Pesanan untuk isteri :
Baca ayat Al Quran dan tadabbur kerana akan mempengaruhi aqidah, ibadah dan akhlak kita.
Lihat semua yang Allah cipta dan ingat kebesaran Allah. Ingat Allah dan jadilah hambaNya yang taat.
Fokus kepada kesyukuran. Celik mata dan bersyukur kerana kita masih lagi mempunyai suami. Kurangkan mencari apa yang suami tak lakukan, tapi lihatlah apa yang suami lalukan.
Bertaubat dan renungi kesalahan dosa-dosa kita. Perbaiki diri dan fokus untuk ubah lebih baik dari semasa.
Ingat tanggungjawab kita dan amanah dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita. Ikhlas apa yang kita lakukan kerana Allah, bukan kerana manusia.
Perasan merasakan diri sendiri saja yang banyak berjasa, banyak berkorban. Bila terlalu mengungkit-ungkit kebaikan diri dihadapan suami sehingga menyakiti hatinya, boleh jadi besar dosa.
Ikhlaskan diri dan kurangkan mengungkit. Jadi isteri ni memang nampak penat, tapi betapa besar nikmat bila kita boleh memasuki syurga pilihan tanpa halangan dengan syarat jaga solat, puasa, harga diri dan taat pada suami.
No comments:
Post a Comment