah jadikan siang hari itu selama-lama cerah sahaja, siapakah manusia yang mampu bawa waktu malam?? Dan Allah kata ,hanya dia sahaja yang boleh mendatangkan malam dan boleh menhilangkan malam.

وَٱلصُّبۡحِ إِذَا تَنَفَّسَ

dan demi subuh apabila fajarnya mulai menyingsing, ( At Takwir : 18 )

تَنَفَّسَ jika Bahasa Arab bermaksud bernafas sebab itu setiap orang panggil nafsu dia bernafas, makna asalnya Dan demi subuh bermakna dia bernafas, tetapi maksudnya ialah mennyinsing ,terang .keluar cahaya ,tapi kenapa Allah guna  تَنَفَّسَ ,itulah tadabbur ,Allah guna perkataan tertentu ada maksud nya bukan saja-saja.

Bila manusia bangun tidur dia dapat satu kehidupan yang baru sebab manusia bila tidur mati kan, sebab itu bila bangun tidur dan baca doa.  

 

الْحَمْدُ ِللهِالَّذِيأَحْيَاناَبَعْدَمَاأَمَاتَنَاوَإِلَيْهِالنُّشُوْرُ.

Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah ditidurkannya dan kepadanya kami dibangkitkan.

 

Jadi manusia bila ada subuh itu seolah memberi nafas yang baru pada kita. Ada tak orang sebelum subuh dah tak ada nafas, sebenar sesiapa yang dapat tengok waktu subuh  sebenar itullah tanda dia nafas ataupun mendapat kehidupan yang baru.

Bila Allah bersumpah Allah beritahu dia nak bagitahu satu benda yang besar, perasan tak setiap kali Allah bersumpah  ada benda yang penting yang Allah nak bagi tahu ,setiap kali baca Al Quran yang Allah sumpah itu .

 وَٱلۡعَصۡرِ

Demi masa.( Al Asr : 1 )

 

Demi masa kan, ada benda yang Allah nak beri tahu benda yang besar ,masa itu besar tapi Allah beritahu ada benda yang lebih besar dari masa …semua manusia rugi kecuali yang ada empat benda .

1)  وَٱلضُّحَىٰ ,Demi waktu dhuha

2)   , وَٱلَّيۡلِ إِذَا سَجَىٰ

Allah nak beritahu berita besar dan gembira kepada Nabi Muhammad SAW ,sebab ayat ini diturun sebab wahyu terputus , bila terputus orang musyirikin kata pada Nabi Muhammad ,kamu dah terputus ,kamu dah tidak ada wahyu dan kamu celaka dah malaikat tidak datang lagi pada kamu ,maka Allah nak hiburkan hati Nabi Muhammad dengan satu benda yang besar iaitu .

 

Dengan Allah sebut بِٱلۡغَيۡبِ apa maksud ??waktu dia seorang kenapa Allah sebut??Takut kepada Allah bila berseorangan ??sebab kalau takut bila ada orang tidak boleh percaya..dia takut kepada Allah bila dia di hadapan orang itu tidak boleh disahkan mungkin takut pada orang dan hendak menjaga imagenya ,mungkin sebab riak ,bila betul-betul dia takutkan Allah ?? بِٱلۡغَيۡبِ bila dia duduk seorang diri dia terfikir hendak buat maksiat, Ya Allah engkau sedang melihat aku maka dia pun tak jadi buat.Jika duduk seorang diri ,malas nak solat….eh!! tak boleh Allah tengok Aku ,…aku mesti solat awal ,aku mesti solat sunat walaupun tidak ada orang melihat sebab aku buat kerana Allah.Ramai orang boleh berlakun dihadapan orang tetapi tidak ramai yang tidak boleh takut pada Allah ketika berseorangan.

Sebab itu Allah sebut khusus بِٱلۡغَيۡبِ

Kemudian, وَجَآءَ بِقَلۡبٖ مُّنِيبٍ dan dia datang kepada Allah dengan hati yang, apa makna مُّنِيبٍ ?? Orang yang dekat dengan Allah.

Antara ciri-ciri orang bertawa ialah

1)  أَوَّابٍ orang yang selalu kembali kepadanya

2)  حَفِيظٖ orang selalu menjaga perintah Allah dan larangan

3)  بِٱلۡغَيۡبِ bila dia duduk seorang diri

4)  بِقَلۡبٖ مُّنِيبٍ 

 

Janganlah dilupakan, jadi diakhirat nanti ada dua sahaja 

1)  Neraka dipanaskan,dan Allah tidak kata ia didekatkan.

2)  Syurga itu di dekatkan.

 

Jadi beza tak antara dua itu??

Analogi, Ini Banglo dengan harga 10juta dibawakan kepada anda..lagi satu rumah flat yang sempit letrik dan air tidak ada…mana satukah pilihan anda??Tapi sekarang antara Syurga yang cantik dan indah dibawa dekat dan Neraka yang dibakar dan tidak akan keluar…kebnyakkan manusia pilih yang mana??neraka…kenapa??jika rumah flat dan banglow dia pandai pilih ….tapi kenapa syurga neraka dia macam Blur ..!!! tidak tahu nak pilih yang mana…pelik tak manusia.??

Dan Allah sebut dalam satu ayat, JIka syurga didekatkan jika neraka??Neraka boleh dialihkan dan dalam satu hadis Nabi ,Neraka itu diheret oleh dengan menggunakan 70,000 tali dan setiap tali diheretkan oleh 70,000 malaikat. Jadi Allah nak beritahu bahawa Neraka itu terlalu besar dan terlalu berat sebab majority mansia masuk ke Neraka..sehingga Allah berkata kepada Neraka  

 

يَوۡمَ نَقُولُ لِجَهَنَّمَ هَلِ ٱمۡتَلَأۡتِ وَتَقُولُ هَلۡ مِن مَّزِيدٖ

(Dan ingatlah akan) hari (yang pada hari itu) Kami bertanya kepada jahannam: "Apakah kamu sudah penuh?" Dia menjawab: "Masih ada tambahan?"( Qaf : 30 )

 

Jadi janganlah silap pilih Neraka yang dinyalakan dan Syurga yang didekatkan.

عَلِمَتۡ نَفۡسٞ مَّآ أَحۡضَرَتۡ

maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakannya.( At Takwir : 14 )

 

Sebenarnya ini jawapan,berapa إِذَا yang Allah sebut ?? sebenarnya ada 13 إِذَا ,sebenar Bahasa arab sama dengan Bahasa melayu ,Bahasa melayu jika kita sebut إِذَا ,Apabila saya datang ,apabila saya pergi kedapur ,apabila saya baring ,apabila saya bangun ,apabila saya menulis ,ada tak jawapannya??tiada…jawapannya saya puas hati . Jadi yang telah kita belajar 13 إِذَا ni, tiada jawapan akan tetapi jawapannya ialah عَلِمَتۡ , telah mengetahui setiap jiwa apa  أَحۡضَرَت   yang telah buat,

Bermakna setelah berlaku 13 benda ini, hasilnya ialah manusia telah tahu apa yang telah dia buat semasa dia ada dekat dunia. Apa yang Allah hendak beritahu bila semua orang tahu..,Jadi semua hancur 

1)  إِذَا ٱلشَّمۡسُ كُوِّرَتۡ      -  matahari telah hancur

2)  وَإِذَا ٱلنُّجُومُ ٱنكَدَرَتۡ    -  bintang-bintang jatuh berguguran

3)  وَإِذَا ٱلۡوُحُوشُ حُشِرَتۡ  - binatang buas dikumpulkan

 

Semua benda hancur, Cuma satu benda sahaja tidak hancur ….iaitu yang kamu amalkan ,apa sahaja kamu usaha ,apa sahaja kamu miliki dekat dunia semua sekali hancur lebur yang kekal bersama kamu iaitu adalah amalan kamu.

Jadi Allah nak beritahu inilah yang paling bernilai jangan buang masa cari benda yang hancur dan kamu hancurkan dengan benda yang bernilai. Biarlah benda lain hancur janganlah benda yang benilai yang hendak kamu bawa ke akhirat hancur bersama.

 

Jadi pastikan dan waktu ini jugak lah manusia akan tahu amalannya yang baik banyak mana dan yang buruk banyak mana, dan semua yang dia lupa dia akan tahu dan juga dia akan tahu nilai setiap amal ,kadang-kadang Subha Nalla wabihamdihi ( 100 kali ) rupa-rupanya boleh menghapuskan semua dosa-dosa kecil walaupun sebanyak buih dilaut dan masa ini dai sedar.Solat  2 rakaat dia sedar ,Ya Allah rupa-rupanya lebih baik daripada dunia yang dia kejar ,tapi waktu ini masa sudah terlambat.

 

Baca Subhanallah wabihamdihi dapat satu pokok di syurga, satu pokok kurma dengan membaca Subhanallah wabihadihi ,tapi waktu dia tahu masa sudah terlambat. Disini Allah nak beritahu ,ini lah masa penyesalan sebenar-benarnya.Ulama kata Dunai bukan tempat menyesal sebab masih ada peluang ,Buat apa kamu menyesal buatlah ,tidak ada masalah ,tapi menyesal yang sebenar ialah bila kamu menysal dan tidak ada peluang dan Nabi pun kata Innama aqmalu bikhawatim…amalan yg dikira dihujung…kamu tidak tahu bahawa bila kamu nak mati…menyesal sekarang tidak berguna…bertaubat sekarang maka amalkan.jangan menyesal apa yang lepas sebab kamu masih lagi ada peluang dan bila di akhirat kamu akan betul-betul menyesal.

Kemudian Allah bersumpah lagi…

 

فَلَآ أُقۡسِمُ بِٱلۡخُنَّسِ

Sungguh, Aku bersumpah dengan bintang-bintang, ( At Takwir : 15 )

 

لا ni ,ada Ulama tafsir ada mengatakan tidak ,dalam tafsir Al Marawi ia kata tidak kalau tidak nak terjemah apa?? Maka aku tidak bersumpah dengan بِٱلۡخُنَّس ,sebenarnya bukan bintang-bintang,sebenarnya بِٱلۡخُنَّس adalah sifat kepada  bintang-bintang .

 

مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلخَنَّاسِ

Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, ( An Nas : 4 )

 

Dalam perkataan خَنَّاسِ sama dengan ayat diatas ,apa makna dalam surah An Nas ,kita berlindung dengan Allah daripada kejahatan bisikan syaitan yang tenggelam timbul,bila dia timbul??bila kita manusia lupa pada Allah dia datang makna bila kita lupa pada Allah bermakna kita lemah dia datang syaitan ini memang lemah tapi bila kita ingat pada Allah dia cabut itu makna tenggelam timbul ,dia timbul bila kita lemah dan tidak berzikir dan dia akan menjadi kuat bila kita tidak berzikir dan ia akan menjadi lemah bila kita berzikir.

 

Sebab itu allah berkata dalam Surah Az  Zukhruf 

 

وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُۥ شَيۡطَٰنٗا فَهُوَ لَهُۥ قَرِينٞ

Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. ( Az Zukhruf :36 )

 

Sesiapa yang berpaling daripada berzikir pada Allah daripada mentaati Allah kami akan hantarkan seekor Syaitan sehingga syaitan itu menjadi Qarin kawan baik,bila orang itu lupa kepada Allah.

 

Bintang-bintang  yang , خَنَّاسِ jamak kepada خَانِشَةً ( kalau satu ) bintang yang tersembunyi .Bila dia bintang tersembunyi?? Di siang hari ,

 

ٱلۡجَوَارِ ٱلۡكُنَّسِ 

yang beredar dan terbenam, ( At Takwir : 16 )

 

ٱلۡجَوَارِ  jamak kepada الجارية  yang kita biasa  dengar ialah sedekah jariah ,kalau sedekah pahala terus mengalir ,kalau sungai-sungai di syurga mengalir ,kalau kapal الجارية  belayar ( فِي ٱلۡبَحۡرِ كَٱلۡأَعۡلَٰمِ )    ,tapi disini ialah bintang yang beredar.         

   

ٱلۡكُنَّس  sebenar dalam tafsir ٱلخَنَّاسِ ialah bintang yang tersembunyi ,Bila dia bintang tersembunyi??Pada siang hari.. yang ini الكُنَّس bintang yang muncul pada malam ,bintang ada tak disiang hari??ada tapi tidak nampak,macam syaitan dia ada sepanjang masa cuma dia tidak muncul dan yang ini pula الكُنَّس muncul juga tapi di waktu malam. dan di terjemaah kan ٱلخَنَّاسِ tersembunyi di waktu siang, الكُنَّس muncul diwaktu malam.

 

Apa sebenarnya yang Allah hendak beritahu ??Bila Allah bersumpah ialah bertujuan dengan dia hendak memberi tahu kehebatannya, sebab itu Allah bersumpah dengan makhluk dia yang hebat, demi matahari, demi waktu petang ,demi bintang dan sebagainya.

 

Jadi Allah nak beritahu hebatnya Al Quran, kenapa Allah nak cerita pasal Al Quran ??Masalah besar orang musyirikin Mekah, Bila Nabi bercerita pasal akhirat, masalah besar ialah,

 

1)  Dia tidak percaya pada hari akhirat, cerita Surah At Takwir ni daripada ayat 1 sampai ayat 13 cerita pasal hari akhirat yang orang musyirikin tidak percaya, Allah sebut dengan buktinya..

2)  Mereka tidak percaya pada Al Quran, Allah bagi tahu kehebatan Al Quran melalui pembawanya adalah sangat-sangat hebat orang yang ada kedudukan disisi Allah.

3)  Mereka tidak percaya pada Nabi Muhammad .

Ayat seterusnya Allah nak cerita tentang kehebatan dan Allah nak beritahu nak pertahankan Nabi Muhammad yang dituduh Gila, Tukang Sihir , 3 benda pasal Kiamat,pasal  Al Quran,pasal Nabi Muhammad.

Kita ambil satu lagi ayat, Ini Allah cerita pasal Nabi Muhammad…

وَمَا صَاحِبُكُم بِمَجۡنُونٖ

Dan temanmu (Muhammad) itu bukanlah sekali-kali orang yang gila. ( At Takwir : 22 )

 

Tidaklah صَاحِبُ ,sahabat kamu ( Orang Musyirikin ) Mereka menuduh Nabi gila dan sebelum itu mereka mengangkat Nabi sebagai Al Ameen,tiba-tiba Nabi sampaikan tentang akhirat terus datang tuduhan baru gila ,tukang sihir. Maka Allah kata sahabat kamu tidak gila.Kenapa Allah guna perkataan sahabat ,maknanya kalau sahabat kamu gila kamu pun gila sebab yang berkawan dengan orang gila adalah orang gila.Bagaimana kamu boleh menuduh sahabat kamu gila,sedangkan dia lahir diMekah ,besar depan mata kamu dan kamu angkat dia dan kamu kata dia Al Ameen tiba-tiba sahabat baik kamu kata kamu gila , Kamu yang gila sebenarnya.

 

Pernahkah tak orang berkawa saya ada seorang sahabat tapi dia gila,apa makna itu..jika kita berkawan bermakna orang itu waras,bila dia waras tiba-tiba kamu kata dia gila sebenarnya kamu yang gila.

 

 

Pengajaran Ayat 

 

Surah Takwir adalah Surah Makkiyyah yang menceritakan benda yang paling asas dalam kehidupan manusia tanpa perkara asas ini manusia tidak mungkin menjadi manusia bahkan manusia menjadi seperti haiwan ataupun lebih teruk daripada haiwan tanpa perkara asa yang d bincangkan dalam setiap surah makkiyyah termasuklah dalam surah At Takwir.

 

Jadi daripada ayat pertama dalam surah At Takwir ,Allah menceritakan tentang hari kiamat,benda yang paling asas kerana hari kiamat ini lah ,kerana syurga inilah Allah menciptakan manusia.  

 

إِذَا ٱلشَّمۡسُ كُوِّرَتۡ 

وَإِذَا ٱلنُّجُومُ ٱنكَدَرَتۡ

وَإِذَا ٱلۡجِبَالُ سُيِّرَتۡ

وَإِذَا ٱلۡعِشَارُ عُطِّلَتۡ

وَإِذَا ٱلۡوُحُوشُ حُشِرَتۡ

وَإِذَا ٱلۡبِحَارُ سُجِّرَتۡ

وَإِذَا ٱلنُّفُوسُ زُوِّجَتۡ

وَإِذَا ٱلۡمَوۡءُۥدَةُ سُئِلَتۡ

بِأَيِّ ذَنۢبٖ قُتِلَتۡ

وَإِذَا ٱلصُّحُفُ نُشِرَتۡ

وَإِذَا ٱلسَّمَآءُ كُشِطَتۡ

وَإِذَا ٱلۡجَحِيمُ سُعِّرَتۡ

 

Semua 12 perkara yang Allah beritahu ,6 perkara yang ialah berlaku suasana kiamat dan 6 perkara selepas daripada itu ialah suasana berlaku hari kebangkitan.

 

Kemudian daripada 12 perkara yang Allah nak beritahu 6 sebelum dan 6 selepas hari kebangkitan benda yang paling asas yang Allah nak beritahu ialah ,

 

عَلِمَتۡ نَفۡسٞ مَّآ أَحۡضَرَتۡ setiap jiwa akan mengetahui amalannya,jadi point yang lebih besar ialah amalan, yang kebanyakkan manusia mengabaikannya ,kebanyakkan manusia habiskan umur,habiskan masa untuk mengumpulkan harta bukan untuk memperbanyakkan dan memperelokkan amalan.

 

لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗاۚ Jadi setelah berlaku 12 perkara ini , Allah nak beritahu yang paling penting dalam hidup manusia bukan harta bahkan harta yang paling manusia sayang iaitu unta ,contohnya seperti zaman Nabi ,Unta betina yang sedang mengandung( Bunting ) 10 bulan yang disayangi orang arab pun mereka abai begitu sahaja,maka apatah lagi harta yang lain.,yang paling bernilai ketika itu ialah عَلِمَتۡ نَفۡسٞ مَّآ أَحۡضَرَتۡ .

 

Kemudian Allah bersumpah

 

 فَلَآ أُقۡسِمُ بِٱلۡخُنَّسِ

ٱلۡجَوَارِ ٱلۡكُنَّسِ

 

Allah bersumpah dengan bintang-bintang iaitu yang menunjukkan kebesaran Allah , Bintang-bintang hilang tenggelam diwaktu siang dan muncul diwaktu malam.

 

Kemudian Allah bersumpah juga dengan waktu pagi ,waktu subuh

 

وَٱلصُّبۡحِ إِذَا تَنَفَّسَ

Selain daripada menunjukkan kekuasaan Allah , Allah juga bagitahu bahawa tidak manusia yang dihidup didalam kesedihan sebagai mana malam ,tidak ada malam yang berpanjangan dan akhirnya di pagi esok akan munculnya cahaya fajar.Begitulah kehidupan manusia sentiasa di selang seli oleh kesedihan dan akan datang selepas itu dunia dan ketenangan dan begitu juga manusia tidak sentiasa berada dalam ketenangan kesenangan melaikan selepas itu akan datang pula waktu malam begitulah silih berganti kehidupan manusia.

 

Kemudian Allah nak beritahu benda yang kedua yang penting selepas hari kiamat ialah iaitu tentang Al Quran dan Allah hendak beritahu tentang pentingnya Al Quran amalan yang manusia nak dibawa ke akhirat esok amalan yang terbaik ataupun tidak semuanya berpandukan kepada Al Quran selagi manusia tidak mengikut ajaran Al Quran maka amalan yang akan di bawa ke akhirat adalah amalan tidak baik.

 

Jadi Allah nak bagitahu besarnya dan mulianya Al Quran dengan cara Allah memberitahu mulianya dan hebatnya pembawa Al Quran iaitu malaikat Jibril ,tetapi Allah tidak menyebut Jibril ,sebab jika sebut Jibril mungkin orang akan menganggap itu benda biasa,Tapi Allah kata Rasul ataupun utusan “ Dia adalah diutuskan oleh Allah kemudian yang kedua adalah sifat Karim ,sangat mulia disisi Allah ,Sifat ketiga ialah  ذِي قُوَّةٍ mempunyai kekuatan ,apa kelebihan kekuatan yang ada pada Jibril yang Allah sebut secara khusus dalam sifat Jibril apa kaitan Jibril dengan Al Quran yang dibawa ??adakah ianya boleh terkait ataupun tidak ??Apakah cabaran Jibril ketika dia membawa wahyu ??Syaitan ataupun Iblis akan mencuri dengar wahyu yang dibawa oleh Jibril maka Jibril perlukan kekuatan untuk menolak dan menentang perancangan jahat iblis yang mencuri dengar wahyu daripada Allah SWT. Jika Jibril itu jenis lembik habis wahyu mungkin tidak sampai kepada Nabi Muhammad SAW  ,Jibril adalah مَكِينٖ ,Sifat yang keempat ,bermakna kedudukan yang tinggi yang kukuh disisi Allah dan kehebatan Jibril adalah yang ke lima مُّطَاعٖ sentiasa ditaati oleh semua para malaikat ,sebab dia adalah ketua para malaikat .

 

Dan yang paling besar ialah ثَمَّ ,bermakna disana ada lagi satu sifat Jibril yang hebat yang paling penting adalah sifat ialah أَمِينٖ iaitu amanah.Bila dia membawa wahyu kepada Nabi Muhammad dia amanah tidak ada satu pun yang tertinggal ataupun ditambah ataupun dikurangkan  ataupun terlewat sampai ataupun tersilap orang sebab ia adalah  أَمِينٖ .

 

Itu cerita Jibril ,sebenarnya Allah bukan nak cerita Jibril yang membawa wahyu akan tetapi Allah nak menceritakan  tentang kehebatan Al Quran itu sendiri supaya kita rasa bila dapat Al Quran jangan sekadar baca sahaja sebab dia terlalu hebat  apakah bukti bahawa Al Quran itu hebat sebab ia dibawa oleh Jibril dari malaikat yang ada enam sifat yang hebat ini ,Jadi Jibril satu benda yang sangat-sangat besar dan penting maka begilah masa untuk mentadabbur Al Quran.

 

Ayat hari ini Allah nak cerita tentang orang yang kelima wahyu itu pula,sebelum ini Allah cerita tentang postman tentang Jibril sekarang Allah nak cerita siapa yang terima wahyu yang dibawa oleh Jibril .

 

MULA . . 

 

أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

 

 

وَمَا صَاحِبُكُم بِمَجۡنُونٖ

Dan temanmu (Muhammad) itu bukanlah sekali-kali orang yang gila.

( At Takwir : 22 )

 

Sekarang Allah nak beritahu tentang kehebatan Nabi Muhammad dan Allah nak tempelak orang-orang Musyirikin yang menuduh Nabi Muhammad adalah gila,apakah tuduhan yang dilemparkan kepada Nabi oleh orang Musyirkin ,??

1)  Ahli Sihir

2)  Majnun 

3)  Penyair

4)  Kahain ( Bomoh ) membawa cerita daripada Syaitan.

 

Jadi Allah nak beritahu kehebatan Nabi dan kebodohan orang Musyirikin dan Allah menggunakan perkataan وَمَا صَاحِبُكُم tidaklah sahabat kamu( Orang Musyirikin ) ,kenapa Allah tidak kata رَسُولُكُمْ bukanlah rasul kamu itu ornag yang gila , bukankah Nabi Muhammad juga Rasul kepada orang-orang Musyirikin ,kenapa Allah tidak membuat ayat وَمَا رَسُولُكًمْ بِمَجۡنُون 

 

Pertama Allah tidak menyebut Muhammad itu Rasul kamu ,sebab Orang Musyirikin memang tidak mengiktiraf pun Nabi Muhammad itu sebagai rasul ,tapi kenapa nak cakap benda yang mereka tidak terima .

 

Jadi Allah cakap benda mereka terima ,Apa dia ??? iaitu Jika Allah kata Muhammad itu sahabat kamu memang orang Musyirikin tidak boleh menafikan ,kenapa ?? Sebab Nabi lahir di Mekah dan bukan setahun mereka bersahabat dengan Nabi. Mereka bersahabat dengan Nabi sehingga menggelarkan Nabi ,Al Ameen selama 40 tahun , tahun ke 40 barulah mereka kata Nabi gila ,Tiba-tiba gila ,40 tahun Al Ameen .

 

Jadi Allah kata ,Orang Musyirikin memang tidak boleh menafikan sebab mereka memang kenal Nabi Muhammad  .Beliau Nabi SAW adalah orang yang paling berakal ,paling berakhlak mulia di Mekah mereka ikhtiraf sehinggakan 40 tahun sehinggakan saat Nabi hendak berhijrah dari Mekah ke Madinah Al Munawarah ,Orang Musyirikin masih menyimpan barang-barang mereka pada Baginda Nabi SAW.,Jadi apa makna itu ?? 13 + 40 tahun, bermakna 53 tahun kamu ( Orang Musyirikin ) percaya pada Nabi Muhammad ,tapai pada masa yang sama kamu kata dia gila ,ada tak orang simpan barang pada orang gila ?? dia kata Maybank ini gila ,esok dia transferkan duit dalam Maybank ,maknanya hanya mulut mereka sahaja mengatakan Muhammad gila tetapi hati mereka cukup yakin Muhammad itu Al Ameen.

 

Jadi disini kita dapat belajar daripada ayat yang pendek. JIka kita hendak berhujah dengan musuh guna benda ataupun point yang mereka percaya sendiri. Jika kita menggunakan Ayat Al Quran mereka akan tolak ,gunakan hujah yang mereka sendiri mengakui  ,Muhammad sahabat kamu kan ,betul tak ??bagaimana kamu boleh bersahabat dengan orang gila…bagaimana kamu bo;eh simpan barang pada orang gila…sebenarnya memang dia ( Muhammad ) tidak gila..hanya mulut kamu sahaja mengatakan gila.

 

1)  Yang dapat kita belajar, jika hendak berhujah yang mereka sendiri percaya.

2)  Orang gila akan buat perkara yang luar dari akal fikiran.

 

Kenapa semua kaum para nabi para rasul akan mengatakan kepada para Nabi dan para Rasul mereka gila. Kenapa perkataan gila itu?? 

 

Biasa orang gila buat kerja apa ?? kebiasaannya orang gila akan buat benda yang berlainan, biasanya orang beli makanan dekat kedai makan tetapi orang gila akan kutip makanan dalam tong sampah …jadi orang gila akan buat perkara yang tidak masuk akal pada pandangan masyarakat,

 

Jadi dalam keadaan orang musyirikin yang berpuluh tahun menyembah berhala tidak percaya pada hari akhirat tiba-tiba Nabi Muhammad menceritakan benda yang berlawanan dengan arus perdana. Eh!!! lepas mati ada kehidupan dalam keadaan mereka tidak percaya apatah lagi logic akalnya mengatakan bila sudah hancur mana boleh hidupkan kembali…makna kata bila Nabi Muhammad menceritakan bagi mereka benda yang tidak masuk akal ..maka tuduhan yang paling sesuai ialah gila .

 

Adakah semua para Nabi dikatakan gila atau sebahagiannya Rasul dan Nabi dikatakan gila oleh kaumnya ?? Maknanya Nabi ada semua, ada riwayat mengatakan 124,000 para Nabi dan Rasul adalah 313 orang .

 

Adakah diantara 124,000 para Nabi terkecuali dri tuduhan gila oleh kaumnya ??ataupun mereka mengatakan semuanya gila oleh kaumnya??dan dalilnya..

 

كَذَٰلِكَ مَآ أَتَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِم مِّن رَّسُولٍ إِلَّا قَالُواْ سَاحِرٌ أَوۡ مَجۡنُونٌ

Demikianlah tidak seorang rasulpun yang datang kepada orang-orang yang sebelum mereka, melainkan mereka mengatakan: "Dia adalah seorang tukang sihir atau seorang gila". ( Az Zari’at : 52 )

 

Bermakna jika ada 124,000 Nabi ,tidak ada satu pun yang mereka katakan tidak gila ,melainkan gila atau pun ahli sihir. Jadi pengajaran untuk kita ialah , jika orang kata gila kepada kita tak perlu kecil hati sebab kamu bukan Nabi pun..

 

Kemudian ,

 

وَلَقَدۡ رَءَاهُ بِٱلۡأُفُقِ ٱلۡمُبِينِ

Dan sesungguhnya Muhammad itu melihat Jibril di ufuk yang terang. ( At Takwir : 23 )

 

Nabi Muhammad yang kamu tuduh dia gila …dan dia terima wahyu daripada Jibril yang Allah sebutkan sebelum ini sifat yang ada lima enam ,bukan sekadar Nabi terima Wahyu daripada Jibril yang bersifat hebat tapi Baginda Nabi Muhammad juga sendiri melihat dengan mata kepalanya Jibril ketika di بِٱلۡأُفُقِ yang jauh ٱلۡمُبِينِ yang jelas , berapa kalikah Nabi melihat Jibril dalam keadaan Jibril yang asal ??

 

1)  Ketika turunnya wahyu iqra,ketika Nabi di Gua Hira Nabi duduk dibawah dan Jibril duduk diatas itulah makna بِٱلۡأُفُقِ ٱلۡمُبِينِ ,Nabi tengok dari bawah dari jauh dan jaraknya jelas.Sebab malaikat itu besar dan Nabi tegok dalam bentuk asal dan ada 600 sayap .

2)  Ketika isra dan Mikraj ,ketika diatas langit iaitu disisi عِندَ سِدرَ ةِ ٱلۡمُنتَهَىٰ ,Sidrah ini adalah pokok yang sangat besar ,dan berada di langit ke 7,mumtaha itu lah kemuncak ,iaitu tempat yang terakhir..dan tidak ada selepas pada itu.

 

فَكَانَ قَابَ قَوۡسَيۡنِ أَوۡ أَدۡنَىٰ

maka jadilah dia dekat (pada Muhammad sejarak) dua ujung busur panah atau lebih dekat (lagi). ( An Najm : 9 )

 

فَأَوۡحَىٰٓ إِلَىٰ عَبۡدِهِۦ مَآ أَوۡحَىٰ

Lalu dia menyampaikan kepada hamba-Nya (Muhammad) apa yang telah Allah wahyukan. ( An Najm : 10 )

 

مَا كَذَبَ ٱلۡفُؤَادُ مَا رَأَىٰٓ

Hatinya tidak mendustakan apa yang telah dilihatnya. ( An Najm :11 )

 

أَفَتُمَٰرُونَهُۥ عَلَىٰ مَا يَرَىٰ

Maka apakah kaum (musyrik Mekah) hendak membantahnya tentang apa yang telah dilihatnya? ( An Najm :12 )

 

وَلَقَدۡ رَءَاهُ نَزۡلَةً أُخۡرَىٰ

Dan sesungguhnya Muhammad telah melihat Jibril itu (dalam rupanya yang asli) pada waktu yang lain, ( An Najm : 13 )

 

عِندَ سِدۡرَةِ ٱلۡمُنتَهَىٰ

(yaitu) di Sidratil Muntaha. ( An Najm : 14 )

 

عِندَهَا جَنَّةُ ٱلۡمَأۡوَىٰٓ

Di dekatnya ada surga tempat tinggal,( Jannatul Makwa ) ( An Najm : 15 )

 

Dan sebelah itu adalah syurga Al Makwa,sebab itulah Ulama mengatakan syurga berada diatas pada langit dan Sidratul adalah sebelah syurga Al Makwa.

 

Satu pendapat Nabi melihat Jibril secara jelas ketika di Gua Hira,dan yang kedua adalah ketika di Sidratul Muntaha.Apakah yang sebenarnya yang Allah nak beritahu,

 

1)  Nabi Muahmmad tidak gila sebab dia kawan baik kamu.

2)  Nabi menerima wahyu daripada Allah melalui Jibril dan sanad Nabi adalah terlalu hebat, bukan sekadar Nabi dengar tapi Nabi dapat melihat Jibril dengan mata kepala Nabi sendiri. Adakah sanad yang lebih kuat lebih tinggi daripada itu ?? Jika kamu berkehendak kepada sanad ambil lah Al Quran kerana ianya adalah sanad yang pailing hebat, Berapa ramai kah sekarang yang tertipu dengan sanad Tok Guru dia??? Bila di tengokkan sanad Tok Gurunya tidak sampai kepada Nabi pun malahan jauh daripada Jibril sebab apa ??? sebab Tok Gurunya mimpi…rama tak manusia macam itu, sikit-sikit sanad..Tapi tengok sanad dia tidak sampai kepada Nabi ,tidak sampai pada Jibril dan tidak sampai pun kepada tuhan.

 

Jadi Ilmu yang paling jelas sanadnya sampai kepada Allah ialah Al Quran, berapa ramai yang dapat sanad daripada Guru tapi Al Quran tidak faham sedangkan Al Quran lah sanad yag paling jelas dan sampai kepada Allah.

 

Kemudian ,

 

وَمَا هُوَ عَلَى ٱلۡغَيۡبِ بِضَنِينٖ

Dan dia (Muhammad) bukanlah orang yang bakhil untuk menerangkan yang ghaib. ( At Takwir : 24 )

 

Tidak lah dia atas apa yang Ghaib ,Allah puji lag Nabi Muhammad .Ada tak orang gila boleh jumpa Jibril . Dan yang ketiga Allah hendak memuji Nabi,tidak lah dia atas perkara yang ghaib بِضَنِينٖ membawa kepada maksud,

 

1)  Tertuduh – Nabi Muhammad membawa benda ghaib iaitu Al Quran dan kenapa Allah namakan ia benda ghaib??Yang paling ghaib itu adalah ,tuhan dan sememangnya tidak nampak,dan kebanyakkan cerita didalam Al Quran adalah cerita tentang akhirat ,cerita alam kubur ,cerita syurga ,cerita neraka ,dosa pahala ,cerita para Nabi terdahulu ,cerita Nabi Adam,cerita Nabi Ibrahim semuanya benda ghaib,Nabi tidak sempat hidup ketika zaman Nabi Adam tetapi itu benda ghaib. Inti pati berkenaan Al Quran adalah benda ghaib seba itu Allah sebut sifat orang bertakwa ialah Siapa sifat orang bertakwa  ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱلۡغَيۡبِ inilah inti pati Al Quran dan inilah yang membezakan orang beriman dengan orang kafir,prinsip orang kafir mereka percaya kepada perkara yang mereka nampak sahaja ,selagi tidak nampak pada pandangan mata mereka ,maka mereka tidak akan percaya.Berbeza dengan orang beriman,orang beriman percaya benda ghaib yang paling utama ialah Allah.

dan kemudian 

 

2)  بِضَنِينٖ - maknanya ialah Bakhil ,lawannya ialah pemurah , Jadi Allah nak bagitahu Nabi tidak pernah simpan ilmu-ilmu yang ada dalam Al Quran kebanyakan ghaib Nabi tidak pernah bakhil maelainkan semua Nabi bagi,Bakhil lawannya Kareem.bermakna disini banyak pengajarannya 

 

a)  Sifat Nabi ialah pemurah dengan ilmu , jika ada ilmu sahaja terus Nabi sampaikan sebabnya Nabi tahu ..bahawa dengan lmu sahajalah manusia akan kenal tuhan dan dengan ilmulah manusia akan dapat kebahagiaan yang kekal abadi.Jadi sayang kepada Umatnya Nabi tidak pernah simpan ilmu ,apatah lagi yang ada dalam Al Quran.

 

b)  Kebiasaan manusia akan menjadi bakhil dengan barang yang dia sayang ,Ada tak manusia bakhil dengan benda yang tidak ada nilai ??contohnya ..basikal buruk ,bila  kedekut pastilah benda itu bernilai.Benda yang paling mahal dan paling bernilai ialah ilmu Al Quran yang banyak berbentuk ghaib. Pengajaran untuk kita ialah wajib kita menjadi pemurah umtuk sampaikan ilmu,setelah dapat sahaja sampaikan jangan bila dapat simpan ,kenapa belum sampai ??sebab bulum habis kitab shahih Bukhary..kenapa tak sampai lagi  ?? sebab surah Al Baqarah baru sampai ayat 177 maka itu dinamakan bakhil.

 

3)  Bila sudah Nabi sampaikan ilmu tidak satu pun Nabi sembunyikan maknanya Agama telah lengkap jangan ditambah,jika kamu kata selawat ini 1000 sebenarnya kamu kata Nabi sembunyikan ilmu sebab itu kamu baru dapat kesan rupa-rupa Nabi tidak memberi tahu seolah Nabi Bakhil….sebenarnya tidak…semua yang Allah sampai pada Nabi semua Nabi sampai kan ,bermakna agama sudah lengkap jangan ditokok tambah.

Ciri-ciri orang yang beriman dan tanda-tanda orang beriman ,Nabi kata orang senyum itu sedekah jadi orang beriman yang tidak ada harta dan tidak ada ilmu pun dia akan sedekah dengan senyum ,sebab itu ulama kata kalau orang itu senyum yang bukan ilmu pun bukan keluar duit pun itu pun dia tak boleh senyum memang itu bapa kepada Haji Bakhil ..

 

Kemudian , 

 

وَمَا هُوَ بِقَوۡلِ شَيۡطَٰنٖ رَّجِيمٖ 

Dan Al Quran itu bukanlah perkataan syaitan yang terkutuk, ( At Takwir : 25 )

 

Dan tidaklah dia ( Al Quran ) kata-kata syaitan yang direjam yang membawa maksud kepada dilaknat dijauhkan daripada rahmat Allah. Ini pula Allah nak menafikan semua tuduhan orang musyirikin ,sekiranya Nabi gila dan dituduh Nabi tukang sihir .dan yang ini Allah hendak menafikan كَاهِنً maknanya Tok Bomoh yang dapat ilmu daripada syaitan yang dilaknat.

 

Ada bukti yang paling bahawa Al Quran itu bukan kata-kata syaitan ,pembeza kata-kata syaitan dengan kata-kata Allah dan dalam ayat yang baru lepas baru sahaja kita belajar ,

 

إِنَّمَا يَأۡمُرُكُم بِٱلسُّوٓءِ وَٱلۡفَحۡشَآءِ وَأَن تَقُولُواْ عَلَى ٱللَّهِ مَا لَا تَعۡلَمُونَ

Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui. ( Al Baqarah : 169 )

 

Jadi pembeza yang paling jelas antara kata-kata syaitan dengan kata-kata Allah ataupun kata-kata Al Quran ialah Al Quran mengajar semua benda yang baik ,Jadi tak masuk akal lah syaitan bawa ayat Al Quran ,sebabnya syaitan suruh buat benda yang ,berbuat dosa mberbuat maksiat ,nasuk neraka mana mungkin syaitan suruh benda yang baik didalam Al Quran…mustahil.

 

Pernah tak kita dengar bisikan syaitan suruh solat awal waktu..??Sebab itu Allah kata makna syaitan ialah jauh daripada rahmat Allah lepas tu  رَّجِيمٖ pula kena laknat ,mana mungkin syaitan yang jauh daripada rahmat Allah kena laknat tiba-tiba suruh orang buat amal soleh فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٰتِۚ mana mungkin.

 

فَأَيۡنَ تَذۡهَبُونَ

maka ke manakah kamu akan pergi? ( At Takwir : 26 )

 

Soalan ini bunyi macam biasa sahaja ,tapi macam ,”kemana kamu nak pergi”??apa maksud soalan ayat ini?? Soalan ini Allah tujukan pada siapa??Orang musyirikin Mekah…Apa maksud ayat ini ??

 

Apa maksud ,kemana kamu nak pergi ?? Allah bertanya…ayat ini ada kaitan dengan ayat yang lepas ,Orang musyirikin pernah kata Nabi Muhammad gila kan ??tapi Allah balas balik ,dengan Allah kata “ sahabat kamu,mana mungkin gila sebab kamu.

1)  Pernah simpan barang dengan Muhammad.

2)  Mereka mendakwa ,Nabi tidak pernah jumpa Jibril , Allah kata Nabi pernah jumpa Jibril dan tengok dengan mata kepala,bermakna hubungan Nabi dan Jibril sangat kuat.

3)  Nabi Muhammad tidak pernah bakhil ,tidak patut Nabi dituduh 

4)  Tidak mungkin Nabi membawa kata-kata syaitan,Sebab Al Quran mengajak manusia kepada perkara  yang baik.

 

Maka apa lagi hujah kamu nak menolak Al Quran,kemana lagi kamu hendak pergi dan sekarang kamu sudah terkepung sedangkan kamu sudah tidak ada hujah.  

 

تَذۡهَبُو  ,sebab itulah pandanga didalam Islam dipanggil Mazhab dan kita ada empat Mazhab dan makna perkataan مَذْهَب  ialah dari perkataan ذَهَبَ iaitu pergi , Jadi jika orang yang berpendapat dipanggil مَذْهَب  ,orang yang pergi mengambil pendapat itu.Jadi seolah Allah nak kata ,kamu nak ikut mazhab mana lagi ni ??Nak kata Muhammad tukang sihir??kamu tidak ada hujah,nak kata Nabi Muhammad gila, dia adalah kawan kamu ,kamu nak pakai mazhab apa lagi kamu sudah tidak ada hujah ,Subhanallah ..hebat tak Allah berhujah..

 

Kemudian ,

 

 

إِنۡ هُوَ إِلَّا ذِكۡرٞ لِّلۡعَٰلَمِينَ

Al Quran itu tiada lain hanyalah peringatan bagi semesta alam, ( At Takwir : 27 )

 

Tidaklah Al Quran kecuali peringatan untuk sekelian alam

 

عَالَامَة       العَلَمُ            الَعَأ لَمِين

Bila diterjemahkan sekelian alam  , العَلَمُ asal makna perkataan ialah bendera iaitu sebagai tanda iaitu عَالَامَة ,kita terjemah الَعَأ لَمِين sekelian alam apa dia ,Allah hendak beritahu semua ciptaan Allah ialah sebesar-besar langit hinggalah sekecil-kecil semut ialah tanda kebesaran Allah.

 

Yang paling tepat terjemahan pada makna  perkataan الَعَأ لَمِين ialah semua ciptaannya kecuali Allah. Kenapa sebut عَلَّم sebab semua itu sebagai bukti itu adalah ciptaan Allah bagi orang yang berakal,bermakna manusia tidak mampu buat apa yang Allah buat.

Jadi Al Quran yang Allah buat untuk siapa ?

1)  Untuk semua ,bukan untuk manusia sahaja termasuklah jin,termasuklah malaikat dan termasuklah haiwan dan tumbuh-tumbuhan maka ia termasuklak الَعَأ لَمِين .

Bagaimana tumbuhan dapat menafaat daripada Al Quran ??Manusia jika dapat menafaatkan Al Quran ,dan tumbuhan akan mendapat faedah.Manusia jika hidup berpandukan Al Quran ,haiwan akan mendapat rahmat dari manusia.

2)  Tidak lah Allah kata ,Al Quran melainkan قِرَاءَة dan Allah tidak berkata إِنۡ هُوَ إِلَّا قِرَاءَة bukan ,tapi Allah kata ذِكۡر maknanya ialah ,cuba tengok Bahasa Al Quran yang membawa maksud, Al Quran tidak lain dan tidak bukan kecuali ( Tidak Lain )satu ini sahaja fungsi Al Quran ,tidak ada yang kedua dan ketiga ,Apa dia?? Dia ( Al Quran ) dia adalah pemberi ingatan,Apa makna pemberi peringatan ??Jadi peringatan mesti di fahami ,jadi tidak masuk akal kamu baca Al Quran 20 ,30 tahun kamu tidak faham maka  dia punya peringatan makai a jadi bahan bacaan sahaja.

Al Quran bila sebut pasal akhirat ,mengingatkan kepada persiapan amalan untuk berubah sekarang ,menceritankan tentang malaikat maut bole datang bila-bila masa maka jangan lalai . Jadi setiap ayat Al Quran ada peringatan ,maka wajib faham dan salah faham …bila baca Al Quran nakkan pahala ,satu huruf 10 pahala jadi Allah kata melainkan peringatan. Dan Allah sebutkan dalam surah Al Hijr                

 

إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا ٱلذِّكۡرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَٰفِظُونَ

Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya. ( Al Hijr : 9)

 

Ini lagi jelas , mula Allah sebut إِنَّا ( sesungguhnya kami )kemudian (kami ) نَحۡنُ kemudian نَزَّلۡنَا kenapa Allah ulang sampai 3 kali ,Ada tak didalam Bahasa melayu macam itu.?? Allah kata sesungguhnya kami ,hanya kami , kami telah turunkan Al Quran ,makna apakah itu??Penegasan daripada Allah ialah yakni Al Quran diturunkan oleh kami ,bukan kata-kata Muhammad dan bukan juga kata-kata syaitan.Jadi hormatlah sebab yang menurunkan Al Quran adalah Allah, dan Allah kata kami turunkan ٱلذِّكۡرَ Allah tidak kata Al Quran ,bila Allah kata ,kami turunkan Al Quran bermakna Allah hendak beritahu benda yang kami turunkan ialah benda yang akan mengingatkan kamu sebab itu kamu kena faham , sebab ia peringatan dan Allah beri jaminan sebab ia sangat penting ,Adakah peringatan itu pada musim tertentu ,ataupun bulan Ramadhan ataupun malam jumaat sahaja??

 

Sebab peringatan perlu sepanjang masa, maka Allah beri jaminan ,Kami bagi peringatan itu kami akan jaga jangan risau. Ustaz ,Al Quran dekat kedai ada penambahan la, dia risau ada penambahan ..tapi yang tak tambah-tambah dia tidak faham-faham pun..Banyakkan sekarang viral Al Quran silap cetak..yang tak silap cetak dia tidak faham pun…

 

Dan satu lagi jaminan, bila peringatan konsep itu apadia ??jika Allah turunkan Al Quran sebagai peringatan kepada manusia konsepnya mesti jelas ,mesti mudah kalau Allah turun peringatan untuk manusia tetapi susah untuk manusia faham maka tidak faedah Al Quran itu.

 

Subhamallah….Ada tak orang buka sekolah rendah tapi dia pakai silubus Unversity untuk budak sekolah rendah…bermakna pengurus sekolah itu ada masalah mental…mesti sesuai dengan tahan orang itu begitu juga Al Quran ,Ia di turunkan untuk semua sekali maka mudah difahami oleh الَعَأ لَمِين.

 

Sebab itulah diperingkat awal menerima Al Quran dizaman Rasulullah adakah orang-orang yang cerdik sahaja??ada tak pemimpin sahaja…bahkan hamba abdi seperti bilal pun boleh faham ,orang asing seperti Shuhaib al Rumi ,seperti Salman Al Farisi adakah mereka kursus Bahasa Arab dahulu kemudian baru mereka baca Al Quran..??tak ada kan…kita ikut kursus Bahasa Arab tiga Unversity ,tiga sijil tapi tak faham-faham jugak.

 

 

 

Apa jaminan Allah jadikan Al Quran ,mudah…  

 

وَلَقَدۡ يَسَّرۡنَا ٱلۡقُرۡءَانَ لِلذِّكۡرِ فَهَلۡ مِن مُّدَّكِرٖ

Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil pelajaran? ( Al Qamar : 17 )

 

Allah bersumpah ,Demi Allah susungguhnya kami permudahkan Al Quran ,bukan untuk dibaca ,jika untuk dibaca semua orang boleh baca ,untuk hafal??semua orang boleh hafal 3 bulan habis khatam ,hafal  30 juzuk , yang Allah kata ialah tapi ءَانَ لِلذِّكۡرِ untuk diambil peringatan dan sehingga Allah tanya diakhir ayat Allah tanya , Tidak adakah orang yang hendak ambi peringatan??Sebab kami sudah permudahkan..betul tak…

 

Antara orang baca dengan orang ambil peringatan yang mana lebih ramai??Yang hafal Al Quran dengan yang ambil peringatan yang mana lebih ramai ?? Antara orang khatam dengan orang ambil peringatan ,yang mana lebih ramai??Jadi Allah tanya ,kenapa tak nak ambil peringatan asyik baca sahaja maka Allah permudahkan.

 

Kemudian   ,

Walaupun Al Quran ذِكۡرٞ لِّلۡعَٰلَمِينَ untuk semua ,tapi akhirnya seiapa yang ambil peringatan ??

 

اَمَنتُ با لله

 

لِمَن شَآءَ مِنكُمۡ أَن يَسۡتَقِيمَ

(yaitu) bagi siapa di antara kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan ( Islam ) yang betul.  ( At Takwir : 28 )

 

Untuk siapa yang dia hendak dari kalangan kamu ,apa makna أَن يَسۡتَقِيمَ siapa yang hendak ,ia ada dua..

 

Ada seorang sahabat Nabi Namanya ialah Sufian bin Abdullah As Shaqofie ,dia kata : Ya Rasulullah ,tolong beritahu aku tentang satu perkara ,iaitu tentang Islam yang engkau beritahu tidak perlu aku bertanya kepada orang lain..bermakna yang engkau beritahu cukup jelas…maka Nabi pun cakap dua patah perkataan sahaja. 

 

Jika kamu nak satu perkataan tentang Islam dan kamu akan faham dan tidak perlu tanya orang lain ,cakap lah 

 

 

1)  قُل اَمَنتُ با لله          - aku beriman dengan Allah  

2)          ثُمَّ اسْتَقِم                - Kamu Istiqamah

 

Apakah maksud hadis ini??Nabi selalu cakap perkataan yang ringkas tapi maknanya cukup mendalam dan padat.

Hadis Shahih Riwayat Muslim , 

 

Bezanya dengan kita ,Kita bila bercakap sampai setengah jam tapi orang tidak faham-faham . Maksudnya Nabi nak sampaikan ialah ,Subhanallah …sebenarnya Nabi nak beritahu sebenarnya Islam itu ada dua (2) usur.,

 

1)  Ialah tentang Akidah ,berkenaan dengan hati yakni yaki dengan hati beriman dengan Allah. Dan tidak cukup dengan yakin dengan hati…maka

2)  Mesti ada amalan , إِسْتَقِم ialah beramal. 

 

2 perkara sahaja ,kalau kamu beriman sahaja tapi tidak beramal maka sia-sia dan jika kamu beramal dan kamu tidak beriman pn sia-sia… Makna dari perkataan اسْتَقِم ialah berterusan ,Ada orang dah beriman dah beramallepas sahaja habis PKP berterabur balikdia bermusim ,bulan Ramadhan dia dah beriman dan beramal habis sahaja lepas raya tidak ada Istiqamah dan yang paling susah ialah beristiqamah ini lah benda yang paling susah.

 

Syaitan akan hasut dan goda kita sampai akhir kehidupan ,kadang-kadang orang itu 50 tahun solat ,dekat-dekat nak mati dia sakit dan dia tinggal solat sebab itu Nabi kata ,Sesungguhnya amalan itu dikira dihujung ,macam mana kita nak pastikan dihujung kehidupan kita nak beriman dan beramal ??iaitu dengan istiqamah…jangan esok malas tiba-tiba esok mati…

 

Jadi Allah kata ,Al Quran tidak lain ialah peringatan untuk siapa?? لِلنَّاسِ  هُدٗى asalnya untuk semua manusia , tapi akhirnya yang betul-betul yang mengambil pengajaran dari Al Quran ialah هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ orang bertakwa sahaja , Asal nya Al Quran adalah untuk semua sekali ,Orang beriman ,Orang kafir ,JIn tapi akhirnya yang ambil betul-betul ambil ذِكۡرٞ ialah orang yang hendak ,

 

1)  Yang ada kehendak

2)  Yang ada kesungguhan untuk beristiqamah.

 

Jika ada kehendak mesti ada istiqamah , Apa janji Allah dalam surah Al Ankabut

 

 وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُواْ فِينَا لَنَهۡدِيَنَّهُمۡ سُبُلَنَاۚ

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. ( Al Ankabut : 69 )

 

Jadi semua orang nak bahagiakan , sebenarnya kunci bahagia ialah du ajika kamu berkehendak bersungguh-sungguh dan kamu beristiqamah maka bahagialah kamu..

 

إِنَّ ٱلَّذِينَ قَالُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُ ثُمَّ ٱسۡتَقَٰمُواْ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita. ( Al Ahqaf : 13 )

 

Bermakna dia mangaku tuhan kami adalah Allah ,makna dia dengar cakap Allah .Tuhan itu adalah Rabb dan dia adalah hamba, sifat hamba ialah patuh kepada Rabb.

Kemudian yang ke dua ialah , Dia beristiqamah ,beramal dan istiqamah …maka dia tidak ada rasa takut kepada mereka dan mereka juga tidak sedih.

 

Allah tidak kata kalau kamu beriman ,kamu istiqamah aku beri kamu banglow atau pun aku bagi jawatan …tidak..Kenapa Allah tawarkan hanya dua benda sahaja ??Tidak takut dan tidak sedih…sebab kunci nak bahagia ada dua perkara sahaja dan tidak bahagia pun tentang dua perkara jugak iaitu duduk didalam ketakutan …bahagia tak??

 

Jadi jika nak bahagia carilah dua benda  . 

 

1)  Beriman..bagaimana hendak beriman ?? ikutilah ذِكۡرٞ ikutlah al Quran.bacalah satu-satu dan tadabbur Al Quran.

2)  Istiqamah.

 

Ayat 28 ,Allah ikatkan bahawa Al Quran itu peringatan itu akan diperolehi oleh sesiapa yang berkehendak ,Allah nak beritahu adakah dia bebas dan nak apa sahaja tanpa dia terikat dengan Allah ?? jawapannya , tidak sama sekali…

 

Maka Allah ikatkan dengan ayat terakhir…..

 

 

وَمَا تَشَآءُونَ إِلَّآ أَن يَشَآءَ ٱللَّهُ رَبُّ ٱلۡعَٰلَمِينَ

Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan semesta alam. ( At Takwir : 29 )

 

Dan tidaklah kamu berkehendak kecuali apa yang Allah kehendaki kerana dia pencipta ,pemilik sekelian alam.

 

Apa maksud dengan ayat terakhir ni …apa yang Allah nak beritahu??Tadi kita kata bersetuju tak bahawa sesorang itu akan dapat hidayat bergantung pada kehendak dan usaha dia,tapi pada ayat terakhir ni Allah kata kehendak dia pun terikat dengan kehendak Allah..

 

Bagaimana kita selarikan dan mungkin ramai orang yang jadikan hujah , “ Tengok saya dah nak ,tapi Allah tak nak tak jadi juga”…macam mana nak jawab??Banyak orang berhujah dengan ayat ni ,   Kenapa tak solat?? Allah belum nak saya solat …nak buat macam mana , saya tidak ada pilihan…

 

Jika kita ikut pada ayat 28 ,kita ada pilihan .Tapi jika kita ikut pada ayat 29 pilih kita pun akan terikat dengan pilihan Allah.

 

Jika orang berhujah ,Allah tak nak saya dapat hidayat saya nak buat macam mana??Tengok pada ayat terakhir ,kamu tidak akan berkehendak kecuali apa yan Allah kehendaki.

 

Yang sebenar ,Allah bagi kita pilihan samada kita boleh pilih nak hidayah ataupun kita nak sesat ,itu pasti dan buktinya ialah ,jika kita hendak makan apa kita ada pilihan tak ?saya nak makan tom yam …ada tak bila kita nak makan tom yam dan dekat kedai ada tapi tiba -tiba tidak boleh…ada tak ??tak ada…kita nak beli baju apa-apa…kita ada pilihan tak?? Ada tak kita beli baju dengan dipaksa ??kita nak pergi bercuti kemana-mana ,kita ada pilihan tak ??Kita nak belajar subjek apa ,kita ada pilihan tak?? Itu bukti paling jelas manusia ada pilihan.

 

Maka dalam ayat terakhir Allah nak beritahu kehebatannya sebabnya dia adalah رَبُّ ٱلۡعَٰلَمِين sebab dia tuhan mana mungkin kamu buat sesuatu diluar daripada kehendak Allah ,kalau kamu boleh pilih sesuatu diluar langsung daripada kehendak Allah maka kamu tuhan juga lah.

 

Jadi Allah hanya nak beritahu walaupun kamu nak yang baik atau apa ke…kamu tetap terikat dengan kehendak Allah tapi Allah akan ikut apa yang kamu nak

 

وَمَن شَآءَ فَلۡيَكۡفُرۡۚ

barangsiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir". ( Al Kahf : 29 )

 

Allah kata , siapa nak kufur sila kan kufur….tetapi kufur itu berdasarkan dengan izin Allah bukan Allah nak kamu jadi kufur tapi Allah nak bagi kamu kufur ,tapi sebab kamu yang pilih

 

فَمَن شَآءَ فَلۡيُؤۡمِن

maka barangsiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman, ( al Kahf : 29 )

 

1)  Jika yang nak beriman itu juga terikat dengan kehendak Allah …kenapa kamu kehendaki….sebab kamu yang pilih.

2)  Allah nak beritahu kalau semua kamu terikat dengan kehendak Allah apa patut kamu buat??Nak hidayat carilah tuhan jangan lah cari tok guru…sebab kamu terikat dengan Allah maka carilah dengan Allah bukan dengan manusia…ramai tak yang cari hidayat jumpa guru nak cari hidayat pergi masuk gua…last sekali tidak jumpa hidayat

 

Dan Allah sebut dalam surah

 

قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّىٰهَا

sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, ( Ash-Shams : 12 )

Seseorang itu berjaya sebab dia berusaha mensucikan darinya  ,kehendak kamu dan piliha kamu…Cuma pilihan kamu dengan izin Allah ,

 

Sebab itulah ahli neraka bila masuk neraka ,masa itu dia menyalahkkan allah ataupun dia menyalahkan dirinya sendiri..masa itu dia waras…dia tidak kata kenapa kamu masuk neraka ,Allah yang nak aku masuk neraka ,dia tidak akan jawab macam itu tapi ….dia akan jawab sebagaimana dalam surah Al Mulk…

 

وَقَالُواْ لَوۡ كُنَّا نَسۡمَعُ أَوۡ نَعۡقِلُ مَا كُنَّا فِيٓ أَصۡحَٰبِ ٱلسَّعِيرِ

Dan mereka berkata: "Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala". ( Al Mulk : 10 )

 

Dan mereka akan menyalahkan diri sendiri…

 

Jadi kesimpulan Surah At Takwir ialah tiga benda yang paling penting tentang asas dalam kehidupan manusia yang menjadi manusia bahagia ataupun celaka.

 

1)  Cerita Hari Akhirat – Manusia jika dia selalu ingat tentang hari akhirat maka dia akan berbuat baik…tapi kalau kamu ingat tentang hari akhirat tapi kamu tidak ada panduan ,kamu akan sesat juga.

2)  Al Quran  - Panduan kamu ,Kalau kamu ikut Al Quran dan kamu akan sesat juga ,maka sebab Al Quran sebut secara umum…dan

3)  Rasul  - Islam kamu agama kamu bersumberkan Al Quran dan berpandukan Akhlak ataupun Sunnah Nabi.

 

Jadi ini tiga perkara yang paling asas punca manusia menjadi sesat.,bukan sebab PKP ,bukan sebab COVID19 dan bukan pasal Vaksin tapi sekarang kita tahu tak berapa ramai yang sudah bunuh diri ?? sebab PKP 266 dan kebanyakkannya 60% daripadanya ialah orang Islam…kenapa ini terjadi??jika ikut sekarang orang melayu yang terkepung dengan PKP dengan Nabi dan sahabat-sahabat yang terkepung dengan orang musyirikin diMekah…mana yang lebih dahsyat ??

 

Kita tahu tak Nabi dan para sahabat ernah diboikot oleh orang-orang musyirikin 3 tahun tak nak bergaul tak boleh berjual beli, tiga tahun PKP dan ada juga cerita mengatakan Khadijah meninggal sebab makan daun kayu…tapi tidak ada pun yang mati bunuh diri tapi yang mati syahid ramai…sebab apa ?? sebab hidup mereka dipandu dari tiga benda diatas…

 

Jadi masalah kita bukan COVID19, bukan Vaksin…bukan konspirasi Yahudi ,bukan tapi perancangan syaitan,supaya kita tidak beriman dengan tiga benda yang disebutkn tadi…