Monday, 29 November 2021

LELAKI QAWWAM


Disebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita yang menjadi tunjangnya. Dan begitulah juga wanita. Disebalik kebahagian seorang wanita, ada lelaki qawwam yang sentiasa disampingnya. 

Lelaki qawwam ialah seseorang yang melindungi keluarga daripada bahaya dunia dan akhirat. Mereka berusaha berkorban untuk menjadi pemimpin keluarga. Mereka bermujahadah menjaga keharmonian rumah tangga.

Lelaki mesti menjadi pelindung kepada wanita. Suami yang cinta akan isterinya akan sentiasa memelihara auratnya. Ayah yang sayangkan anak gadisnya akan sentiasa mendidik sifat malu dan mengajarkan tentang adab. Ketua keluarga yang bertanggungjawab senantiasa mencari rezeki untuk menunaikan nafkahnya. 

Namun apabila seorang lelaki tidak memiliki sifat-sifat ini, maka berlakunya kezaliman terhadap keluarga. Bertindak ganas terhadap anak dan isteri. Culas dalam menunaikan nafkah sebaliknya memenuhi tuntutan nafsu yang salah. 

Bahkan meninggalkan pemberian nafkah kepada isteri dan anak-anak dianggap sebagai satu dosa berdalilkan sabda Nabi SAW yang berikut. Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Cukuplah seorang lelaki itu dikira berdosa apabila dia mengabaikan tanggungjawabnya ke atas sesiapa yang berada di bawah penjagaannya.

Justeru, sesiapa yang mahukan kebaikan dan islah mestilah melakukan pengorbanan sesuatu yang berharga. Korbankan masa dan tenaga mencari rezeki. Korbankan harta kepada yang dikasihi demi meraih matlamat keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah. 

Tip membina keluarga sejahtera:

1. Berilmu

2. Beramal 

3. Jaga ibadah

4. Bekerja

5. Mencari rezeki yang halal

6. Membina hubungan silaturrahim

7. Bersifat qanaah (berasa cukup dengan apa yang ada)

8. Berkawan dengan orang-orang yang baik.

No comments: