Friday, 29 March 2019

DOA JODOH



Cari Jodoh  


Ayat 36 (Surah Yassin) bermula “Subhanal lazi ……….’ (baca ditapak tangan dan tiup sapu ke muka sebanyak 3x). 

Suami tak cari lain


Surah Ali Imran (Ayat 200) bermula ‘Ya ayuhal lazi …..’ baca dan tiup kepada suami, nescaya tak cari yg lain. 

Nak hilangkan jeragat


Baca Surah Yusof ayat 3 & 4 sapu ke muka dengan air asam jawa. 

Untuk Kanser & Mandul


Surah Yassin ayat 82 baca 100x, 41 malam tiup dalam air dan minum selama 41 pagi. 

Nak Cantikkan Muka, kena baca pantun dulu.

          Air setitik dlm syurga

          Aku nak basuh

          Bintang Kamal Bintang Bercahaya

          Cahaya Allah Cahaya Baginda Rasulullah

          ‘La Ilahhailallah Muhamadarasulullah’         

basuhlah muka ratakan biar ia kering amalkan selalu.

Bila orang selalu melemparkan kata-kata yg buruk kpd. kita bacalah ayat 29 Surah Yassin.

Sakit Kepala


Al-Fatihah 7x atau 21 x sapu di kepala


Sakit Perut


Tadah air hujan malam Jumaat baca Al-Fatihah 3x dan besoknya berpuasa, bila berbuka minum air tersebut.


Orang tak balik


Tulis ‘La Ilahhailallah – kirim (beri pd. org yg tak balik melalui kawan) potong dua, Muhamadarasulullah – kita simpan.


Sakit Urat / terseliuh


Tumbuk-tumbuk di tempat sakit jangan kuat sangat nanti lagi sakit, baca Surah Yassin ayat 78-79.


Untuk Buat Air Penawar (untuk penyakit atau lain-lain) diniatkan dng ikhlas terlebih dahulu sebelum memulakannya.

1.             Ayat Shifa

2.            Doa Surah Al-Kahfi ayat 10 bermula ‘Rabana……….dibaca 3x atau 7x atau 10x.

3.            Sesudah baca hembus – di air habis nafas

4.            Al-Fatihah - dibaca 3x atau 7x atau 10x.

5.            Ayat Kursyi dibaca 3x atau 7x atau 10x.

6.            Ayat 13 surah al-Kahfi bermula ‘Inahumfidyatun…..

7.            Ayat 14                                Ala kulu bihim…….

8.             Ayat 17                               ‘Man yah…diLahhu

9.            Ayat 24                                ‘Wazkurabaka …..

10.         Ayat 27                               ‘Walantajida min dunihi…….’

Ingatan:

Baca Yassin jangan terlalu dekat dengan orang yg meninggal dunia.


Selalu baca Selawat Nabi asalkan Ikhlas.


Bila kita berkeadaan berduka cita tersangat sedih bacalah Lafaz ‘Ina Lillah Wa Ina Lillahirojiun’.

Kalau nak ganti puasa jangan buat selepas Nisfu Shaaban.


Bila kasut rosak jangan pakai sebelah kaki saja, buka kedua-duanya. (ibarat berjalan spt. Syaitan)


Baca ayatulkursyi nak pergi ke mana-mana.  InsyaAllah selamat.


Berpuasalah di bulan-bulan putih iaitu 13, 14 dan 15 tengok kalendar bulan Melayu bukannya bulan orang putih.

Bila melihat bulan bacalah doa:  Aku beriman akan yg telah menjadikan engkau wahai bulan, ya Allah’.

JADIKAN AMALAN HARIAN

Syukur ada 4 macam pada waktu pagi



1.             Alhamdulillah segala puji yang menerangkan hati dengan Nur Hidayah.

2.            Segala puji jadikan aku umat Nabi Muhammad.

3.            Segala puji dari Allah tidak jadikan rezeki ditangan orang lain.

4.            Segala puji bagi Allah telah menutupi kejelekan kami



Laris Berniaga


Baca Surah Al-Fathir ayat 29-30.


Hilang Barang


Baca Salawat banyak-banyak


Dikejar anjing

Assalamualaika Ya Katemir (temukan ibu jari dan jari manis - makrifat)

Orang Tak Solat


Baca Ayat 40 Surah Ibrahim setiap kali selepas Sembahyang.

Doa Untuk Mata (Tidak Rabun)

Bila dengar azan sampai ke Ashaduallah…………muhamadarasulullah, temukakan kedua-dua ibu jari baca ayat 22 surah qaaf sebanyak 7x, sapu kedua-dua jari (kuku) di mata (dari tepi batang hidung ke luar).


22. Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini, maka Kami singkapkan daripadamu tutup (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu sangat tajam.


Menjadi kaya


Baca surah al-waqiah

Doa Murah Rezeki


Ya Allah, sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia, dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.  Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia; jika ia sedikit, banyakkanlah ia; dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami mudahkanlah ia, serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu, wahai Yang Maha Pengasihi diantara yang pengasih.

Murah Rezeki


Baca ayat ini semasa membuka pintu / tingkap atau tempat perniagaan.

Doa Ketika Sujud


Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah
satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.


"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."




Otak Cergas



Baca alam nas rah, letakkan tangan di dahi dan baca Ya-Allah Ya-Shadid sebanyak 21x untuk cerdaskan otak anak-anak.






Khasiat Al-Fatihah



1.       Sembuh Penyakit - Baca Al-Fatihah 7x dan pegang tempat yang sakit, dan berdoa “Ya-Allah Ya Tuhanku Sembuhkan Penyakit ini, kemudian baca Salawat”.





2.       Baca Al-Fatihah sebanyak 7X (di waktu pagi ) di tapak tangan dan hembus, sapu ke muka dan perut (orang tak nampak kita dan perut tak lapar).




3.       Dibaca setiap hari dan malam – hindarkan penyakit malas.




4.       Air tadahan wuduk dibacakan Al-Fatihah sebanyak 41 x dan dimandikan pada budak yang sangat nakal.




5.       Dibaca Al-Fatihah dan Suratul Al-Ikhlas bila masuk ke rumah dihindari dari menjadi fakir, papa dan mendapat kebaikan dalam rumah.




6.       Dibaca dan dihembus pada orang yang sakit sebanyak 41x.




7.       Bagi menyimpan barang-barang yang berharga bacakan Al-Fatihah.




8.       Sunat dibaca Al-Fatihah bila memasuki masjid dan keluar masjid.




9.       Jika ada anak-anak yang tak mahu tidur atau diganggu tulis bismillah sebanyak 21 dan letak di bawah bantal.




10.     Baca Al-Fatihah 1x dan Surah Al-Ikhlas 3x dan beri salam baru masuk ke dalam rumah (hindar dari kepapaan dan jiran suka pada kita).




11.      Tiap2 hari baca Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 3x dapat menghindar dari kesusahan.






Doa Perlindungan Untuk Anak-anak





Aku berlindung dengan berkat kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari setiap syaitan dan yang mengganggukan juga dari setiap penglihatan yang membahayakan.




Doa pelindung diri ketika berdepan dengan musuh (terancam) baca surah Yassin ayat 9, kita dilindungi musuh tidak nampak.




Baca setiap hari surah altaubah ayat 128:










hareesun AAalaykum bialmumineena raoofun raheemun








Fain tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huwa AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAatheemi




Terjemahannya:

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai 'Arasy yang besar."




Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.

2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.

3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.

4. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.



Ayat hasbiya Allahu la ilaha (di atas) baca sampai habis pagi dan petang Allah mencukupkan apa yang tak cukup dalam hidup kita. Contoh duit gaji walaupun sedikit dia membawa berkat cukup saja untuk menampung sekeluarga.




DOA KETIKA KESULITAN


DALAM KERJA-KERJA YG DILAKUKAN




Ya Allah! Tiada Tuhan Yang Mudah Kecuali Apa Yang Engkau Jadikan Mudah dan Engkau Telah Jadikan Tanah Keras dan Gersang itu Gembur dan Subur.






DOA ANGIN AHMAR – BACA SELEPAS SETIAP SOLAT


Aku berlindung dengan Allah dari penyakit angin ahmar dan penyakit yang besar dan berat dari menimpa atas diri dan roh darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat sarafku.  Maha suci engkau, apabila engkau menghendaki sesuatu maka hanya engkau mengatakan jadilah maka jadilah ia.


Awet Muda




Sekadar berkongsi ilmu yg baik utk diamalkan bersama. Pada kaum bapa panjangkan ilmu ini kepada kaum ibu yg dirumah.

Ustazah Fatima Az zahrah menurunkan petua untuk menjaga kepemperempuanan kita supaya sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat dalam Surah al-Waqiah.

("Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh perempuan untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri kita & utk kebahagiaan rumahtangga kita.




Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara
(yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.



Dan…




1.             Sentiasa mengukir senyuman (merupakan sedekah)


2.            Amalkan solat sunat pada waktu malam


3.            Banyakakan baca quran dan zikir selepas solat


4.            Digalakan makan buah kurma, tetapi bukan yg diimport dari negara barat (ada campuran lain)


5.            Makan nasi jangan berulam air




Persiapan sebelum pergi menunaikan umrah


  1. Perbanyakkan solat taubat


Ketika keluar dari rumah menuju airport


Baca doa:        Ya Allah tutup keaibanku jangan aku dipermalukan.


Ketika dalam kapal terbang


  1. Sahadah - dari mulut dan meresap kehati
  2. Istighfar (ulang banyak kali)
  3. Salawat Nabi
  4. Talbiah (Labaikallah…….. aku sahut seruanMu ya Allah)



Pasang niat di Miqat


Pasang niat dengan bercakap dengan Allah (Ya Allah aku datang nak menunaikan umrah aku haramkan atas diriku perkara yang halal semata-mata kerana Mu  Ya Allah sekiranya umrah aku terhalang, aku jadi orang yang halal). 
Jika datang haid (baca tabadyada…..)


Ya Allah, aku pohon padaMu berhentikan haidku supaya aku dapat mengerjakan umrah dengan sempurna ya Allah.  Aku berazam sekiranya haidku segera berhenti wajib atasku tunaikan nazar contoh nazar - tawaf sunat @ baca al-quran @ solat surat 2 rakaat @ sedekah (apa-apa nazar pilih salah satu).

semoga mendapat manfaat...  banyak lagi doa2 lain…….


USAHLAH TERLALU SUKA DAN TERLALU BENCI



Jika kita menyukai seseorang, janganlah terlalu menyukai, kelak kita tidak nampak apa-apa kekurangan pada dirinya. Jika membenci seseorang, janganlah kamu terlalu membenci, kelak kamu tidak melihat sebarang kebaikan pada dirinya lagi.

Manusia menjadi buta tatkala dia terlalu menyukai, terlalu meminati dan terlalu mengangumi. Kamu menyukai seseorang, kamu akan terpegun dengan kata-katanya, kamu meminati sesuatu kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkannya meskipun kadang-kadang usaha kamu itu menempuh sejuta bahaya, kamu mengagumi kamu buta untuk melihat sebarang kecacatan yang ada padanya. Ramai orang menjadi mangsa kesukaan yang terlalu, rasa minat yang amat memdalam serta kekaguman yang tinggi.

Bersederhanalah dalam menyukai, meminati dan mengagumi, kelak kamu akan lebih berhati-hati tatkala melangkah, tatkala membuat keputusan dan tatkala menyintai. Ramai orang menjadi mangsa kesukaan yang terlalu, rasa minta yang amat mendalam serta kekaguman yang tinggi.

Jika kamu terlalu mengharap, kamu akan terlalu kecewa apabila gagal. Mengharapkan itu boleh, tapi usah terlalu hingga kamu tidak nampak sebarang kebaikan lagi apabila gagal. Setiap kegagalan menyimpan kejayaan, setiap masalah membuka peluang, setiap jalan rezeki yang tertutup banyak lagi yang akan terbuka.

Jika kamu gagal mendapatkan perhatian, itu baik sebab sekurang-kurangnya kamu ada pilihan lain dan tidak terpenjara oleh yang satu. Jika kamu berjaya, itu baik sebab ia mungkin pilihan yang terbaik. Tetapi usahkanlah terlalu meminati sebab apabila kamu mula tidak dipedulikan, kamu akan teramat kecewa dan usahlah terlalu benci sebab dengan itu kamu tidak akan dipedulikan.

Kita mudah buta oleh kilauan permata di hadapan mata. Kita ambil, kita gilap dan kita simpan. Kita berbangga dengan permata itu dan menganggap kita telah mendapat puncak kebahagiaan dalam hidup.

Ramai orang menjadi keliru oleh silauannya mata melihat cahaya yang memancar. Permata tidak semuanya asli. Kalau mudah diperolehi, tentu bukan asli. Mengapa tidak ambil, teliti dan letakkan kembali kembali. Kemudian fikir. Jika ia tulen, usahakanlah untuk memilikinya, jika ia tulen, usahakanlah untuk memilikinya, jika ia palsu tinggalkan atau ambil dan simpan. Kalau ada orang berhajatkannya, jual atau berikan saja. Yang palsu tentu tidak berharga malah lebih sakit memeliharanya nanti. Luarnya indah, cukup masa ia menggelupas dan mendedahkan apa yang sebenarnya di dalam.

Tatkala kita terngadah, terasa sakit akibat terhantuk telah banyak kali kita alami. Mengapa kita tidak nampak meskipun kita bukan cacat pnglihatan? Mengapa kita gagal melihat gajah di hadapan mata sedangkan kita sudah lama kenal rupa gajah?

Jawapannya, apabila kita terlalu meminati kita akan hilang pertimbangan. Otak kita telah berpegang pada satu-satu prinsip sebelum ia membuat taakulan. Taakulan adalah kebolehan menilai sesuatu mengikut fikiran logik. Penilaian yang didasarkan pada prinsip biasanya lebih berpihak pada prinsip tersebut.

Maka usah terlalu meminati kelak kamu akan menjadi buta tuli. Semua orang kamu melihat buruk, tetapi kamu melihat cantik. Semua orang berkata yang sama, tetapi kamu masih tidak mendengar apa-apa.

Jika melihat permata usah terlalu hairan dengan kilauannya permata itu, tapi lihat juga dari mana datangnya cahaya. Ada kalanya cahaya yang dibiarkan oleh permata datangnya dari cahaya kalimantang yang tidak menyuburkan tanaman.

Bersederhanalah adalah jawapan kepada semua persoalan.

Wednesday, 27 March 2019

TAHARAH (BERSUCI)



Orang yang buta mata hati tidak dapat memahami peringkat bersuci. Hanya mengerti tahap rendah iaitu taharah luaran sahajaHanya menumpu luaran menghabiskan masa untuk beristinjak dan membasuh kain. Tanpa prihatin terhadap kebersihan yang bersifat batin.

Sayidina Umar Al-Khattab tidak menyusahkan diri dengan meragui kebersihan dan kesucian air dari kendi orang Nasrani bagi tujuan berwuduk. Para sahabat sering mengerjakan solat di atas tanah di dalam atau luar masjid tanpa bimbang kesucian dan kebersihan tanah kerana mereka tahu bahawa sifat semula jadi tanah itu suci.

Ramai orang hanya memikir kebersihan anggota zahir. Mereka tidak peduli kebersihan rohani sama ada rezeki yang di makan hasil daripada sumber halal atau haram. Malangnya ramai orang tidak peduli kebersihan di hatinya dari najis hasad, takabbur, ujuk, jahil, riyak dan nifak.

Kita tidak merasa jijik apabila mendirikan solat dengan keburukan sifat mazmumah dan kejahilan yang terbeban dalam hatinya bersama solatnya. Walau bagaimanapun, kebersihan zahir itu tidak diabaikan meskipun ia merupakan kebersihan yang paling terkebawah di sisi ulama terdahulu berbanding kebersihan yang bersifat rohaniah.

Bersuci yang zahir terbahagi kepada tiga (3):
  • Suci dari perkara keji – berkait dengan tandas iaitu syaitan. Dedah aurat dalam tempat yang cemar seperti tandas juga dikira keji kerana ia boleh memberi peluang kepada syaitan untuk berperanan. Oleh itu Nabi SAW mengajar sebagaimana doa ketika hendak memasuki tandas. 


“Ya Allah Ya Tuhanku, aku minta perlindungan Mu dari khubuts dan khabaits”
  
  • Suci dari hadas besar dan kecil
  • Suci dari “fadhulatilbadani” seperti daki, kuku panjang. Disucikan dengan mandi atau membasuhnya untuk mengelak terkumpul najis yang terlindung.
Kebersihan yang zahir belum memadai selagi hati belum dibersihkan kerana disatukan tempat (fokus) pandangan Allah SWT kepada makhluknya. Oleh itu, berasa malu menghadap Allah SWT dalam keadaan kekotoran mazmumah. Maka, orang itu sedar dengan membersihkan hati hanya bertaubat, suci bersih dari sifat mazmumah yang dibenci oleh Allah SWT. Perangai yang dibenci adalah jahil, sombong, dengki, dendam, khianat dan seumpamanya. Justeru itu, berperangai dengan sifat mahmudah itu lebih baik daripada menumpukan kerja terhadap kebersihan zahir dan batin.