Sunday, 13 June 2021

BUTA MATA HATI




Assalamualaikum WBT

Mari kita bersama-sama membaca surah Al-Hajj ayat 42-46. Perhatikan highlight berwarna kuning. Penekanan dan perhatian.

A042
Dan jika mereka (yang kafir itu) mendustakanmu (wahai Muhammad), maka (yang demikian tidaklah pelik) kerana sesungguhnya sebelum mereka: Kaum Nabi Nuh, dan Aad (kaum Nabi Hud), serta Thamud (kaum Nabi Soleh) telah juga mendustakan Rasul masing-masing; (Al-Hajj 22:42)
A043
Dan (demikian juga) kaum Nabi Ibrahim dan kaum Nabi Lut;(Al-Hajj 22:43)

A044
Dan juga penduduk Madyan; dan Nabi Musa juga telah didustakan; maka Aku memberi tempoh kepada orang-orang kafir itu, kemudian Aku menimpakan mereka dengan azab seksa. Dengan yang demikian perhatikanlah bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu. (Al-Hajj 22:44)
A045
Maka bukan sedikit negeri-negeri yang Kami binasakan dengan sebab kezaliman penduduknya, lalu runtuh ranaplah bangunan-bangunannya; dan bukan sedikit pula telaga yang telah terbiar, dan istana yang tersergam (telah kosong, ditinggalkan).(Al-Hajj 22:45)

A046
Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.(Al-Hajj 22:46

Kita baca lagi surah Al-Mutaffifiin untuk menjelaskan apa itu buta mata hati.

A012
Dan tiada yang mendustakannya melainkan tiap-tiap orang yang melampaui batas (kebenaran), lagi amat derhaka!(Al-Mutaffifiin 83:12)

A013
(Sehingga) apabila ia dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata:" Ini ialah dongeng orang-orang dahulu kala!"(Al-Mutaffifiin 83:13

A014
Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.(Al-Mutaffifiin 83:14)

Tafsir Surah Al-Mutaffifiin ayat 14 menerangkan makna buta mata hati dengan Nabi SAW bersabda:
          إِنَّ العَبْدَ إِذَا أَخْطَأَ خَطِيئَةً نُكِتَتْ فِي قَلْبِهِ نُكْتَةٌ سَوْدَاءُ ، فَإِذَا هُوَ نَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ وَتَابَ سُقِلَ قَلْبُهُ ، وَإِنْ عَادَ زِيدَ فِيهَا حَتَّى تَعْلُوَ قَلْبَهُ ، وَهُوَ الرَّانُ الَّذِي ذَكَرَ اللَّهُ " كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ”
”Sesungguhnya seorang hamba jika ia melakukan kesalahan, maka akan tercemari hatinya dengan satu bercak hitam. Jika ia menghentikan kesalahannya dan beristighfar (memohon ampun) serta bertaubat, maka hatinya menjadi bersih lagi. Jika ia melakukan kesalahan lagi, dan menambahnya maka hatinya lama-kelamaan akan menjadi hitam pekat. Inilah maksud dari ”al-Raan” (penutup hati) yang disebut Allah  Al-Muthoffifin: 14]

Apabila kita membaca ayat diatas, mereka bukanlah seorang buta mata, pekak telinga dan akalnya cacat. Mereka sempurna. Tetapi mereka enggan menyakini dan melawan. Sebab apa? Mereka buta hati.

Mereka berjalan, melihat dan ada pengetahuan mengenai kesan-kesan kemusnahan. Tetapi tidak mahu beriman. 

Anologi beginilah, rumah kita dekat dengan masjid atau surau. Setiap hari kita mendengar azan memanggil-manggil diri kita untuk solat berjemaah. Telinga dengar azan. Ada pengetahuan sekiranya solat berjemaah dapat pelbagai kebaikan. Mata boleh melihat dan tahu masjid di mana. Tapi, mampu tak menunaikan solat?. Jawapan tidak mampu. Sebab apa? Buta hati.

Berapa lama boleh jadi buta hati? Sehari boleh menjadi buta hati. Jawapannya tidak, bertahun-tahun lamanya. Berikut di bawa gambar love. Bukan love cinta tetapi gambaran hati di dalam dada kita itu. Sabda Rasulullah: “Setiap bayi yang dilahirkan adalah suci fitrahnya. Ibubapalah yang menjadikan mereka Yahudi, Nasrani mahupun Majusi.” - (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Anak kita yang kecil kecil itu hatinya bersih. Ibu bapalah yang mendidik anak. Pendidikan anak-anak ini kita kena serius dan jangan buat main-main. Kita seharusnya mendidik dan membentuk akidah anak dengan baik. Cabaran diluar sana sangat mencabar dan boleh menggugat iman.

Macamana anak boleh tergugat iman, padahal menghantar anak saya sekolah agama dan mengaji?. Begini, ibu bapa menyediakan kemudahan didalam rumah seperti televisyen. Kita nak selesa lagi menonton, kita tambah siaran Astro. Sudah berapa jumlah siaran televisyen?. Banyakkan. Pelbagai siaran. Anak kita tu ada kemampuan ke beli televisyen dan masukkan siaran Astro. Jawapannya tidak. Ibu bapalahkan. Siaran televisyen tu macam-macam. Ibu bapa pantau tak pengisian siaran anak-anak tu?. Jawapannya ada atau tidak ada. Maka, anak kita setiap hari menonton televiyen. Macam-macam la pengisian siaran itu. Siaran yang berunsur maksiat tu, kita telah berjaya melukis titik titik hitam dalam hati anak-anak. Setiap hari. Dari kecil hinggalah remaja. Tambahlah hitam hati. Ibubapa ada ajar tak macamana cara untuk bertaubat dengan Allah SWT. Jawapannya ada dan tidak ada.
Image result for love picture images png

Ingin jelaskan lagi buta hati, kita buat cara Taksonomi Bloom Peringkat-peringkat Perasaan Dosa: Bentuk asal tu seperti dibawah:
Image result for taksonomi bloom png
Peringkat-peringkat Perasaan Dosa:
5) Murtad - akhirnya murtad. Nak jadi murtad boleh ambil masa sehari ke?. Jawapannya bertahun-tahun lamanya. Apabila lemahnya iman, mulalah dakwah agama lain.
4) Pertahankan Dosa - bila orang beri nasihat dan dakwah kita pertahankan dosa  kita jawab ini "hak asasi manusialah", "kubur lain lain lah"
3) Lali - apabila rasa seronok dah jadi lali
2) Seronok - setiap hari melakukan dosa, perasaan rasa seronok
1) Bersalah - bila kita melakukan dosa, terdetik hati rasa bersalah

Seterusnya, mari kita bersama-sama membaca surah Asy-Syams ayat 8-10

A008
Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; -(Asy-Syams 91:8)

A009
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),(Asy-Syams 91:9)

A010
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).(Asy-Syams 91:10)

Allah SWT menyediakan jalan takwa dan kejahatan. Boleh pilih. Maka, beruntunglah mereka yang melalui jalan Allah SWT.




Wednesday, 9 June 2021

TERTARIK DAN TERPIKAT. PILIHLAH KERANA AKHIRAT.


Antara perkara penting yang perlu kita ambil perduli adalah seperti berikut:



a) Menilai kecantikan itu bukan hanya pada rupa paras, bahkan melihat cantik itu pada budi pekerti, tutur bicara dan akhlak wanita yang ingin dikahwininya.

b) Kenapa perlu kepada penghayatan agama? Kerana adanya ada kekayaan akhlak. Wanita pula jangan terlalu ‘daring’ dalam usaha memikat bakal suami. Jangan mudah tidak manis. Biar keluarga lelaki yang bekerja keras memikat kita. Di situlah mahalnya harga diri seorang wanita yang Allah perintahkan dilindungi oleh bapanya dan keluarganya.

c) Jangan terlalu berani berani mengangkat suara, bertempik-tempik dan mengangkat mata (pandangan tajam) bila bercakap dengan lelaki. Lelaki tidak berminat dengan perempuan begini kerana melambangkan keangkuhan. Tegas dan tegap biarlah bertempat.

d) Jalan yang terbaik mengungkap hati yang sudah terpikat dan mengharapkan terus diikat oleh jejaka pilihan, perkemaskan munajat dengan Allah, perbanyakkan bangunkan malam dan minta Allah berikan petunjuk dalam urusan jodoh. (Ustaz pesan supaya laksanakan solat malam setiap hari).

e) Membuat risikan terlebih dahulu dan jangan tergesa-gesa untuk mudah terpikat pada seseorang lelaki.

Wanita seharusnya memiliki ahklak dan pegangan agama yang teguh dan kukuh. Jangan memurahkan diri dan merendahkan martabat kewanitaan kita walaupun kita “memang syok gila” dengan si lelaki itu. 

Usaha bersederhana, jika tanda positif Alhamdulillah tapi tiada kita beredar. Ini kerana sekiranya berusaha juga mungkin si lelaki itu jauh meninggalkan kita akhirnya kita sedih dan kecewa. Tidak salah mencuba, tetapi sekiranya orang tidak sudi mengapa mesti memujuk diri kepada si lelaki itu.

Kita mesti sentiasa bersedia menerima jodoh dengan sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan molek kerana pandangan pertama itu penting sebab melalui penampilan luaran orang boleh menekanya. Bak kata perpatah barat “your dreess is your address

CINTA YANG IKHLAS




Suatu hari berlangsunglah perkahwinan antara Fad dan Olin, sepasang kekasih yang sungguh intim. Mereka menjalani kehidupan berumahtangga dengan penuh bahagia. Cuma sekali sekala ada beberapa hal yang menyentuh.

Suatu hari Olin berkata kepada suaminya, “Bang, Lin baru baca satu artikel tentang bagaimana memperkuatkan keintiman kita. Kita disarankan agar mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan berbahas bagaimana kita boleh mengubah hal-hal itu dan membuatkan perkahwinan kita lebih bahagia.”

Fad bersetuju dan mereka memikirkan hal-hal dari pasangan yang tidak mereka sukai. Sebelum itu telah berjanji agar tidak tersinggung ketika pasangan mencatatkan hal-hal yang kurang baik sebab hal ini untuk kebaikan mereka bersama.

Besok pagi ketika sarapan, Olin berkata, “Biar Lin mulai dulu bang.” Dia pun mengeluarkan kertas yang ditulisnya, sampai tiga muka surat. Ketika dia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak disukainya terhadap Fad dia melihat air mata suaminya mulai mengalir. “Kenapa bang? Apakah abang nak Lin berhenti?’ tanyanya.

“Oh tidak, teruskan,” jawab Fad.

Lalu dengan teragak-agak Olin meneruskan pembacaannya. Apabila selesai dia berkata, “Sekarang giliran abang pula.”

Lama Fad diam. Dengan suara perlahan akhirnya dia berkata, “ Abang tidak mencatat sesuatu apapun. Abang berfikir bahawa Olin sudah sempurna, dan abang tidak ingin mengubah diri Olin. Olin adalah diri Olin sendiri. Olin cantik dan baik bagi abang. Tiada satu pun dari peribadi Olin yang abang rasakan kurang.”. SubhanaAllah

Olin tersentak. Tersentuh hatinya oleh penyataan isi hati suaminya itu, bahawa suaminya menerimanya seadanya. Dia tertunduk dan menangis. Patutlah Fad sentiasa mengalah apabila belaku perselisihan, rupanya dia hendak kesesuaian dengan diriku dengan melupakan sama sekali setiap keburukkanku….