Firman Allah s.w.t.:
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu tenteram dengannya, dan dijadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang.
LANGKAH-LANGKAH SEBELUM PERKAHWINAN:
*Mencari sifat yang dituntut pada kedua-dua belah pihak
*Melihat bakal tunang
*Meminang
SIFAT-SIFAT YANG DIUTAMAKAN
Beragama Islam, bertaqwa & berakhlak
Taat, beramal soleh, menjauhi perkara haram, amanah pada tanggungjawab dll.
Hadis:
Apabila orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah kamu kahwinakannya. Jika kamu tidak mengahwinkannya nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar di atas muka bumi ini. (Riwayat Tirmizi)
Keturunan
Keturunan yang baik agama dan akhlak
Subur (keluarga besar)
Hadis:
Kahwinilah perempuan yang pengasih dan subur kerana aku berbangga dengan umat yang ramai pada hari akhirat nanti. (Riwayat Ahmad)
Masih perawan / dara
(bagi lelaki yang belum beristeri)
Hadis:
Hendaklah kamu memilih perempuan yang masih dara kerana mereka menuturkan kata-kata yang baik, mampu mempunyai anak yang ramai dan lebih reda kepada kehidupan yang susah. (Riwayat Ibn Majah)
Bukan dari kaum kerabat
*Mengurangkan risiko penyakit keturunan (asma dll)
*Meluaskan hubungan persaudaraan sesama Islam
Sekufu
*Persamaan antara calon suami & isteri
*Hak calon isteri dan wali
*Bagaimana menilai sekufu? Lihat firman Allah s.w.t.:
Apakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasiq? Mereka sama sekali tidak sama
*Sekufu dari sudut agama, iffah & ketaatan pada agama hendaklah diutamakan. Firman Allah s.w.t.:
Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling tinggi taqwanya.
MELIHAT BAKAL ISTERI
*Sunat melihat bakal isteri sebelum dipinang
*Harus melihat 2-3 kali JIKA perlu
*Untuk memastikan keadaan wanita
*Mengelakkan kekecewaan selepas berkahwin
Pesanan Rasulullah s.a.w. kepada al-Mughirah bin Syu’bah:
Lihatlah perempuan itu semoga ia akan mengekalkan kasih sayang antara kamu berdua (Riwayat Tirmizi)
- Perempuan juga diharuskan untuk melihat bakal suami
Batasan melihat:
Muka & tapak tangan. Firman Allah s.w.t.:
Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan yang zahir padanya
(an-Nur: 31)
Hantar wakil untuk lihat selain muka & tapak tangan. Hadis Rasulullah s.a.w.:
Hidulah bau badannya dan lihat kedua-dua tumitnya
ISU-ISU PERTUNANGAN
PERGAULAN DALAM PERTUNANGAN
Hadis:
Tidak boleh sama sekali lelaki dan perempuan berdua-duaan melainkan ada mahram bersama mereka. (Riwayat Bukhari)
Hadis:
Janganlah seorang lelaki duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya, maka sesungguhnya orang yang ketiga yang akan bersama-sama mereka ialah syaitan kecuali jika bersama mereka seorang mahram. (Riwayat Ahmad)
MEMINANG TUNANG ORANG
Hadis:
Jangan seorang lelaki meminang atas pinangan lelaki lain melainkan apabila peminang sebelumnya sudi melepaskannya atau peminang itu memberi izin kepadanya.
(Riwayat al-Nasai)
No comments:
Post a Comment