Monday, 24 December 2018

CINTA ONLINE



Ketangkasan era baharu revolusi industry telah memberi natijah terhadap gangguan perubahan (disriputuve change) terhadap nilai dan hubungan kemanusiaan dalam konteks sosiobudaya. Fenomena komunikasi dan interaksi era kesalinghubungan digital (hyperconnected) telah memberi impak bersifat revokusioner dalam mentafsirkan semula reality sosial-kemasyarakatan dunia global saat ini. Tanpa menafikan manfaat teknologi kerana ianya telah berubah gaya hidup masyarakat dan interaksi manusiawi dalam kehidupan seharian. Berselindung disebalik komunikasi mendekatkan yang jauh dan merapatkan yang dekat, manusia zaman ruang siber kelihatannya semakin individualistic, narsisistik dan sarkastik dalam lingkungan (public sphere). Ketika ini, institusi tradisi seperti keluarga, perkahwinan, kejiranan, komuniti dan masyarakat sedang melalui proses nyahinsani (dehumanization) dalam bentuk sindrom ketagihan media sosial dan kemabukan teknologi yang dirangkul erat-erat.

Perkembangan teknologi telah membawa era baharu seseorang untuk mencari teman wanita atau teman lelaki dengan kaedah yang pelbagai. Dahulu, orang menulis surat dan diposkan kepada kekasihnya yang jauh. Menunggu lama untuk mendapat balasan surat. 

Kini, semua jenis aplikasi online seperti Facebook, Twitter, MySpace, Tinder dan e-mel merupakan kaedah baharu untuk menjalinkan hubungan cinta. Tanpa mengenal usia (tua,muda), status (bujang, duda, janda) dan sangat mudah menggunakan semua aplikasi hanya dihujung jari. Sebenarnya, hubungan melalui internet menjadikan manusia lebih cepat mesra. Lebih berfikir apa yang patut ditulis dan bagaimana untuk mempersembahkan diri. Ini kerana, komunikasi melalui internet ini mudah menunjukkan diri sebenar (true self) seperti watak, sifat dan diri banyak ditonjolkan melalui tulisan.

Cinta online itu juga adakalanya menyebabkan ramai anak gadis dan wanita berkerjaya yang terpedaya. Hinggakan cinta dalam talian menyebabkan patah hati dan membawa kebinasaan. Walaupun cinta online, ia telah terbentuk emosi setiap kali manusia melakukan komunikasi secara dalam talian. Bergantung kepada niat seseorang. 

Berdasarkan kepada satu kajian psychology science menunjukkan mencari jodoh secara online ini sia-sia kerana seseorang akan tertarik ketika berjumpa secara langsung. Tiada jaminan akan mendapat jodoh yang sepadan dan banyak calon-calon jodoh itu terpaksa  menghabiskan lebih banyak waktu untuk mengenali seseorang. 
Orang yang ingin mencari cinta melalui cinta online perlu menerima hakikat bahawa, individu yang kita chatting itu sebenarnya mempunyai pelbagai personaliti, fizikal, emosi, fikiran dan sebagainya. Memang banyak perbezaan kerana perhubungan awang-awangan. Jangan lekas berputus asa dan rilax je. Chilll.

Orang kata, jangan cari bahagia dalam rumah tetapi bawalah bahagia ke rumah. Maknanya apa, bahagia kene Cari, bina, pupuk dan usaha. Perlu mutual contact. Kalau sebelah pihak aje, tak jadi.

Ada orang, sudah ada pasangan sibuk mencari pasangan lain. Orang itu tidak bersyukur. Sibuk Cari bahagia dengan orang lain. Kenapa tidak bersyukur kerana sudah ada pasangan?. Jangan mencari pasal, nanti susah diri sendiri. Alasan sunyi. Bosan. Sanggup mainkan perasaan orang lain. Kalau duda janda bujang, boleh la, mereka mencari pasangan. Kita yang dah Kawen sibuk juga mencari jodoh tambahan.

Ingat, kawen itu mudah tetapi untuk pertahankan perkahwinan itu payah. Galilah ilmu dan hidupkan rumahtangga dengan takwa. Inshallah bahagia.

Berikut panduan akhlak ketika berchating. Semoga ada manfaat bersama

A) Akhlak Ketika Chatting

Niat mencari jodoh

Ikhlas kerana Allah SWT

Sentiasa berdoa kepada Allah SWT untuk memperolehi rakan chatting yang baik

Jujur

Menulis perkara yang baik-baik

Elak menulis membangkitkan kegairahan

Jaga akhlak lelaki dan perempuan

Perbincangan Topik yang bermanfaat

Bijak berkomunikasi agar tidak menyakitkan hati


B) Akhlak Ketika Berjumpa

Niat bertemu untuk mencari pasangan hidup

Doa kepada Allah SWT memberi hidayah pertemuan tersebut dan memberi keselamatan diri

Beritahu dalam diri, orang boleh terima diri kita atau menolak (Supaya kita sentiasa bersedia)

Menerima seadanya orang berada dihadapan kita

Menghargai pertemuan

Pertemuan tempat yang tidak sunyi dan mendatangkan fitnah

Ajak ke tempat makan yang sederhana atau murah. Fikir ekonomi pasangan itu

Tidak mengkritik cara pakaian/personaliti

Jadi diri sendiri

Ketika bercakap, jangan tunjuk diri itu hebat dari segi ilmu pengetahuan, harta, pekerjaan

Topik perbincangan yang dijauhkan seperti politik, harta benda pasangan, jangan banding  orang lain, jangan memperkecilkan hobi dan sebagainya

Sebelum berpisah, ungkapkan ucapan "terima kasih, jaga diri"


C) Akhlak Ketika Menolak Cinta 

Apabila kita telah menemui si dia dan mendapati tidak menepati standard kualiti kehendak kita, maka sudah pasti kita ingin menyampaikan niat untuk tidak meneruskan perhubungan ini tanpa ada kesan sakit dihati pasangan. Maklumlah, semasa online kita sangat baik melayan tetapi setelah berjumpa secara langsung hati memberontak tidak suka. Ada yang membalas mesej yang kasar dan menyakitkan hati, diam diri dan tidak langsung menjawab mesej langsung. Besar sangat ke kesilapan pertemuan itu?. Hahaha.
Maka, kita sebagai orang Islam, akhlak perlu dijaga bagaimana untuk menolak cinta. Menolak cinta perkara mudah tetapi ia menjadi sulit enggan menyakiti seseorang. Jika kita tidak sukakan dia, jangan terus menolak. Lakukan Istikharah dahulu, Serahkan semuanya pada Allah. Kerana siapa yang tahu jika ternyata dia yang terbaik untukmu. Selepas itu, berterus terang.

D) Tindakan Kita Ketika Cinta Ditolak
Kita seharusnya bersedia untuk orang menerima dan menolak cinta kita atas faktor-faktor yang sukar untuk dijelaskan kerana dunia realitilah yang menentukan hubungan itu.  Antara tindakan kita ketika cinta ditolak adalah:
Contohi sifat Rasulullah SAW seorang pemaaf. Baginda tidak mudah berasa sakit hati apatah lagi berdendam walaupun diperlakukan dengan pelbagai perbuatan menyakitkan, bahkan turut mengancam nyawanya. Jadikan diri kita jiwa yang besar.
Mendoakan untuk dirinya dan mohon keampunan Allah SWT walaupun hati kecewa.
Perbuatan sakit hati, mudah marah, menyimpan kebencian serta dendam pada orang lain akan menggganggu kesihatan jasmani seperti stres dan meningkatkan tekanan darah.

Kesimpulan
Perjuangan menuju pernikahan ada banyak cabarannya. Niat mencari kerana Allah SWT agar kita memperolehi ganjaran akhirat. Kadang perjuangan kita beroleh kejayaan dan ada kalanya menemui kecewa. Jangan berputus asa mengharapkan rahmat Allah SWT dan sentiasa berdoa banyak-banyak padaNya.
A087

Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir".(Yusuf 12:87)





No comments: