Monday, 6 April 2020

MIHRAB KU

بالصور: بعد زيارتها مكّة.. الفنّانة اللُّبنانية بلباس الصلاة!

Bismillahirrahmannirahim

Tiba-tiba rasa, eh ramainya dah kembali kepada Allah SWT. Terfikir, apa yang sudah aku buat untuk persiapan balik berjumpa Allah SWT. Ada hikmahnya apabila berkurung di rumah, boleh muhasabah diri dan baiki diri yang lebih baik dan baik.

Allah SWT Maha Baik. Allah SWT tahu kita banyak dosa yang menggunung tetapi Allah SWT masih memberi peluang mengajak. Tindakan daripada konsep Mihrab
a) Meluruskan qiblat hati

b) Kesediaan mujahadah nafsu

c) Kesukaan berkhalwah/ bersunyian dengan mengingati Allah/ muhasabah diri pd waktu tertentu

d) Menanam sifat-sifat Ahli Mihrab


Sifat2 Ahli Mihrab ialah
1. Wara'
2. Sabar
3. faqir ( berhajat senantiasa kepada Allah)
4. Tawadhu'
5. Khauf ( takut pd Allah)
6. Ubudiyyah
7. Syukur
8. Tawakkul

🌹Tugasan Sesi 1
 Soroti pengalaman diri, senaraikan ramuan yg Allah telah berikan dalam hidup kita. Banyak ramuan yg Allah beri cuma kek belum kita buat utk dinikmati. 🥰
Kenalpasti sifat buruk dan kelemahan. Senaraikan
Kenalpasti sifat mahmudah atau sifat baik yang perlu dan ingin kita isi ke dalam hati
Tuliskan dan hafazkan doa2 yg ustazah kongsikan dan amalkan.


Image may contain: textNo photo description available.

Image may contain: text
Image may contain: text
No photo description available.

Image may contain: text

Tuesday, 17 March 2020

SALAH PILIH KAWAN

Image result for nur fazura bertudung

A032
(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa.(An-Najm 53:32)

A033
Adakah engkau mengetahui (keburukan) orang yang berpaling (dari menurut kebenaran kerana ia dihasut)?(An-Najm 53:33)

-Pada mulanya orang Quraisy ingin peluk Islam, tetapi diasuk oleh seorang rakan untuk kekal agama lamanya. Bahaya berkawan dengan orang yang tidak baik. Yang banyak godaan dunia.

A034
Dan setelah ia memberi sedikit pemberiannya, ia memutuskannya (kerana menurut hawa nafsunya)?(An-Najm 53:34)

-Boleh sedikit projek dunia, tinggalkan Islam. Pak saudara Nabi SAW Abu Talib, Hamzah dan Abbas, dan Abu Lahab.
- Semasa Abu Talib bertemu ajal, Abu Talib tidak mahu peluk Islam kerana rakan Abu Lahab.
-Rosak dunia sebab salah pilih kawan. Sekarang fikir bersama dengan kawan siapa. Adakah kawan bawa akhirat ke atau dunia.
-Jangan beri pahala kepada orang yang kita benci sepatutnya beri pahala kepada orang yang kita sayang.

A035
Adakah ia mempunyai pengetahuan mengenai perkara yang ghaib sehingga ia dapat mengetahui (bahawa orang lain boleh menghalang gantinya dari apa yang akan menimpanya pada hari akhirat)?(An-Najm 53:35)

-Boleh pulak kawan berjanji bahawa kita boleh selamat diakhirat. Hanya syafaat Nabi SAW boleh selamat akhirat.

A036
Atau belumkah ia diberitahu akan apa yang terkandung dalam Kitab-kitab Nabi Musa -(An-Najm 53:36

A037
Dan juga (dalam Kitab-kitab) Nabi Ibrahim yang memenuhi dengan sempurnanya (segala yang diperintahkan kepadanya)?(An-Najm 53:37

Apakah isi kandungan kitab sebelumnya. Quran sifat Muhaimin (penawar). 
-Kitab Nabi Musa akan segala perintah. 
A038
(Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja);(An-Najm 53:38

-Setiap

A039
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;(An-Najm 53:39)

Dosa sendiri dan dosa bersifat.

A040
Dan bahawa sesungguhnya usahanya itu akan diperlihatkan (kepadanya, pada hari kiamat kelak);(An-Najm 53:40)

A041
Kemudian usahanya itu akan dibalas dengan balasan yang amat sempurna;(An-Najm 53:41


A042
Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara);(An-Najm 53:42


DOA WABAK CONVID 19



Image result for bismillahillazi la yadurru ma'asmihi

Baca 3 kali pagi dan 3 kali petang. Setiap hari membaca/amal untuk mengelak semua bala.

A087
Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri".(Al-Anbiyaa' 21:87)

A088
Maka Kami kabulkan permohonan doanya, dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya; dan sebagaimana Kami menyelamatkannya Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami).(Al-Anbiyaa' 21:88

Keadaan sekarang ini, jaga IMAN. Hati, lidah dan anggota. Niat kerana Allah SWT dan buat pun kerana Allah SWT. 

Surah di bawah ini sangat penting untuk difahami

A133
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; (A-li'Imraan 3:133)

Apa beza orang muttaqim dan muslim?. Bezanya TAHAP. Orang muttaqim adalah orang yang kekal dengan muslim yang betul-betul beriman.

A134
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; (A-li'Imraan 3:134)

Dalam keadaan sekarang, tolong menolong orang lain seperti doa, maklumat-maklumat dan sebagainya.

Merujuk ayat A-li'Imraan 3:134 "mendermakan hartanya pada masa senang dan susah" Allah SWT tidak menjelaskan apa bentuk derma. Ini menunjukkan, Allah SWT memberi kebebasan apakah bentuk-bentuk derma itu yang boleh membawa untung akhirat. Tetapi, apabila merujuk ayat Al-Baqarah 2:261 menjelaskan 'derma'.
A261
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.(Al-Baqarah 2:261)

A135
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).(A-li'Imraan 3:135

A136

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.(A-li'Imraan 3:136

Image result for doa keluar rumah