Friday, 4 June 2021

RAHMAT ALLAH


🔹Rahmat Allah tidak mungkin datang melainkan dengan setiap kita mentadabburi ayat2 Allah satu persatu dan di amalkannya sebagaiman firman Nya

(وَإِذَا قُرِئَ ٱلۡقُرۡءَانُ فَٱسۡتَمِعُوا۟ لَهُۥ وَأَنصِتُوا۟ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ)

Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat. [Surah Al-A'raf 204]

🔸Al Quran adalah Syifa' dari segala penyakit khususnya penyakit hati yang paling bahaya iaitu syirik, kufur, riya', cinta dunia.

 Firman Allah ta'ala:

(یَـٰۤأَیُّهَا ٱلنَّاسُ قَدۡ جَاۤءَتۡكُم مَّوۡعِظَةࣱ مِّن رَّبِّكُمۡ وَشِفَاۤءࣱ لِّمَا فِی ٱلصُّدُورِ وَهُدࣰى وَرَحۡمَةࣱ لِّلۡمُؤۡمِنِینَ)

Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. [Surah Yunus 57]

🔹Allah mencela mereka yang tidak mentadabbur al Quran.

FirmanNya

(أَفَلَا یَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ أَمۡ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقۡفَالُهَاۤ)

(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)?

[Surah Muhammad 24]

🔸Tanda mereka yang cinta Allah ialah sentiasa memberi keutamaan pada tadabbur al Quran. Bahkan mereka yg malas mentadabbur al Quran adalah mereka yang hatinya keras atau mati. 

Kata Uthman bin Affan:

Jikalau hati2 kita suci bersih nescaya tidak akan jemu membaca dan mentadabur ayat2 Tuhan kita.

🔹 Kemanisan iman dan kebahagian hati manusia ada dalam 3 perkara: Dalam solat, membaca dan mentadabbur al Quran dan berzikir.

Kata Imam Hassan al Basri:

Carilah kemanisan iman dalam 3 perkara: Solat, tilawah al Quran dan zikir. Sekiranya engkau dapatinya dalam 3 perkara maka itulah kebahagian, sekiranya engkau tidak dapatinya maka sesungguhnya pintu kebahagian tertutup.

No comments: