Saturday, 4 December 2021

PERASAAN ISTERI



Cinta adalah perasaan pelik. Semuanya dalam genggaman kuasa Allah SWT dan manusia hanya ada ikhtiar/usaha.
Cinta sebelum kahwin dan selepas kahwin adalah sangat berbeza. Sebagai wanita, setelah menjadi isteri kita mempunyai tanggungjawab yang besar. Manakala cinta sebelum kahwin tidak terikat dengan tanggungjawab.

Apa yang ingin kita dengan sebuah perkahwinan? Semua orang ingin bahagia. Bahagia bagaimana? Realitinya hidup hari ini banyak cubaan dan dugaan. Keadaan semasa hari ini sangat mencabar. Wanita merupakan isteri dan ibu. Bagaimana kita imbangkan?.

Cabaran yang besar adalah masa tidak mencukupi bersama anak-anak dan keluarga. Di sinilah kerjasama antara suami isteri diperlukan untuk membantu membentuk keluarga bahagia. Si isteri tidak lupa akan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri serta memberi ruang bersama suami dan anak. Ingat! Kualiti sebagai seorang isteri mesti ada. Pandai seimbangkan antara kerjaya dan keluarga.

Seorang kenalan saya menceritakan perasaannya setelah sekian lama tidak dikurniakan cahaya mata. Sesudah 5 tahun berkahwin. Saat ini, beliau tidak boleh menggambarkan kebahagiaan setelah menimang cahaya mata pertama. Beliau rasa begitu tawaduk dan merasakan ia adalah anugerah dari Allah SWT. “Aku tidak boleh bayangkan kelahiran anak sulung ini, cukup istimewa dan mengajar aku lebih dekat dengan Allah SWT”. Luah Suhana.

Melayari bahtera tidak mudah disangka. Kita perlu sokongan orang yang tersayang!. Bersyukur sekiranya dianugerahkan suami menyayangi, bertanggungjawab dan mengambil berat. Paling penting baik hati, berprinsip dan memahami diri pasangan. Secara jujurnya, kita sangat memerlukan sokongan seseorang yang boleh memberi semangat dan dorongan untuk terus berjaya.

Dalam perkahwinan suami isteri perlu saling memahami dan bekerjasama kerana perkahwinan dapat memberi kekuatan seseorang yang boleh menyokong dan berada visi & misi yang sama dalam perjalanan hidup kita. 

Akhir sekali, hargailah pasangan dan perkahwinan anda. Jangan biarkan perkahwinan anda malap dan tidak bahagia.












No comments: