Thursday, 3 January 2019

DEFINISI PEMBANGUNAN KOMUNITI




“Satu gerakan yang dibentuk bagi meningkatkan tingkat kehidupan keseluruhan komuniti menerusi penyertaan aktif, dan jika boleh atas initiatif komuniti sendiri, jika tidak, boleh menggunakan teknik-teknik utk menyemarakkan lagi penyertaan aktif dan responsive terhdp gerakan tsb”. (Batten, T.R, 1957 – Communities and their development)

“Proses yg menggabungkan usaha anggota komuniti dan kerajaan bagi tujuan meningkatkan ekonomi, sosial dan keadaan kebudayaan komuniti bagi menyepadukan mrk ke dlm kehidupan negara dan membolehkan mrk menyumbang sepenuhnya kpd kemajuan negara” (United Nation, 1960)

Community development is a range of practices dedicated to increasing the strength and effectiveness of community life, improving local conditions, especially for people in disadvantaged situations, and enabling people to participate in public decision-making and to achieve greater long-term control over their circumstances.

"satu proses komuniti secara sedar yang dilaksanakan oleh anggota2 komuniti melalui tindakan yang sama mencapai matlamat tersendiri" (Goestschius, 1969)

“Satu proses tindakan sosial yg berterusan atau bertahaptahap dalam mana individu dlm komuniti menyusunatur diri mrk secara formal atau tidak formal utk merancang dan bertindak secara demokratik; menentukan keperluan/ kehendak dan masalah bersama; merangka rancangan secara kumpulan atau individu utk mencapai keperluan dan menyelesaikan masalah; melaksanakan rancangan dgn bergantung sepenuhnya ke atas sumber2 dalaman komuniti; dan disokong oleh khidmat2 dan bantuan drp kerajaan atau agensi bukan kerajaan dari luar komuniti bila dan jika perlu” [Biddle, 1965- 'Community development process']

Pembangunan Komuniti ialah satu strategi yg menekankan kpd memajukan diri sendiri, sokongan kerjasama, membina integrasi kejiranan dan keupayaan bagi tujuan menyelesaikan masalah dan penampilan diri, serta menggalakkan tindakan kolektif atau bersama utk membawa keperluan dan kehendak komuniti kpd pengetahuan dan perhatian golongan pembuat polisi [policy makers] [Thomas, 1983]

Ciri-Ciri Yg Terdapat Dlm Definisi Pembangunan Komuniti: Penyertaan demokratik dan aktif, Kenalpasti dan atasi masalah bersama, Usaha capai kehendak dan keperluan bersama, Kesedaran bersama, Tindakan kolektif, Penentuan kendiri, Berdikari – Jayadiri- Daya juang, Inisiatif sendiri (campur tgn kerajaan & NGO- bila perlu), Penggunaan sumber dalaman [eg?] dan luaran [eg?], Peluang utk tunjuk; asah bakat/trampilan diri, Kemampuan menguasai diri dan sekeliling.

Liputan pembangunan komuniti

Pembangunan komuniti itu meliputi apa? ATAU apa itu pembangunan komuniti?
Penyediaan perkhidmatan2 komuniti yg boleh tingkatkan taraf hidup [rumah, kedai, taman, rumah ibadat, hospital], Aktiviti yg boleh tingkat keadaan ekonomi komuniti [baiki amalan pertanian, pengenalan aktiviti jana pendapatan baru spt. Pelancungan berasaskan pertanian], Aktiviti yg tingkatkan kecekapan; kemahiran [latihan; seminar; bengkel; kursus], Cara membentuk daya bekerjasama anggota komuniti - menzahirkan potensi individu menerusi pengalaman kerja bersama.

Cara mrk yg mundur / tertindas mengemukakan kehendak dan rasa tak puas hati kpd pihak atasan, Satu kaedah memaksimumkan hubungan kerjasama yg baik serta mempelajari, Satu aktiviti yg menggunakan satu system social i.e komuniti utk terlibat dlm pembangunan, Satu aktiviti yg berorentasikan tugas [to meet specific need], Satu aktiviti yg berorentasikan pendidikan - elemen pendidikan dewasa; belajar melalui pengalaman, Satu aktiviti yg berorentasikan propoganda [pemakanan yg baik; amalan kebersihan; satu kg satu produk] - "tool to serve good purposes"





Wednesday, 2 January 2019

ETIKA PEMBANGUNAN: PERSPEKTIF, KONSEP DAN PRINSIP

Image result for nur fazura

Secara umum etika dan pembangunan adalah dua perbincangan yang berlainan. Kedua-dua perkataan ini apabila digabungkan akan membawa kepada perbincangan yang tidak menumpukan kepada pengertian kedua-duanya secara berasingan tetapi tetapi membawa suatu pengertian yang baharu.

Walaupun istilah etika pembangunan memberikan maksud yg lebih menyeluruh dan bertepatan dengan maksud untuk memberi suatu orientasi baru kepada amalan dan perspektif pembangunan namun dalam konteks pembelajaran kursus ini kedua-dua istilah diguna pakai.

Pembangunan dalam erti yang luas membabitkan transformasi manusia dan persekitarannya daripada satu tingkat yang rendah kepada tingkat yang lebih tinggi. “A progression from a simpler or lower to a more advanced, mature, or complex form or stage” (The American Heritage Dictionary).

Dalam bahasa Inggeris digunakan juga perkataan evolution, progress, advancement dll. Dalam bahasa Arab istilah seperti taqaddum (maju ke hadapan, kemajuan), tanmiyyah (pertumbuhan/ pembesaran), hadharah (kehidupan menetap-perbandaran) digunakan seperti taghayyur (Perubahan).

Definisi pembangunan? Semenjak perang dunia kedua, istilah pembangunan membawa erti yang luas, meliputi segala usaha membangun, memajukan, mengembangkan diri (individu), masyarakat dan alam sekitar. Namun Wan Mohd Nor Wan Daud (2001) mentakrifkan pembangunan sebenar mengisyaratkan suatu kegiatan penting dan terancang yang menghasilkan kebaikan. Dengan kata lain, ia merupakan suatu gerak dari keadaan buruk kepada baik, daripada keadaan baik kepada lebih baik dan yang mengekalkan kebaikan tersebut.

Menurut beliau, mutu sebenar pembangunan sesuatu bangsa bergantung pada mutu pembangunan diri perseorangan dan masyarakat bangsa tersebut serta kesan-kesan dan bekas-bekas yang ditinggalkan pada masyarakat lain dan alam persekitarannya. Kesan-kesan dan bekas-bekas ini bukan sahaja terbatas pada hasil-hasil jasmaniah, jasadiah, dan kesan-kesan pada alam semata-mata, malah lebih utama lagi, harus meliputi perkara-perkara akhlak dan moral manusia seluruhnya. Beberapa ‘key word’ berkaitan perspektif tentang Pembangunan: Proses perubahan dan transformasi, Menghasilkan kebaikan, Melibatkan diri perseorangan, masyarakat dan alam persekitarannya.


Bertitik tolak drpd pengertian tersebut maka beberapa perkara dan persoalan asas dalam pemikiran Pembangunan:·         Pembangunan adalah sifat tabii manusia, ·         Manusia dibekalkan dengan keupayaan akal budi bagi menentukan survival, ·         Alam diciptakan untuk manfaat manusia, ·         Pembangunan tidak beradab akan menyebabkan mudarat kpd manusia.

Adakah semua pembangunan membawa kebaikan kepada manusia? Sekiranya pembangunan bermaksud suatu perubahan yang membawa kebaikan kepada manusia, maka adakah apabila perubahan itu membawa mudarat, maka ia tidak lagi dinamakan Pembangunan.

Salah Faham Tentang Konsep Pembangunan

Walaupun dalam perbendaharaan kata Melayu perkataan pembangunan bersumberkan kata dasar “bangun” namun persepsi umum sering melihat pembangunan sebagai suatu yang dikaitkan secara langsung dengan “bangunan”.

Hasilnya, setiap kali bercakap tentang pembangunan, maka yang terakam dalam pemikiran dan persepsi umum adalah bangunan-bangunan yang bersifat fizikal dan nampak “visible”.  Ini adalah fahaman yang silap kerana pembangunan yang dimaksudkan tidak terhad kepada yang bersifat fizikal sahaja tetapi termasuk juga yang bersifat spiritual.

Perbincangan tentang konsep pembangunan juga sering memisahkan antara pembangunan fizikal dan non fizikal. Walaupun perbincangan melibatkan konsep pembangunan ini bolehlah dibahagikan kepada dua iaitu:- Pembangunan Fizikal/Material (Ekonomi, Alam Sekitar, Industrialisasi dan Urbanisasi). Pembangunan non Fizikal (Manusia, Pendidikan, Spritual, Psikologi, Sosial dan Budaya). Namun perbincangan berkaitan ttgnya tidak boleh dibahaskan secara terpisah dan berasingan kerana kedua-dua elemen ini saling lengkap melengkapi.

Beberapa Persoalan Dalam Etika Pembangunan

Sekurang-kurangnya terdapat 2 persoalan asas/ fundamental dalam etika pembangunan yang memerlukan jawapan moral

Persoalan pertama:- Apakah yg dimaksudkan dengan pembangunan yang baik ? (Apabila membicarakan ttg baik dan buruk, maka perbincangan pembangunan telah melibatkan perbincangan etika). Ini kerana terdapat pembangunan yang gagal memenuhi tujuan/matlamat asal pembangunan iaitu memberi kesejahteraan dan ketenangan kepada manusia.

Persoalan kedua:- Apakah yang dimaksudkan dengan kesejahteraan? (Konsep kesejahteraan dan kebahagiaan juga merupakan perbincangan etika). Kerana apa jua proses dan strategi pembangunan harus memberi pertimbangan kepada matlamat akhir pembangunan, kerangka nilai yang digunakan dalam perancangan strategi dan dasar, bagaimana meletakkan keutamaan dan bagaimana menangani masalah sekiranya timbul masalah.

Daripada persoalan asas pembangunan ini maka dapat difahami mengapa etika, nilai, adab, akhlak merupakan aspek yang tidak boleh ditinggalkan dalam proses pembangunan dan merasionalkan kenapa etika pembangunan merupakan wacana penting dalam era modernisasi dan globalisasi.

ETIKA PEMBANGUNAN: SATU DISIPLIN BARU DALAM ILMU DAN SAINS PEMBANGUNAN

Etika pembangunan (development ethics). Perbahasan akan ditumpukan kepada huraian dan penjelasan tentang latar belakang yang mencetus dan seterusnya membawa kepada berkembangnya wacana tentang etika pembangunan.

Ilmu atau wacana tentang pembangunan hanya bermula sesudah berlakunya revolusi industri dan secara khusus selepas perang dunia kedua. Pada ketika ini, kebanyakan negara terutamanya yang baru merdeka sedang melalui proses merangka dan melaksanakan agenda pembangunan masing-masing.

Di pentas politik antarabangsa, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai badan induk yang mengiktiraf dan mengklasifikasikan negara-negara bangsa yang baru muncul kepada beberapa kategori seperti negara maju, negara sedang membangun dan negara mundur. Terdapat juga pembahagian yang berasaskan geo-politik seperti negara dunia pertama dan negara dunia ketiga, negara utara dan negara selatan dan Blok barat dab blok timur.

Oleh kerana negara-negara mundur dan negara sedang membangun sedang dalam proses membina keupayaan untuk membangun, maka agenda pembangunan merupakan sesuatu yang menjadi agenda utama bagi negara-negara ini. Atas sebab ini maka wacana pembangunan mengambil tempat sebagai wacana penting dalam proses pengkayaan ilmu dan pemerkasaan pengetahuan.  

Di Malaysia, wacana pembangunan menjadi landasan penting pembinaan tradisi ilmu di peringkat pengajian tinggi dan ilmu-ilmu sosiologi, antropologi, politik dan ekonomi mengambil tempat utama dalam kurikulum pengajian tinggi sejak 4-5 dasawarsa yang lampau.  

Namun demikian etika pembangunan, sebagai suatu wacana yang khusus masih agak baharu. Pengalaman negara-negara maju dalam mengendalikan agenda pembangunannya menimbulkan beberapa persoalan dan memerlukan penilaian semula.  Ini kerana, terdapatnya kepincangan-kepincangan dalam proses memaju dan membangunkan masyarakat dan negara yang telah dialami oleh negara-negara maju. Isu-isu termasuk alam sekitar, masalah sosial, kemiskinan, ketidak seimbangan sosial, ketidak harmonian sosial dan sebagainya menghantui negara-negara yang dikatakan sudah maju itu.

ETIKA PEMBANGUNAN

Dalam mana-mana wacana etika selalunya sebagai suatu subjek yang bersifat “subversif”. Ini kerana etika dalam banyak keadaan dilihat atau digunakan sebagai alat menguku dan kemudian “menghukum” sesuatu. Ini menjadikan etika dilihat sebagai suatu disiplin yang sering membawa imej “negatif” dan banyak mengadungi “larangan”. Selanjutnya, etika pembangunan sudah tentulah dilihat sebagai sesuatu yang boleh memberi kesan kepada pembangunan.

Etika pembangunan sebagai suatu sains merupakan suatu disiplin baru yang mula berkembang melalui beberapa tokoh semasa seperti Denis Goulet dan David Crocker. Oleh yang dalam menakrifkan etika pembangunan kita tidak dapat tidak harus merujuk kepada tulisan-tulisan mereka.

Secara amnya etika pembangunan adalah penggunaan neraca etika dalam proses, cara atau kaedah dan matlamat pembangunan. Ini bererti proses memasukkan elemen etika dalam pemikiran pembangunan bagi membolehkan para perancang dan pelaksana pembangunan merancang dan melaksanakan pembangunan dengan berhemat dan berhikmat dan mengurangkan mudarat dan kesan negatifnya.

Ini penting disedari kerana pembangunan sering berhadapan dengan dikotomi antara kepentingan pembangunan dan kesan negatifnya kepada manusia. Setiap manusia menghendaki pembangunan. Namun demikian apakah bentuk pembangunan yang sepatut dan sewajarnya dibangunkan? Bagaimanakah bentuk persekitaran yang sepatutnya diwujudkan?

Setiap masa kita sering mendengan melalui media rungutan dan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat akibat kesan pembangunan yang dikatakan menyebabkan mereka hidup tidak selesa. Sekiranya ini berlaku, apakah ertinya pembangunan? Apakah segala implikasi negative yang mungkin timbul disebabkan kerja-kerja pembangunan itu harus diterima seadanya sebagai “collateral” kepada Pembangunan.

Atas asas inilah maka disiplin etika pembangunan itu dikembangkan. Ini bertujuan memberikan landasan dalam bentuk teori dan praktis akan arah adan hala tuju pembangunan bagi membolehkan manusia hidup selesa dengan pembangunan yang berlandaskan etika. Bagi Denis Goulet, para ahli etika pembangunan pun sehingga kini masih lagi dalam proses memperkemaskan ruang teoretikal nya dan dalam masa yang sama terus menghasilkan tulisan dan pandangan bagi memantapkan lagi disiplin ini.

Dalam konteks ahli politik atau pemerintah, disiplin ini adakalanya dianggap subversive kerana banyak mendedahkan perkara-perkara yang selalunya tidak disukai oleh mereka. Mungkin juga disiplin ini telah berkembang sebagai response kepada lerosakan yang telah berlaku dinegara maju di mana kebanyakan sumber alam telah diterokai atas nama pembangunan. Pembangunan seolah-olah menjadi satu kalimah yang memberikan harapan palsu kepada manusia, membangun untuk kemudiannya menempah kerosakan dan musibah.

Isu-isu yang terdapat dalam banyak negara didunia, khususnya dunia ketiga yang melibatkan pendidikan, kemudahan asas, kemiskinan, kelaparan, ketidak adilan, dan segala macam masalah sosial dan kemanusiaan yang sedang dihadapi pada masa kini.  Selain itu isu-isu lain seperti kerosakan alam, kepanasan dunia, bencana dan sebagainya adalah amat berkaitan dengan etika pembangunan.

Atas asas ini maka tokoh-tokoh termasuk Goulet, Joseph Lebret dan Gunner Myrdal mengemukakan pandangan mereka bahawa pembangunan perlu dibahas dalam konteks dan kerangka moral dan etika.

Rumusan, bertujuan memberikan pendedahan kepada pelajar tentang disiplin etika pembangunan sebagai satu disiplin “baru” dalam sains pembangunan.

PEMBANGUNAN DARI PERSPEKTIF HOLISTIK (SEIMBANG, SEPADU DAN BERADAB)

Salah satu konsep yang diperkenalkan dalam wacana pembangunan moden adalah apa yang diistilahkan sebagai pembangunan holistik. Maka perbincangan dalam unit ini akan memberi tumpuan kepada bentuk-bentuk pembangunan dalam perbincangan pembangunan holistik iaitu pembangunan seimbang, bersepadu dan beradab. 

Mendalami pemikiran beberapa orang pemikir dan sarjana yang berwibawa dalam falsafah dan pemikiran tentang pembangunan moden maupun klasik seperti Sayyid Hussein al-Attas, al-Farabi dan Ibn Khaldun bagi membantu pemahaman yang lebih mendalam mengenai konsep pembangunan holistic.

Maksud holistic?. Etimologi – holistic menyeluruh. Bahasa Inggeris, holistic (balanced, integrated, sustainable, ethical, civilized). Holistik + Pembangunan (=pembangunan yang bersifat menyeluruh yang merangkumi segala aspek & faktor yang berkaitan dengan kehidupan manusia daripada  fizikalnya, persekitarannya sehinggalah kepada soal psikologi jiwa dan kerohanian). 

Kita perlukan pembangunan yang bersifat holistik kerana perspektif holistik melihat pembangunan dalam kerangka yang paling luas dan meyeluruh meliputi segala aspek yang berkaitan dengan kualiti, keperluan dan persekitaran hidup manusia. Kerana sifat manusia yang tidak putus-putus mencari jawapan kepada persoalan keperluan fitrah, naluri dan nafsu bagi melengkapkan citarasa kehidupan mereka.

Manusia akan sentiasa menggunakan keupayaan inteleknya mencari jalan bagi mewujudkan suasana persekitaran yang paling ideal yang terjangkau oleh pemikiran mereka. Cetusan pemikiran pembangunan holistik menjurus kepada pembangunan yang memberikan keselesaan, kesejahteraan dan kedamaian kepada penghuninya bukan kemusnahan dan kemudaratan. Holistik perlukan keseimbangan, kesepaduan dan adab.

Apakah yang di maksudkan pembangunan seimbang (balanced development)? Pembangunan seimbang- beri konsep yang lebih menyeluruh tentang Pembangunan. Meletakkan kedudukan tiap-tiap unsur dan faktor yg menjadi tonggak membentuk pembangunan pada tempat yang betul secara saksama.

Kerana konsep dan manifestasi pembangunan adalah berpasang-pasang seperti maju-mundur, kaya-miskin, desa-bandar dsbgnya. Antara aspek-aspek lain yg terlibat dlm pembangunan adalah: Manusia ( rohani & jasmani, mental & emosi, individu & komuniti). Persekitaran/ ekosistem (komponen fizikal-alam semulajadi & komponen biologi-hidupan), Ekonomi (makro & mikro), Pendidikan, Politik, dan Budaya.

Bagi mencapai pembanguan seimbang perlukan perancangan yang teliti dengan mengambilkira dari perkara yang paling asas iaitu falsafah, nilai hinggalah kepada matlamat. Pembangunan seimbang penting kerana ia menyumbang kepada kesejahteraan kehidupan manusia.

Apakah yang di maksudkan pembangunan bersepadu (integrated development)?. Dari segi terminologi bersepadu bermaksud mengintegrasikan pelbgai elemen yang membentuk satu kesepaduan. Beberapa elemen yang asalnya terasing dan tiada kaitan antara satu dengan yang lainnya diletakkan sekali dalam satu kesatuan dan membentuk satu entiti yang kuat disebabkan proses integrasi tersebut.

Maka pembangunan bersepadu adalah pembangunan yang mengintegrasikan segala elemen yang penting dalam proses dan strateginya. Konsep pembangunan bersepadu melahirkan pelbagai konsep-konsep lain dalam memastikan setiap bidang yang dibangunkan bersifat sepadu contohnya seperti pembangunan mampan/lestari.

Apakah pembangunan mampan? Mengikut Brundtland Report 1987: Pembangunan mampan ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan. Pembangunan bandar yang mampan harus dijalankan dengan mengambil kira keupayaan menampungnya; pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya.(White & Whitney, 1992). Pembangunan bandar yang mampan perlulah mengambil kira keadilan sosial, keperluan manusia asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari segi ruang dan masa. Salah satu cara untuk mencapai pembangunan mampan tersebut adalah melalui kesihatan ekonomi bandar. Justeru itu, aktiviti ekonomi, peluang pekerjaan dan kemiskinan perlu diambil perhatian dan daripadanya peranan aktiviti informal serta perdagangan skala kecil(petty commodity sector) menjadi penting.(David Drakakis-Smith, 1995).

Matlamat Pembangunan Mampan: Pemuliharaan Sumber, Pembangunan Fizikal, Kualiti Alam Sekitar, Kesaksamaan  Sosial. Maka konsep pembangunan bersepadu ini amat penting bagi memastikan sesuatu proses pembangunan tidak tidak tersasar daripada matlamat asalnya tanpa disedari.

PEMBANGUNAN BERADAB

Apakah yang di maksudkan pembangunan beradab (civilized/ethical development)?. Ia merupakan cetusan kepada pembinaan suatu paradigma baru dalam wacana mengenai pembangunan masakini. Pembangunan yang menekankan soal kemanusiaan kerana pembangunan yg sudah hilang wajah kemanusiaannya, ia tidak lagi boleh dianggap Pembangunan.

Apakah yang di maksudkan pembangunan beradab (civilized/ethical development)?. Ia merupakan cetusan kepada pembinaan suatu paradigma baru dalam wacana mengenai pembangunan masakini. Menganjurkan pembangunan yang menekankan soal kemanusiaan kerana pembangunan yg sudah hilang wajah kemanusiaannya, ia tidak lagi boleh dianggap Pembangunan. Pembangunan beradab adalah pembangunan yang meletakkan nilai pada tempat teratas. Manusia harus memikul tanggungjawab atas apa jua bentuk dan rupa pembangunan. Sekiranya pembangunan memberi mudarat maka manusia perlu berusaha memperbetulkan mana-mana yang silap. Maka masyarakat manusia perlu melakukan sesuatu secara bersama untuk memastikan perubahan yang berlaku atas nama pembangunan menepati falsafah dan prinsipnya.

PEMBANGUNAN HOLISTIK

Antara persoalan yang sering ditimbulkan tentang pembangunan holistik ialah apakah ianya boleh diwujudkan atau apakah ianya adalah impian kosong yang tidak mungkin dapat direalisasikan?. Kerana terdapat golongan manusia yang menolak pembangunan atas nama “kebahagiaan” kerana mereka beranggapan pembangunan boleh menyebabkan manusia “tidak bahagia”. Apakah bentuk pembangunan yang sebenar?

Bagi menghuraikan persoalan ini kita boleh merujuk kepada beberapa tulisan dan pandangan sarjana.

1.       Sayyid Hussin al-Attas
Dalam makalahnya berjudul “Pembangunan dan Cita Sempurna” Sayyid Hussin menggunakan istilah cita sempurna bagi menggarap pemikiran tentang pembangunan yang dimaksudkan. Menurut beliau cita sempurna adalah pandangan hidup yang menyeluruh bertujuan mewujudkan masyarakat sempurna. Beliau mengemukakan lima syarat yang menjadi teras bagi mewujudkan masyarakat sempurna:-Pertama, pembangunan itu mesti mempunyai sifat insaniah, Kedua, pembangunan mesti dilaksanakan oleh pemimpin yang jujur, Ketiga, anggota mesti mempunyai kefahaman dan kesedaran tentang Pembangunan, Keempat, pembangunan mesti didasarkan kepada ilmu dan Kelima, pembanguan itu mesti memiliki ciri estetika

2.       Abu Nasr Al-Farabi
al-Farabi yang mengemukakan konsep madinah al-fadilah (the ideal state). Dalam huraiannya al-Farabi mengumpamakan sebuah negara dengan tubuh manusia yang mana segala bahagian anggota memainkan peranan seperti yang ditentukan setiap satunya. Apabila kesemua angota dapat memainkan peranannya seperti yang ditentukan kepadanya maka manusia itu dapat berfungsi dengan sempurna.

Mengikut pandangan al-Farabi, persoalan sama ada pembangunan  holistik yang dimaksudkan dapat dilaksanakan atau tidak seharusnya tidak berbangkit. Ini kerana konsep pembangunan sempurna itu pun merupakan sesuatu yang tidak realistik kerana manusia adalah makhluk yang lemah dan jauh sekali dari kesempurnaan. Manusia sebagai sifatnya makhluk yang lemah perlu mengambil daya usaha untuk mewujudkan pembangunan diri dan persekitaran sebaik dan secanggih yang mungkin.

3.  Ibn Khaldun
Ibn Khaldun berpendapat wacana pembangunan perlulah dibina dalam kerangka sejarah. Ini kerana pembangunan adalah bersifat penerusan (continuity) manakala sejarah pula adalah ilmu yang membahaskan proses yang merangkumi:-sebab dan asal usul bagaimana dan mengapa sesuatu proses perkembangan peradaban mencapai tahap kemajuan. Bagaimana pula proses ianya menghadapi kemunduran.

Ibn Khaldun mengemukakan teori kitaran (cyclical) bagi menjelaskan proses ini.Kitab Muqaddimah adalah gambaran pemikiran Ibn Khaldun dalam mengemukakan idea, prinsip, dan segala aspek yang berkaitan dengan proses itu ~ punca kejayaan dan keruntuhan sebuah dinasti, negara, atau peradaban. Dalam analisis Ibn Khaldun, kejayaan dan keruntuhan bukan hanya tergantung pada faktor ekonomi, tetapi juga tergantung pada faktor-faktor lain yang menentukan kualiti, pemerintahan (psikologi, politik, ekonomi, sosial, demografi, sejarah).

Dalam Muqaddimah, Ibn Khaldun menggarap pemikirannya dalam berbagai bidang ilmu mengenai pembangunan. Rumusan penting beliau yang sering dirujuk sebagai sebagai The Dynamic Model of Islam atau ‘Model Dinamika Islam’ ~ merupakan antara sumbangan besar pemikiran Islam mengenai pembangunan.

8 prinsip penting dalam ‘Model Dinamika Islam’ adalah seperti berikut:Kekuatan pemerintah tidak dapat diwujudkan kecuali dengan pelaksanaan syariah;Syariah tidak dapat dilaksanakan kecuali dengan kuasa (pemerintahan); Kuasa politik dan pemerintah tidak dapat diperolehi kecuali daripada rakyat; Masyarakat tidak dapat dibangunkan kecuali dengan membangunkan kekayaan; Kekayaan tidak dapat diperoleh kecuali dengan Pembangunan; Pembangunan tidak dapat dicapai kecuali melaksanakan keadilan; Keadilan merupakan perintah Allah yang mesti dilaksanakan; dan Pemerintah (pemegang kuasa) dibebankan dengan tanggung jawab untuk mewujudkan keadilan.

Sayyid Hussin al-Attas. “Pembangunan dan Cita Sempurna” kemukakan 5 syarat teras. Ciri tersebut bersifat umum, perbincangan yg panjang lebar boleh dibuat bagi menjelaskan maksud secara terperinci.

Abu Nasr Al-Farabi. Konsep madinah al-fadilah (the ideal state). Ukuran yang membezakan kejayaan setiap proses pembangunan itu adalah sejauh mana pencapaian menghampiri kesempurnaan (diukur dpd tahap kesejahteraan, keseimbangan, keharmonian persekitaran)

Ibn Khaldun. Mengemukakan 8 prinsip penting dalam ‘Model Dinamika Islam’ (The Dynamic Model of Islam). Rumusan ini memperlihatkan hubung kait yang amat erat antara pelbagai faktor yang menyumbangkan kepada pembangunan.  Faktor2 tersebut ~ meliputi sosial, ekonomi dan politik, syariah, politik dan pemerintahan, masyarakat, sumber kekayaan, keadilan yang kesemuanya membawa kepada pembangunan. Faktor-faktor tersebut berada dalam satu kerangka yang saling bergantung dan saling mempengaruhi antara satu dengan lain.

Perspektif pembangunan holisik perlu menjadi kerangka dalam memahami falsafah pembangunan. Ini bagi membolehkan pembangunan yang dirancang  dapat memenuhi keperluan diri dan fitrah manusia, sesuai dengan habitatnya dan  dapat memberikan kesejahteraan dan kedamaian kepada kehidupan manusia.



Monday, 24 December 2018

CINTA ONLINE



Ketangkasan era baharu revolusi industry telah memberi natijah terhadap gangguan perubahan (disriputuve change) terhadap nilai dan hubungan kemanusiaan dalam konteks sosiobudaya. Fenomena komunikasi dan interaksi era kesalinghubungan digital (hyperconnected) telah memberi impak bersifat revokusioner dalam mentafsirkan semula reality sosial-kemasyarakatan dunia global saat ini. Tanpa menafikan manfaat teknologi kerana ianya telah berubah gaya hidup masyarakat dan interaksi manusiawi dalam kehidupan seharian. Berselindung disebalik komunikasi mendekatkan yang jauh dan merapatkan yang dekat, manusia zaman ruang siber kelihatannya semakin individualistic, narsisistik dan sarkastik dalam lingkungan (public sphere). Ketika ini, institusi tradisi seperti keluarga, perkahwinan, kejiranan, komuniti dan masyarakat sedang melalui proses nyahinsani (dehumanization) dalam bentuk sindrom ketagihan media sosial dan kemabukan teknologi yang dirangkul erat-erat.

Perkembangan teknologi telah membawa era baharu seseorang untuk mencari teman wanita atau teman lelaki dengan kaedah yang pelbagai. Dahulu, orang menulis surat dan diposkan kepada kekasihnya yang jauh. Menunggu lama untuk mendapat balasan surat. 

Kini, semua jenis aplikasi online seperti Facebook, Twitter, MySpace, Tinder dan e-mel merupakan kaedah baharu untuk menjalinkan hubungan cinta. Tanpa mengenal usia (tua,muda), status (bujang, duda, janda) dan sangat mudah menggunakan semua aplikasi hanya dihujung jari. Sebenarnya, hubungan melalui internet menjadikan manusia lebih cepat mesra. Lebih berfikir apa yang patut ditulis dan bagaimana untuk mempersembahkan diri. Ini kerana, komunikasi melalui internet ini mudah menunjukkan diri sebenar (true self) seperti watak, sifat dan diri banyak ditonjolkan melalui tulisan.

Cinta online itu juga adakalanya menyebabkan ramai anak gadis dan wanita berkerjaya yang terpedaya. Hinggakan cinta dalam talian menyebabkan patah hati dan membawa kebinasaan. Walaupun cinta online, ia telah terbentuk emosi setiap kali manusia melakukan komunikasi secara dalam talian. Bergantung kepada niat seseorang. 

Berdasarkan kepada satu kajian psychology science menunjukkan mencari jodoh secara online ini sia-sia kerana seseorang akan tertarik ketika berjumpa secara langsung. Tiada jaminan akan mendapat jodoh yang sepadan dan banyak calon-calon jodoh itu terpaksa  menghabiskan lebih banyak waktu untuk mengenali seseorang. 
Orang yang ingin mencari cinta melalui cinta online perlu menerima hakikat bahawa, individu yang kita chatting itu sebenarnya mempunyai pelbagai personaliti, fizikal, emosi, fikiran dan sebagainya. Memang banyak perbezaan kerana perhubungan awang-awangan. Jangan lekas berputus asa dan rilax je. Chilll.

Orang kata, jangan cari bahagia dalam rumah tetapi bawalah bahagia ke rumah. Maknanya apa, bahagia kene Cari, bina, pupuk dan usaha. Perlu mutual contact. Kalau sebelah pihak aje, tak jadi.

Ada orang, sudah ada pasangan sibuk mencari pasangan lain. Orang itu tidak bersyukur. Sibuk Cari bahagia dengan orang lain. Kenapa tidak bersyukur kerana sudah ada pasangan?. Jangan mencari pasal, nanti susah diri sendiri. Alasan sunyi. Bosan. Sanggup mainkan perasaan orang lain. Kalau duda janda bujang, boleh la, mereka mencari pasangan. Kita yang dah Kawen sibuk juga mencari jodoh tambahan.

Ingat, kawen itu mudah tetapi untuk pertahankan perkahwinan itu payah. Galilah ilmu dan hidupkan rumahtangga dengan takwa. Inshallah bahagia.

Berikut panduan akhlak ketika berchating. Semoga ada manfaat bersama

A) Akhlak Ketika Chatting

Niat mencari jodoh

Ikhlas kerana Allah SWT

Sentiasa berdoa kepada Allah SWT untuk memperolehi rakan chatting yang baik

Jujur

Menulis perkara yang baik-baik

Elak menulis membangkitkan kegairahan

Jaga akhlak lelaki dan perempuan

Perbincangan Topik yang bermanfaat

Bijak berkomunikasi agar tidak menyakitkan hati


B) Akhlak Ketika Berjumpa

Niat bertemu untuk mencari pasangan hidup

Doa kepada Allah SWT memberi hidayah pertemuan tersebut dan memberi keselamatan diri

Beritahu dalam diri, orang boleh terima diri kita atau menolak (Supaya kita sentiasa bersedia)

Menerima seadanya orang berada dihadapan kita

Menghargai pertemuan

Pertemuan tempat yang tidak sunyi dan mendatangkan fitnah

Ajak ke tempat makan yang sederhana atau murah. Fikir ekonomi pasangan itu

Tidak mengkritik cara pakaian/personaliti

Jadi diri sendiri

Ketika bercakap, jangan tunjuk diri itu hebat dari segi ilmu pengetahuan, harta, pekerjaan

Topik perbincangan yang dijauhkan seperti politik, harta benda pasangan, jangan banding  orang lain, jangan memperkecilkan hobi dan sebagainya

Sebelum berpisah, ungkapkan ucapan "terima kasih, jaga diri"


C) Akhlak Ketika Menolak Cinta 

Apabila kita telah menemui si dia dan mendapati tidak menepati standard kualiti kehendak kita, maka sudah pasti kita ingin menyampaikan niat untuk tidak meneruskan perhubungan ini tanpa ada kesan sakit dihati pasangan. Maklumlah, semasa online kita sangat baik melayan tetapi setelah berjumpa secara langsung hati memberontak tidak suka. Ada yang membalas mesej yang kasar dan menyakitkan hati, diam diri dan tidak langsung menjawab mesej langsung. Besar sangat ke kesilapan pertemuan itu?. Hahaha.
Maka, kita sebagai orang Islam, akhlak perlu dijaga bagaimana untuk menolak cinta. Menolak cinta perkara mudah tetapi ia menjadi sulit enggan menyakiti seseorang. Jika kita tidak sukakan dia, jangan terus menolak. Lakukan Istikharah dahulu, Serahkan semuanya pada Allah. Kerana siapa yang tahu jika ternyata dia yang terbaik untukmu. Selepas itu, berterus terang.

D) Tindakan Kita Ketika Cinta Ditolak
Kita seharusnya bersedia untuk orang menerima dan menolak cinta kita atas faktor-faktor yang sukar untuk dijelaskan kerana dunia realitilah yang menentukan hubungan itu.  Antara tindakan kita ketika cinta ditolak adalah:
Contohi sifat Rasulullah SAW seorang pemaaf. Baginda tidak mudah berasa sakit hati apatah lagi berdendam walaupun diperlakukan dengan pelbagai perbuatan menyakitkan, bahkan turut mengancam nyawanya. Jadikan diri kita jiwa yang besar.
Mendoakan untuk dirinya dan mohon keampunan Allah SWT walaupun hati kecewa.
Perbuatan sakit hati, mudah marah, menyimpan kebencian serta dendam pada orang lain akan menggganggu kesihatan jasmani seperti stres dan meningkatkan tekanan darah.

Kesimpulan
Perjuangan menuju pernikahan ada banyak cabarannya. Niat mencari kerana Allah SWT agar kita memperolehi ganjaran akhirat. Kadang perjuangan kita beroleh kejayaan dan ada kalanya menemui kecewa. Jangan berputus asa mengharapkan rahmat Allah SWT dan sentiasa berdoa banyak-banyak padaNya.
A087

Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".(Yusuf 12:87)