Monday, 19 October 2020

QALBUN SALEEM

 



A087
"Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -(Asy-Syu'araa' 26:87)
- Merasakan hari kebangkitan itu, manusia ada potensi untuk dihina oleh Allah. 
A088
"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, (Asy-Syu'araa' 26:88
A089
"Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); (Asy-Syu'araa' 26:89)

A118

Dan (Allah menerima pula taubat) tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat mereka) hingga apabila bumi yang luas ini (terasa) sempit kepada mereka (kerana mereka dipulaukan), dan hati mereka pula menjadi sempit (kerana menanggung dukacita), serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari (kemurkaan) Allah melainkan (kembali bertaubat) kepadaNya; kemudian Allah (memberi taufiq serta) menerima taubat mereka supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. (At-Taubah 9:118

A083

Dan sesungguhnya di antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah Nabi Ibrahim. (As-Saaffaat 37:83)


A084
Ketika ia mematuhi perintah tuhannya dengan hati yang suci murni.(As-Saaffaat 37:84)

Qalbun Saleem (QS)

-Penyebab tidak menjadi QS kerana ada serangan penyakit, virus,. Penyakit ini diserang sangat berbahaya di dalam qalbun dan kesan kepada jasad. 
5 Jenis penyakit hati :
a) Syirik - tauhid
b) Bidaah - Ittibak Rasulullah
c) Hawa (ajak manusia tidak ikhlas) - Ikhlas (Qalbun Mukhlas)
d) Syahwat (tidak mahu bertakwa dan menjalani perintah Allah) - Takwa
d) Lalai (harta, pangkat) - Zikirullah

-Kewaspadaan dengan pengetahuan dan pemahaman (wahyu dan alam semesta).

- Keselamatan. (Tauhid, Ittibak Nabi SAW, Ikhlas, Takwa, Zikir)

A023
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. (Al-Hasy-r 59:23)

- Kesan QS. Iman, hidayah, ketenangan, teguh, tenteram, tunduk, khusyuk, takut, gementar, takwa, tamak disisi Allah.

MENGAPA PENTINGNYA QALBUN SALEEM?
  • Mendapat manfaat di akhirat ketika manusia dibangkitkan. Kita perlukan QS. Manusia takut mati sebab tiada persediaan. Jika bergerak aktif QS, Allah akan memberi ketenangan.
  • Akhirat. Mudah berjalan diatas sirat seolah-olah masa berlalu cepat kerana selesa/tenang. Qalbun munib.
  • Mampu berdepan masalah hidup. Masalah hidup penuh dengan ujian. Kerana gagal kerjaya, keluarga kesan penyakit axiety akhirnya membunuh diri
CARA MENDAPAT QALBUN SALEEM?

1) KEIMANAN

Punca mendapat QS dengan AlQuran

A001

Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata, -(Al-Bayyinah 98:1

A002

Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan (kepada mereka) Lembaran-lembaran Suci,(Al-Bayyinah 98:2)

A003

Terkandung di dalamnya pelajaran-pelajaran dan hukum-hukum yang benar.(Al-Bayyinah 98:3

A004

Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas nyata.(Al-Bayyinah 98:4)


A051

Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Nabi Ibrahim sebelum itu jalan yang benar dalam bertauhid, dan Kami adalah mengetahui akan halnya. (Al-Anbiyaa' 21:51

2) KEYAKINAN

Ilmu dan hikmah 

A083

"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh; (Asy-Syu'araa' 26:83

A084

"Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;(Asy-Syu'araa' 26:84)

Ayat Alam Semesta

A075

Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Nabi Ibrahim kebesaran dan kekuasaan (Kami) di langit dan di bumi, dan supaya menjadilah ia dari orang-orang yang percaya dengan sepenuh-penuh yakin. (Al-An'aam 6:75)

A260

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Baqarah 2:260)

3) INGAT AKHIRAT

A046

Sesungguhnya Kami telah jadikan mereka suci bersih dengan sebab satu sifat mereka yang murni, iaitu sifat sentiasa memperingati negeri akhirat. (Saad 38:46)


Dari Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi ” (Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya Ulum Arabiyyah) Status: Hadis Sahih

ٱتْلُ مَآ أُوحِىَ إِلَيْكَ مِنَ ٱلْكِتَٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ ۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنْهَىٰ عَنِ ٱلْفَحْشَآءِ وَٱلْمُنكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ ٱللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَٱللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ 

Terjemah Arti: Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. Tafsir Quran Surat Al-‘Ankabut Ayat 45

CIRI-CIRI QOLBUN SALIM

1. Al Inabah 

Qaf ayat 33:

(Yaitu) orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat. 

Takut hendak bermaksiat kerana takut kan azab Allah walaupun dia tahu Allah itu Ar Rahman. 

2. Al Khusyu' 

Al-Hadid ayat 16

Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik. 

Tunduk bukan ketika solat sahaja. Tetapi ketundukan kepada Allah di dalam segala keadaan, seperti Nabi Ibrahim as. 

Sad ayat 46

Sesungguhnya Kami telah mensucikan mereka dengan (menganugerahkan kepada mereka) akhlak yang tinggi yaitu selalu mengingatkan (manusia) kepada negeri akhirat. 

3. Al Ikhbat 

Al-Hajj ayat 54

Dan juga supaya orang-orang yang beroleh ilmu mengetahui bahawa ayat-ayat keterangan itu benar dari Tuhanmu, lalu mereka beriman kepadanya, sehingga tunduk taatlah hati mereka mematuhinya; dan sesungguhnya Allah sentiasa memimpin orang-orang yang beriman ke jalan yang lurus. 

Jika Khusyu' tunduk kepada Allah kerana takut kepada azab Nya.  

Al Ikhbat pula tunduk kerana cinta dan ketenangan. 

Tunduk kerana ittiba' bukan kerana taksub. 

4. Al Taqwa 

Al-Hajj ayat 32

Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syi´ar-syi´ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati. 

Perintah sembelih ketika pergi haji. Allah pandang adalah hati mereka bukan sembelihan itu. 

Mereka menjaga aturan Allah kerana takut kepada azab Allah sudah punya makrifah. Berpunca dari makrifah. Sudah kenal Allah. 

5. Al Wajl 

Al-Hajj ayat 34

Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah). 

Al-Hajj ayat 35

(yaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menafkahkan sebagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka. 

Gementar, lemah tidak berdaya ketika mendengar ayat Al Quran dibacakan. 

Dibacakan ayat dari surah At Taghabun ayat 14 tentang memaafkan.

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (At-Taghaabun 64:14) 

Andainya, ketika di bacakan kita malah marah, itu tandanya Qolbun maridh. Qolbun yang sakit. Padahal setiap hari ada syurga dalam rumah kita, apabila memaafkan, melupakan, menutupi dan berbuat kepada anak anak. 

Jangan kata mulut jahat hati baik. Ini bercanggah dengan konteks Al Quran. Lazimnya, mulut jahat it menandakan hatinya sakit. 

6. Huda (petunjuk) 

At-Tagabun ayat 11

Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan ijin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. 

Qolbun Salim juga tempat letaknya hidayah, ketika bersabar dan bersangka baik terhadap segala takdir Allah. 

Petunjuk keimanan dan hikmah. 

7. Iman 

Al-Hujurat ayat 14

Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah ´kami telah tunduk´, karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". 

Letaknya keimanan. Yang menyelamatkan dari kemusyrikan. 

8. Al Robtu/ Al Robithah. 

Al-Qasas ayat 10

Dan menjadi kosonglah hati ibu Musa. Sesungguhnya hampir saja ia menyatakan rahasia tentang Musa, seandainya tidak Kami teguhkan hatinya, supaya ia termasuk orang-orang yang percaya (kepada janji Allah). 

Tempat letaknya keteguhan. Peneguhan. Tetap teguh pada kesabaran dan tidak memilih jalan kemasiatan. Sama seperti kisah Ibunda Nabi Musa a.s yang hampir hampir memberi tahu siapa Musa. Namun memilih tetap teguh menunggu janji Allah. 

9. Al Tumakninah 

Ar-Ra'd ayat 28

(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. 

Ketenangan. Yang boleh kesan Sadr dan Fuad kerana Qolbu ibarat pintu. Pintu yang harus jernih dan bening, kerana ia laluan sadr ke fuad, juga Fuad ke sadru. Pintu harus selamat untuk dilalui. 

10. Al Sakeenah. 

Al-Fath ayat 4

Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, 

Ketenangan yang sangat sangat. Yang tidak mampu diusik dan dibengkok lagi. Ini adalah kurnia Allah. Mashaa Allah. 

………………… 

Kata Ustazah, masalah masalah yang Allah hadirkan kerana mahu kita kembali kepada Al Quran. Walau kadang kita ingat, kadang kita lupa. Satu petanda Qolbun Maridh, Qolbu yang sakit 3 serangkai. 

Jangan sedih kerana ada ubatnya.  

Memang pada awalnya, kita kembali kepada Al Quran kerana mencari ubat. Lama lama, kita jatuh cinta dan menjadikan Al Quran suatu bentuk prevention. Antibiotic dalam diri kita. 

Tapi jangan pula hanya mahu tips, dan amalkan surah surah tertentu sahaja. Tidak mengambil Al Quran secara seluruhnya. Kerana dikhuatiri kita hanya menggunakan Al Quran untuk kepentingan jasad kita sahaja. 

Sedangkan jasad itulah kunci awal menuju Rohani. Jangan sampai, tujuan nya jasad, dunia sahaja. Tiada tujuan akhirat. 





Tuesday, 13 October 2020

ADA APA DENGAN DADA KAMU?



A125
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. (Al-An'aam 6:125)

A027
Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya. (An-Nisaa' 4:27

A028
Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah. (An-Nisaa' 4:28)

A029
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. (An-Nisaa' 4:29)

A022
Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu ia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata. (Az-Zumar 39:22)

A028

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar-Ra'd 13:28)

A045
Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. (Al-'Ankabuut 29:45)

A260
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati?" Allah berfirman: "Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)?" Nabi Ibrahim menjawab: "Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya)". Allah berfirman: "(Jika demikian), ambilah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera". Dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(Al-Baqarah 2:260)

A154
Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang mendukacitakan itu, Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri, menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan orang-orang jahiliyah. Mereka berkata: "Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah, (Dia lah sahaja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang ditetapkanNya)". Mereka sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak nyatakan kepadamu. Mereka berkata (sesama sendiri): "Kalaulah ada sedikit bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan itu, tentulah (orang-orang) kita tidak terbunuh di tempat ini?" katakanlah (wahai Muhammad): "Kalau kamu berada di rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan (oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing". Dan (apa yang berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang ada dalam dada kamu, dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu. Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. (A-li'Imraan 3:154

A019
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -(Al-Ma'aarij 70:19

A020
Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;(Al-Ma'aarij 70:20)

A021
Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;(Al-Ma'aarij 70:21)

A056
Sesungguhnya orang-orang yang membantah mengenai maksud ayat-ayat Tuhanmu dengan tidak berdasarkan sebarang bukti yang sampai kepada mereka (dari pihak yang diakui benarnya), tidak ada dalam dada mereka melainkan perasaan mahukan kebesaran (untuk mengatasimu), kemahuan yang mereka tidak sekali-kali akan dapat mencapainya. Oleh itu mintalah perlindungan kepada Allah (dari angkara mereka); sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.(Ghaafir 40:56

A009
Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.(Al-Hasy-r 59:9)

A043
Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran". Dan mereka diseru: "Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".(Al-A'raaf 7:43)


A151
Kami akan isikan hati orang-orang kafir itu dengan perasaan gerun, disebabkan mereka mempersekutukan Allah dengan benda-benda (yang mereka sembah) yang Allah tidak menurunkan sebarang keterangan yang membenarkannya. Dan (dengan yang demikian) tempat kembali mereka ialah neraka, dan itulah seburuk-buruk tempat tinggal bagi orang-orang zalim.(A-li'Imraan 3:151)






Monday, 14 September 2020

BELAJARLAH UNTUK MELEPASKAN

Kita menggenggam erat kesakitan, memori pahit, kesedihan terlalu lama sehinggakan ianya menjadi gumpalan benda tajam yang menyakitkan. 

Menggenggam sesuatu benda yang tajam akan menyebabkan tangan kita luka. Bermula dari satu hirisan luka kecil, jika masih terus menggenggam lukanya bakal menjadi lebih dalam. 

Kita menggenggam erat takdir yang bukan atas kuasa kita menahannya. 

Selama mana kita menggenggam, hati akan terus sakit.

Luka tidak akan sembuh bahkan lukanya tidak menampakkan tanda untuk baik. 

Kita menggenggam takdir yang bukan kita cipta. 

Menahan dari melepaskan membuatkan kita terperuk dalam kantung kesedihan jauh lebih lama. 

Lepaskanlah!

Inilah masanya, lepaskanlah!

Lepaskan semuanya kepada Allah. 

Apabila kita melepaskan, kita memberi ruang kepada tangan untuk mendapatkan harapan dan peluang baru. Luka bakal sembuh kembali sekalipun ada parut yang kelihatan. 

Apabila kita membuka genggaman, kita bersedia menerima lagi nikmat dari Tuhan dalam bentuk yang lain.

Kebahagiaan yang baru.

Keindahan yang baru.

Belajar melepaskan.

Kita bakal terluka lagi, tetapi kita tahu kesedihan itu bakal berlalu pergi.

Kita takkan boleh lari dari kesedihan, hendak bersedih silakan! Tetapi, mempersoalkan takdir Tuhan bukan lagi menjadi urusan. 

Melepaskan kesedihan ini dan terus kuat keranaNya!

"Sekiranya kamu ditimpa sesuatu musibah, janganlah kamu mengatakan 'kalau aku melakukan itu dan ini'. Akan tetapi katakanlah, 'takdir (ketentuan Allah) dan apa yang dikehendakiNya pasti akan terjadi". 

(Riwayat Sahih Muslim: 2664)