Tuesday, 8 November 2022

WE NOT BORN TO BE FREE…



Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah 2:286)

Apa makna Mukalaff? ialah berakal dan akil baligh. Kita pecahkan jantina lelaki berumur 12 tahun dan perempuan berumur 10 tahun. Tapi, kebanyakkan kita faham anak kita mukalaff berumur 21 tahun atau diri sendiri mukalaff mula umur 60 tahun.

Hukum taklif ada 5 iaitu wajib, sunat, harus, makhruf dan haram.Hidup insan diikat 5 hukum ini. Contoh suami memberi pendidikan ilmu fardu ain kepada isteri dan anak hukumnya wajib.

Muhasabah diri, berapa minit, jam kita laksana hukum wajib, sunat, harus, makhruf dan haram? Belum belajar hokum solat, solat sunat, tajwid dan sebagainya…..

WE NOT BORN TO BE FREE…

Kita sudah diikat 5 hukum mula umur 12 tahun. Faham untuk diri sendiri, suami, isteri, anak, nenek, datuk…perlu tegur, bimbing dan beri nasihat dengan 5 hukum tadi.

Siapa yang taklif 5 hukum ialah Allah swt dan hari-hari kita mengiktirafkan Allah swt  dalam solat. Maka, tanggungjawab kita pula ialah senaraikan hukum-hukum taklif.

Apa-apa sahaja yang kita buat akan diikat dengan 5 hukum sebab perbuatan itu kita sedar dan pilihan sendiri.

Timbul konsep tidak akan tanggung dosa orang lain sebab ada ganjaran pahala dan dosa. melainkan diri pembuat dosa itu sendiri yang memikulnya. Sekalipun sanak saudara terdekat yang berbuat dosa lalu memohon pertolongan untuk diselamatkannya,

Surah Surah Faatir ayat 18 “Dan (ketahuilah), seseorang pemikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika seseorang yang berat tanggungnya (dengan dosa), memanggil (orang lain) untuk menolong memikul sama bebanan itu, tidak akan dapat dipikul sedikitpun daripadanya, walaupun orang yang diminta pertolongannya itu dari kerabatnya sendiri. Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) hanyalah memberi peringatan kepada orang-orang yang takut (melanggar hukum-hukum) Tuhan semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, serta mereka mendirikan solat dan sesiapa yang membersihkan dirinya (dari segala yang dilarang) maka sesungguhnya dia melakukan pembersihan itu untuk kebaikan dirinya sendiri dan (ingatlah), kepada Allah jualah tempat kembali”.

Berdasarkan tafsiran ayat tersebut, Imam Ibnu Kathir ada menyatakan bahawa setiap orang akan dibalas sesuai dengan amalan yang dilakukannya. Jika amalan tersebut baik, maka kebaikan yang akan dibalas. Sebaliknya jika yang dilakukan itu perbuatan terkutuk, maka hukuman terkutuk juga yang akan dibalas. Sememangnya manusia itu tidak akan memikul keburukan yang diperbuat oleh orang lain akan tetapi dirinya sendiri yang menanggung.

Namun, walaupun dosa orang lain tidak menjadi beban kepada seseorang lain, akan tetapi sekiranya dosa yang dilakukan tersebut adalah hasil daripada perbuatan jahat serta warisan yang ditinggalkan oleh seseorang itu, maka dia turut memikul dosa berkenaan. Hal ini dijelaskan secara nyata dalam sebuah hadis: “Siapa yang mengajak kepada kesesatan, dia akan memperolehi dosa, seperti dosa orang yang mengikutinya, tidak berkurangan sedikitpun daripada dosa yang dilakukan orang tersebut.” (Riwayat Imam Muslim dan Ahmad)

Tinggalkan suruhan wajib bermakna membuat maksiat. Hakikatnya, saya sendiri banyak tersasul sebab banyak tinggal perbuatan wajib dan sunat. Maka, kita minta dengan Allah swt “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah".

Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".(Al-Baqarah 2:65) 

Contoh taklif kisah bani israil.

''Dan, tanyakanlah kepada Bani Israil tentang negeri yang terletak di dekat laut ketika mereka melanggar aturan pada hari Sabtu, di waktu datang kepada mereka ikan-ikan (yang berada di sekitar) mereka terapung-apung di permukaan air, dan di hari-hari yang bukan Sabtu, ikan-ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikianlah Kami mencoba mereka disebabkan mereka berlaku fasik.'' [QS Al-A'raaf : 163]

Waktu itu, mereka diharamkan melakukan usaha dalam bentuk apapun. Sementara ikan-ikan banyak berenang dari laut ke tempat mereka dengan tenang dan aman tanpa diganggu sedikitpun. Tapi pada selain hari Sabtu, ikan-ikan itu tidak pernah datang lagi.

Merekapun melakukan tipu muslihat agar dapat menangkap ikan-ikan tersebut. Mereka memasang tali, jaring dan perangkap serta menggali lubang ke arah tempat air yang sudah mereka buat untuk menampung ikan-ikan yang dihanyutkan oleh air laut. Sehingga kalau ikan-ikan itu sudah berada di dalam lubang itu, mereka tidak dapat keluar lagi untuk kembali ke laut.

Mereka pun memasangnya pada hari Jumaat. Ketika ikan-ikan datang dan terperangkap pada hari Sabtu, mereka menutup jalur menuju laut sehingga ikan-ikan itu terperangkap. Setelah lewat hari Sabtu, mereka mengambil ikan-ikan tersebut. Akhirnya Allah murka dan melaknat mereka karana perbuatan yang mereka lakukan untuk melanggar perintah-Nya serta apa yang diharamkan-Nya dengan sebuah tipu muslihat (hiyal).

Nak faham, apa tu fasik? Buat dosa besar sekali fasik dan satu lagi buat dosa kecil berpanjangan contoh buka cerita tv berjoget campur, campur, campur jadi dosa besar dengan tambah detik hati "tak pe la anak-anak nak berhibur" automatik jadi kufur sebab menghalalkan yang haram. Maka fasik + kufur kesannya Allah akan hukum akan beri ujian yang bebanan dan tanggungan yang tak mampu untuk dilakukannya. Ini sedang berlaku sekarang.

Contoh PKP, covid-19 sepatutnya ramai kembali kepada Allah swt. Malangnya berdasarkan statistik polis mendapati kes sumbang mahram meningkat, zina remaja berlipat ganda berlaku. Sepatutnya keadaan sekarang kita bertaubat, ingat hari akhirat, tinggal sorang-sorang dalam kubur tidak ada mak ayah membantu, itulah yang sepatutnya kita berfikir dan insaf. 

Mengapa berlaku? Sebab anak kecil, remaja, dewasa dan tua sedang diuji benda yang tidak mampu dilepasi. Benda-benda seksual sekarang ini, benda tayangan, bahan bacaan dan media sosal juga mendedahkan seksual. Kalau suami melihat benda seksual boleh melepaskan kepada isteri. masalah sekarang yang belum bernikah nak lepas kemana?. Ujian ini boleh lepas atau tidak lepas ini.

Kesimpulannya, kita tidak mahu Allah bebankan ujian yang berat dan tidak mampu untuk kita lakukan serta tidak lulus. Doa sungguh-sungguh. 



No comments: