Sunday 27 February 2011

BOYFREND SOLAT

SEBUAH CERITA



Sepasangan kekasih lelaki dan perempuan sangat intim dan saling cintai mencintai. Mereka selalu bertemu dimerata tempat dengan menaiki sebuah motosikal. Lelaki tadi seperti remaja lain memakai baju t-shirt berkolar, seluar jin, berkacamata hitam dan aksesori rantai berwarna kelabu. Manakala wanita pula, macam wanita remaja lain mengenakan gaya remajanya berseluar jin dan baju pendek ketat, pakai tudung. Suatu hari mereka sedang menunggang motosikal bersama. Wanita remaja ini dengan erat dan rapat memeluk teman lelaki takut-takut terjatuh dari motosikal. Seruan azan asar kedengaran dibandar Kuala Lumpur “abang, berhenti jap nak solat” beritahu girlfrend. “ok, abang berhenti kat sini je”. Terang boyfriend. Macam biasa kebanyakkan boyfriend remaja sekarang jarang-jarang atau langsung tidak solat dan mereka sanggup tunggu kat luar masjid. Setelah selesai girlfriend selesai solat, girlfriend tadi terus menaiki motosikal bersama.


Allah berfirman “sesungguhnya solat itu boleh mencegah segala perbuatan keji dan mungkar”. Berdasarkan kisah seperti diatas, girlfriend mendirikan solat namun seakan tidak menepati seperti yang mana Allah berfirman. Masih melakukan perkara yang tidak elok dan mengalami masalah keruntuhan akhlak. Mana silapnya? Tidak syak lagi ialah kita check semula solat girlfriend.


Solat yang khusyuk ialah mereka yang sentiasa sedar dan mengikuti segala pengertian dan setiap kalimah yang diucapkan didalam solatnya. Justerus itu, apabila ia membaca alFatihah, hatinya akan mengikuti dan memahami makna setiap kalimah yang terucap. Misalnya: apabila membaca ayat kelima dari surah alFatihah,


“Engkaulah yang kusembah dan Engkaulah tempatku bermohon”


Bererti mereka telah memberikan kesetiaan dan pengabdian hanya kepada Allah SWT, bukannya menjadi penyembah hawa nafsu atau lain-lainnya. Akhirnya mereka tidak ada keinginan untuk melakukan perkara keji dan mungkar kerana melakukan perbuatan keji bererti mereka telah menjadi hamba nafsu yang sedemikian adalah dengan bercanggah dengan ucapanya yang mengaku bahawa dia hanya menyembah Allah SWT semata-mata.


Selepas itu ia mengamati lain-lain bacaan dalam solat dengan khusyuk yang mengandungi pelbagai bacaan dan doa-doa yang memperlihatkan kebesaran Allah SWT. Jika difahami bersungguh-sungguh, cukuplah kesemua itu akan menghakis sikap buruk yang ada pada diri manusia itu.


Rasulullah SAW besabda “Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang diperolehinya hanya penat dan letih kerana mereka itu lalai dalam solatnya”. Hadis tersebut menggambarkan betapa banyak solat yang didirikan oleh seseorang itu, tetapi malangnya ia tidak memperolehi pahala melalui solatnya. Sebaliknya kerana mereka lalai ketika solat maka Allah SWT menjanjikan balasan api neraka.













Monday 7 February 2011

FALSAFAH CAWAN



Seorang pensyarah Jepun telah menuangkan air ke dalam cawan sehingga melimpah air keluar dari cawan. Pelajar telah diminta memikirkan mengapa beliau melakukan sedemikian. " Cuba fikirkan falsafah cawan? " katanya. " Apa erk?. Falsafah ke atau falsampah. Atau silap dengar ni?" Pelbagai jawapan telah diberi itu ini, namun semuanya salah.

Berdasarkan kepada falsafah cawan ialah
  • Kita perlu menguruskan masa dengan bijak dan teratur. Sekiranya kita gagal menguruskan masa dengan    bijak, maka kita akan membazir waktu kepada aktiviti yang tidak berfaedah. Hargai masa sesungguhnya manusia berada kerugiaan. Allah SWT berfirman,
Demi Masa! (103:1). Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (103:2). Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar (103:3- Surat Al-`Aşr)
  • Anggaplah diri tidak tahu apa-apa (kosong) sekiranya menghadiri sesuatu majlis ilmu. Walaupun kita tahu akan ilmu itu. Belajar dan belajar.
  • Walaupun cawan itu sudah ada air tetapi dicurahkan juga sehingga melimpah air dari cawan tersebut,  maknanya kita perlu menerima idea baru dan segera melakukan sebarang perubahan atau tranformasi.

Thursday 13 January 2011

TERIMA DIRI SEADANYA

Segala puji bagi Allah SWT, TUHAN sekalian alam. Selawat dan salam serta pujian buat Nabi Muhammad SAW. Syukur Alhamdulillah. Chapter baru dan episod baru.
Semua manusia memerlukan motivasi. Maklumlah hidup penuh dengan cabaran dan dugaan. Nabi Muhammad SAW juga memerlukan motivasi yang diberi melalui peristiwa Israk dan Mikraj. Nabi Ibrahim AS juga memohon motivasi daripada Allah SWT:
“Ingatlah ketika Nabi Ibrahim berkata: “Wahai Tuhanku! Perlihatkan lah kepada ku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati? Allah SWT berfirman: “Adakah engkau begitu yakin(dengan kekuasaan Ku)? . Nabi Ibrahim AS menjawab: Bahkan (aku percaya dan yakin), tetapi (aku mohon untuk yang demikian) supaya hatiku mantap dengan iman.” – Surah alBaqarah:260.
Kita semua memerlukan motivasi. Motivasi yang unggul adalah motivasi untuk mendapatkan keredaan dan syurga Allah sebagaimana Nabi dan para sahabat.
10 Pesona Artis Malaysia Nur Fazura, 'Nadia' di Film Warkop DKI Reborn“Wajah yang cantik / tampan dan indah mampu menawan hatiku, melalui kemerduan suara, mampu menangkap minat dan cinta seseorang. Budi bahasa dan pekerti yang baik, mampu meraih perhatian dan kasih yang tulus. Ringan tulang, banyak membantu serta sentiasa mengambil berat terhadap masalah orang lain, akan menjadikan benih sehingga tanpa sedar ia pengikat jiwa”. Bila ku sedar, orangnya sudah dimiliki. Rupa-rupanya aku masih “syok sendiri”.
Sekiranya hati sudah terpaut, seseorang mampu berbuat benda pelik demi yang dikasihi. Sebagaimana insan yang bercinta. Malam terasa panjang, perkara berat terasa ringan dan beban terasa nikmat. Itulah namanya “mabuk cinta”. Motivasi cinta semuanya indah. Sekiranya anda bukan pilihannya, dia menganggap anda tiada dan biasa.
Apabila kita sudah menyukai seseorang, kita selalu ingin menjadikan diri kita sempurna, supaya orang lain suka pada kita dengan melihat kesempurnaan kita. Cuba untuk menutup kelemahan diri dan tidak menerima seadanya diri sendiri. Namun apa yang berlaku adalah orang suka pada ketidaksempurnaan ataupun kekurangan kita. Percaya tak?. Contohnya, ada dua gadis pilihan si jejaka. Kita namakan gadis A dan gadis B. Gadis A seorang yang cantik dan cuba menjadi sempurna manakala gadi B seorang yang biasa tetapi mendedahkan diri sendiri yang sebenar. Mana pilihan anda?.
Percaya atau tidak, ramai ingin memiliki gadis B yang kurang cantik tetapi menerima diri seadanya. Walaupun gadis A cantik tetapi cuba nampak sempurna dalam diri diharapkan sebagai faktor orang lain tertarik dengan dirinya. Itu kesilapan “besar”. Kekurangan diri kita yang menjadi daya penarik bukannya kelebihan kita. Sebab itu orang yang cantik ramai yang tidak laku kerana orang di luar sana sangat bersangka baik:
Ho1 : Semua gadis cantik sudah berpunya
Ho 2: Semua gadis cantik sudah berkahwin
Ho 3: Semua gadis cantik sangat memilih
Kisah Benar
Pasangan Anwar dan Azizah. Anwar adalah jejaka tampan. Buka sahaja ketampanannya diakui oleh ramai wanita bahkan rakan lelaki juga. Azizah sebagai kekasih mencintainya sepenuh hati. Apabila suatu hari Anwar bertanya kepada Azizah apakah yang menyebabkan dia jatuh hati kepadanya. Jawapan Azizah mengejutkan Anwar. Dia jatuh hati padanya kerana suka mendengar suara Anwar menjawab telefon ketika waktu subuh.
Hakikatnya kita takut menjadi diri kita sebenar atas banyak sebab. Antara sebabnya kita takut diri kita tidak ada sifat yang menarik pada pandangan orang lain. Maka kita memperbaiki diri kita. Baiki diri adalah bagus dan bijak. Tetapi, perhatikan sebab apa orang mencintai dan terpikat. Ingat, jangan jadi sempurna. Dedahkan sifat dan peribadi kita sebenar kerana hanya kesempurnaan yang menjadikan kekurangan dan kekurangan yang membawa kepada kesempurnaan. Sesungguhnya “kita ada daya penarik, Cuma kita tak perasaan”.