Monday, 16 March 2020

ALLAH SWT SEBAIK-BAIK PENOLONG

Image result for nur fazura bertudung

A145
Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur.(A-li'Imraan 3:145

A149
Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan orang-orang yang kafir nescaya mereka akan menolak kamu kembali kepada kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi.(A-li'Imraan 3:149)

A150
(Janganlah kamu taatkan mereka!) Bahkan (taatlah kepada) Allah Pelindung kamu, dan Dia lah sebaik-baik Penolong.(A-li'Imraan 3:150

Tuesday, 10 March 2020

WUDUK MENCUCI ANGGOTA, JIWA DAN DOSA


Solat fardu adalah ibadat asasi berasaskan nas al-Quran dan hadis Nabi SAW. Ia jug merupakan satu cara kaum Muslimin mengabdikan diri dan bermunajat (berinteraksi) dengan Allah SWT. Selain solat fardu ada juga solat sunat untuk menzahirkan rasa kesyukuran dan mengakui keanggunan Tuhan serta mengiktiraf kan bahawa hanya Allah SWT Tuhan Yang Maha kuasa. Allah SWT memerintahkan terlebih dahulu bertaharah atau berwuduk sebelum seseorang itu menunaikan fardu solat. Bertaharah memberi makna bersuci dari najis dan juga adas. Wuduk bukan semata mencuci anggota zahir seperti muka, tangan, kepada dan kaki. Sebenarnya berwuduk lebih suci dan lebih cemerlang kerana wuduk juga mencuci jiwa dari dosa.
Ia mencucikan kekotoran maknawi yang diertikan sebagai ‘hadas kecil’ jenis kekotoran yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata kasar. Dengan berwuduk, hadas kecil itu terangkat dari diri seseorang. Wuduk yang dianjurkan oleh Islam bagi melayakkan seseorang melakukan ibadat solat yang difardukan oleh Allah SWT. Perintah wuduk itu berasaskan firman Allah SWT yang bermaksud:

Jika seseorang dalam musafir atau sukar mendapatkan air untuk berwuduk dan mandi untuk mengangkat hadas besar (junub) Allah SWT memberikan kemudahan alternatif (rukhsah) mengangkat hadas dengan bertayamum sebagaimana firmanya yang bermaksud:

Dengan kaedah tayamum itu akan mudahlah orang Islam untuk menunaikan kewajipan solat meskipun sukar mendapatkan air atau sakit yang tidak boleh terkena air. Walaupun kelihatannya begitu sulit terutama bagi orang yang tinggal di kawasan sukat mendapatkan air namun sebenarnya Allah SWT menghendaki supaya orang-orang yang beriman sentiasa dalam keadaan bersih dan suci dari hadas. Sebagaimana firmanya yang bermaksud:


A006
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.(Al-Maaidah 5:6) 
Kebersihan itu suatu tuntutan dalam Islam dan Allah SWT menyukai orang yang bersih, manusia diasuh kan oleh Islam hingga mengenali cemar dan suci, tidak sekadar zahir malah yang maknawi seperti hadas kecil dan hadas besar. Justeru itu, Allah SWT datang kan para rasul dengan syariat untuk mendidik manusia agar sentiasa suci dari cemar yang maknawi itu kerana Allah SWT menyukai  orang-orang yang sentiasa bersih suci. Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:


A108
Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).(At-Taubah 9:108
Allah SWT turunkan pelbagai ayat mengenai taharah. Para ulama fiqh menghimpunkan sebagai satu kaedah berkempen supaya kaum Muslimin sentiasa gemar untuk membersihkan diri dan bersuci terutamanya dari cemat maknawi iaitu hadas kecil dan hadas besar. Setelah dikemukakan dalil dari nas al-Quran mengenai taharah kini disusuli pula dengan nas Sunah Nabi SAW sebagai dalil mengenai kewajipan bersuci. Rasulullah SAW yang bermaksud;
“Bermula kunci solat itu ialah bersuci (wuduk)”.
Solat merupakan buah tangan yang dipersembahkan oleh manusia kepada Allah SWT. Gedung solat itu mesti dibuka dengan anak kunci khas. Nabi SAW menyatakan bahawa anak kunci solat ialah “At-Tohur” (bersuci). Dengan pengertian bahawa solat orang yang tidak didahului dengan bersuci  (wuduk), tidak diterima Allah SWT.
Hadis Nabi SAW lagi bermaksud: "Bermula agama (Islam) itu terima di atas kesucian (kebersihan).”
Jika agama diibaratkan bangunan maka kehebatan dan kekukuhan bangunan itu terletak kepada bersesuaian dan kekukuhan tapak yang disediakan. Nabi SAW menegaskan bahawa kebersihan (At-Tohur menjadi tapak asas kekukuhan binaan agama. Kuat atau tidaknya agama kepada seseorang bergantung sebanyak mana kebersihan (At-Tohur) yang ada padanya. Dengan berdalilkan nas Al-Quran dan Sunah Nabi SAW memberi ingatan supaya umat Islam benar-benar menjadi insan yang sentiasa dalam keadaan bersih.
Memandangkan kepada dalil-dalil sya’ei yang dikemukakan maka orang yang berakal fikiran semestinya memahami kenyataan-kenyataan itu. Bahawa perkara yang paling penting dalam pengajian agama ialah tanggungjawab membersihkan hati. Serta menjaganya agar hati sentada bersih. Meskipun dalil nas al-Quran dan sunah Nabi itu menujukkan perkara yang membersihkan zahir namun jauh dalam kefahaman orang yang beriman mengenai sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Kebersihan (At-Tohur) itu sebahagian dari (tuntutan) iman”.
Kalau yang zahir pun dituntut oleh agama supaya bersih (suci) maka tidak munasabah agama tidak memberi perhatian kepada kebersihan yang batin lalu anggota rohaniah dibiarkan kotor dan cemar.

FADILAT AZAN DAN IQAMAT


Saksi mempunyai peranan penting dalam setiap perbicaraan sama ada mahkamah di dunia lebih-lebih lagi mahkamah akhirat. Selain merujuk kepada rekod yang telah disediakan keterangan diambil kira untuk keputusan perbicaraan yang adil. Sebelum seseorang dimasukkan ke syurga atau neraka tidak kira sama ada mereka bertaraf raja atau manusia biasa  semuanya tidak terkecuali dari menghadapi mahkamah Qadhi Rabbul Jalil di mana Allah SWT sendiri menjadi hakimnya di akhirat kelak. Menghadapi hari perbicaraan yang besar itu, apa menjadi pengagungan manusia untuk melepasi perbicaraan itu selain mengharapkan pahala amal yang salih maka peranan saksi menjadi sandaran terakhir.
Untuk mendapat seberapa ramai saksi khususnya untuk perbicaraan di mahkamah akhirat kelak di antaranya adalah dengan melaungkan azan setiap kali hendak menunaikan solat fardu. Berdasarkan sabda Nabi SAW bahawa setiap yang mendengar seruan azan akan menjadi saksi di mahkamah akhirat.
Memukul beduk untuk memanggil orang ramai menunaikan solat fardu berjemaah tindakan itu tidak akan menjadi saksi kerana ia tiada tersenarai dalam sunah Nabi SAW malah ia dianggap bidaah. Seruan azan dimulai dengan laungan ‘Allahu  Akbar’ kalimah paling agung yang membawa maksud hanya Allah Maha Besar selainnya kecil dan kerdil belaka. Di ikuti pula dengan dua kalimah syahadat kalimah yang mengukuhkan keyakinan orang yang beriman terhadap Allah SWT dan juga terhadap RasulNya Muhammad SAW.
Kalimah syahadatain itu menjadikan seseorang sanggup menjadi saksi di hadapan Allah SWT bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah SWT. Sanggup menjadi saksi di hadapan Allah bahawa Nabi Muhammad SAW itu adalah Nabi Nya dan RasulNya yang terakhir di dunia ini. Berhubung dengan azan itu Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
Apabila seseorang mendengar seruan azan, maka mereka dikehendaki menjawab sebagaimana yang dikata dalam seruan azan itu, Kecuali apabila di seru ‘Haiya alas solah’ dan ‘Haiya alal falal’ maka hendaklah dijawab dengan ‘Lahaula wala quwata illa billah’ (tiada daya upaya kecuali dengan kudrat Allah SWT).
Nabi SAW mengajar laungan ‘Hiyayatain’ oleh muazzin itu dijawab dengan ‘Lahaula wala quwata illa billah’ kerana solat itu hanya dari Allah SWT seseorang tidak mungkin mampu melakukannya kecuali dengan kekuatan yang dianugerahi Allah SWT. Muazzin ibarat wakil tuhan yang menjemput manusia ke masjid atau musala untuk melaksanakan solat fardu berjemaah. Orang yang mendengar azan adalah pihak yang menerima jemputan itu mereka yang memiliki tenaga kurniaan tuhan. Tidak munasabah jika tenaga yang dikurniakan Allah SWT secara percuma itu digunakan untuk mengingkari perintahNya.


Ketika muazzin melaungkan qamat dengan ‘Qad qamatish solah’ (Sesungguhnya solat yang siap sedia hendak didirikan). Orang yang mendengarnya hendak menjawab dengan ‘Aqmahallahu wa adamaha’ (Semoga Allah jadikan solat yang didirikan itu berkekalan selamatnya). Jawapan untuk seruan qamat yang ringkas itu adalah doa kepada Allah SWT agar dengan pertolongan Nya solat yang didirikan itu akan terus menerus dilakukan oleh manusia dengan berkekalan hingga kiamat. Sama ada ketika situasi sukar atau senang dalam masa aman atau sebaliknya. Apabila muazzin melaungkan seruan tashwit  (pesanan) ketika hendak mendirikan solat subuh, seruan itu berbunyi: ‘As Sholatu Khairun Minan Naum’ (solat itu lebih baik dari tidur).
Orang yang mendengarnya hendaklah menjawab dengan’ Sodaqta wa Barirta’ (benarlah seruan mu tu dan engkau telah mengajar perkataan yang penuh kebajikan) wasiat muazzin yang mengingatkan manusia bahawa solat lebih bauk dari tidur itu bukan saja suatu wasiat yang benar malah termasuk mengajar dan mendidik manusia dalam perkara kebajikan. Mereka telah mengingatkan manusia agar bangkit sari tidur lena semata-mata untuk menyahut seruan Allah SWT yang lebih baik iaitu mendirikan solat Subuh berjemaah di pagi dingin itu.
Setelah meuazzin selesai melaungkan azan hendak melafazkan doa khas kepada Allah SWT yang berbunyi:

Yang bermaksud:” Allahumma wahai Tuhan yang memiliki seruan sempurna dan solat yang sedang di siap sedia untuk didirikan semoga Engkau kurniakan wasilah dan kelebihan dan bangkitkan Nabi Muhammad dengan darjat yang terpuji yang telah Engkau janjikan kepadanya”.
Azan itu adalah seruan paling sempurna kepunyaan Allah SWT sesuai dengan tujuannya mengajak manusia mendirikan solat jemaah serta mengajak mencapai kejayaan. Sama ada kejayaan di dunia dan kejayaan mendapat keredaan Allah SWT supaya berbahagia di akhirat