Saturday, 4 December 2021

PERINGATAN UNTUK BAPA


Ini peringatan kerana masih ramai ibu bapa terlalu bersangka baik terhadap anak sehingga ikut semua kemahuan anak (membesarkan nafsu). Kita ketua keluarga, perlu buat peraturan di rumah. Terlalu banyak masalah ibu bapa berkongsi yang punca awalnya memberi kebebasan anak guna handphone tanpa apa-apa kawalan. Setelah masalah melarat dan teruk baru kelam kabut nak atasi atas alasan "La kami tak sangka pula" ... "Ingatkan OK"  

Ingat kalaulah anak masuk laman lucah, kita dapat dosa sama sebab kita tidak kawal. Kalaulah anak sampai buka butang baju tunjuk +&^% pada seorang lagi setelah dipujuk rayu, kita juga akan dapat tempias anak terus masalahnya di kemudian hari. Kita berkuasa, kita jaga anak kita. Anak kita perlu ibu bapa yang TEGAS tetapi MESRA, bukan yang LIBERAL dan IKUT SEMUA kemahuan anak.

No comments: