Monday 10 May 2021

SUAMI YANG BAIK


Suami yang baik ialah yang tidak suka terpisah daripada keluarga tanpa sebab..

Daripada Abu Hurairah radiallahu 'anhu, Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Permusafiran itu merupakan sebahagian daripada azab. Ia menghalang seseorang daripada tidur dan makan. Apabila seseorang sudah menyelesaikan tugasnya, hendaklah bersegera pulang kepada keluarganya.[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Ath'imah, no: 5429].

Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata:

Hadis ini menunjukkan bahawa tidak disukai untuk seseorang mengasingkan dirinya daripada keluarganya tanpa keperluan. Digalakkan jua untuk segera pulang kepada keluarga khususnya lagi apabila ditakuti mereka terabai dengan ketiadaannya.

Ibnu Hajar menukilkan bahawa Imam Al-Haramain ditanya:

Kenapakah permusafiran dianggap sebahagian daripada azab? Beliau segera menjawab: Ini kerana padanya terdapat perpisahan daripada orang-orang yang dicintai. 

Cuma bila pulang tu, janganlah syok sangat buat surprise. Kasihan isteri kita terkejut nanti.

Jabir radiallahu ‘anhu meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‏

Apabila seseorang sudah lama tidak pulang ke rumah, janganlah dia pulang pada waktu malam. [Sahih al-Bukhari, Kitab an-Nikah, no: 5244]

Dalam riwayat Muslim disebutkan sebabnya:

Daripada Jabir radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila salah seorang daripada kalian pulang pada waktu malam. Janganlah dia pergi kepada keluarganya sehinggalah isterinya telah membuang bulu kemaluan dan menyikat rambut yang serabai. [Sahih Muslim, Kitab al-Imarah, hadis no: 4728]

......,.......

Dalam setiap kesusahan, carilah alasan untuk menghidupkan perasaan bahagia di dalam hati. Caranya, ucapkan kalimat syukur dan pujian kepada Allah. 

Siti Aisyah bercerita: Apabila Nabi SAW mendapatkan sesuatu yang disukai, baginda mengucapkan:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمّ الصَّالِحَاتُ . 

Apabila Nabi SAw mendapatkan perkara yang tidak sukai, baginda mengucapkan: 

 الْحَمْدُ للهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ.

Diriwayatkan oleh Ibn Majah.

Said bin Jubayr berkata: "Orang pertama yang akan dijemput masuk ke dalam syurga ialah kalangan yang selalu memuji Allah dalam semua keadaan, sama ada baik ataupun buruk." (Ibn al-Mubarak, kitab al-Zuhd).

Dalam riwayat Muslim disebutkan sebabnya:

Daripada Jabir radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Apabila salah seorang daripada kalian pulang pada waktu malam. Janganlah dia pergi kepada keluarganya sehinggalah isterinya telah membuang bulu kemaluan dan menyikat rambut yang serabai. [Sahih Muslim, Kitab al-Imarah, hadis no: 4728

No comments: