Monday, 10 May 2021

BERMESRA LELAKI DAN WANITA

Bahaya bermesra dengan makhluk asing  ..

Ada SESETENGAH kaum lelaki merasa bangga bila mana mereka berkenalan dengan kaum wanita, namun hakikatnya disisi orang alim, itu adalah AIB dan penghijab untuk sampai kepada maqam-maqam seterusnya.

Ada juga SESETENGAH kaum lelaki merasa tenang apabila melihat wanita namun pandangan itulah yang menggugurkan ilmu dari dada mereka.

Berkata Ahli Tasawwuf;

Tidaklah seseorang itu bermudah-mudah dengan wanita melainkan Allah سبحانه وتعالى akan memberikan dua perkara, pertama ialah kejahilan dan yang kedua adalah nafsu syahwat yang membawanya kepada kebinasaan.

Bukan sahaja kepada lelaki, perempuan juga. Jagalah apa yang sepatutnya disuruh untuk menjaga. Tutuplah apa yang sepatutnya diperintahkan oleh Allah

Kalam Ulama

No comments: